Monday, June 11, 2007

Disebalik cerita 'Matag' ceriakan penanam kelapa Bangan Datoh

Berita daripada Bernama dipetik, rencana berhubung dengan perkembangan penanaman kelapa sebagai industri di kalangan petani kelapa. Semasa bersekolah dulu dalam silibus geografi (kini) dulu ilmu alam, nama Bangan Datoh di Perak, seringkali dikaitkan dengan penanaman kelapa , kopra(kelapa kering) dan menjadi satu kebanggaan kepada kita sebagai pelajar.
Irionisnya, kelapa tak boleh mengkayakan masyarakat tani di Bagan Datoh, bila penulis dah besar berpeluang lalu di kawasan berkenaan, penulis terpandang kenapa wujud kilang-kilang yang bersumberkan atau berasaskan guna kelapa, pemiliknya Cina, nampak sengkek sahaja tapi kaya.
Kini penulis mahu 'mentaliti' Melayu tak kan kaya dengan tanam kelapa, jagung, ubi hendaklah dinyahkan daripada pemikiran generasi penulis. Generasi kini dak, mereka tidak segan silu, menjual jagung bakar, taukeh jagung, tauke ubi, tauke kerepek ubi, tauke santan yang mana hidup mereka hasil daripada hasil-hasil tani tadi cukup membanggakan dalam mencorakkan kehidupan mereka.
Minggu lepas penulis berpeluang mendengar cerita daripada kakak penulis bagaimana seorang Melayu menjadi tauke pembekal ikan keli , berniaga di Pasar Borong Ipoh. Lahir pula tauke santan di pasar borong Ipoh. Semua nya menjadi realiti, buka tunggu program relaliti kini yang lebih kepada suka-sukan spt AF, Mencari Menantu dll yang seumpama.
Sepatutnya kerajaan melalui media memomokkan suntikan semangat dengan Program Realiti spt Kak Yah Keropok Lekor dll. Agar generasi muda wajar contohi, bukan habiskan dengan gila sms dan menangis bila artis itu ini.
Mukim Bagan Datoh dan Rungkup di Daerah Hilir Perak, kira-kira 150 km dari Ipoh, memang dikenali sebagai kawasan penanaman kelapa sejak dari dulu lagi.Industri berkenaan menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar penduduk setempat.Selepas lebih 50 tahun meraih hasil dengan mengusahakan kelapa jenis Malaya Tinggi, industri itu mengalami zaman kemerosotan dan dijangka terus malap sekiranya tiada rancangan pemulihan.Zaman 'malap' yang dihadapi sejak lebih 20 tahun lalu disebabkan, antaranya, kejatuhan harga dan kurangnya permintaan terhadap kopra kerana diganti dengan kelapa sawit.Lebih 12,000 penduduk daerah tersebut, yang bergantung kepada tanaman kelapa, mengusahakan kawasan seluas 16,239 hektar dengan purata pengeluaran 3,500 biji setiap hektar setahun.Bagaimanapun angka tersebut adalah tidak begitu memberangsangkan.

USAHA PULIH INDUSTRI KELAPANamun musim gelap industri kelapa mempunyai harapan kembali menyerlah apabila bekalan kelapa mentah di pasaran tidak dapat menampung permintaan.Manakala para penyelidik pula telah menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.Permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa terhadap kelapa turut mengalami peningkatan mendadak terutama dalam penghasilan produk perubatan, makanan, rawatan serta produk kesihatan tambahan.Industri kelapa dijangka akan melalui era perubahan apabila kerajaan memperkenalkan kelapa jenis Matag yang mampu memberi pulangan lumayan untuk para pengusaha.

JENIS KACUKAN
Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.Bagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan dan Pemulihan Kelapa kawasan Bagan Datoh, Burhanuddin Yusof, usaha menampung permintaan sektor industri dan pasaran tidak akan tercapai sekiranya tidak dibuat secara berpusat dan bersepadu."Sekiranya masalah yang melanda pengusaha di peringkat kebun tidak dapat diselesaikan, usaha kerajaan untuk memulihkan tanaman kelapa akan juga gagal seperti dulu," kata beliau.
KELAPA MATAG LEBIH BAIKBeliau berkata keadaan industri kelapa akan terus mengalami zaman kegelapan seperti yang berlaku dalam tiga Rancangan Malaysia yang lepas di mana tanaman kelapa tidak mendapat pemulihan secara serius.Bagi kawasan Bagan Datoh dan Rungkup, kerajaan negeri Perak menggalakkan para pengusaha menanam kelapa jenis Matag.Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.Bagaimanapun tanpa pengurusan dan penyelenggaraan yang sewajarnya kelapa Matag juga berupaya menghidap ancaman makhluk perosak seperti kumbang tanduk, babi dan monyet pada peringkat awal pertumbuhannya.
PEMULIHAN PERLU SERIUSBurhanuddin memberi contoh projek perintis penanaman kelapa Matag di Bagan Datoh iaitu seluas 220 hektar di Kampung Sungai Haji Mohamad dan Kampung Sungai Pergam pada awal 1997 dan pada tahun 2000 yang menemui kegagalan kerana tiada bantuan yang mencukupi."Input baja, racun, bekalan benih dan penyelenggaraan tidak diambil perhatian dan kemudiannya tanahtanah ini dibiarkan tanpa mendatangkan pendapatan pada penanam yang terlibat," ujar beliau.Pada tahun 2004, melalui penubuhan jawatankuasa bertindak berkenaan, pekebun kecil memohon kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi menambah peruntukan.Lantas, projek kelapa Matag seluas 170 hektar yang mengalami kegagalan dipulihkan semula pada tahun 2005 namun ia masih gagal kerana mengalami masalah input dan ketiadaan anak benih yang dibekalkan oleh sebuah syarikat perladangan di Teluk Intan atas alasan masalah cuaca.

BANYAK MASALAH PERLU DIATASI
Sekiranya kerajaan ingin menyelesaikan masalah berkaitan penanaman kelapa tanpa melibatkan kos yang banyak, penekanan kepada aspek infrapertanian yang sempurna dan penyediaan peruntukan penyelenggaran bagi empat tahun penanaman perlu dipertimbangkan."Ini meliputi benih berkualiti, racun, baja, sistem pengairan, jalan ladang. Setakat ini kementerian telah meminta Jabatan Pertanian membuat kertas cadangan untuk memohon peruntukan tambahan," kata Burhanuddin.Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh telah berbincang dengan UPE dan Jabatan Perdana Menteri supaya mereka turut memberi perhatian terhadap cadangan penanaman kelapa dijalankan secara mini estet.Sekiranya pelbagai masalah pekebun kecil kelapa tidak diselesaikan oleh pihak yang berkenaan, beliau berkata negara akan terus mengimport kelapa dari Indonesia dan Thailand dengan jumlah dan nilai yang terus meningkat.Penanam kelapa Matag kini boleh tersenyum kerana kerajaan telah menambah bantuan kepada mereka daripada RM3,500 kepada RM6,500 setiap hektar bagi keperluan benih, pagar, pembersihan kawasan dan perparitan.Bagaimanapun jumlah peruntukan itu tidak termasuk bantuan baja, racun rumpai dan serangga, kawalan penyakit dan penyelenggaraan tanaman, kata Burhanuddin.

PERUNTUKAN LEBIH BESAR DIPERLUKAN
"Ketika ini keperluan sebenar bagi penanaman kelapa Matag adalah RM13,000 setiap hektar bagi tempoh 4 tahun penanaman."Kerajaan perlu menaikkan peruntukan kadar siling dari RM6,500 kepada RM13,000 untuk mengelakkan kegagalan seterusnya," kata Burhanuddin.Kebanyakan penanam adalah pekebun kecil yang hanya berpendapatan RM400 sebulan dan ada juga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar iaitu RM168 sebulan.Beliau berkata potensi besar sedang menanti mereka yang terbabit dengan penanaman kelapa kerana bekalan kelapa pada masa sekarang tidak mencukupi setelah penyelidik menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara tambahan yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.Pasaran kelapa muda juga amat menggalakkan di mana permintaan pasaran tempatan kini melebihi 100 juta biji setahun dan ia juga terpaksa ditampung dengan import dari Thailand dan Indonesia.Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim barubaru ini berkata minyak kelapa dara berpotensi besar meningkatkan nilai produk kelapa.Minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan asas penjagaan diri, ujar beliau.

No comments: