Kenapa dan mengapa institusi pendidikansahaja diserang oleh wabak selesema babi ini berbanding dengan jabatan-jabatan kerajaan lain. Wallualam bil sawab. Dengan serangan ini setidak-tidak kita dapat berfikir perumah utama adalah babi. Tidak dapat tidak binatang ini adalh menjadi perumah utama yang 'memasarkan' selesa itu secara langsung kepada kita.
Lebih terdedah adalah para pemakan daging babi khususnya bukan Islam iaitu Cina dan India. Media sebenarnya boleh memainkan peranan dengan agresif kempen penolakkan menolak perumah virus ini dengan menggambarkan dan menyedarkan bahawa memakan daging ini adalah sesuatu yang memudarat, apatah lagi memlihara atau mengusahakan penternakan babi berskala besar. dan Malaysia sendiri adalah antara negara pengimport utama daging babi dunia ke pasaran dunia. Walahhal ia adalah negara yang majoriti Islam dan mengagamakan agama Islam sebagai agama rasmi.
Terdedahnya kita kepada virus ini tidak memlih orang dan agama orangnya. Maka wabak ini akan menyerang sesiapa sahaja yang terdedah kepada virus ini melalui perhubungan atau hubungan aktiviti harian secara sedar atau secara langsung.
11 kem PLKN ditutup PULAU PINANG - Sebelas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Semenanjung diarah tutup setakat ini berikutan pelatihnya menunjukkan tanda-tanda jangkitan Influenza A (H1N1). Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kira-kira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu. Beliau berkata, semua aktiviti PLKN akan diadakan semua mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenar kembali ke kem. “Kami akan ambil tindakan sama ke atas kem PLKN yang lain jika keadaan yang sama berlaku di kem-kem itu. Terdapat 87 kem di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas kem tentera Tun Razak di Bayan Lepas, di sini. Ditanya jumlah pelatih yang disahkan positif virus itu, Ahmad Zahid berkata: “Kami tidak pasti berapa ramai yang dijangkiti tapi daripada maklumat yang saya dapat, tiada yang pulang dari dari luar negara, termasuk petugas kami”. Beliau meminta ibu bapa pelatih terlibat supaya tidak panik kerana kementerian akan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah itu. Ahmad Zahid juga berkata pertandingan akhir kem PLKN terbaik seluruh negara yang dijadual 19 Ogos telah ditunda. - Bernama
No comments:
Post a Comment