Thursday, November 02, 2006

Pengorbanan (Nyawa) Bahagian VI


Waktunya akan tiba anda dikehendaki mengorbankan nyawa anda demi kepentingan agama Allah. Memberikan nyawa untuk Islam adalah manifestasi tertinggi daripada Syahadah anda; barulah anda layak untuk dipanggil syahid. Nyawa adalah suatu anugerah yang sungguh berharga. Untuk mengorbankannya bermakna anda terpaksa mengorbankan segala-galanya yang boleh diberikan atau mungkin boleh diberikan oleh kehidupan ini. Segala-gala yang nyata dan perkara-perkara yang tidak boleh nampak yang telah disebutkan sebelumnya.

Anda memangnya boleh mempunyai kecenderungan yang kuat untuk mati pada jalan Allah sebaik sahaja anda menyedari bahawa nyawa dan kehidupan ini adalah sebenarnya bukanlah milik anda tetapi adalah milikNya, dan anda mesti memberikannya kembali kepada yang memilikinya. Anda mestilah sentiasa mengingati bahawa kematian adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, ia akan pasti datang tepat pada waktunya dan tempatnya mengikut cara yang telah ditetapkan. Al-Imran 3:185, 154-6: Al-Nisa 478. Anda harus menyedari bahawa mereka yang mati pada jalan Allah sebenarnya memperolehi kehidupan, bagi diri mereka, masyarakat mereka dan risalah (message) mereka, \ang menjangkaui kematian mereka. "Dan janganlah engkau mengatakan '-^rhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, /bahawa mereka itu) mati: bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya". (Al-Baqarah2:154)

Janganlah anda mencinlai dunia ini, dan janganlah anda khuatirkan mati.Cuma dgn cara itu anda akan memilki kekuatan yang dikehendaki untuk mengorbankan nyawa anda. Cuma denga bersedia untuk mati dapat anada menolak perasaan takut ini. Pada ketika itu barulah terbuka pintu kejayaan diri anda dan masyarakat. Jika anda tidak bersiap sedia untuk mati, anda sebenarnya merampas hak untuk hidup teruatama sebagai suatu masyarakat.
Tidak semua daripada kita dipanggil untuk mengorbankan nyawanya, tetapi keinginan berkorban ke peringkat itu haruslah sentiasa bergelora di dalam diri semua orang. " Sesiapa yang tidak berjihad dan tidak pernah berniat untuk berjihad pada jalan ALlah maka matinya adalah mati jahiliah" (hadis Riwayat Muslkim). Baginda bersabada " Demi ALlah yang nyawaku berada ditanganNYa, aku cinta untuk mati dijalan ALlah dan kiranmya aku dihidupkan semula, aku dimatikan pada jalan ALlah dan kiranya aku dihidupkan semula, aku mati pada jalan ALlah sekali lagi dan kemudian dihidupkan semula aku tetap cinta mati pada jalan ALLah " (Bukhari & Muslim).
Abah ..... berdoa dan berusaha mencari jalan keredhaan Nya

No comments: