Rakyat tidak perlu bimbang....DATUK SERI EFFENDI NORWAWI.
Mudahnya mereka bercakap dan membuat analisis rambang. Isu jambatan bengkok dengan Singapura, isu2 tertunggak air, tanah KTMB, caruman pekerja Malaysia, Batu Putih, isu pencerobohan ruang udara oleh jet2 tentera udara Singapura dan lain2 belum diselesaikan dengan baik.
Kini, kita berbangga sementara dengan Projek WPI (SJER). Ikuti perakuan mudah seorang menteri . Apabila projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail pada 4 November tahun lalu, semua pihak menyambut baik projek berkenaan. Rakyat melihat projek (betulah rakyat cuma mampu melihat, seperti ibarat kata Tok Guru penulis spt burung kedidi atas batang menghilir sungai Pahnag) tersebut mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan menarik di dunia.
Ia bukan sahaja akan mengukuhkan ekonomi negara (bukan kkukuh ekonomi negara tetapi kukuhkan kocek kroni mereka) dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, ( rakyat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu jadi tukang sapu dan jaga tandas- mungkin mereka ini bangga kerana gaji mereka lepasi tuntutan MTUC atas RM900) tetapi juga menjulang nama negara di persada antarabangsa.Bagaimanapun, kerana kurangnya penjelasan mengenai WPI, yang meliputi kawasan dua setengah kali ganda saiz Singapura itu, menyebabkan pelbagai tanggapan negatif dilemparkan terhadap WPI.
Kontroversi terbaru membabitkan WPI, yang melibatkan kos pembangunan sebanyak RM47 bilion itu ialah apabila Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri antara Malaysia dan Singapura mengenai WPI ditubuhkan.
Ada pihak cuba mengeksploitasi isu berkenaan dengan menuduh kerajaan cuba menyerahkan kuasa dan kedaulatan wilayah berkenaan kepada Singapura.
Nah lihat dan cuba selesaikan projek2 spt Wawasan 2020, Proton sebagai projek nasional yang makin tenat dan dilelongkan, Cbyerjaya yang berhutan belantara dan ramai tenaga mahir berterabur dan penganggur terhormat, Macam-macam lagi
No comments:
Post a Comment