Dilaporkan dalam akhbar harian, perbuatan jijik golongan remaja dengan mengamalkan hobi yang durjana, mereka bertindak memperlakukan seorang remaja yang di'jebak' atau 'diperangkap' bagi mereka rakamkan video klip selari dengan kemajuan teknologi telekomunikasi global. Rupanya inilah bayaran hasil dari kemajuan, dan inikah erti kemajuan.
Tambahan pula pihak berwajib sekadar retorik mewujudkan pelan itu dan ini, yang disungguhi adalah memacu kemajuan materialis , jika perolehan skala atau indek ekonomi growth negara berada 5 % ke 6 % , pihak berwajib akan bergendang dan berdondang sayang.
Kita berbangga, kerana kerajaan banyak mewujudkan pelan ini dan itu, pelan ekonomi RMK, pelan penddiikan PPIP, pelan.. pelan akhirnya pembangunan rohani menjadi pelan dan sesak nafas.
Meletakkan semua tugas melakukan segala2 ke atas polis sebagai agensi penguatkuasa tidak cukup, jika political will peneraju negara tidak bersungguh2. Masalah sosial kini msemakin membarah lihat laporan ini.................
Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.
Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’.Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.“Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.“Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan. “Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya.Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.“Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.“Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya.Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.“Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.“Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya.Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.“Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.“Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya.Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.“Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya.Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.
1 comment:
sememangnya sebagai seorang wanita saya pun pastinya akan trauma apabila mengalami kejadian itu namun mangsa wajib melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib.jika tidak setan2 tersebut pasti akan mengulanginya kpd mangsa lain.mgkn ahli keluarga mangsa tersebut.jd sekurang2nya biar padan dgn setan2 tu semua.
kalau dah ditgkp jgn pulak setakat penjara atau sebatan.biar rejam atau sampai m..i.
Post a Comment