Sifat manusia dilahirkan adalah bersifat 'lemah'. Sebagai manusia khaliqnya tahu, mata rantai atau rententan tempat untuk mengadu. Sebagai seorang anak tentulah dia akan mengadu apa-apa hal kepada kedua ibubapa, sebagai anak murid tentulah tempat mengadunya adalah kepada guru, guru kelas, dan ketua guru (guru besar).
Bagi RAKYAT tentulah aduannya kepada wakil rakyat, kemudian MB dan terakhir adalah kerajaan Pusat. Maka atas sifat pengadu dan penerima aduan tentulah , dia setidak2 berperanan sebagai mana peranannya, sama ada atas sifatnya itu sebagai sifat bapa, guru atau kerajaan Pusat.
Terkini adalah berita, kenaikan 15 sen tepung gandum, semestinya rakyat teramai mengadu kepada kerajaan, sebagai tempat terakahir, sesudah 'sesi' kenaikkan demi kenaikan satu persatu selepas PRU ke 11 yang lalu. Sebagai contoh, naik tol, naik harga minyak, naik turun harga ayam, naik harga rumah bahan2 binaan, naik BLR bank dan macam2 lagi secara sedar atau bawah sedar, Rumusannya semua naik.
Justeru itu, aduan terakhir adalah kepada kerajaan Pusat, kerana di bumi Malaysia dialah yang berkuasa.. maka kita tunggu dan lihat aduan kita .... ni
No comments:
Post a Comment