Maka bersabdalah para pemimpin2 UMNO , kita berjuang ada pelbagai agenda. Bermula dengan agenda parti, ada agenda bangsa, agenda agama, agenda nasional, agenda nasional dan bermacam-macam agenda.
Lalu agenda agamanya adalah memartabatkan Islam Hadhari- Islam ini adalah Islam yang diperjelaskan seperti penggulungan Presiden Parti UMNO, bahawa kena amalkan ultrakonsevertaif agama, tidak boleh kongsi raya, tidak boleh ucap selamat kepada bukan Islam. Penjelasan PM kita dengan penuh emosi ditepuk dengan gemuruh tanda sokongan yang tidak berbelah bagi. Namun hakikatnya semua tanda sokongan tadi adalah sokongan agenda peribadi saja.
Terkini agenda UMNO adalah membelasah Mukhriz Mahathir, agenda ini nampak gaya menegelamkan agenda2 yang dibangkit dan diusulkan. Maka semua juak2 dua tiga hari ni tumpang semangkuk belasah Mukhriz. Maka terkulat2lah Mukhriz. Maksudnya maka berlumba2lah para pimpinan bercakap , paling kuat cakap belasah Mukhriz nampak gayanya cerahlah agenda peribadi lobi bagi macam2 bendalah.
Dalam masa PM menjanjikan agenda nasional nak memberi kebebasan media, kebebasan maklumat. Janganlah ikat tangan orang tu dan pakat belasah. Maka kita orang yang berkecualipun macam penulis rasa loya dan mual dengan sikap agenda pemimpin2 Melayu kita. Bab berkelahi sampai nampak macam pecah belah, takkan lah Mukhriz ni tak pernah buat baik langsung, kesian kat dia. Tak dapat tanduk takkan lah telinga nak pulas. dah belasah ayah dia cukuplah tu. Kira tercapailah agenda awak semua.
Maka tertarik saya dengan satu sorotan berita yang membuat analisis melalui ucapan2 para perwakilan, kata ulasan itu tadi semua ucapan para perwakilan hebat2 belaka, maklumlah semua yang berucap tu biasa dalam DUN dan Parlimen ataupun dalam Dewan Negara. Apakata ubah tradisi perwakilan negeri2 setiap kali wakil perwakilan negeri atau apa ke diberikan kepada orang lain, alasan berlapik berita itu tadi adalah idea bernas lain yang tidak terlalu terikat dengan agenda jabatan atau kementerian yang diwakili portfolio yang dipegang oleh si yang berucap itu tadi.
Penulis teringat apa yang diucapkan oleh exco Pahang Datuk Dr Ahmad Sukri , minta JPA tengok2kan , hanya seorang Pegawai Belia jaga satu kawasan, dia pun terlepas pandang kot, Kalu kat Pejabat Agama Daerah di Pahanglah setahu penulis hanya seorang sahaja Penguatkuasa Agama yang berautoriti ditugaskan, hah bayangkan kalau veteriner boleh diwujudkan 1 ekor lembu 10 pegawai, kenapa tidak dalam mahu menjana modal insan. Oleh itu apalah maksud sebenar agenda yang diuar-uarkan pembangunan modal insan.
Katanya UMNO dah matang berpolitik, tak sampai 57 kali bersidang perangai lagi teruk. Tak taulah kot2 bawa semangat roh Islam Hadhari kot.
Abah... mangkit tengahari
No comments:
Post a Comment