Wednesday, November 15, 2006

Wahai Pemimpin2 ku....

Tidak ada perkara yang lebih besar dalam minggu ini selain dari Perhimpunan Agong UMNO. Jika dulu perkataan Persidangan Agong Tahunan UMNO. Kini ditukar kepada Perhimpunan, konotasi nya pemilihan perkataan tadi boleh membawa pelbagai makna, persepsi dan tafsiran. Apa pun yang jelas mesti dirujuk erti mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga.
Penulis ingin bawa persepsi , atau tanggapan orang bawahan atau kampung yang menjadi pendukung atau ahli akar umbi UMNO, yang memegang slogan keramat dulu kini dan selamanya. Bila sahaja di adakan Perhimpunan Agong UMNO, dalam kepala mereka inilah saat kebanggaan. Banyak kebanggan yang ahli 2 golongan marhein nak kita rasai. Pertama ini masa nak ke KL, ini masa nak berombongan, ini masa nak berjumpa para pemimpin, ini masa nak merasa duduk di hotel lima bintang. INi juga masa melahirkan diri kita sebagai pejuang, kerana hidup tidak bermakna tanpa berjuang. Mereka yang di kampung bila saja sertai UMNO anggap terus bahawa dirinya sebagai pejuang tulen bangsa dan agama, automatik minda diset begitu. Bila pemimpin peringkat sederhana datang merekalah yang ke depan dulu. Kalau level nasional maka lebih dari tu lah,... bergolok bergadai mereka sanggup. INilah yang penulis dapat rasakan perasaan yang ada kepada golongan yang sama baya/usia dengan bapa penulis (warga emas) ke atas.
Jika atau kalaulah generasi penulis nilah menyanggah sikit, macam-macamlah keluar dari mulutnya. Penulis tengok ayah penulis adalah ahli UMNO seumur hidup, masa hidupnya dia simpan lencana UMNO dan kad ahli (kertas) sampai lunyai. Tapi bila ada aje rombongan ke KL , atau ke mana2 saja tak diajak atau dilawa kata oranag Pahang. Bapa penulis bila dinamapak orang masa nak bermesyuarat agong cawangan aje, maka SU cawangan, wanitanya datanglah ziarah.
Bila beliau meninggal, ceritanya, masa nazak sakit dan meninggal dunia terus maka kami adik beradiklah yang urus sehingga urusan pengkebumian. Selesai urusan pengkebumian maka saya sebagai anak lelaki pun selongkarlah barang2 nya. Saya tengok lencana UMNO, kad keahlian tak tau ke mana , besar kemungkinan dah terbakar masa rumah bapa penulis terbakar. Tapi yang saya pelik kenapa geran tanah getah, KP, dan barang2 lain seperti buku bank dia sempat selamatkan. Biasa diletakkan dalam satu beg yang penulis selalu chek apa ada.
Dari persepsi penulis, kami buat kesimpulan dia amat sayangkan UMNO pertahankan selama 70 tahun. Tapi pada akhir mungkin had kesabaran dah sampai limit kot, feedup bosan dan menyampah agaknya. Pak Lah naik baru satu penggal pun dah warning.... kesabaran saya ada hadnya..petikan Utusan semalam.
Penulis bukannya apa sekadar nak memaparkan pengalaman kita sebagai anak ahli UMNO, nak war-warkan kepada pimpinan pertengahan dan atasan. Tanah atau bumi Pahang seluas ini, kami generasi ini nak juga tapak untuk buat rumah tak banyak 60' X 40' aje. bagilah mana2 kawasan Ulu Dong ke , Ulu Cheka ke, Ulu Ghali ke...
Peminggiran UMNo kepada rakyat teruk lagi dari peminggiran Cina seperti yang didakwa oleh menteri mentor LKY. Saya kekadang malu juga, berjuang UMNO tapi tapak rumah nak duduk tak ada. masih TOL sokmo.
Apa macam fikir2kan lah wahai para pemimpin ku.
Abah.... dulu terkena, saya mahu kenakan pulak

No comments: