Friday, May 18, 2012

Pendirian Dato A Samad Said kami sokongi

Terima kasih Dato a Samad Said, kami generasi muda meyanjungi pendidrian anda atas perjuangan BERSIH.

Jelas Dato mempunyai jiwa rakyat dengan penuh kejiwaan yang ikhlas. Dato tiada apa-apa kepentingan atas apa-apa sahaja yang komitee Dato sertai. Sejak dari dahulu dan sekarang dato tidak mencari apa-apa kepentingan dan laba

Orang seumpama Dato boleh sahaja jika berkehendak sedemikian.







Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
WAN SAIDATUL W NAJEMUDDIN
18 Mei 2012
Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
A. Samad Said
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.

Thursday, May 17, 2012

Merasionalkan Minda Kerajaan Mahu Digulingkan

Kita boleh berkongsi dengan artikel daripada Hishamuddin Rais ini. Semua pembaca harus merasionalkan minda yg ramai kini disongsangkan



Menelanjangi pembohongan

Oleh Hishamuddin Rais

Dua minggu sesudah ibu segala demo berlangsung - pelbagai bentuk pembohongan ditaburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundamental. Berita, kisah dan kenyataan yang remeh lagi temeh dipanjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa agenda fundamental.

Agenda yang fundamental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Agenda inilah yang menjemput 300,000 warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300,000 anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan dijalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300,000 - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundamental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid - apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep: hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan'. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah peRkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru - kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas pemimpin kanan polis aka polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jangan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges' - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk, Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki' kes jenayah yang amat besar. Seorang tauke judi pasti takut kasinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju - masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘tauke lendir' pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihempap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun' ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Parti Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru - beberapa hari dahulu - di Perancis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mengatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan sahih. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan d isini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Perancis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Perancis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Perancis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memilih kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan antara pilihan raya di United Kingdom atau di Perancis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300,000 anak semua bangsa - tua dan muda - turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia tidak mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Perancis adalah pengundian sahih dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia di mana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation didakwa telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing' akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis di atas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah seperti yang sedang berlaku di Burma sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipilih - semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kisah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara - bukan pilihan raya - untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipilih.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi di tangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisme kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.

Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham - saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 - maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir - sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.
Antara negeri yang unik dalam malaysia adalah negeri Kelantan. Pertama Kelantan adalah negeri termiskin di Malaysia. Kelantan juga mempunyai tidak PERNAH mempunyai air bersih di malaysia. Newgeri kelantan adalah negeri yang terbanyak pondok pengajian Islam di Malaysia.

Selain itu juga Kelantan adalah negeri unik yang memiliki satu-satu sebatang sungai yang mempunayi golok. Kelantan juga adalah satu-satu negeri yang unik kerana diperintah oleh seorang ulama . Kelantan juga berada bawah PAS paling lama kini memasuki 20 tahun.

Pendekata Kelantan adalah unik.





Kelantan mahu cipta rekod main dam tanpa henti


BELIA Kelantan akan cuba mencatat rekod baharu bermain dam aji 24 jam tanpa henti di Putrajaya pada 25 Mei ini. - Gambar hiasan


KOTA BHARU - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bakal mencipta rekod bermain dam aji tanpa henti selama 24 jam pada hari kemuncak Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, 25 Mei ini.
Pengarahnya, Md. Sulji Zakaria (gambar kecil) berkata, percubaan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records itu merupakan antara acara menarik yang akan dilangsungkan di pavilion negeri Kelantan pada sambutan itu.
Menurutnya, rekod itu akan direalisasikan oleh salah sebuah persatuan belia dari negeri itu yang turut bertujuan mempromosikan permainan tradisional tersebut yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang.
"Rekod tersebut akan diusahakan oleh 15 orang ahli Persatuan Gagasan Belia Kemuning dari Machang yang akan bermain dam aji secara bergilir-gilir tanpa henti selama 24 jam. Orang ramai yang berminat untuk bermain dialu-alukan.
"Permainan dam aji sebenarnya akan kita adakan sepanjang sambutan iaitu dari 23 hingga 27 Mei sebagai salah satu aktiviti interaktif, namun usaha untuk mencipta rekod akan dibuat pada 25 Mei yang mungkin membawa hingga 26 Mei," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Wednesday, May 16, 2012

Tonggeng Buntut: UmnoBn belakangkan adab dan akhlak

Bagi Umno dan orang Umno serta para pengikutnya mana ada soal akhlak dan adab. satu ketika dulu Puteri Umno dan beberapa orang Pemuda Umno tonggengkan buntut dalam satu aksi pilihanraya kecil dalam negara ini.

Hari ini penyakit berjangkit perangai yang sama dilakukan oleh beberapa orang veteran tentera yang diperalatkan melakukan aksi sama saya serentak di hadapan rumah Dato Ambiga.

Tindakan memaparkan akhlak rendah bekas tentera berbangsa melayu ini adalah satu manifestasi kekecewaan serta kemarahan yang amat sangat. Mereka sanggup menggadai maruah diri, yang mana tindakan itu bakal memalukan kaum keluarga anak beranak dan diri mereka sendiri.

Ketidakmatangan ini terbawa-bawa dengan tindakan hasutan oleh media massa terutama TV negara yang dikuasai pemerintah yang membakar semangat untuk teruss membenci Ambiga.

Mereka sanggup marah kepada Ambiga kerana himpunan BERSIH 3.0 merugikan perniagaan mereka sejumlah RM200,000 sehari. 

Mereka berusaha menjual burger di hadapan rumah Ambiga bagi mendapatkan semula hasil jualan.

Walhal pemimpin yang bernama Dato tan sri Tun Tan Tin dan Tutut membaham rakus khazanah negara atas nama dasar agihan sama rata melalui DEB, DPN, dasar persyarikatan, dasar penswastaan, WPI, ECER, NCER dan pelbagai dasar yang melekakan rakyat dengan buaian angka serta sebutan ucapan yang teramat lunak untuk didengari.

Beginilah mentaliti rakyat yang sudah lima dekad bersama Umno yang melahirkan masyarakat yang dangkal dan bebal.

Sepatutnya mereka rasa malu dengan Ambiga yang menghabiskan usia masa dan biaya bagi memperjuangkan keadilan hak rakyat untuk dinikmati sama rata akhirnya. Dan berakhir dengan membina satu negara bangsa yang utuh dikagumi disegani masyarakat luar. Jangan kita diperkotak katik menjadi bangsa dan negara kuat spt Jepun dan Korea


PM Najib: PM hilang kawalan dan hilang wibawa

Apa yang ada dengan Najib, semuanya diatur, dibayangi, dilindungi, dikuasai oleh orang sekeliling. Paling menonjol adalah mentor beliau mantan PM Dr M ..

Hari ini Dr M seolah-olah bercakap sebagai PM dengan mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah badan politik, kerana marah dengan Bar Council ini gara-gara ahli mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan khasnya pasukan polis membelasah para peserta Himpunan Aman BERSIH 3.0 baru-baru ini.

Kenyataan dan kecaman Majlis Peguam sebuah badan profesional yang tidak lagi seia dan sekata dengan kerajaan dalam banyak hal, atau sering berlaku percanggahan pandangan menyebabkan mantan PM kurang selesa.

Kini, Najib sudah hilang kawalan. Beliau diperalatkan oleh mereka yang berada sekeliling beliau. Petanda bagi membubarkan parlimen gagal dilunaskan, walaupun dalam ucapan bernada seloroh pada ahad lepas beliau teruja sangat untuk menghadap YDPA bagi melakukan hajat berkenaan. Jelas wibawa beliau sebagai PM tidak dapat diserlahkan. Selain kegagalan, ketidaktegasan serta ketidakmampuan beliau bertindak sebagai PM yang tegas berprinsip dan berautoriti.


Paling tercabar adalah berhubung dengan SBPA bagi menggantikan SSM bagi seluruh kakitangan yang dipersetujui, kemudian dibatalkan dengan begitu pantas dan cepat sekali. 

Malah beliau tiada kekuatan langsung, hanya kekuatannya bergantung dengan tindakan mantan PM Dr M yang membelasah rakyat itu dan ini. Sementelahan pula media banyak memberi fokus kepada mantan PM Dr M tentang apa sahaja isu perkara yang disuarakan oleh mamak ini.

Cuma kekuatan yang ada pada PM Najib adalah berslogan itu dan ini, dan bercakap soal integiriti umpama burung tiong yang diasuh dan dilatih oleh para pengembalanya. Sebagai contaoh 1Malaysia, NKRA, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan sebagainya.


Inilah gambaran wajah sebenar PM najib.

TPM bangkrap idea, ulangi skrip lama pertahan Umno

Reverse pskailogi oleh TPM secara sinis tempelak PAS khasnya dan beliau meningati dan menghidupkan kembali kata-kata serta pesanan mantan Presiden PAS yang akan melelong Putrajaya. Katanya hari ini depa nak tawan pulak.


Kenapa dan mengapa TPM takut sangat. ia mudah kerana dulu kata-kata almarhum ust Fadil Noor tidak menjadi kudis dan masuk dalam hati mereka. Maknanya depa langsung tidak rasa tergugat. Kini situasinya cukup berlainan sama sekali.


Selain itu. adalah bagi memujuk kebimbangan hati mereka dan selain itu juga bertujuan untuk meraih simpati rakyat dan pengundi agar dapat kekalkan kumpulan mereka lagi di Putrajaya. 



Seterusnya kerana tujuan lain iaitu, hanya Umno sahaja yang mampu mentadbir dan memajukan negara. Pemikiran ini mahu dipaksa kerana ia sudah kekal lebih 5 dekad


Pemimpin dan kumpulan lain tidak mampu, rakyat diminta mempercayai doktrin ajaran ini. Khurafat besar khasnya ke minda pengundi.


Kini, pengundi sudah berubah dan mahukan perubahan. 


Dahulu nak lelong, kini mahu Putrajaya - TPM


Muhyiddin Yassin memasang iklan pada teksi sambil diperhatikan oleh Rais Yatim di Majlis Pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap pembangkang yang sering kali mengkritik idea dan projek pembangunan mega kerajaan khususnya ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri berkata, projek-projek pembangunan seperti pembinaan jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya didakwa mereka sebagai projek 'gajah putih' yang tidak menguntungkan negara malah membazir wang rakyat.

''Namun hari ini kita dapat lihat bagaimana pandangan jauh Dr. Mahathir dalam meletakkan asas kepada pembangunan dan kemajuan negara telah berjaya melepasi ujian zaman. Misalnya, Jambatan Pulau Pinang yang dahulunya dianggap satu pembaziran oleh pembangkang kini terbukti memberikan sumbangan besar kepada pembangunan pesat negeri itu.

''Begitu juga dengan pembangunan Putrajaya, ketika peringkat awal pembinaannya, pembangkang begitu ghairah mengkritik dan menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan. Gamat satu negara kononnya Putrajaya adalah satu lagi projek 'gajah putih' Tun yang membazir wang rakyat.

''Malah pembangkang tanpa segan silu berjanji Putrajaya akan dilelong jika mereka memerintah. Kini, jauh panggang daripada api. Janji mahu melelong Putrajaya langsung tidak kedengaran lagi. Apa yang kita dengar, kempen 'Road To Putrajaya' oleh pembangkang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayanan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Muhyiddin berkata, tidak dinafikan sepanjang kepimpinan Dr. Mahathir banyak idea beliau dikritik dan dibangkang oleh beberapa pihak terutama pembangkang.

''Kita juga pasti ingat bagaimana Tun menangani krisis kewangan yang melanda negara pada 1997. Walaupun dikritik hebat oleh pengamal ekonomi bebas, baik di dalam mahupun di peringkat antarabangsa, beliau nekad mengambil tindakan di luar kelaziman dengan mengikat mata wang ringgit.
''Beliau juga mengambil langkah bijak dengan menolak bantuan daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dibimbangi akan membuka jalan kepada penjajahan ekonomi bentuk baru ke atas Malaysia,'' ujarnya.

Politik Melayu: Antara prinsip dan merajuk ?

Kajian sikap tabiat orang Melayu, satu masa dahulu diperdebatkan dalam media massa.Ada pendapat yang pro dan kontra terhadapnya.

Namun satu kajian simple tetapi amat bermakna kepada orang Melayu adalah perkataan-perkatan yng sering orang melayu gunakan seharian dalam menjalani kehidupan mereka. Antara perkataan yang digunakan ialah biarlah, nanti dulu, tunggulah, tak apa dan sebagainya yang sering menjadi sebutan utama dalam diri orang Melayu.

Konotasi perkataan - perkataan yang bersifat defensif menjadi perlambangan bagi orang Melayu dan kaum lain mudah mengerti dan ada yang ambil kesempatan di atas sikap kealpaan orang Melayu itu.

Situasinya pelbagai, perkataan khas yang sering diberikan ketika kecewa terhadap sesuatau hal perkataan tertentu yang digunakan. Selain itu, perkataan dikala kecil hati, merajuk, dan sebagainya amat mudah dimengertikan oleh kaum lain.

Ini adalah proses, begitulah juga dalam situasi dunia politik Melayu. Orang Melayu cepat merajuk, tidak kira dia dari kumpulan kerajaaan atau oposisi. Sikap dan identiti politik melayu pembawaan nya adalah sama.

Teramatlah jarang pemimpin politik Melayu yang tegas dan berprinsip apatah lagi mempertahankan prinsip.

Terkadang pemimpin Melayu tidak dapat membedakan antara prinsip diri, prinsip perjuangan dan prinsip diri dalam hidup. Apatah lagi dalam dunia politik 
yang lebih berprinsip.

Justeru, jika seseorang itu kuat prinsipnya dan ingin teruskan prinsip dia wajar perjuangkan sehingga prinsipnya diterima.

Lsngkah mengundurkan diri dalam perjuangan dan dalam masa sama demi prinsip bukanlah seorang ahli politik yang tulen dan tegar prinsipnya.

Jika tegar dengan prisnip,kita boleh jadi seperti ini. Dikala semua orang duduk aku berdiri, dikala semua orang duduk aku seorang yang berdiri

Justeru perjuangan dan prinsip kita waktu itu akan dihormati. Tindakan mengundur diri memaparkan diri kita lemah dan tidak berprinsip. langkah undur diri dalam situasi isu berkaitan kita itu adalah merajuk namanya.











"Keputusan Telah Dibuat...Tak Perlu Pujuk Rayu Lagi" - Tunku Aziz
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai parti itu walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.
Tegas Tunku Abdul Aziz, sebagai seorang ahli politik yang berprinsip, pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi.
"Tidak..tidak...tidak, saya tak akan pertimbangkan keputusan yang telah saya buat. Ini keputusan muktamad. Lagipun keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dibuat.
"Saya tidak buat keputusan secara terburu-buru. Ini bukan perkara main-main," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Tunku Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau mengubah keputusannya dan kembali bersama DAP.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyatakan kesedian menghubungi dan menemui Tunku Abdul Aziz dan berbincang agar beliau mengubah keputusan untuk berundur dari parti itu.
Pada Isnin, dalam satu rancangan televisyen, Tunku Abdul Aziz yang dilantik sebagai naib pengerusi sebaik sahaja menyertai DAP pada Ogos 2008, mengumumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu berikutan tiada persefahaman dengan pucuk pimpinannya.
Baru-baru ini beliau menerima kecaman pembangkang termasuk kepimpinan DAP ekoran kenyataan terbukanya membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong parti itu pada 28 April lalu.
Malah keputusan DAP tidak menyambung perkhidmatan Tunku Abdul Aziz sebagai Senator dikaitkan dengan kritikannya itu.
Mengulas lanjut mengenai keputusan mengejutnya itu, Tunku Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Lim kerana mengambil berat terhadap keputusannya itu.
"Terima kasih kepada saudara Guan Eng. Tapi keputusan telah dibuat, tidak perlu pujuk atau rayu lagi. Saya kekal dengan keputusan ini iaitu keluar DAP," katanya sambil menegaskan masih belum menerima sebarang panggilan daripada Lim lagi.
Berhubung peletakan jawatannya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau sudah menghantar surat kepada ibu pejabat parti.
"Sebenarnya pada semalam (Isnin) lagi saya sudah hantar surat itu menggunakan perkhidmatan pos ekspres ke Ibu Pejabat DAP. Saya harap hari ini mereka sudah menerimanya," katanya.

