Friday, June 15, 2007

Tapak UM dikorban untuk segelintir peniaga kroni ?


Kini giliran UM pula dikorbankan , kita sudah mendengar kesekian kali, dulu2nya tanah2 KTMB, tanah2 POS Malaysia, tanah2 yang berkawasan strategik , sering menjadi 'korban' kerana mahu 'dimajukan dan dijamu' kepada orang-orang tertentu atas nama syarikat2 tertentu, demi kepentingan tentunya pembangunan negara.
Namun kita rasa syabas kita ucapkan kepada ALmuni UM kerana menentang keras usaha 'murni' kerajaan ini. Tentunya alasannya untuk membuat kebaikan demi kepentingan rakyat.
UM adalah sebuah universiti tertua dan terulung, memberi banyak nilai kepada negara dan isi negara. Apakah atas semata-mata untuk 'kepentingan' rakyat hendaknya ia dikorbankan. Isunya bukan kita menentang pemindahannya ke Sepang, UM punyai nilai sejarah, warisan bangsa, sebagai heritagenya, nilai estetika, nilai harga yang sukar digambarkan dengan perkataan.

Universiti Malaya adalah satu warisan negara dan tapaknya di sini tidak harus dikorbankan untuk kepentingan perniagaan mana-mana pihak, kata lembaga pengarahnya hari ini sebagai membantah sebarang cadangan memindahkan universiti itu ke kawasan lain.

Pemangku pengerusi Lembaga Pengarah UM Datuk Dr Zulkefli A. Hassan berkata mesyuarat lembaga itu hari ini mengarahkan pihak pentadbir Universiti Malaya menulis surat bantahan kepada Suruhanjaya Sekuriti berhubung laporan mengenai hasrat syarikat hartanah, Guocoland (M) Bhd untuk memajukan tapak universiti itu, yang dianggap "tidak tepat dan mengelirukan demi kepentingan komersial syarikat berkenaan."
Universiti Malaya tidak sama sekali mengetahui rancangan syarikat itu untuk mengalihkan kampus UM ke satu kawasan baru seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar pada Selasa lepas," kata Zulkefli dalam satu kenyataan.
Guocoland (M) Berhad, yang dikuasai jutawan Tan Sri Quek Leng Chan, dilaporkan membuat tawaran untuk memindahkan universiti itu ke Sepang, dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion.
Rancangan tersebut sebelum ini dibantah oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM, Alumni UM, para pensyarah, pentadbir dan juga mahasiswa.

"Universiti Malaya adalah universiti tertua di negara ini. LPU bertanggungjawab kepada ramai pemegang kepentingan, negara, masyarakat, alumni, kakitangan akademik dan pentadbiran dan mahasiswa," katanya.

Semalam, presiden Persatuan Alumni UM Datuk Noordin Abdul Razak membantah cadangan tersebut kerana menurutnya, universiti itu mempunyai nilai sejarah dan menjadi mercu tanda universiti awam di negara ini.

Ini bukan pertama kali tapak universiti itu menjadi sasaran pemaju hartanah. Cadangan serupa pernah timbul pada tahun-tahun 1980-an.

UM, yang mempunyai 12 bangunan fakulti, dua bangunan akademik dan tiga pusat pembelajaran, kini menempatkan 9,304 pelajar, 2,268 tenaga akademik dan 2,275 kakitangan sokongan.
Berita berkaitan:Alumni bantah UM pindah ke Sepang (14 Jun)

No comments: