Friday, November 10, 2006

Bagai sungguh yang dikata......

Penulis berkesempatan mengikuti khutbah Jumaat minggu ini. Judulnya membina Keluarga Bahagia. Antara saranan khatib dalam khutabahnya prasyarat pertama bagi membina atau membentuk sebuah keluarga yang dengan mantap , mestilah diteraskan dengan aqidah yang mantap. Huraian pemantapan aqidah dibuat dengan panjang lebarlah oleh khatib berkenaan. Perincian dan ulasan hala cara langkah yang wajar diikuti bagi memantapkan aqidah keluarga kita. Pemurnian usaha dari mimbar adalah rutin samada kita cakna atau tidak, seandainya kita nak kira dari segi jumlah bilangan peringatanlah jika setahun 4 jumaat x 1 bulan x setahun bersamaan dengan 48 kali ingatan. Jumlahkan dengan umur hidup manusia 63 tahun x 48 kali bersamaan 3024 kali. Itu adalah pengiraan matematik kalau individu itu hadir sembahyang Jumaat seumur hidup. Maka ditambah campur dengan kuliah2, tazkirah, kelas, rancangan berbentuk keagamaan di media eletronik tentulah banyak jumlahnya. Serta ditambahkan lagi dengan pendidikan agama formal yang diterima. Cuba bayangkan semua nasihat2 ke arah kebaikan membesarkan Allah , cintakan agama dan hal2 sebegitu setidak2 dapat membentuk satu peribadi muslim yang hebat.
Namun jika disoroti kenapakah masyarakat kita semakin miskin aqidah, kenapa akhlak Islam semakin luntur, mengapakah kesopanan dan kesantunan serta kesusilaan tidak menjadi seperti yang dirukunnegarakan. Salah siapakah penjajah? pemerintahan atau umara yang dipilih, ulama ? ibubapa , ke .. diri kita semua dan belaka.
Pembangunan fizikal memecut laju, kerohanian dan spiritual dibuat secara sampingan aje. Nampaklah begitulah andian atau realiti kita dalam mencorak negara agama dan bangsa. Penulis terinagt benar masa belajar, dalam kemukakan pandangan teringat seorang pancacai yang datang dalam satu seminar kepada pelajar2 IPTA, penulis diberitahu lebih kurang begini..masa saya tengah kuat membangkang saya lihat satu dunia tak betul yang betul saya sahaja. Itulah kunci kata simpul mati dan buah kilas penceramah tersebut mengakhiri kuliahnya.
Tapi sejarah berulang dan catatkan sejarah kepimpinan Dr M yang beliau sanjung sendiri bila naik pengganti 3 tahun kebelakangan ni semua yang dulu2 kata betul jadi tak betul. jadi penulis tak dapat nak jawab balik kat pencacai di atas. jadi beliau racun pemikiran mahasiswa terima apa saja yang dibuat tanpa perlu soal itu ini.
Abah..... payah memikiorkan

No comments: