UMNO memang sanggup buat apa sahaja, kerana dia anggap semua didunia dia punya dan dia boleh beli apa sahaja. Kerana duit semua gadai prinsip, masakan 10 calon bebas mahu masuk tandingi DUN Selambau. Jika mereka tahu jadi wakil rakyat itu bukan sebagai pekerjaan senang lenang dn mudah. tentulah mereka tidak mahu. Apa yang penting mereka masuk tanding keran mahu kalah, mereka tahu mereka dibeli oleh pihak-pihak tertentu bagi menunjukkan betapa demokrasi di malaysia cukup sihat. Ini semua sandiwara belaka.
10 calon Bebas bayar deposit pilihan raya Bukit Selambau
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mencetak kertas undi bersaiz lebih besar daripada biasa bagi memuatkan lambang semua calon jika ia ditandingi 13 calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April depan.
Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria, berkata jika ini berlaku ia satu sejarah kerana pada masa ini selain calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), terdapat 11 calon yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas.
Katanya, sehingga kini seramai 10 daripada 11 calon Bebas sudah pun membuat bayaran deposit RM8,000 seorang, iaitu RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster.
Dalam sejarah pilihan raya negara sebelum ini, calon paling banyak pernah bertanding bagi satu kawasan baik Parlimen mahupun negeri belum pernah melebihi lapan orang.
|
“Calon yang sudah membayar deposit setakat ini ialah Husaini Yaakob, Abdul Rahim Abu, Zahran Abdullah, T Chandrarajan, Tan Hock Huat, R Loganathan, Mohamad Fazil Abdul Wahab, Mejar (B) Anwar Abdul Hamid, L Sarala dan A Jayagopal.
|
“Selain calon bebas, calon BN, Datuk S Ganesan juga sudah membuat pembayaran deposit manakala calon PKR belum berbuat demikian dan semua calon digalakkan membayar deposit sebelum hari penamaan kerana pada hari itu mereka hanya diberikan masa sejam mulai jam 9 pagi untuk proses pengesahan borang pencalonan,” katanya dalam satu taklimat kepada media di sini, semalam.
Beliau berkata, SPR turut menyediakan 20 lambang yang bakal digunakan calon bebas dan mereka boleh memilihnya pada hari penamaan calon iaitu pada 29 Mac ini.
Katanya, ini kerana jumlah pengundi yang banyak menyebabkan kertas undi bagi pilihan raya kecil ini mungkin akan dicetak mengikut kertas sebesar saiz A4 bagi membolehkan orang ramai melihat dengan jelas lambang calon.
No comments:
Post a Comment