Monday, July 06, 2009

Gempar dan mengegarkan : Rumah Khir Toyo cecah RM24

[khir_1.jpg]

Banyak blok memaparkan gambar yang didakwa sebagai rumah mantan MB Selangor Dr Khir Toyo yang nilaiannya sahaja mencecah RM24 juta.Wow!!!! (Kena buat macam Hussin Lempoyang) dalam cerita P Ramlee.

Pendedahan ini adalah maklumat sahih yang didedahkan oleh

Adun DAP dari Sekincan, Ng See Lim, mendedahkan hari ini, istana umpama resort di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.Beliau mendedahkan, istana Khir itu dibina diatas tanah seluas lebih 50,000 kaki persegi atau 1.17 ekar.

Beliau mempunyai dokumen dari Jabatan Tanah Negeri yang menunjukkan Khir membeli lot seluas 31,794 kaki persegi dengan harga RM2.9 juta manakala lot satu lagi bersais 20,427 kaki persegi dengan harga RM900,000.




Dia mendakwa bahawa rumah ini dibina dengan kos melebihi RM20 juta."Saya ingin mendapat penjelasan Dr Khir, yang mana adalah seorang doktor gigi sebelum menjadi MB selama lapan tahun, dari mana beliau dapat wang sebanyak sekurang-kurangnya RM24 juta itu," kata Ng See

1 comment:

Gedung Akal said...

Tuan,
Bagi pihak Dr. Khir Toyo dan keluarga saya ingin menjawab persolan tersebut:
Mengikut Dr. Khir Toyo bahawa kos sebenar yang dikeluarkan hanyalah RM240.00 sahaja itu pun untuk belanja minum kopi seorang pelukis pelan. Tambah beliau "Yang lainnya saya tidak pasti dari mana sebab bila saya kata nak buat sebuah rumah maka berduyun-duyun rakyat Selangor datang memberikan apa yang patut. Ada yang bagi tanah merah, ada yang berikan kayu malahana batang balak secara percuma, ada yang berikan buruh dari Indonesia, batu-bata semuanya disedekahkan olehrakyat. Jadi janganlah buat spekulasiyang bukan-bukan. Semuanya atas pemberian rakyat dan bukannya duit kerajaan mahu pun duit saya sendiri. Harap tidak timbulkan fitnah yang memburukan nama baik dan reputasi saya. Sekian.