Sudah 52 tahun negara dperintah UMNO. Maka 52 tahun jugalah undang-undang tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA memagar keselamatan kerajaan daripada dijatuhkan ataupun diancam. Sudah 52 tahun jugalah UMNO rasa dia tidak terancam dan selamat, maka 52 tahun jugalah ISA mengancam dan menyeksa rakyat yang terteduh dan teraniya hasil 'tafsiran' ancaman keselamatan oleh pihak berkuasa.
Semua orang rasa dan katakan ISA adalah zalim. Penyeksaan dari segi emosi yang cukup menyeksakan, walaupun fizikal tidak terdera atau didera. Kezaliman dan ketidakadilan ini turut diakui dan disetujui juga oleh bekas PM Pak Lah sedikit masa lalu.
UMNO masih tidak merasakan mereka selamat, mereka tidak yakin dengan keadilan yang mereka buat dan laksanakan. rasa bimbang dan curiga UMNO tidak terurus sejak 52 tahun. Mereka teragak-agak dan tidak yakin dengan undang-undang lain yang jauh lebih baik. Perasaan curiga takut bimbang inilah yang 'gagal' diurusi UMNO dengan baik dan ketakutan itulah yang menghantui mereka dan diri mereka.
Inilah rasa syak waham was-was adalah bisikan syaitan yang sentiada mengoda anak-anak adam yang disumpahi olehnya mahu dipesongkan. Justeru mereka yang kekal mahu pertahankan ISA serupa saja semacam analogi di atas.
No comments:
Post a Comment