Thursday, March 19, 2009

Ali Rustam: Taubat , tinggallah UMNO !!!

Kambing atau Lembu adalah bukan isunya. Sememanglah dari segi hukum adat pelanduk yang terkena jerat akan mengelupor tidak tentu hala, bagi melepaskan dirinya daripada jerat atau perangkap tersebut. Menjerit, meracau-racau, mengembik, menguak, menendang kiri kanan bagi melepaskan diri daripada jerat atau perangkap tersebut. Bila letih dan penat atau luka barulah ia berhenti bertindak agresiff, tetapi dalam masa tenaga masih ada dan kuat masih segar tentu pelanduk atau binatang yang terjerat ini cuba sedaya upaya meloloskan diri daripada jerat atau perangkap tersebut.

Beitulah juga dalam politik, terkini adalah pergolakan dalaman UMNO yang membabitkan Ali Rustam, yang mana beliau didakwa oleh Lembaga Disiplin Parti UMNO melakukan kesalahan bawah perkara 10.1 parti mereka. Iaitu Etika Tatacara Pemilihan mereka kot.

Justeru yang nampak marah adalah pelaksana kempen Ali Rustam, tetapi bagi Ali sendiri nampak biasa sahaja tidak melenting dan mencabar apa yang diputuskan tercabar oleh Lembaga Disiplin mereka ke atas apa yang didakwa seperti dalam perkara 10.1. Maka atas kuasa Lembaga maka menjadi kewajibannya mengenakan tindakan terhadap apa yang wajar ditindakinya yakni dalam bidangkuasanya.

Oleh itu, marahlah kalangan penyokong dan simpatisme Ali terhadap apa yang dijatuhkan ke atas Ali. Seolah-olah macam ada satu konspirasi dalam usaha menjatuhkan Ali. Maknanya barulah mereka tahu sesama mereka erti teraniya atau dianayai dan sebagainya.

Kalau kumpulan pembangkang lah, bukan sahaja mereka kambing itu dihitamkan tetapi mereka dah gulai kawahkan nasib kumpulan pembangkang. Justeru Ali kita mohon insaf masa belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan perjuangan UMNO yang sia-sia, Ali ibarat sepah dah dibuang macam itu sahaja kerana mereka dah dapat dan hisap madu lama dah daripada Ali. Taubatlah ALi.....




Ali Rustam bukan 'kambing hitam' - Najib
TANGISAN KEKECEWAAN... Isteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman mengesat air mata selepas menghadiri sidang akbar suaminya di Melaka semalam. Katanya, beliau terkejut dengan tindakan Lembaga Disiplin menggantung suaminya daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 28 Mac ini. Foto The Star Oleh A.MALEX YAHYA

PUTRAJAYA: Tiada unsur sabotaj dan kambing hitam dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kesalahan politik wang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan Mohd Ali tidak dijadikan kambing korban dalam usaha parti itu membanteras gejala rasuah politik wang.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) Lembaga Disiplin dan perlu memberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kementerian Kewangan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desasdesus segelintir anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu serta cakapcakap politik kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dan kambing korban dalam kes Mohd Ali itu.

Najib berkata lembaga itu diwujudkan hasil persidangan khas dan manakala anggotanya dilantik oleh parti.

Semalam lembaga itu mengumumkan 15 daripada 29 anggota Umno yang disiasat didapati bersalah berhubung amalan politik wang.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana tiga ejennya mengamalkan politik wang. Beliau dilarang bertanding dalam pemilihan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu depan.

Mohd Ali, yang Naib Presiden Umno, adalah calon Timbalan Presiden.

Ditanya sama ada tindakan kerajaan mengekalkan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka boleh memberi isyarat yang silap kepada orang ramai bahawa "seorang pemimpin korup" masih boleh menerajui kerajaan negeri, Najib berkata:

"Dia punya fakta berlainan sebab kerjakerja (amalan politik wang) dilakukan oleh orangorang tertentu. Sebab itu berdasarkan fakta lembaga disiplin buat keputusan dia boleh pegang jawatan (dalam parti)."

No comments: