Monday, July 09, 2007

Usahawan kita milik 42 hotel di Amerika... Begitulah tajuk berita utama berbahasa Melayu yang dilaporkan untuk tatapan dan sajian rakyat Melayu Malaysia.

Kita anak-anak peringkat sekolah, sering dimarahi guru jika kita terlalu banyak berangan-angan dan berbangga dan banggai dengan apa yang sudah berlalu. Hatta jika kita mahu banggakan kekayaan harta ayah atau bapak kamu. Para guru tentu menegur katanya yang kaya itu bapa kamu, kamu pula harus belajar bersungguh2. Kalau harta satu gunung jika hari-hari dicangkul lama-lama tentu habis herdik guru kebiasaannya.

Apa yang peliknya, rakyat Melayu negara kita sentiasa diset minda nya gara wujud budaya kagum. Yang kaya di atas dan berjaya tu adalah Charles Mohan. Si Charle Mohan tu, tak mengaku pun dia rakyat Malaysia, nampaknya berita itu orang lain pula bagi tahu ceritanya. Kita bukan tidak berbangga , bangga sebagai rakyat Malaysia, tapi biarlah berpada-pada cara ampu dan cara penulisan beritanya

Seandainya kita membaca dan bertanya dengan rakan-rakan kita akhbar2 berbahasa Cina khususnya, lebih kepada paparan rakyat dan permasalahan rakyat akar umbi, kemudian apakah peranan wakil-wakil rakyat, PBT, malahan semua berkaitan hidupan seharian yang dekat dengan mereka, yang mana boleh dirasai dan digapai bersama malahan berlaku dihadapan mata mereka.

Nah, sebab itu kita lihat bangsa Cina lebih sayangkan bangsa mereka. Lebih bersikap mengaut untung daripada apa yang boleh memberi keuntungan.


Charles Morais mungkin belum terkenal di Malaysia, tetapi usahawan kelahiran Ipoh ini semakin menempa nama sebagai pemilik hotel terkemuka di Amerika.
Didorong kejayaan menguasai beberapa hotel di negara itu pada 1999, Kronos Hotels and Resorts, syarikat yang diterajui Morais, bulan lalu membeli 16 lagi hotel yang mempunyai kira-kira 3,100 bilik.Selain 26 hotel yang sudah dimilikinya sebelum ini, terutama di wilayah East Central Amerika, Kronos Hotels mengumumkan rancangan untuk membeli 12 harta lain di luar Amerika menjelang akhir tahun ini, termasuk dua hotel di Malaysia.
Pengurus Perhubungan Awam Kronos Hotels, Amira Shahnaz Ahmad Shahizan, berkata Morais bercadang meluaskan perniagaannya dalam bidang perhotelan di Malaysia dan sedang mengurus pembelian dua hotel baru, yang akan mula beroperasi dalam masa tiga bulan lagi.Warga Malaysia yang bertugas di pejabat cawangan Kronos Hotels di New York itu berkata selain meluaskan perniagaan perhotelannya di Malaysia, Morais juga berhasrat mempromosikan makanan serta sektor pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia.Katanya melalui rangkaian hotel dan restoran yang diusahakan, Kronos Hotels juga akan memperkenalkan makanan Malaysia seperti roti canai, sate, cendol dan pelbagai hidangan lain dalam menunya. –

No comments: