Saturday, June 23, 2007

Antara DEB dan Gelaran 'Sir'


Antara marah Najib kepada Thierry Rommel kerana kritikan terhadap DEB dengan bantahan rakyat terhadap gelaran 'Sir' kepada Salman Rushdie , tentunya nilai dan implikasi tidak sama. Najib terlalu 'amat sayang' dengan dasar DEB yang diasaskan oleh ayahnya. Rakyat setidak-tidak adalah menunjukkan sayangkan kepada nabi, atas penghinaan Salman Rushdie tempoh hari.
Maka kita lihat betapa Najib cepat bertindak selalu melalui Wisma Putra bangkit untuk membantah. Sikap double standard ini, jelas menunjukkan Islam dinegara kita bukanlah duduk memerintah, tetapi adalah diperintah. Maka atas kepentingan pemerintah maka DEB dipertahankan, walaupun kritikan itu adalah kritikan biasa, jika kita benar apa yang perlu dilatahkan.




Dilaporkan , Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kesal dengan kenyataan Duta dan Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropah ke Malaysia Thierry Rommel mengenai Dasar Ekonomi Baru dan mahu beliau tidak mencampuri urusan atau dasar yang dilaksanakan Malaysia.Sambil mempertikaikan fakta yang dikemukakan duta itu, Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai duta yang ditauliahkan di negara ini, Rommel sepatutnya berperanan mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.






"Biasanya seorang duta atau wakil tidak membuat komen mengenai negara yang mereka menjadi duta kepada negara berkenaan. Ini merupakan amalan kerana apabila kita membuat komen mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan sesebuah negara yang kita ditauliahkan sebagai duta, bererti kita campurtangan dalam urusan dalaman negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Kecacatan Kanak-kanak peringkat kebangsaan di sini hari ini.






Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rommel semalam yang disiarkan Associated Press.Menurut agensi berita asing itu, Rommel telah berkata Dasar Ekonomi Baru memberikan banyak keistimewaan dalam pekerjaan, pendidikan, perniagaan dam bidang lain kepada etnik Melayu.Rommel dalam ucapannya kepada ahli perniagaan tempatan dan asing pada Khamis antara lain menggesa kerajaan supaya menarik balik dasar yang memihak kepada orang Melayu yang dianggapnya satu tindakan diskriminasi dan memberi perlindungan yang menjejaskan syarikat asing serta mendakwa syarikat tanpa pengarah Melayu telah diketepikan daripada mendapat kontrak mewah kerajaan.






Mengenai tindakan Malaysia atau bantahan rasmi terhadap kenyataan itu, Najib berkata: "Nantilah saya akan dapatkan pandangan daripada Wisma Putra dulu.""Tugas duta ialah untuk mengeratkan hubungan antara negara dan negara mereka yang ditauliahkan sebagai duta. Dari segi prinsip dan amalan diplomasi, perbuatan dia adalah bertentangan dengan amalan yang kita terima pakai."Apa yang disuarakan itu memang boleh dipertikaikan dari segi fakta," kata Najib.Turut hadir pada majlis yang dirasmikannya itu ialah Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteriisteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

No comments: