Friday, December 22, 2006

Pendidikan Seks - NUTP saran guru diberi latihan teknik mengajar


KUALA LUMPUR: Perlaksanaan pendidikan seks di sekolah tahun depan bagi membanteras salah laku seksual di kalangan remaja, mendapat pelbagai reaksi daripada kesatuan guru dan ahli akademik termasuk kebimbangan sikap sesetengah guru yang malu dan kurang yakin untuk mengajar mata pelajaran itu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, berkata perkara itu akan berlaku sekiranya tiada latihan secukupnya diberikan kepada guru yang akan ditugaskan mengajar pendidikan seks itu.Beliau berkata, guru perlu diberi latihan dengan dilengkapi displin ilmu yang tinggi kerana mata pelajaran berkenaan adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat timur.“Jika tiada latihan sempurna diberikan, dibimbangi guru yang ditugaskan mengajar pendidikan seks ini tidak akan memberi maklumat sempurna dan akan disalah taksir oleh pelajar hingga menimbulkan masalah sosial,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.Sehingga kini, katanya, Kementerian Pelajaran masih belum berbincang dengan NUTP berhubung pengisian terhadap mata pelajaran itu.Bagaimanapun, Ismail berkata, NUTP akan menyokong cadangan perlaksanaan pendidikan seks itu kerana pelajar perlu didedahkan mengenai perkara itu bagi mengelak gejala seksual.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelulusan Kabinet untuk melaksanakan pendidikan seks di sekolah mulai tahun depan membabitkan lima kategori umur.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hasan, berkata pelaksanaan Pendidikan Seks yang dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial itu bukan bertujuan mengajar kaedah hubungan kelamin kepada pelajar.Beliau berkata, pendidikan yang akan dilaksanakan itu lebih menjurus kepada memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai kaedah menjaga kesihatan seksual serta pencegahan daripada masalah berkenaan seksual.“Saya sudah melihat modul pelaksanaan itu pada peringkat awal cadangannya dan mendapati banyak elemen positif yang cuba diterapkan serta mampu memberi impak baik kepada pelajar.“Apa yang penting ialah masyarakat perlu memberi peluang kepada pelaksanaannya serta tidak terus menyalahtafsirkan pengertian pendidikan seks dari satu sudut yang sempit saja,” katanya.

No comments: