Monday, November 13, 2006

Bahasa MELAYU Oh Bahasa ku....

Jika mahu melihat sesuatu perkara itu samada berjaya atau gagal mestilah menggunakan suatu ukuran, samada angka ke, penyukat meter dan sebagainya. Begitulah juga sekiranya jika kita bercakap soal bahasa.
Umum sudah mengetahui Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa ini disokong secara dokumen sebagai terasnya, sampingan sokongan dengan mewujudkan akta. Pendek kata dari segi komitman dan azam sudah ada, kenapakah sesudah 49 tahun merdeka kita masih gagal mendaulat, memperkasakan bahasa. Bahasa Melayu diketawakan, tentulah kita sebagai golongan nasionalis rasa marah dan kecewa. Lihat negara jiran Indonesia dan Thailand berjaya daulatkan bahasa sendiri.
Kita tersorong ke hulu ke hilir , ratusan seminar resolusi kalau nak dihitung dah dibuat. namun dimanalah salah dan silapnya. Kalau kita terlalu cintakan bahasa melayu atau nasionalis , kita akan dilabelkan sebagai golongan yang sempit fikiran, ekstremis bahasa’ dan ‘antibahasa Inggeris’ yang tidak menyokong dan menyambut penggunaan bahasa2 lain terutama bahasa Inggeris. Penulis sebagai generasi baru lihat macam mana pejuang2 bahasa berjuang namun gagal kerana , teras penguasa adalah UMNO satu parti yang ultra memperjuangkan Melayu dan kemelayuaan, sepatut sudah selesai kerana rakyat memberi peluang dan kesempatan hampir 50 tahun.
Itulah sebab rakan2 sezaman dengan penulis kalu bersekolah dalam minda mesti set masuk MCKK, STAR, VI, St Michael School, Penang Free School, MGS . Nama keinggerisannya menjadi kebanggan. Kalau sebut sahaja demo datang dari SK (sekolah kebangsaan), ke SMK (Sekolah Menegah Kebangssan) memang jatuh lah standardnya.
Begitu pun bila dah merdeka kat 50 tahun ingatkan penulis nak lupa buang minda set penjajah. tapi nampak 2x5 saja. kita masih tak merdeka, Betullah kata Bung Karno ' Kita merdeka separuh masak'. Nampak sekarang bahasa kita sendiripun kita tak dapat pertahankan, tok sah yang besaq2 macam ekonomi ke, aqidah ke.... hancurlah kite...
Penulis saja cari2 daftar ilmu nak tengok kita boleh faham tak kot bahasa Melayu dari segi makna dan pengertian sudut istilah dan kebahasaannya. Cubalah tengok2 kan
Abah .... teringat Pak Din Hancur

No comments: