MASIH BOLEH BEROPERASI LAGI
PENULIS MASIH LAGI ADA UPAYA
BILA DATANG TAKDIR ALLAH. MAKA GUGURLAH TADBIR MANUSIA
Melayari Tik Tok , kita akan bertemu dengan banyak perkara2 yg berfaedah dan bermanfaat. Di samping juga benda yg x bermanfaat.
Penulis terkesan dengan Tik Tok tokoh wartawan ...ZRA Strim [Zaainal Abidin Ahmad] yg konten yg beliu isikan dan bincangkan ..banyak isu-isu yg MENDUNIA minda para pelayar , khas generasi generasi termuda buat masa ini.
Teruskan Abang Zainal [ZRA Strim]
MB Kelantan yang baru dilantik, telah memulakan TUGAS tidak rasminya menyampaikan KULIAH di Dataran ILMU di dalam bandar KB.
Dalam banyak isi yg disampaikan oleh beliau. Akhirnya beliau SENTUH dan CIDUK tentang keputusan PRN di Kelantan. Katanya 2 buah kerusi DUN yang seterunya menang. Ini digambarkan PUAK yg MELAWAN ISLAM..
Nilai lah sendiri...
Menepati RAMALAN. PRN bagi 6 buah negeri sudah selesai. Naratif untuk jatuhkan kerajaan perpaduan peringkat Federal masih berjalan . Parti2 koalisi kerajaan perpaduan 'sibuk' mengkaji punca2 kenapa dan mengapa mereka GAGAL cemerlang.
UMNO terus melakukan aksi agresiff untuk MENJATUHKAN semua kepimpinan atasan , GEMAnya semakin KUAT.
Di sebelah gabungan PN. Hanya PAS yang MANTAP dan kuat MOMENTEUM nya.Menang banyak kerusi di negeri2 yang ada PRN. Apa pun TAHNIAH pusingan ini adalah MASA DAN PUSINGAN anda. Namun belum cukup kuat untuk MENAWAN PUTRAJAYA. Namun ada dan rakan sekutu kini dalam ROAD TO PUTRAJAYA
Buat masa ini PMX dan kerajaan perpaduan masih kekal RELEVAN. Kesukaran untuk PMX mrmulihkan hal-hal NEGARA perlu ambik masa. Peluang pekerjaan kepada GENERASI X dan Y mesti ditumpukan dalam 5 tahun ke depan. Struktur ekonomi yg anda rangka mesti dan wajib dilaksanakan. Tempoh 10 tahun daripada sekarang CUKUP atau masanya
Berbalik kepada naratif PAS kena bersabar. Anda dilandsan yng menjadi PENCABAR yg boleh bagi Knot Out kepada PMX dan kerajaan perpaduan.
KBINE
Bahang kempen politik di 6 buah negeri yg bakal menghadapi PRN semakin 'memanas'. Macam2 cara dan gaya kempen dipaparkan.
Namun cara konvesonal masih terus dikekal dan kekal. Platform lama khusunya di masjid-masjid dan surau terus kekal relevan.
Maka dalam kerancakkan untuk meraih sokongan dan dalam masa yg sama untuk puaskan hati memasing kelompok..kekal. Ada bermacam-macam rasa dalam meloloskan saingan berkenaan bagi dimanfaatkan group kelompok dan geng kite
Dalam banyak2 tu, kita teringat apabila ustaz-ustaz yang mengajar masa kempen juga turut terlibat. Maka , tentulah ada yang pro dan kon,
Pengerusi masjid surau berperanan menengur uswtaqz-ustaz. Maka 'terasalah' sesetengah ustaz apabila pengerusi masjid dan surau melarang daripada bercakap HAL-HAL POLITIK .
Walhal KEBEBEASAN BERSUARA selama belum ada PRN dah lama para pengerusi masjid dan surau TAK TEGUR PUN
Muktahir ini, isu-isu PANAS menghiasi warna warni POLITIK Malaysia. Itulah seni politik tanah air kita.
Di kala ringgit menyusut, kedudukan ekonomi penat , rakyat masih bertahan. Keluhan demi keluahan rakyat mencabar kepimpinan PMX
Kita doakan bersama, supaya ALlah Taala memberi SINAR dalam masa terdekat ini
Bukannya mudah dan senang mahu KENDALIKAN negara
MAMPUKAH kerajaan PH + UMNO GPS+GRS pertahankan 3 buah negeri. Secara dasar 3 negeri yg dikuasi PH mampu dipertahankan, tetapi kemenangan TIPIS. Ini kerana, rakyat mula TERMAKAN dengan TERHAKIS kedudukan ISLAM & MELAYU yg pun dianggap sebagai PERSEPSI tetapi rata2 majoriti PENGUNDI anggap sebagai REALITI
Kedua PH bekerja x cukup KUAT, tidak agrersif sangat. Berbanding PN..terutama PAS yg masih DIPERCAYAI DAN DIDENGARI pengucapan PIMPINAN mereka. Ikut mana UKURAN tetapi itu adalah REALITI. terutama para PENGUNDI Melayu dan Islam
Kelantan dan Terengganu walaupun bawah PAS , nampak mcm TERGUGAT, tetapi ramai PENDOKONG dan aktivitis berkeyakinan PENUH ...terus relevan dan KEKAL
Cuma Kedah sedikit goncang, kerana MB yang LOGLAQ
Sistem PERTAHANAN ph lemah....Iron Dome yg RR (Rafizi Ramli) ..tidak cukup kuat. Rakan seperpaduan juga NAMPAK GAGAL membantu
Rudal PN ..nampak berkesan dan terkesan..sementelahan medium Tik Tok menjadi GARAPAN dan platform yang berkesan, walaupun walaun nmpk MACAM LAWAK ..rakyat termakan ..GENERASI XYZ ...pula ADA AKU KISAH
Tiada media yang backup PMX ...maka PMX x sempat nak cover..SERANGAN FITNAH BERITA PALSU KEMPEN MEMPERLEKEHKAN KERAJAAN PERPADUAN ..pusingan ini nampak BERJAYA
APABILA TAULIAH DIARUS PERDANAKAN.....Isu ini semakin PANAS buat sementara waktu. AGAMAWAN marah kerana agama diperpayahkan dan dipersusahkan ? Adakah benar
benar juga pandangan PENULIS INI
Walaupun sudah banyak negeri yang melarang penceramah tanpa tauliah untuk berceramah di masjid dan surau, masih ada yang berdegil untuk dapatkan tauliah.
Menerusi Facebook, Dr Mohamed Hadi Abd Hamid menjelaskan bagaimana masih ramai yang tidak mendapatkan tauliah walhal ia bukanlah susah.
Secara umumnya, beliau menjelaskan bahawa mereka yang enggan memohon tauliah ni terdiri daripada tiga golongan seperti berikut.
Terlibat dengan politik kepartian
Pertama adalah mereka yang terlibat dengan politik kepartian. Golongan ini tidak pisahkan keinginan untuk menyampul sambil berpolitik atau berpolitik sambil menyampul, maka dia memilih untuk ingkar dengan peraturan tauliah.
Latar belakang pengajian agama yang meragukan
Golongan kedua adalah mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama yang meragukan.
“Boleh jadi mengaji agama pun celup-celup juga ikut kaset (kalau zaman dulu) atau Youtube jadi kalau ditemuduga ada kemungkinan golongan ini akan kantoi.
“Aku tahu ada penceramah yang baca kitab (kononnya), tapi asas Syariah pun tak tahu. Usul fiqh tak tahu, qiyas khafi tu apa, istishab tu apa.
“Ada yang berpuluh tahun baca kitab sirah sahaja, bukan ustaz pun. Bahasa Arab pun lintang-pukang. Ada pula jenis ustaz yang nak komen benda yang bukan bidang dia, nak ulas juga pasal kewangan Islam contohnya, walaupun dia bukan pakar. Mereka ini kalau ditemuduga, sahih kena sembelih juga,” tambahnya lagi.
Ada masalah sikap
Golongan ketiga adalah mereka yang berkelayakan tapi ada masalah sikap seperti suka terpekik terlolong dalam masjid, malah ada yang maki hamun atau menyanyi.
Sikap mereka inilah yang menjadi asbab mereka tidak sesuai diberi tauliah.
“Ada yang jenis cepat melenting, dia saja yang betul dan tak boleh ditegur. Ini pun biasanya terjun gaung juga.
“Mereka yang sudah ada track record yang gelap sebegini, tak perlulah nak cuba mohon tauliah. Ada juga segelintir yang terlibat dengan kontroversi tertentu melibatkan masalah peribadi, namun biasanya namanya ‘digantung’ seketika,” tambahnya.
Sebagai pemegang tauliah mengajar di negeri Selangor yang diberikan oleh JAIS, beliau hairan kenapa masih ada penceramah yang masih degil untuk memohon tauliah.
“Pada pengamatan peribadi aku, untuk mendapat tauliah, kita hanya perlu menjadi ‘normal’. Bukan jenis suka cari balah, kutuk sana, maki sini.
“Kita boleh berbeza pandangan, tapi bagi aku, peraturan tauliah ini satu keperluan juga, untuk rekod dan pemantauan.
“Dalam kewangan Islam pun ada ‘tauliah’ menurut SGPD, nak jadi peguam syarie pun kena ada ‘tauliah’. Jadi peraturan tauliah bukanlah sesuatu yang pelik,” katanya.
Namun Mohamed Hadi juga memaklumkan ada perbezaan yang memohon tauliah tapi tak diterima atas faktor lain.
Selalunya mereka ini dikatakan terlibat dalam politik dan ceramahnya mempertikaikan isu furu’ dalam agama (atau sekurang-kurangnya dilabel sedemikian walaupun hakikatnya pemohon tidaklah begitu) atau membangkitkan keresahan kepada umat Islam.
Muktahir ini, pemain utama atau ahli2 politik dalam negara kita, rata-rata mengamalkan budaya lepas 'cakap' yng dikira sebagai TUGASAN mereka sebagai wakil rakyat.
Sikap dan serkap serta tidak cemerkap dalam tutur kata para pemain utama politik negara, amat serius kerana isu ygdiunggah mereka terkadang amat berat. Sebagai contoh Program JOM Ziarah gereja bawah KBS menjadi tular dan semakin menular. Tambahan dengan cepatnya tersebar dan disebar melalui pelbagai paltform media sosial.
Mari kita telusuri kata mantan MUFTI WILAYAH tentang BAHAYA FITNAH
Mukadimah
Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat.
Mutakhir ini, negara kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang belum dipastikan akan kesahihannya di media sosial. Hal ini amat membimbangkan kerana ia mampu memecah belahkan perpaduan sesama manusia secara umumnya dan umat Islam itu sendiri secara khususnya. Justeru, agama kita telah menggariskan beberapa panduan kepada kita dalam berinteraksi dengan perkara sebegini. Oleh itu, kami terpanggil untuk menulis sebuah artikel di dalam ruangan Bayan Linnas yang bertajuk “Bahaya Fitnah.” Semoga Allah SWT selamatkan kita dari sebarang fitnah.
Definisi Fitnah
Fitnah berasal daripada perkataan bahasa arab yang mengandungi beberapa makna. Antaranya disebutkan oleh al-Azhari, Ibn Faris, dan Ibn Manzur bahawa fitnah yang membawa makna seperti ibtila’ atau ujian. [Lihat: Tahzib al-Lughah, 14/296] [Lihat: Maqayis al-Lughah, 4/472].
Ibn Athir pula menambah bahawa asalnya fitnah digunakan oleh kebanyakan bangsa arab sebagai ujian, kemudian penggunaanya juga masyhur bagi menunjukkan makna kufur, pembunuhan serta kebakaran. [Lihat: al-Nihayah, 3/410]
Untuk itu, fitnah dari segi istilah mempunyai pelbagai maksud sesuai dengan situasi ia digunakan. Ibn Hajar menyebut bahawa:
إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِ
Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” [Lihat: Fath al-Bari 27/3]
Dalam masyarakat Melayu perkataan fitnah memberi makna yang lebih spesifik. Ia hanya merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda. [Lihat: Kamus Dewan Edisi Keempat] Berdasarkan takrifan ini, hukum fitnah jelas haram dan ditegah. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]
Imam Nawawi berkata: Dalam riwayat yang lain disebut dengan kalimah 'قتات'. Ia juga memberi makna pemfitnah. Maksud nammam seperti kata ulama' ialah memindahkan cakap manusia atau orang ramai dari seseorang kepada seseorang untuk merosakkan hubungan mereka. al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam Ihya'nya: Ketahuilah bahawa sifat fitnah diitlaqkan pada kebanyakannya terhadap orang yang memindahkan kenyataan orang lain kepada orang lain sepertimana dia berkata, 'si fulan berkata dan mengata kepada kamu begian begian'. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/112)
Kami katakan, termasuklah juga dengan cara tulisan yang disebarkan seperti dalam media massa dan lain-lain.
Ciri-Ciri Fitnah Dalam Konteks Semasa
Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding pada masa lampau. Hal ini kerana, perkembangan teknologi yang semakin rancak menjadikan amalan fitnah ini semakin mudah tersebar. Fitnah berlaku dalam dua keadaan:
Pertama, apabila seseorang mengada-adakan suatu berita mengenai seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.
Kedua, apabila seseorang menerima berita mengenai seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.
Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebagai contoh, Kasim mereka cerita kononnya Harun telah berzina dengan teman wanitanya, lalu cerita itu disebarkan ke dalam laman blognya dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah Harun. Lalu apabila berita itu dibaca oleh Abu, tanpa sebarang usul periksa tentang kesahihannya, Abu menyebarkannya di dalam facebook tanpa apa-apa niat tetapi sekadar menukil dan menyampaikan berita. Dalam situasi ini, kedua-duanya iaitu Kasim dan Abu telah menjadi pelaku dan penyebar fitnah terhadap Harun.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam era masa kini, dengan kemudahan serba canggih, sebarang bentuk maklumat amat mudah sekali disebarluaskan terutamanya menerusi whatsapp dan internet. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah konvensional dilihat masih lagi menjadi penyumbang tersebarnya berita fitnah seperti menerusi laporan akhbar dan televisyen yang tidak tepat, ceramah-ceramah yang semberono, sembang-sembang santai di warung atau kedai kopi, perbualan sesama rakan sepejabat dan sebagainya. Kesemua medium ini dilihat masih lagi menjadi pilihan bagi mereka yang berkenaan melakukan fitnah disebabkan ianya mudah membentuk persepsi tanpa akan dinilai atau dipersoal kesahihannya oleh sesiapa.
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Gejala Fitnah
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fitnah sesuai dengan kategori orang itu, sama ada dia adalah pereka fitnah atau semata-semata sebagai penyebar. Bagi pereka fitnah, banyak faktor yang boleh diandaikan seperti persaingan dalam merebut sesuatu sama ada meraih jawatan, mendominasi perniagaan, kepentingan politik, kedengkian terhadap kelebihan orang lain dan pelbagai lagi. Pokok pangkalnya fitnah terbit daripada hati seseorang yang kotor, bermasalah dan tidak dibenteng dengan iman yang teguh. Sesungguhnya syaitan sememangnya tidak pernah berdiam agar manusia sentiasa berbalah dan berkonflik antara satu sama lain. Ia sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]
Walaupun ayat ini ditujukan kepada penjudi, peminum arak atau pemabuk tetapi syaitan bercita-cita agar kita sentiasa bermusuh antara satu sama lain kerana ibrah itu diambil dari lafaz yang umum, bukan sebab nuzulnya semata-mata.
Oleh itu, fitnah adalah salah satu perbuatan yang amat disukai syaitan lantaran ia boleh memecahbelahkan umat Islam sehingga tiada lagi kesatuan sesama mereka.
Bagi kategori penyebar fitnah pula, faktor utama daripada perbuatan mereka ini adalah cuai dalam menukilkan berita atau cerita yang didengar tanpa meneliti kesahihannya terlebih dahulu. Orang yang melakukan perbuatan seperti ini dianggap oleh Rasulullah SAW sebagai pembohong. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.
[Riwayat Muslim (4482)]
Al-Qadhi Iyadh berkata: Bahawa maksudnya siapa yang menceritakan dengan setiap apa yang didengar, yang padanya terdapat kebenaran dan kebatilan, dan kebenaran serta pendustaan. (Lihat Ikmal al-Mu'lim bi Fawa'id Muslim, 1/100)
Malah perbuatan menyebarkan berita tanpa usul periksa ini pernah ditempelak oleh Allah SWT di dalam kisah fitnah terhadap Sayyidah Aishah R.Anha, firman Allah SWT dalam surah al-Nur:
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١﴾ لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَـٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]
Syeikh al-Maraghi berkata: Janganlah kamu sangka berita dusta itu mengandungi fitnah dan kejahatan serta-merta, sebaliknya ia turut mengandungi kebaikan terhadap kamu, kerana dengan itu kamu mendapat pahala yang besar. Ini disebabkan berita dusta itu merupakan suatu ujian yang nyata, bagi memperlihatkan kemuliaan di sisi Allah SWT dengan penurunan ayat yang dibaca sepanjang masa tentang membebaskan diri kamu dan berita dusta itu; mengagungkan kemuliaan kamu, memberi ancaman terhadap orang yang mengatakan buruk tentang kamu, memuji orang yang berbaik sangka terhadap kamu, serta kebaikan-kebaikan lain seperti mengambil pelbagai manfaat agama dan adab tatasusila yang jelas terhadap orang yang mahu mengambil iktibar.
Kemudian, Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang turut serta menyebarkan berita dusta itu; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730)
Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah
Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]
Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut. [Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim (10/195)]
Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:
وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ
Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” [Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]
Selain itu, Nabi SAW juga bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Abdullah R.A:”
هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ“. قَالَهَا ثَلاَثًا ”
Maksudnya: “Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali” [Riwayat Muslim (2670)]
Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut golongan-golongan pelampau yang disebutkan di dalam hadith ialah golongan melampaui batas dalam pengucapan mereka. [Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim (16/461)]
Pandangan Ulama Berkaitan Fitnah
Berikut adalah beberapa pandangan berkaitan dengan fitnah:
Kesan Daripada Fitnah
Perbuatan fitnah ini akan menatijahkan pelbagai kesan buruk dan membawa kerosakan yang amat dahsyat ke atas masyarakat dan negara. Antaranya ialah:
Langkah-Langkah Dalam Menangani Fitnah
Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan diri, keluarga dan masyarakat terhindar daripada fitnah, adalah seperti berikut:
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Maksudnya: Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
Surah al-Kahfi (49)
Al-Sobuni berkata: Diletakkan catatan amalan manusia dan dibentangkan ke atas mereka. Ketika itu, kamu lihat mereka yang melakukan kejahatan merasa amat takut dengan kejahatan dan dosa mereka. (Lihat Sofwah al-Tafsir, 2/1748)
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ؛ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
Maksudnya: Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia.
Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056)
dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881)
Al-Imam al-Suyuti berkata: Hadis ini menggesa supaya melakukan amalan yang soleh dengan bersegera sebelum berlaku keuzuran kepada kita dan kesibukan disebabkan berlakunya banyak fitnah yang melalaikan dan betimpa-timpa sebagaimana bertimpanya kegelapan malam tanpa sebarang cahaya bulan. Dan Rasulullah SAW mensifatkannya sejenis daripada ujian, bala daripada fitnah tersebut sehingga membawa seseorang itu di waktu petang beriman, kemudian pada waktu pagi boleh menjadi kufur atau sebaliknya. (Lihat al-Dibaj 'ala Muslim, 1/134)
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, berdasarkan kepada kenyataan kami di atas, kami ulangi agar kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang sifat fitnah itu tidur seperti sabda Rasulullah SAW:
الفِتْنَةُ نَائِمَةٌ لَعَنَ اللهُ مَنْ أَيْقَظَهَا
Maksudnya: Fitnah itu tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi'e dalam al-Amali
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Riwayat al-Tirmizi (3233)
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng pada leher-leher mereka dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.
Riwayat Abu Daud (1537)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
اللَّهُمَّ أَنْتَ عَضُدِي وَأَنْتَ نَصِيرِي وَبِكَ أُقَاتِلُ
Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah penolongku dan dengan-Mu aku berperang.
Riwayat al-Tirmizi (3584)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
16 Jun 2019 bersamaan 12 Syawal 1440 Hijrah.