Tuesday, May 15, 2012

A Samad Said: Bukan Kuasa Melayu Tergugat, Tetapi Pemimpin Melayu Kerajaan Bakal Hilang Kuasa

Sasterawan lagenda negara Dato A samad Said menyangkal persepsi kerajaan Umno Bn yang menakut-nakutkan rakyat dengan memindakan doktrin kuasa melayu kian tergugat jika bukan Umno Bn yang memerintah negara ini.

Dakwaan hanya sanya Umno Bn sahaja yang mampu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan mempertahankan ketuanan Melayu adalah tidak benar sama sekali.

Sehubungan itu beliau mencabar supaya kerajaan buktikan dengan fakta dan data bagaimana cara sebab musabab kuasa melayu terguggat.

Menurutnya negara ini sudah 5 dekad atau hampir dengan PM pertama Tuanku Abdul Rahman, Tun Abd Razak Hussin, Tun Hussin On, Dr M dan Abdullah Ahmad Badawi semuan berbangsa Melayu. Begitu juga TPM 1, 2, 3, 4 dan 5 serta 6 orang Melayu. Malah barisan kabinet menteri-menteri majoriti adalah orang Melayu. Jadi di mana hujah mengatakan kuasa Melayu tergugat. ini adalah pembohongan jelas kepada rakyat.

Cuma jelasnya mereka takut bukannya kuasa orang Melayu tergugat, tetapi kerana yang terancam dan tergugat adalah kekuasaan pemimpin-pemimpin Melayu itu. Mereka bakal dilucutkan kuasa oleh rakyat yang kini amat mencemaskan semua pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Umno Bn.


Monday, May 14, 2012

Niaga Burger dan Ambiga: Kenapa sampai jadi gitu ?

Slogan PDRM daripada Sedia Berkhidmat ditukar dan diubah kepada Telus, Cekap dan Profesional'.

Benarlah apa yang diperjelaskan oleh YB Khalid Samad MP Shah Alam, Polis menjadi samseng Umno, SPR adalah Biro Politik Umno dan Majlis Fatwa adalah Biro Agama Umno.

Ini adalah cerminan sikap dan tindakan agensi kerajaan berkenaan dan badan bebas yang kononnya ingin menegakkan kebenaran dan memperjuangkan kesaksamaan.

Lihat sahaja dengan peristiwa di bawah, PDRM memberi sokongan yang melampau. Situasi ini menimbulkan 'kegelisahan' rakyat yang mahukan keamanan.

Tindakan ini bakal mengundang tindakan balas, yang sukar dijangkakan. 

PDRM sepatutnya menjadi badan penenang dan pendamai, bersikap pro dalam tindakan dan tanggungjawab mereka. Peganglah prinsip displin kerja keutamaan keadilan atau berlaku adil lah pada setiap masa.

Hal di bawah jauh daripada etika pematuhan pasukan keselamatan ini



Peniaga burger boleh berniaga depan rumah Ambiga: Polis


2012/05/14

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini, kerana mereka melakukannya di tempat awam. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di depan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.
"Mereka (peniaga) berniaga di depan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam...jadi tidak menjadi kesalahan, kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lalu, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya. 

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lalu. 

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. - BERNAMA

Saturday, May 12, 2012

Sandiwara RUU: Episod lama, ulang skrip sahaja

Bukannya rumit, tetapi takut kalah dan mengelabah. waktu ini dan jam ini adalah rakyat teramai tengah marah dengan satu persatu kedegilan kerajaan memperkenalkan itu dan ini.

Banyak usaha dan pendekatan yang cuba dilunakkan, lakonan kerajaan dekat dengan pru 13, semua akan dan bakal dibuat jika boleh




Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya Ditarikbalik Kerana Rumit - Nazri Aziz

