Ikuti dan amat-amatilah laporan ini, bagaimana penafsiran anda dan fahaman anda .
Beberapa ibu bapa kesal dengan sikap segelintir guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sekolah agama di Senawang, dekat sini, yang didakwa tidur di dalam kelas pada waktu mengajar.
Guru wanita terbabit dikatakan sudah lama berkelakuan begitu dipercayai akibat kepenatan selepas mengajar pada sebelah pagi di sekolah kebangsaan. Seorang bapa murid kelas berkenaan dari Taman Cempaka Senawang yang enggan dikenali berkata, anaknya memaklumkan gurunya kerap kali tidak hadir mengajar dan kadangkala tertidur di dalam kelas pada waktu mengajar serta membiarkan murid melakukan aktiviti sendiri.“Keadaan ini bukan saja menjejaskan pengajaran dan pembelajaran murid malah imej kelas Kafa juga boleh tercemar sedangkan matlamat diletakkan kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) adalah untuk memberi pendidikan asas agama sempurna kepada murid.“Tetapi jika sikap sedemikian diamalkan guru Kafa, matlamat itu tidak mungkin tercapai malah kedatangan murid di kelas itu menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan sikap negatif guru terbabit turut diketahui penyelia kelas tetapi tidak diketahui sejauh mana perkara itu sudah dimaklumkan kepada guru besar sekolah berkenaan.“Jika dimaklumkan, sudah tentu guru besar akan mengambil tindakan disiplin terhadapnya tetapi guru berkenaan masih berkelakuan begitu dan tiada perubahan berlaku.“Pengurusan sekolah tidak harus menutup kes seumpama ini dan jika guru itu tidak berminat mengajar kelas Kafa, dia boleh digantikan dengan orang lain yang berminat dan ikhlas menjalankan tugas itu,” katanya.“Apa yang saya harapkan pihak berkenaan termasuk pengurusan sekolah memantau perkara ini supaya tidak berterusan hingga menjejaskan kepentingan murid dan kelas berkenaan,” katanya.
Yang membuat hanyalah seorang, apa pun penat bukanlah alasan. Kita maklumlah dan patut bertanya kenapa guru tersebut buat dua kerja dalam satu hari. Adakah di Senawang dah tak ada guru agama, banyaklah lagi persoalan2 yang boleh dilontarkan. Kita juga patut bertanya kepada pemberita yang memberitakan kisah sensasi ini.
No comments:
Post a Comment