Kawalan 24 jam di PWTC. .... Apa besar dan istimewanya PWTC kepada kita, amboi begitulah layanan pasukan keselamatan kepada UMNo. Kan Pasukan polis adalah berkhidmat untuk negara , slogan keramat yang tertera di mana-mana dokumen bertulis sebagai cogan kata yang dijunjung oleh penjawat awam yang lain.
Layanan berkelas - kelas atau mengkastakan pemimpin antar pemimpin dan rakyat antara rakyat yang diamalkan atas dunia Malaysia wajarlah disedarkan dan dihentikan amalan tidak sihatnya. Pasukan keselamatan kena ingat kerja buat mereka adalah sebagai satu ibadat dan Allah atau tuhan akan persoalkan diakhirat kelak. Ingat pesan Tok Guru MB dalam ucapa masa majlis pelancaran ECER jika manusia tidak sempurnakan apa-apa hak seseorang atau negeri itu yang sewajarnya, maka Allah akan sempurnakan di akhirat kelak. Ingatlah tu....
Jika pasukan keselamatan nak kawal PWTC 24 jam sejak berbulan-bulan sebelum dan selepas itu kita tidaklah kisah sangat tapi hendaklah sama rata dikawalnya bagi pusat-pusat terpenting bagi PAS, PKR dan parti2 haluan kiri yang lainlah !!!!!
Polis sudah membuat persiapan rapi dengan menugaskan anggota secukupnya bagi menjaga keselamatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kawasan sekitarnya sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2007 yang berlangsung mulai semalam hingga Jumaat ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abd Rahman, yang juga Pegawai Medan bagi perhimpunan berkenaan, berkata polis sudah menugaskan anggotanya berkawal 24 jam sehari bagi menjaga keselamatan perwakilan serta keselamatan awam. "Kami sudah membuat persiapan dari segala aspek keselamatan sejak sebulan lalu bagi memastikan keselamatan di dalam PWTC dan kawasan sekitarnya sentiasa terkawal," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, bagi tempoh 24 jam itu pegawainya akan bertugas secara bergilir-gilir di kawasan strategik di dalam dan luar PWTC. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mematuhi segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa untuk melancarkan perjalanan perhimpunan kali ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pegawai yang bertugas kerana faktor keselamatan. Bernama.
No comments:
Post a Comment