Saya masih teringat pesan Ustaz Yahya Osman, semasa muda dulu dalam satu tamrin. Beliau seringkali baca hadis ini yang mafhumnya: Beruntunglah seseorang muslim mukmin itu jika hari ininya lebih baik dari hari kelmarin, kelmarinnya lebih baik dari hari semalam dan hari ini lebih baik dari hari semalamnya iaitu dengan berpegang dengan amal dan Islamnya.
Bila membaca komen-komen weblog seluruhnya, melihat tinjau belek suratkhabar. benarlah kata beliau. Jika seseorang pelancong itu nak melihat atau nak survey gaya dan tahap pemikiran rakyat kita. Dia tak payah nak research teruk-teruk Beliau boleh pergi ke kedai-kedai, gerai-gerai buku di stesen2 bas teksi atau sevagainya. Lihat bacaan macam mana yang dijual. Maka kalu kita rajin2 buatlah pengiraan sendiri majalah2 macam mana yang dijual dan dipamerkan. tentu kita ada jawapannya yang hampir sama iaitu majalah suratkhabar tabliod berunsurkan seks paling mendominasi jualan dan pemeran para pekedai buku, suratkahabar dan sebagainya.
Kesimpulannya itulah tahap pemikiran rakayat negara kita, rata2 rakyatnya . Nak lihat budaya membaca di tempat2 awam seperti di negara maju jauh pangganglah dari api.
Lihatlah sedikit langkah yang dikira baik telah diambil oleh kerajaan ...
Seks: 'Weekend Mail' digantung
PUTRAJAYA: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah menggantung penerbitan akhbar Weekend Mail, salah satu penerbitan bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) kerana melanggar peraturan-peraturan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.
Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata laporan-laporan dan gambar-gambar yang dimuatkan di akhbar itu bertarikh 4-5 Nov yang memberi fokus pada seks and isu-isu berkaitan seks bertentangan dengan nilai-nilai yang diamalkan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Syed Faisal Albar dua hari lepas membuat kenyataan memohon maaf kepada pembaca kerana telah menimbulkan sebarang rasa tidak senang dan keresahan. Beliau juga mengaku bahawa rencana-rencana dan gambar-gambar yang dimuatkan dalam edisi itu "keterlaluan dan memualkan".
Pengarang akhbar terbabit telah digantung tugas sejak Isnin lalu bagi membolehkan pihak syarikat menjalankan siasatan dalaman.
Serentak itu NSTP melantik Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Syed Nazri Syed Harun sebagai penyelia operasi Malay Mail dan Weekend Mail.
Penerbitan hujung minggu lepas yang memberi fokus mengenai seks dan pelbagai isu lain yang berbau seks itu menerima kritikan keras daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Abah ..... bertindak ikut rasional dan demi masa depan
No comments:
Post a Comment