Wednesday, June 13, 2007

Cari dalang web lucah...... wah gimana ni dong ?

Wow....hebat....hebat....inilah namanya kemajuan yang bukan sekadar setapak, tapi bertapak-tapak. Kita tidak perlu marah, buat apa kita marah. Kan kita mahukan kemajuan, sapa-sapa yang berfikir spt di bawah adalah kolot dan mundur kan ? Jika mahu maju Melayu perlu 'kurang ajar' kalau tidak tak maju, hai takkan lah dah lupa. Kan demo dan pemimpin demo nak gitu .
Inilah yang dinamakan Melayu glokal, Melayu yang duduk sama rendah dan sama tionggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. kan kita mahu memartabatkan bangsa dan mahukan bangsa kita terkenal dan dikenali seluruh dunia.
Penulis, fikirlah tengku Adnan Mansor Menteri Pelancong mesti setuju kerana , setidak-tidak kita bolehlah jadikan ia sebagai agenda TMM 2007. Hah ... inilah Citrawarna Malaysia, tanahair ku....

Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap dalang sembilan ‘laman web biadab’ yang menyebar gambar lucah dan aksi ranjang gadis remaja Melayu tempatan kepada pihak ketiga bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Tindakan berani dalang yang juga ‘webmaster’ terbabit bukan saja dianggap mencemar maruah agama dan bangsa, malah perbuatan itu dianggap mengaibkan diri sendiri.Kebanyakan gambar lucah dan aksi ranjang itu dirakam menggunakan telefon bimbit dan melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kewujudan laman web lucah itu keterlaluan dan menjolok mata, bahkan mereka semakin berani mencabar pihak berkuasa dengan menjadikan laman web atau blog sebagai transit untuk menjual maruah tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat Islam.Wartawan Harian Metro cuba melayari laman web lucah yang banyak memaparkan gadis remaja Melayu dan mendapati ada individu bertudung tanpa segan silu menayangkan wajah dan bentuk badan mereka, seolah-olah berbangga dengan perbuatan tidak bermoral itu.Walaupun akhbar pernah menyiarkan mengenai kegiatan laman web lucah yang turut menawarkan khidmat seks, masih ada gadis remaja Melayu sanggup dieksploitasikan dan tidak serik mencemar maruah dengan menjaja aksi ranjang mereka di sembilan laman web itu.Pengunjung juga boleh melihat beraneka gambar lucah membabitkan adegan seks gadis remaja Melayu bersama pasangan tanpa sebarang sekatan.Seorang pembaca setia Harian Metro yang hanya ingin dikenali sebagai Azni meminta akhbar ini membongkar kegiatan laman web lucah yang membabitkan gadis Melayu itu disebabkan mereka dieksploitasikan pihak tertentu untuk mendapat keuntungan dan keseronokan.Menurutnya, dia terkejut apabila ‘terjumpa’ beberapa laman web lucah Melayu yang masih aktif dalam Internet dan menganggap kegiatan itu menjatuhkan maruah orang Melayu dan agama Islam.“Saya meminta pihak berkuasa memantau kegiatan jenayah siber itu. Pihak bertanggungjawab yang mengawasi laman web di negara ini diharap memusnahkan laman web terbabit.“Kalau boleh pihak berkuasa menyiarkan sekali muka pelaku seks terbabit supaya dapat memberi pengajaran kepada gadis Melayu supaya menjaga maruah dan harga diri mereka.“Pelaku seks berkenaan perlu diberi kaunseling supaya dapat kembali ke pangkal jalan,” katanya menerusi e-mel dihantar kepada Harian Metro, semalam.Azni berkata, sesetengah laman web berkenaan sudah ditutup satu ketika dulu tetapi muncul semula dengan wajah baru dengan isi kandungan yang lebih berani serta tidak terkira banyaknya hingga aurat anak muda Melayu menjadi tatapan umum.Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman web yang menawarkan perkhidmatan lucah melalui Internet berdasarkan aduan rasmi orang ramai.Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Adelina Iskandar, berkata pihaknya tidak dapat membuat pemantauan secara khusus berikutan banyak laman web tempatan dan antarabangsa yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan pekerjaan.“Kewujudan terlalu banyak laman web berunsur lucah menyebabkan SKMM sukar memantau sepenuhnya, di samping penggunaan Internet tidak terhad atau mempunyai tapisan.“Kami hanya boleh mengambil tindakan terhadap laman web tempatan dengan menutupnya jika didapati melakukan kesalahan dengan bantuan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Menurutnya, individu atau syarikat yang ingin membuka laman web seperti .com.my perlu mendaftar dengan Pusat Informasi Rangkaian Malaysia Berhad (Mynic) bagi memudahkan pihaknya mengesan identiti, alamat dan nombor telefon pengendali laman web berkenaan.“Kes seperti pengendali laman web yang menawarkan perkhidmatan lucah melalui Internet, kami sukar kesan identiti mereka kerana individu terbabit tidak mendaftar melalui Mynic sebaliknya menggunakan laman web seperti Yahoo, MSN, Google dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata, individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan lucah di negara ini menggunakan laman web berkenaan bagi mengelakkan perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa.“Ini kerana, mereka tidak memerlukan menyatakan butir peribadi, sebaliknya menggunakan nama samaran bagi membolehkan mereka memperoleh laman web itu,” katanya.Bagaimanapun, kata Adelina, Mimos Berhad yang mengendalikan Mynic dapat mengesan individu berkenaan berdasarkan aduan rasmi orang ramai serta bantuan polis yang membuat siasatan.Pengendali laman web terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 211 dan 223 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan laman web untuk menyebarkan maklumat negatif. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM50,000.

No comments: