Saintis ramal 2007 catat rekod paling panas secara global berbanding 1998.
PADA 2003, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa krisis air dunia begitu parah dan sebarang usaha untuk menangani masalah kebuluran akan mengambil masa hampir 30 tahun.
Amaran berkenaan berasaskan laporan disediakan oleh ‘World Water Assessment Programme’ (WWAP) yang menyatukan usaha 23 agensi PBB dan berpejabat di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (Unesco).Laporan bertajuk ‘Air Untuk Manusia, Air Untuk Hidup’ disediakan untuk Forum Air Ketiga, yang diadakan di Kyoto, Jepun pada tahun sama. Menurut laporan berkenaan, menjelang 2020, purata bekalan air bagi setiap orang di dunia dijangka merosot satu pertiga daripada sekarang dan 25,000 orang mati setiap hari akibat kebuluran, dengan anggaran 815 juta orang yang lain menderita kerana pemakanan tidak seimbang.Menyedari keperluan mendesak untuk menangani krisis air global, PBB memilih air sebagai tema untuk Hari Alam Sekitar 2003 iaitu ‘Air - Dua Bilion Orang Menunggu Maut Kerananya’. Badan dunia itu pada tahun berkenaan turut mengeluarkan beberapa fakta utama mengenai air yang sewajarnya sudah mencetuskan kegelisahan pada semua peringkat di merata dunia. Antara fakta yang mengejutkan termasuk dalam tempoh 25 tahun, separuh daripada penduduk dunia mungkin akan menghadapi masalah mencari air bersih yang mencukupi untuk minuman dan pengairan. Buat masa ini, lebih 80 negara, mewakili 40 peratus jumlah penduduk dunia diancam masalah kekurangan air yang serius. Menurut PBB, keadaan mungkin menjadi bertambah meruncing dalam tempoh 50 tahun akan datang memandangkan pertambahan bilangan penduduk di samping peningkatan suhu bumi yang mengganggu pola taburan hujan. Asia Barat, menurut PBB menghadapi ancaman paling besar di mana lebih 90 peratus daripada penduduk rantau berkenaan mengalami masalah air meruncing, dengan penggunaan air melebihi 10 peratus sumber air bersih yang boleh diperbaharui. Di dalam negara, memandangkan banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini terutamanya Johor yang dilanda gelombang banjir sebanyak dua kali dalam tempoh kurang sebulan, sudah tentunya kemelut air tidak menjadi fokus pemikiran sesiapa buat masa sekarang. “Tanpa disangkal lagi air adalah sumber yang semakin mengecil,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr Loh Chi Leong dalam temu ramah dengan Bernama baru-baru ini. Menurut beliau, secara umumnya, orang menganggap ada banyak bekalan air, justeru tidak ada yang perlu dibimbangkan. “Meskipun air meliputi 75 peratus permukaan bumi, 97.5 peratus daripadanya ialah air masin dan hanya 2.5 peratus daripada air dunia adalah air bersih dan itu pun kebanyakannya dalam bentuk beku dan sesetengahnya pula di bawah tanah. “Secara umumnya diperakui bahawa kurang satu peratus air dunia boleh diperoleh untuk kegunaan manusia. Itu yang kita panggil sebagai air bersih yang boleh selamat diminum. Kebanyakan air ini adalah dalam bentuk air permukaan iaitu sungai, tasik dan sebagainya di mana 50 peratus daripadanya tercemar,” tambah Dr Loh. Di sesetengah negara, air semakin menjadi isu serantau terutama apabila negara berkongsi sungai, menjadikan timbulnya persoalan siapa lebih dulu berhak untuk mengambil air itu. “Tidak ada perjanjian antarabangsa untuk menangani masalah bekalan air apabila sungai mengalir melalui negara yang berbeza. Kemungkinan yang boleh berlaku ialah apabila tercetus krisis, negara berkenaan mungkin terlupa mereka adalah jiran. “Itu sebabnya mengapa PBB meramalkan perang mungkin meletus kerana perebutan air. Harap-harap perkara itu tidak akan berlaku tetapi seharusnya ia menjadi satu peringatan,” kata Dr Loh. Perubahan iklim sememangnya memberi impak kepada kehidupan kita dalam pelbagai cara yang aneh. Glasier (timbunan besar ais) sebagai contoh. Kebanyakan sungai di dunia seperti di Asia iaitu Sungai Mekong dan Sungai Indus menerima bekalan airnya daripada pencairan glasier. Lazimnya, glasier menerima penambahan salji dan ais ketika musim sejuk dan ia akan perlahan-lahan menjadi cair pada musim bunga dan panas. Pencairan glasier memberikan aliran air yang berterusan kepada sungai. “Apa yang berlaku sekarang ialah salji musim sejuk dan ais di glasier menjadi cair lebih pantas dengan meningkatnya suhu musim bunga, menyebabkan paras air musim bunga yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan banjir serta menghasilkan kurang aliran pada musim panas. “Trend ini sedang berlaku dan ia menjadi bahan berita sejak tiga tahun kebelakangan ini,” kata Dr Loh. Buat Malaysia dan rantau yang mengelilingi negara ini, menurutnya, sesetengah pengkaji iklim meramalkan sehingga sebanyak 20 peratus lebih hujan berdasarkan 1-3 darjah kenaikan dalam suhu global. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, lebihan hujan berkenaan akan berlaku dalam bentuk ribut petir yang teruk. “Lebih banyak hujan dalam bentuk ribut petir bermakna lebih banyak air yang akan mengalir deras terus ke sungai, meningkatkan risiko banjir dan pada masa sama yang menjadi paradoksnya kurang air diserap bumi serta tumbuhan, bermakna juga kurang air yang ada untuk bekalan air minuman,” tambah Dr Loh. Pada masa sama, beliau berkata sebagai kombinasi dengan kesan El Nino, ahli kaji cuaca meramalkan 2007 akan mencatat suhu global paling tinggi. “Pada pandangan saya tahun ini, kita akan melihat bermacam-macam kejadian yang ada kaitannya dengan cuaca di seluruh dunia,” Dr Loh memberi amaran. Pada awal Januari tahun ini, ahli saintis yang mengkaji perubahan iklim sudah membuat ramalan bahawa tahun ini ‘berkemungkinan mencatat rekod tahun paling panas secara global, menewaskan rekod yang dicatat pada 1998.’ Menurut laporan dalam laman web Environment News Service (ENS), ahli sains di Pejabat Kaji Cuaca British yang mendedahkan ‘ramalan menggemparkan’ berkata potensi untuk 2007 mencatat tahun paling panas itu berpunca daripada bentuk pemanasan El Nino yang sudah berlaku di Lautan pasifik. Ahli sains berkenaan berkata impak El- Nino akan berlaku sepanjang beberapa bulan pertama 2007. Menyuarakan kebimbangan sama, Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomikal Filipina (PAGASA) dipetik sebagai berkata impak El Nino akan lebih terasa pada tempoh enam bulan pertama tahun ini.El Nino adalah fenomena cuaca yang bercirikan ginjatan atau turun naik suhu di permukaan air Lautan Pasifik Timur tropika. Fenomena ini lazimnya berlaku sekitar sambutan perayaan Krismas di Lautan Pasifik dan berlarutan selama beberapa bulan tetapi mungkin berlanjutan hingga Mei dan Jun. Kesan secara langsung El Nino termasuk keadaan cuaca lebih kering yang mungkin mengakibatkan berlakunya kemarau berpanjangan di sesetengah bahagian Asia Tenggara dan Australia Utara. Keadaan berkenaan meningkatkan kemungkinan berlaku kejadian kebakaran belukar dan keadaan jerebu yang teruk serta menjejaskan kualiti udara. El Nino juga pernah dipersalahkan di atas berlakunya banyak kejadian taufan besar. Peningkatan suhu bumi dan El Nino khususnya mungkin sudah berada di depan mata kita tetapi impak iklim yang teruk ini termasuk krisis air masih boleh kita tangani seandainya kita bertindak sekarang. INTI PATI
Lebih 80 negara, mewakili 40 peratus jumlah penduduk dunia diancam masalah kekurangan air yang serius. Menurut PBB, keadaan mungkin menjadi bertambah meruncing dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Asia Barat, menurut PBB menghadapi ancaman paling besar di mana lebih 90 peratus daripada penduduk rantau berkenaan mengalami masalah air yang meruncing, dengan penggunaan air melebihi 10 peratus sumber air bersih yang boleh diperbaharui.

El Nino adalah fenomena cuaca yang bercirikan ginjatan atau turun naik suhu di permukaan air Lautan Pasifik Timur tropika. Fenomena ini lazimnya berlaku sekitar sambutan perayaan Krismas di Lautan Pasifik dan berlarutan selama beberapa bulan tetapi mungkin berlanjutan hingga Mei dan Jun.
Kesan secara langsung El Nino termasuk keadaan cuaca lebih kering yang mungkin mengakibatkan berlakunya kemarau berpanjangan di sesetengah bahagian Asia Tenggara dan Australia Utara.
Keadaan berkenaan meningkatkan kemungkinan berlaku kejadian kebakaran belukar dan keadaan jerebu yang teruk serta menjejaskan kualiti udara. El Nino juga pernah dipersalahkan di atas berlakunya banyak kejadian taufan besar.
No comments:
Post a Comment