Thursday, August 16, 2007

Nah, gitu dong. Maka lebih baik kita berketuakan Rais daripada berketuakan Pak Lah, menantunya, Hishamuddin dan Najid serta Nazri Aziz. Mana dia dua badot ahli parlimen yang 'popular' dengan kes 'bocor' tu. Kenapa siap senyap seribu bahasa , macam tak berbutir.
Kebiasaan orang-orang tersenarai di atas akan bertindak hebat mengikut tari dan gendang. Ngapa utusan penyebar fikiran rakyat kononnya itu, senyap se senyapnya dan tak berdetik langsung.
Isu hina agama dan negara oleh pelajar ini, bukan lagi isu terpencil atau kontroversi tetapi sampai ke tahap melampau. Maka tindakan memaafkan 'begitu' sahaja mengambarkan kelemahan kerajaan dan pihak berwajib. Tindakan keras wajar atas kesalahan melampau ini, dan sengaja mencari nahas. Wajarkah isu perkara agama di'lawak' atau disenda guraukan. Dah tak bermodalkan budak 'setan' itu, melakonkan lawak bodohnya terhadap agama orang. Apa kata kalau pelajar kita , atau kita sendiri lawakkan atau sendakan agama nenek moyang mereka.
Tanpa niat, atau tiada niat mempersenda-sendakan dan memohon maaf terbuka melalui 'wakil' yang berwakilkan Chua , adalah satu tndakan biadap. Chua patut mohon maaf kepada YDPA, kepada semua para mufti dan sultan, dengan hanya satu sidang akhbar menyelesaiakan semua masalah 'wajarkah' dalam negara majmuk kita.
Usaha baut-buat tak tahu, dan buat-buat bodoh wajarlah diajar dengan ajaran setimpal. Kita sudah berapa ramai buat tindakan bawah AUKU terhadap pelajar2 yang hanya mennetang konserta , di IPTA, membantah Israel. maka pihak berwajib bertidak keras. Masakan tindakan hina agama lain, oleh kaum lain terhadap kaum senegara dimaafkan begitu saja. Mudah benar... dan baik benarnya kita ....................................

Terus siasat pelajar nyanyi Negarakuku

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu siasatan diteruskan terhadap Wee Meng Chee, 24, pelajar yang menghina lagu kebangsaan dan menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia, walaupun dia telah memohon maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Rais, yang tidak bersetuju kes itu ditutup walaupun setelah permohonan maaf dibuat, berkata siasatan harus diteruskan bagi mengelak perkara yang sama berulang.

"Negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan, dan kita harus akur dengan prosesnya," kata Rais yang mahu hasil siasatan itu diserahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada perbuatan pelajar tahun akhir jurusan komunikasi awam sebuah universiti di Taiwan itu menyalahi mana-mana peruntukan dalam Akta Lagu Kebangsaan.

"Sebagai orang biasa, walaupun ahli kabinet, kita tidak boleh memutuskan sama ada sesuatu perkara itu adalah kesalahan di bawah mana-mana undang-undang (kerana) kita mempunyai pihak pendakwa raya yang bertauliah bagi menentukan sama ada sebarang tindakan harus diambil berdasarkan hasil siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran dan Buku Malaysia @ 50 di Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.

Sebelum itu, Rais menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi kebangsaan Malaysia @ 50 Sehari Dalam Kehidupan Di Malaysia, selain melancarkan buku Malaysia @ 50 yang memaparkan foto sejak tahun 1950-an hingga kini bagi mengimbau kembali perjalanan umur 50 tahun negara.

Wee menimbulkan kontroversi dan menerima banyak kritikan apabila beliau mengubahsuai lagu Negaraku dengan menyanyikannya dalam rentak rap menggunakan bahasa lucah dan kasar dalam klip video selama lima minit 32 saat yang disiarkan menerusi sebuah laman web baru-baru ini.

Dua hari lepas dia dilaporkan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga naib presiden MCA. BERNAMA

No comments: