Sunday, July 05, 2009

Minda dipusingkan media massa milik UMNO BN

Bakalan dua berita hipokrit media milik UMNO. Pertama kes pusat penyembeliahan babi di kedah. Pusat sembelihan yang 30 tahun menghantui masyarakat Melayu Islam, peniaga dan gerai bukan Islam di Kg Berjaya bawah MBAS. Kerajaan PAS merobohkannya, mengundang bantahan politik daripada rakan Pakatan utama iaitu DAP. Bantahan tersebut mendapat simpati media. Media memperjuangkan dan cuba memberi nilai bahawa tindakan kerajaan Kedah adalah salah. Mungkin Karam Singah sahaja yang tidak setuju.

Hari ini, media menyorot tempat alternatif kerajaan Kedah kini di kampung Cina yang rata-rata diduduki orang Cina dalam kawasan Pendang. Diberitakan mendapat 'bantahan' tidak diluluskan oleh Pejabat Daerah Pendang. Alasannya tidak sesuai selepas kajian JAS, Kesihatan, dan bantahan penduduk. Sebaliknya di Kg Berjaya siapa yang meluluskan dulu, bantahan datang daripada penduduk siapa yang peduli sejak 30 tahun. Inilah pemberitaan yang bias, mempolitikkan hal-hal berkenaan yang bukan isu politik. UMNO tersenyum simpul, walaupun sesama mereka masih bernafas dalam lumpur. Berita bantahan itu tidak jadi sensasi jika media tidak berperanan mengemburkannya tempoh hari. Kini kisah pusat pemyembelihan babi ini menjadi isu nasional bukan isu Kedah. hasil peranan media.


Kejutan kedua adalah kes di Cheras pusat komuniti yang mahu diambil alih semula oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Media dan MCA sekata juga yang berperanan mensensasikannya. Maka dituduh kerajaan Pakatan adalah perampas. Bayangkan antara perampas pusat komuniti dengan kerajaan yang menjadi perampas royalti, perampas duit rakyat RM254 billion duit Petronas ke mana tanya Dr M ? Ini bukan perampas ?


No comments: