Selepas beberapa remaja Melayu 'dinobatkan' sebagai pemenang atau juara penyedia arak top ten di Malaysia, hasil pendedahan yang diberitakan oleh Harakah, Maka pihak berkuasa barulah baru 'nak' Sekat Muslim kerja di bar’.
Beberapa pihak termasuk kalangan mufti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan kerajaan perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap cadangan supaya peraturan melarang umat Islam daripada bekerja sebagai pelayan bar atau menyediakan minuman keras, dikuatkuasakan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman, berkata cadangan baik seperti itu boleh dan seharusnya diteliti.“Dari segi hukum, jika sesuatu tempat itu menyediakan arak, orang Islam tidak boleh bekerja atau bersubahat dengannya,” katanya ketika dihubungi semalam.Baru-baru ini, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria masing-masing melahirkan kebimbangan berikutan semakin ramai orang Islam terbabit dalam aktiviti yang menyalahi hukum agama, termasuk bekerja sebagai pelayan bar.Seorang pengirim dalam ruangan Surat & E-mel akhbar ini berharap kerajaan akan menguatkuasakan peraturan bagi melarang umat Islam bekerja sebagai pelayan bar atau menyediakan minuman keras sebagai penghormatan kepada negara ini yang dikenali sebagai negara Islam.Ketika dihubungi semalam, Mohd Tamyes yang bersetuju supaya peraturan dikuatkuasakan bagi melarang umat Islam bekerja sebagai pelayan bar, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan perkara itu.Katanya, penjelasan juga perlu diberi agar orang Islam yang bekerja dalam sektor itu meninggalkan kerjaya berkenaan.Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pekerjaan sebagai pelayan bar tidak sesuai dengan tata susila budaya Melayu kerana ia boleh menjejaskan moral gadis Melayu.
walaupun banyak benda kerajaan sering terlambat, maka setidak2 jangan membantu dan degil dalam usaha memperbetulkan kembali 'rakyat'nya kerana ini adalah sebagaian manah dan tanggungjawab pemerintah. Tersukan usaha2 berfikir bersama2 tindakan , syabas....
No comments:
Post a Comment