Penulis tertarik dengan tulisan Roslan SMS dalam weblognya...katanya menurut Presiden CUEPACS lebih 800,000 dari 2.1 juta ahlinya (kira-kira 38%) iaitu anggota dan kakitangan sektor awam, terpaksa membuat kerja tambahan di luar bagi menampung kehidupan masing-masing. Ini khasnya melibatkan mereka yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.Menurut Omar lagi contohnya di Lembah Kelang lebih 10% dari pemandu teksinya adalah terdiri dari kakitangan kerajaan belaka.
Presiden CUEPACS Omar menyatakan demikian semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan CUEPACS Kelantan.Sebelum ini semasa Sambutan Hari Polis ke 200 sebuah akhbar tempatan semasa menemuramah anggota pangkat rendah polis juga mendapati sebahagian besar daripada mereka terpaksa membenarkan isteri-isteri mereka berniaga kerana pendapatan masing-masing tidak cukup untuk menampung keluarga khasnya mereka yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang.I nilah realiti hidup masyarakat kita hari ini. Berbuih mulut dan penat jari-jari ini menekan keyboard bagi menonjolkan isu yang sangat membimbangkan ini dan terbukti ianya memang satu masalah besar sebagaimana yang disahkan oleh Presiden CUEPACS ini. Malah sebelum ini pihak MTUC juga pernah menyuarakan permasalahan yang sama yang melibatkan pekerja di sektor swasta.Tetapi kata PM Dollah Badawi negara sekarang ini sedang menikmati FEEL GOOD FACTOR.
Dalam keadaan rakyat terlentang menadah embun, tertiarap memakan pasir, Dollah dikatakan memiliki banglo mewah di Perth, Australia yang bernilai lebih RM60 juta! Apakah opsyen bagi rakyat untuk terus menghadapi realiti ini dalam keadaan kita kononnya menikmati FEEL GOOD FACTOR ini? Pertama rakyat boleh terus berpuas hati: daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada, berterusan taat dan menyokong BN yang diketuai oleh Dollah, atau:Kedua rakyat boleh menuntut perubahan, barangkali nakhoda yang mengepalai bahtera ini sudah bagaikan golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku, lau gantikanlah ia dan juak-juaknya dengan menolak BN pada pilihnaraya yang akan datang untuk kita mencuba nasib yang baru tiada opsyen ketiga dalam hal ini. Tepuk dada tanyalah kewarasan masing-masing. Disaat kita menatang 50 tahun kemerdekaan negara yang penuh dengan kematangan dan kedewasaan ini, maka matang dan dewasalah kita hendaknya dalam memutuskan nasib dan masa depan kita, selamat memikirkan
No comments:
Post a Comment