Sunday, December 22, 2013

Malaysia Bankrap 9 tahun lagi ?

Kata pakar ekonomi Malaysia.Negara akan bankrap 9 tahun lagi kerana kerajaan terlalu banyak memberi subsidi keada rakyat Malaysia sendiri. Jumlahnya setiap tahun kerajaan Malaysia belanjakan RM70 billion.

Tapi ikut Bajet 2014, setahun agggaran Malaysia dapat pendapatan RM240 billion. Dan kerajaan belanja pula sebanyak RM256 billion.

Jadi ikut sifir rakyat salah belanja ke, kerajaan yang salah belanja ? Rakyat disuruh kurangkan makan gula dan kurangkan macam-macam benda, kerajaan pula bagaimana ?

Maka namapak jelas kerajaan masih lagi amalkan budaya lama UGUT. Sampai mati lah kerjanya ugut dan takutkan rakyat

Jadi apa kata rakyat ?


Malaysia bankrap 9 tahun lagi?
  • Malaysia
 1 / 2 
PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.

Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah
lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan
jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?
Usaha kerajaan melalui Model Ekonomi Baharu (MBE) dilihat cuba menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana
rendah kepada 40 peratus sepanjang MBE dilaksanakan.
Bagaimanapun, apakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan?
Jika kenaikan pendapatan per kapita rakyat selari dengan penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan, mungkin ia tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat secara keseluruhannya.
Bagaimana jika penghapusan subsidi tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat?
Apakah kerajaan boleh beri jaminan jika subsidi dihapuskan, negara lebih kompetitif dan pendapatan rakyat akan meningkat?
Atau adakah kerajaan perlu cari jalan memastikan negara kompetitif dan pendapatan rakyat meningkat serta kemudian baru hapuskan subsidi berperingkat?
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media semalam, bahawa kerajaan sedang mencari jalan melindungi dan mengurangkan kesan kenaikan kos hidup (dalam konteks ayat beliau merujuk kepada
kenaikan tol dan tarif elektrik) secara tidak langsung menjawab persoalan itu bahawa kerajaan pada masa ini belum menemui sebarang mekanisme sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Atas sebab itulah, di sebalik tindakan mengurangkan atau menghapuskan subsidi yang sebagaimana disebut perdana menteri bahawa sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan, rakyat di mana-mana juga menjerit dan
membantah kerana berasa hidup semakin terhimpit.
Inilah yang meresahkan sebahagian besar rakyat yang ber-pendapat kerajaan harus mencari langkah paling sesuai untuk menangani masalah ekonomi sebagaimana yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada era kemelesetan ekonomi 1987 dan 1997, bukan dengan terus meletakkan beban kepada rakyat.
Lebih-lebih lagi isu pembaziran, ketirisan, rasuah dan kecekapan masih menjadi isu pentadbiran kerajaan.
Sedangkan negara semaju Amerika Syarikat (AS) pun masih memberi subsidi dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan sebagai mekanisme perlindungan industri negaranya.
Subsidi tanaman jagung, kerajaan AS memberi sebanyak AS$73 billion sepanjang tempoh 2006 hingga 2009.
Walaupun ia menyebabkan barangan komoditi negara sedang membangun terjejas, tetapi dari segi pertanggungjawaban AS terhadap industri dan rakyat, tidak boleh dipertikaikan.
Dalam konteks negara kita, bolehkah kerajaan memberik statistik pulangan dari segi daya saing dan gandaan yang bakal diperolehi daripada langkah penghapusan subsidi? Bolehkah kerajaan mengunjurkan peningkatan pendapatan rakyat hasil tindakan ini?
Kalau kenaikan tepung tahun depan sebanyak 20 sen dan tahun seterusnya 25 sen, maka sehingga 2015, harga tepung akan meningkat kepada RM1.20 iaitu lebih 50 peratus kenaikan. Ini belum dikira lain-lain barang
kawalan. Apakah ini selaras dengan unjuran pendapatan per kapita rakyat ditetapkan MBE bagi tempoh sama?
Kalau pendapatan kita tinggi, secawan kopi berharga RM10 pun tidak menjadi masalah, satu kepala bufet RM100 pun tidak berbeban.
Sama juga dengan harga minyak, bagi yang mampu dan mempunyai kereta yang cukai jalannya RM2,000 atau RM10,000 pun tidak menjadi masalah jika minyak RM2.50 seliter.
Sejauh manakah MRS yang akan dilaksanakan membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana?
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatan kuasa yang serius dan komited memantau kenaikan harga barangan untuk menyekat kenaikan harga.
Katanya, bukan rakyat yang patut berjimat cermat tetapi kerajaan harus mengurus perbelanjaan lebih efektif.
ARTIKEL BERKAITAN

Saturday, December 21, 2013

Apa dah jadi dengan Rafizi ni ?


Rafizi ke Hong Kong awal Januari siasat akaun Gani Patail

(Ainudin Othman)
rafizi_HKPETALING JAYA 20 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari 2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ini berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah di dalam tuntutan tersebut.
“Saya akan ke sana pada awal tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan Krismas.
“Masa yang sesuai dalam minggu pertama atau kedua Januari,” kata Rafizi kepada Keadilandaily ketika ditemui di ibu pejabat KEADILAN.
Katanya, beliau akan tetap ke sana walaupun tidak mendapat surat kuasa daripada Gani.
“Saya sudah hantar surat rasmi kepada beliau pada 19 Disember lalu dan hanya menunggu jawapan daripada pihak beliau berhubung syarat-syarat yang saya tetapkan.
“Jika tidak mendapat surat kebenaran daripada beliau, saya akan bekerjasama dengan pihak di Hong Kong bagi memastikan urusan siasatan ini berjalan lancar,” ujarnya.
Menurut Rafizi, beliau sedang mencari masa yang sesuai dengan jabatan dan individu yang terbabit di sana.
“Siasatan melibatkan beberapa pihak dan salah satunya ialah ‘Security of Justice’,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57548

Monday, December 16, 2013

Umno Mulakan Cerita Resap Meresap Pulak ?

Belum reda berita Syiahnya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Terkini dan kini PAS dituduh pula dah diresapi Syiah pulak. Ini adalah semua kerja-kerja khianat Umno dan tunjukkan rasa busuk perut pedal terhadap PAS.

Umno memulakan cerita resap meresap. Ini bukan cerita hantu, tetapi cerita mengarut Umno yang kerjanya menakut-nakutkan orang. Pasal dalam parti PAS ada jenis hidupan yang resap meresap. Dan Umno sendiri malas nak kaji diri dia, adakah  dalam batang tubuh sendiri , ada benda meresap ke tidak

Ini semua keran takutkan rakyat yang marah kerana Umno (kerajaan Umno) bakal menaikkan tarif elektrik. Dan mengikut Bank Negara infalasi kita berada para 2 ke 4 peratus nanti. Memang tenat.

Pas didakwa diresapi Syiah sejak sekian lama


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pas didakwa telah sekian lama diresapi Syiah dan mereka yang berfahaman songsang tersebut kini dipercayai memegang banyak jawatan penting parti sama ada di peringkat Pusat mahupun akar umbi.

Sumber keselamatan memaklumkan, Pas mula diresapi Syiah selepas revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai Pas dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan Pas yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Ini berikutan maklumat risikan mempercayai satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.

"Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh dari pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.

"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber terbabit, pada tahun lalu sahaja lebih 100 pengikut fahaman Syiah dari Malaysia menyeberangi sempadan untuk menyambut hari memperingati Arbain di markas terbesar Syiah di Asia Tenggara yang terletak di Satun, Thailand.

Bagaimanapun jelas beliau, berdasarkan penelitian, tahun lalu tiada pemimpin kanan Pas yang disyaki terlibat dengan gerakan Syiah mengunjungi Satun, sempena hari memperingati kematian cucu Rasulullah, Saidina Hussein itu.

Baru-baru ini semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013, isu Syiah membabitkan Pas kembali hangat apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pihaknya tahu siapa pemimpin kanan Pas yang terlibat.

Pendedahan itu kemudian disusuli dengan 10 maklumat mengenai dakwaan penglibatan Mohamad dengan gerakan Syiah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Namun, dakwaan tersebut segera dinafikan Timbalan Presiden Pas berkenaan walaupun mengakui beliau mengagumi kepemimpinan ikon Syiah Iran, Ayatollah Imam Khomeini dan pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah.


Friday, December 13, 2013

Gangguan Politik Bersih dan Air Bersih

Umno kata dan dianjurkan dalam banyak forum, pandangan agar parti-parti politik dan pemimpin politik minta tolong berhenti bermain politik. Dan ini bukan masanya, kerana PRU13 sudah berlalu. Maka masa yang ada sekarang adalah hapuskan perbedaan parti seiring jalan berganding bahu dan bantui rakyat tanpa mengira fahaman dan anutan politik mereka.

Tetapi benarkah begitu, buktinya yang terbaru kini mereka tetap berpolitik. Rakyat dimangsakan, sepatutnya diutamakan bagaimana slogan keramat mereka. Jadi siapa yang mulakan siapa ?

Kalau gini, apa nak jadi dengan politik Malaysia. Sampai bial nak matang. Amalan karot komedia dah lama diamalkan dan sudah sampai berakar umbi. Payah lah nampak mahu ubah

Dalam hal terbaru dijangka lebih 1 juta penduduk Selangor dan KL bakal hadapi gangguan bekalan air bersih pada minggu hadapan.



Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 13 DIS: Gangguan bekalan air bermula pertengahan Disember ini disyaki taktik berterusan BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.
Rafizi“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.
“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan pemerintahan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari in mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain kata Syabas, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.
bekalan_air_terjejas“Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.
“Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka.
“Malah pentadbiran Najib juga tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, maka BN ketandusan modal menyerang Pakatan,” katanya.
Rafizi turut menyelar sikap membisu pentadbiran Najib ketika beliau membangkitkan isu itu di Parlimen berhubung penolakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) terhadap tindakan pengguna menyaman Syabas.
“Saya bertanya kepada kementerian berkaitan, tetapi mereka hanya berdiam diri dan hingga kini tiada jawapan mengenaianya,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57243

Menteri Dalam Negeri : Cabaran Perangi Syiah atau PATI

Inilah kerja-kerja asasi (Ketua Jawa)-gelaran PAU Umno. Mengambil siapa siaga dan sediakan SOP atau pelan tindakan serta langkah-langkah berjaga=jaga tangani rusuhan ala Lilte India di Singapura baru lalu yang bakal berulang pula e negara ini pada bila-bila masa.

Bagi PATI negara ini adalah negara mereka mencari makan. Persetankan tata susila/ Kali ini inilah cabaran bagimana MKN dan KDN menangani cabaran alaf pasca kedatangan pekerja asing yang melambak di sini/

Dan hentikan menjadi hero kepada para perwakilan Umno , mahu buktikan perjuangan Umno sahaja yang betul dan benar dalam negara ini. Dengan tepukan dan sorakan satu dewan PWTC Menteri Dalam Negeri yang kembang buntut dan boleh kekal lama bertahkta di puncak kuasa.

Maka yang mana kedua di atas bakal menjadi bom jangka, Syiah atau PATI ala Lilte India di Singapura ?

Ingat kekuasaan kita hanyalah dipijamkan sahaja. Kadar lah ke diri.....






Rusuhan Di Singapura: Amaran Buat Malaysia Ambil Langkah Berjaga-Jaga
Pihak berkuasa diarahkan untuk memantau beberapa kawasan seperti KLCC di mana warga asing berkemungkinan akan berkumpul.
PETALING JAYA: Rusuhan di Little India di Singapura menjadi sebagai amaran bahawa terdapat kemungkinan kejadian yang sama boleh berlaku di Malaysia berikutan jumlah pekerja asing yang ramai di sini.
Timbul kebimbangan bahawa kawasan menempatkan pekerja asing yang berada di bandar-bandar dan bandar-bandar utama negara ini yang mungkin akan mencetuskan keganasan seumpama itu.
Ia bukannya luar biasa bagi pekerja asing untuk membawa persaingan dan permusuhan ke negara di mana mereka bekerja.
Pada akhir Mei lalu, beberapa warga Myanmar terbunuh dalam pergaduhan di antara dua kumpulan pekerja dari negara itu.
Cetusan keganasan telah dikaitkan dengan rusuhan rakyat di negara asal mereka.
Tiga warga Myanmar terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam keganasan itu yang melibatkan mereka di beberapa bahagian di Kuala Lumpur antara 30 Mei dan 4 Jun.
Pihak berkuasa Malaysia menahan lebih 1,000 warga Myanmar dalam serbuan di Kuala Lumpur dan beberapa bahagian Selangor untuk menghentikan rusuhan itu.
Menjawab kebimbangan yang dibangkitkan ekoran rusuhan Singapura, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis dan Jabatan Imigresen telah meletakkan langkah berjaga-jaga di beberapa bahagian yang menempatkan pekerja asing di seluruh negara.
Beliau berkata, pegawai-pegawai juga telah diarahkan untuk memantau kawasan di mana pekerja asing berkumpul, terutama tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai kawasan panas yang berpotensi berlakunya masalah.
"Kami sentiasa memerhatikan aktiviti pekerja asing dan bersedia untuk mengatasi sebarang ancaman yang kemungkinan boleh berlaku," katanya.
Antara tempat-tempat yang menjadi pemerhatian termasuk mereka yang berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur, seperti di pusat membeli-belah KLCC dan Sogo.
"Kami juga meninjau kuarters pekerja di seluruh negara, jadi orang ramai tidak perlu bimbang," kata Dr Ahmad Zahid.
Menteri itu turut mendedahkan bahawa pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah akan dikeluarkan I-Kad dengan kod bar dan biometrik pengenalan diri tidak lama lagi untuk membantu pihak berkuasa mengawasi mereka dan mengesan mereka yang melakukan jenayah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu bahawa bilangan pekerja asing di Malaysia dengan permit kerja yang sah sehingga 30 Jun tahun ini adalah seramai 2,116,998 orang.
Selain itu, terdapat kira-kira 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) di Malaysia setakat Ogos 2012.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan-majikan dan pihak berkuasa untuk bekerja bersama-sama dalam merangka langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian rusuhan oleh pekerja asing di negara ini.
"Kita bimbang kerana sebarang rusuhan, seperti yang berlaku di Singapura, boleh menjejaskan operasi syarikat di kalangan ahli," kata Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan.
Beliau berkata, program khas untuk memupuk kesedaran mengenai budaya, adat dan norma tempatan secara terancang perlu diperkenalkan kepada jutaan pekerja asing di sini.
Beliau berkata, program itu boleh dianjurkan bersama oleh majikan, polis dan Jabatan Imigresen dan akan membantu mengurangkan kemungkinan perselisihan antara pekerja asing dan masyarakat tempatan.
Shamsuddin berkata, pekerja asing perlu diingatkan mengenai undang-undang berkaitan jenayah di Malaysia.
Mereka sebagai pekerja asing juga perlu dihalang daripada membentuk kawasan yang berpuak.
"Lokasi seperti itu boleh menjadi kawasan panas untuk mencetuskan masalah sekiranya terdapat ketegangan antara rakyat asing dan penduduk tempatan," katanya.
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr Irene Fernandez bagaimanapun tidak bersetuju dengan berkata bahawa penempatan berpuak itu adalah tempat untuk keakraban dan sebagai sokongan buat pekerja asing.
Beliau berkata, adalah salah untuk menyalahkan pekerja asing untuk hidup bersama-sama dalam kumpulan sesama mereka kerana mereka tidak mempunyai pilihan dalam banyak kes.
"Kita mengkritik mereka kerana hidup berdekatan dengan kita kerana kita katakan mereka yang membuatkan kawasan kejiranan kotor sehingga menjadikan nilai hartanah menyusut.
"Mereka tidak sepatutnya dipersalahkan sebaliknya adalah majikan-majikan mereka yang meletakkan sejumlah besar pekerja-pekerja ini dalam keadaan hidup daif dan kotor kerana mereka mahu cara yang paling murah untuk menempatkan mereka," kata Fernandez.
Beliau berkata, majikan dan pihak berkuasa perlu lebih bertanggungjawab apabila berurusan dengan pekerja asing yang dieksploitasi bagi mengelakkan ketegangan ekoran tekanan itu.
Beberapa kawasan perumahan pekerja-pekerja terletak di Jalan Petaling dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur di mana beberapa rakyat asing turut mengendalikan gerai dan menjual barangan lain.
Turut terdapat sejumlah besar rakyat Myanmar dan pelarian dari negara itu di pasar borong di Selayang.
Di Pulau Pinang, Jalan Gurdwara dan Jalan Magazine menjadi "Little Bangladesh" manakala tingkat dua pusat membeli-belah Komtar digelar sebagai "Little Myanmar

Mana Jenayah : Masuk Kristian dan Masuk Syiah

Mahu selesai isu ini pulak segera. Kita mahu rujuk siapa KDN dengan JAKIM atau mana mana agensi. Antara masuk Kristian dan masuk Syiah. Nampaknya masuk Syiah adalah jenayah dan masuk Kristian bukan jenayah. Macam tulah kot. Apa pula kata Ketua Agama Negeri dan para mufti Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan ?






5 sebab lebih baik masuk Kristian daripada masuk Syiah di Malaysia – Taufik Naaim

DECEMBER 13, 2013
Isu Syiah, adalah isu yang makin hari makin merobek keharmonian Muslim dan juga rakyat Malaysia sendiri. Isu ini juga semakin menjadi batu loncatan parti-parti politik yang mengendong undi para penganut agama Islam.
Isu ini juga secara tidak langsung memperlihatkan betapa runcingnya masalah kepuakkan (sectarianism) yang amat fanatik, jumud dan penuh dengan pemikiran negatif. Sayangnya, ramai kalangan ilmuan agama tidak dapat dikecualikan daripada kekejian ini.
5 sebab lebih baik masuk Kristian daripada masuk Syiah di Malaysia:
1. Masuk Syiah adalah satu jenayah tetapi bebas untuk masuk Kristian.
Mungkin belum termaktub di dalam mana-mana akta, bahawa hanya fahaman Ahli Sunnah Wal Jammaah (ASWJ) yang diterima pakai dan menganuti fahaman Syiah adalah satu jenayah. Tetapi kita sudah pun sedia maklum bagaimana persepsi kerajaan atau parti pemerintah terhadap penganut fahaman Syiah ini.
Kerajaan turut membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat dan juga sekolah-sekolah aliran Kristian di atas tanah ini. Walhal umat ramai Melayu menzahirkan syirik kecil dan fobia mereka tentang Holy Water, yang dilihat lebih berkuasa daripada kuasa Allah? Tidakkah mereka perlu berasa terancam?
2. Penganut Syiah perlu amalkan ajaran dengan sulit.
Berbanding penganut Kristian, mereka bebas mengamalkan ajaran mereka. Mereka juga bebas mempamerkan identiti Kristian dan boleh menganjurkan apa jua acara keagamaan dengan terbuka.
Mungkin belum ada permit khusus untuk membolehkan penganut Syiah menganjurkan acara mereka secara terbuka. Ataupun harga permit itu dirasakan amat rendah dan perlu dikaji semula?
3. Masuk Syiah menjadi tohmahan para Muslim (ASWJ).
Selain mendapat tekanan daripada kerajaan sendiri, penganut Syiah juga berdepan dengan tohmahan masyarakat khususnya kalangan Muslim yang merasakan tanggungjawab mereka telahpun selesai di bumi Allah ini.
Mereka memandang keji seorang penganut Syiah, seolah-oleh ke-Syiah-an itu menjadi benteng untuk penganut ASWJ untuk bermuamalah dengan mereka. Namun, bermuamalah dengan seorang Kristian tidak langsung menjadi apa-apa masalah, malah kadangkala menjadi satu kebanggaan pula.
4. Penganut Syiah akan ditentang, penganut Kristian didakwah.
Berbagai usaha dilakukan baik oleh golongan agamawan dan ilmuan untuk melekatkan pelekat yang bertulis "Syiah sesat, kafir, bukan Islam, confirm neraka" ke dahi-dahi dan muka-muka penganut fahaman Syiah.
Atau memang itu tujuannya, untuk memudahkan para penganut Syiah ini masuk neraka? Dengan memutus dan menjauhkan jalan dakwah kepada mereka. Adakah mereka tidak punyai hak untuk ke syurga Allah?
Berbanding dengan usaha dialog kesefahaman, acara keharmonian bahkan usaha dakwah murni yang dilancarkan kepada penganut Kristian bagi membolehkan mereka kembali revert kepada Islam yang benar (ASWJ sahaja, yang lain tidak boleh).
5. Penganut Syiah menjadi mainan politik fanatik.
Penganut Syiah bagaikan bola. Disepak terajang ke sana ke mari. Mungkin jumlah mereka tidaklah seramai mana, membuatkan banyak pihak tidak mahu menerima mereka.
Begitu juga dengan ancaman yang mereka terima daripada parti parti politik. Malah mereka bagaikan tidak layak untuk menganggotai mana-mana parti sekalipun. Sehingga ada satu parti yang mahu meminda perlembagaan parti hanya untuk ASWJ yang confirm masuk syurga sahaja.
Terdapat juga parti yang kononnya mendokong prinsip Islam, yang telah disyaki berapa ramai Syiah berlindung di bawah gagasannya. Malang buat parti Islam itu jika tak mampu berhikmah dengan kehadiran penganut Syiah ke dalam jemaahnya. Menunjukkan betapa lemahnya penerapan nilai Islam itu sendiri di dalam parti yang disayangi mereka.
Ancaman daripada ASWJ
Islam tidak berkembang dengan ancaman. Bahkan ia berlawan dengan nilai Islam yang murni. Semua orang Islam tahu bahawa Islam berkembang dengan dakwah. Atau apakah ini cara dakwah yang suci daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Islam itu amat indah dan tidak langsung mencelakakan. Walau kepada sesiapa jua sekalipun, hatta kepada penganut Syiah. Sudahlah kita ketinggalan dalam bidang dakwah (Kristian tempat pertama, Islam kedua), berpecah pula jadinya.
Tidak dinafikan masalah kepuakkan (sectarianism) yang membuak-buak daripada kedua-dua belah pihak. Untuk pengetahuan semua, perkataan berlawan untuk sectarianism adalah keharmonian, keamanan, persefahaman dan tolenransi. Bukankah ini nilai Islam juga?
Karektor umat Muhammad
Kalau kepada Kristian dan kafir kita mampu mengawal diri untuk berdakwah dan berhikmah dengan mereka. Kenapa tidak dengan Syiah? Apakah tidak cukup kuat fahaman yang kita pegang ini untuk berdakwah kepada mereka?
Ini bukan masalah fahaman dan pegangan kita. Ini adalah masalah Muslim itu sendiri. Kita tunding jari mengatakan Syiah sesat, fanatik dan memudharatkan. Apa bezanya tindakan kita?
Tahukah anda siapa yang sangat beria-ia menganjurkan perpisahan antara Syiah dan Sunni? Itulah dia musuh Islam. Inilah apa yang dilakukan oleh Israel (Israel holds conference to divide Shiite, Sunni).
Jangan biarkan jari jemari yang asyik memetik tasbih itu menunding duri meraikan kebencian. Jangan luapkan bibir yang basah dengan zikir itu dengan laungan syaitan.
Ini bukan karektor umat Muhammad, mereka tidak diajar untuk terus menerus mencambah kebencian. – taufiking.com, 13 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Thursday, December 12, 2013

Umno kata hentikan sengketa kerana fahaman politik kepartian, benarkah ?

Bersikap rasional atau profesional dalam politik. Itulah hujahan media Umno khasnya dan rakyatwan yang muak dan bosan dengan politik. Antara kehendak mereka itu mereka mahukan pimpinan parti-parti politik ketepikan perasaan itu (belah bahagi) . Siuasi berkenaan nampak jelas semasa khasnya dalam menghadapi bencana besar seupama banjir dan sebagainya.

Dengan mengambil sikap dan percontohan negara luar terutama AS, kerana para pemain politik kedua parti besar boleh bersaa-sama membantu rakyat dan berganding bahu bersama-sama. Hal ini kata mereka tidak berlaku di negara kita. Bila lah kematangan itu akan datang , kerana kita sudah 56 tahun merdeka.

Apa tidak politik berlaku dalam Umno sendiri. Bantuan banjir datang daripada pelbagai ada dari Skuad Sayang, Puteri, Pemuda dan Umno Bahagian lah, negeri itulah dan inilah sehingga tersenyum urusetia dengan bantuan yang mencurah-curah. Mereka nampak berlumba dalam bantuan agihan banjir

Dan hari ini, seruan mereka yang baik dan lunak agar kita segera hentikan sengketa fahaman politik bila selesai PRU13. Kembali normal dalam hidup. Benarkah demikian ?

Lihat nilaian mereka tentang sahabat mereka ini .........


TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131212/po_02/Golongan-masih-bersama-PKR-sebenarnya-kotor#ixzz2nGcuTRw5 
© Utusan Melayu (M) Bhd


Golongan masih bersama PKR sebenarnya kotor

ALA LUMPUR 11 Dis. - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan meninggalkan parti itu adalah insan istiqamah, bersih serta tinggi prinsip jati diri kerana tidak rela melihat bangsa, agama dan tanah air tergadai demi nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebaliknya berkata, individu yang masih bersama dengan parti itu merupakan 'kekotoran' sebenar, kerana walaupun sedar kalimah Allah digadai dan orang Melayu diperlekehkan, mereka tetap menyokong Anwar.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa bekas pemimpin yang meninggalkan parti itu sebagai kotor sebagai biadap serta tidak menghormati segala pengorbanan yang dibuat pengasas PKR semasa era 90-an dahulu.
"Saya sebenarnya tidak mahu terpalit dengan isu politik kerana tugas sebagai diplomat tetapi ini pandangan peribadi memandangkan saya bekas pemimpin PKR. Saya perlu buat kenyataan kerana apa yang dikatakan Rafizi itu terlalu biadab sedangkan pengorbanan kami terlalu banyak.
"Pihak yang kotor bukan kami yang meninggalkan PKR. Golongan yang kotor adalah mereka yang masih bersama PKR kerana sanggup melihat bangsa diperlekeh, agama digadai dan negara diburukkan demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antaranya menyebut; Thank you for sucking away our dirt dipercayai dituju kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan ahli PKR keluar parti.
Menurut Zahrain, bekas pemimpin dan pengasas PKR terdahulu yang mengambil keputusan meninggalkan parti itu jauh lebih mengenali belang sebenar Anwar berbanding Rafizi, kerana mereka yang bersusah payah cuba meraih sokongan rakyat ketika PKR mula ditubuhkan.
Beliau yang kini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menambah, keputusannya meninggalkan Anwar dan PKR selepas pilihan raya umum 2008 juga mempunyai sebab konkrit iaitu tidak mahu bersekongkol dengan Ketua Pembangkang itu untuk menipu rakyat.

Hudud: Laksana segera di Kelantan ?

Cabaran kepada ulama PAS yang baru dalam mengharung dunia realiti. Ini adalah bidangkuasa mereka dan dan sejauhmanakah komitmen PAS dalam melaksanakan hukuman Hudud. Cabaran yang diberikan oleh tokoh undang-undang negara Dr Aziz Bari.

PAS keliru dan tiada komitmen mahu laksanakannya. Harapan kita para ulama dan ahli PAS jangan melenting. Fikir dan usahakan dengan bersungguh-sungguh. Kini sudah 20 tahun sudah kita memerintah Kelantan. Dan 20 tahun juga kita gagal selesaikan masalah air Kelantan

Jangan, 100 peratus meletakkan kesalahan kepada Umno.  Ini adalah perjuangan yang fueadmental bagi PAS. Kini bukan lagi masa untuk memberi alasan ... Sudah 20 tahun apa yang dikaji dan apa yang mahu disediakan lagi

Rakyat kini sedang menilai dan menghisab kita....

Hudud: 'PAS Pusat keliru, Kelantan dibiar sendiri'
Kelantan meluluskan undang-undang hudud pada 1993 dan selepas 20 tahun tiada apa-apa yang berlaku. Alasan yang biasa digunakan, ia tidak boleh dilakukan kerana halangan kerajaan BN.

Bagaimanapun, bagi pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, masalah lain yang tidak kurang pentingnya, apabila terdapat kekeliruan dalam kepimpinan pusat PAS sendiri berhubung pelaksanaannya.

Katanya, walaupun menteri besar sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan, masih terdapat pemimpin PAS yang beranggapan sebaliknya,

"Apa yang saya lihat PAS pusat keliru dan PAS Kelantan dibiarkan bersendirian," kata anggota jawatankuasa teknikal kerajaan negeri bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu.

Katanya, beliau difahamkan PAS negeri "ada mindanya sendiri" dan apa yang berlaku menunjukkan kelemahan pimpinan pusat, seperti peranannya dalam pentadbirannya di Kedah sebelum ini.

Aziz Bari antaranya berpendapat, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan kerana hal ehwal agama tertakluk kepada kuasa negeri.

Malah, beliau berbeza pendapat dengan banyak pihak apabila berkata, pelaksanan hudud hanya memerlukan pindaan terhadap Akta Akta Mahkamah Syariah 1965.

Rangka dasar hudud, bukan Negara Islam

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Aziz berkata, PAS sepatutnya sudah menyediakan sebuah rangka dasar tentang prospek dan cara untuk melaksanakan undang-undang itu.

"Bukan (setakat sediakan) Dokumen Negara Islam (DNI). Hudud lebih penting kerana ia program sedangkan DNI lebih merupakan ideal dan retorik yang setengahnya melihat tidak wajib.

"Sedangkan hudud itu wajib di segi hukum," kata Aziz lagi sambil menyifatkanya perkara itu sahaja sudah cukup memperlihatkan kekeliruan parti dalam memutuskan mana lebih penting dan perlu didahulukan.

Selain itu, Aziz juga melihat kepimpinan baru Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob bakal menyuramkan lagi kemungkinan untuk melaksanakan hukum itu dalam masa terdekat.

"Apa yang saya lihat dalam senario kini ialah menteri besar baru tidak punya kekuatan sebagaimana Nik Aziz." katanya.

"(Ia) contohnya dalam menghadapi media dan khalayak dan mempertahankan pendekatan Kelantan dalam melaksanakan hudud."

Justeru, katanya, sedar tidak sedar, PAS sebenarnya sudah menerima hujah DAP dan Majlis Peguam dan penentang hudud, bahawa undang-undang itu mustahil dapat dilaksanakan.

"Mungkin mereka sengaja buat begitu supaya mereka terlepas dari melaksanakan sesuatu yang memang sangat berat. Dan mereka tidak punya kekuatan. 

"Nik Aziz sudah tiada, (bekas exco kanan Datuk) Husam (Musa) sudah disingkirkan. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi rendah," sindirnya.

Terus jadi tanda tanya

Persoalan pelaksanaan hudud Kelantan timbul semula bulan lalu apabila Mahkamah Syariah negeri dilapor menyatakan kesediaan melaksanakannya kerana kemudahan bangunan baru di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Baharu sudah sempurna.
Manakala kerajaan Kelantan pula dilaporkan sudah menyiapkan persiapan asas ke arah perlaksanaannya dan Aziz Bari dilaporkan diberikan tempoh sebulan mengkaji dan menyediakan kertas berkaitan.

Aziz Bari bagaimanapun menafikan beliau dihubungi dan ditugaskan perkara itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan media sahaja.

Hudud juga dilapor antara agenda perbincangan dalam pertemuan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya sebelum ini.

Justeru, timbul persoalan sama ada pelaksanaan hukuman itu akan benar-benar menjadi kenyataan.
Malah, terdapat exco kerajaan negeri yang nampaknya tidak bersetuju dengan kaedah dicadangkan Aziz Bari.

Exco Kelantan Dr Mohd Fadzil Datuk Hassan pada hujung bulan lalu antaranya memberitahu Malaysiakini, pendapat Aziz bersifat peribadi dan perlaksanaan hudud perlu mengikut perlembagaan dan bukan sewenang-wenangnya dilaksanakan.

Dengan perkembangan ini, tarikh sebenar penguatkuasaan hukum hudud di Kelantan sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

"Kita tidak menetapkan tarikh akhir bila kita akan laksanakannya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh jawatankuasa ini sebelum Hudud dilaksanakan," Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilapor sebagai berkata sebelum ini.

Wednesday, December 11, 2013

Tahniah A Kadir Jasin - kelangsungan tulisan yang menyengat untuk PM

Gara-gara keangkuhn dan kesombongan Najib. Beliau secara berani menjawab tohmahan orang terhadap isterinya dengan memuji-muji rosmah sebagai orang yang banyak berjasa kepada negara, atas peranan kecil (campurtangan )yang dimainkan dalam urusan pentadbiran negara.

Najib dengan mangak meuji jasa rosmah membantu melepaskan pelajar Malaysia dan rakyat Malaysia yang dikurung di Mesir dan berperanan membawa pelajar-pelajar Malaysia keluar dari bumi Mesir semasa krisis baru lalu. 

Peristiwa ini disiarkan secara langsung dalam 7 saluran tv negara ini secara langsung. Pujian ini mengundang perlabagi pandangan kritikan sindiran pro dan kontra. Terhebat adalah respon daripawa tokoh wartawan veteran A Kadir Jassin dalam blognya...

Ikuti pandangan sisi yang berani dan bernas itu.....

SUNDAY, DECEMBER 08, 2013

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD)


Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.