KUALA KANGSAR: Penarikan balik Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya yang dipersetujui secara bersama antara Suruhanjaya Pilihan Raya, kerajaan dan pihak pembangkang dibuat apabila kesemua pihak mendapati proses pindaan itu merumitkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata proses pindaan itu merumitkan, tambahan pula apabila Dewan Negara turut meminta dua lagi pindaan baru, yang perlu dikemukakan semula kepada Dewan Rakyat untuk dibentang serta dibahaskan bagi tempoh tiga bulan, jika tidak ia akan luput.
"Apabila kita bawa ke Dewan Rakyat ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Pihak kerajaan, SPR dan pembangkang membuat tiga pindaan di peringkat jawatankuasa.
"Apabila dibawa ke Dewan Negara untuk dibentang dan dibahaskan pihak senator tidak setuju dan meminta dua lagi pindaan," katanya kepada pemberita selepas selepas berucap pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, Sabtu.
Katanya perbincangan mendapati proses lima pindaan itu dilihat merumitkan dan jemaah Kabinet memutuskan rang undang-undang itu tidak diteruskan dan ditarik balik.
"Bila keputusan kerajaan begitu, saya memanggil (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)selaku ketua pembangkang untuk berjumpa dan bersama dengan SPR. Anwar kebetulan ke Bahrain dan sedia hantar Lim Kit Siang (untuk berbincang).
"Saya kata ada lima pindaan, kalau boleh anda setuju (untuk) kita tarik balik, sebab ia terlalu 'messy' (kelam kabut), nak kena bawa balik, kena bahas balik. Tapi walaupun kerajaan dan pembangkang bersetuju, SPR badan bebas, kita perlu dapatkan persetujuan SPR dan kita maklumkan kedua-dua persetujuan," katanya.
Mohamed Nazri berkata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan jika lima pindaan perlu dilakukan, rang undang-undang berkenaan sudah tidak bermakna dan SPR kemudiannya turut bersetuju ia ditarik balik.
"Apapun keputusan yang telah dicapai telah dibuat secara bersama, kita tidak boleh kata apabila Kabinet buat keputusan (ia muktamad). Kita mesti bincang dengan pembangkang dulu dan dengan persetujuan SPR baru boleh (tarik balik). SPR badan bebas, kalau dia kata teruskan, kita tiada pilihan, kita perlu teruskan," katanya.
Rang Undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.
Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh Anggota Parlimen selama tujuh jam. -BERNAMA

Bn Menang PRU13: Dunia siber dan pengkaji kena ambil cakna kajian ini

Usah bergaduh pasal kajian UMCEDAL. Kajian yang memberi petunjuk kecenderungan pengundi memilih parti pilihan mereka dan kajian itu memberi advantage bahawa rakyat mahu lagi dan mahu juga mengekalkan serta memilih Umno Bn. Umno Bn bakal menang besar. 

Mungkin sesetengah pemimpin dan pimpinan kita dan mereka yang tidak dapat menerima realiti hakikat serta kedudukan kajian berkenaan. Malah ada sesetengah yang tak pelik atau menjadi kepelikan. Maka kita kena raikan kesemuanya.

Yang penting adalah kerjasama bagi menjatuhkan Umno.Perspesi, tanggapan, sudut pandang, pandangan sisi adalah lumrah. Kita wajar menerima semua.

Apa yang Nizar jamaluddin kalutkan itu pun ada benarnya, apa yang Salehuddin sarankan itu ada benarnya.

Sejauhmana kuat kita terhadap kedua-dua adalah bukan soalnya. Hujahlah ikit mana sekalipun ia tetap tidak memberi bekas dan kudis kepada Umno Bn.



‘49 peratus pilih BN tidak logik’
ROSLINDA HASHIM
12 Mei 2012
Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.
$entry.content.caption.value
ALOR SETAR - Pas Kedah meragui kajian persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dikendalikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, yang menunjukkan 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN), 21 peratus (Pakatan Rakyat) dan 30 peratus pengundi atas pagar.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya meragui hasil kajian­ itu kerana ia dikendalikan sebuah universiti awam milik kerajaan.

“Kajian itu sepatutnya dikendalikan badan bebas yang tiada kaitan kerajaan. Jika badan bebas atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia lebih kredibiliti.” katanya.

Katanya, kajian itu mudah dimanipulasi dari aspek pemilihan­ responden, kaedah kajian digunakan termasuk jenis soalan yang lebih memihak kepada kerajaan sedia ada.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, undian 49 peratus milik BN juga tidak berasas kerana ini menunjukkan parti itu hanya memerlukan sekitar lima peratus undi atas pagar untuk kekalkan kuasa.

“Hakikatnya ia tidak tepat. Jumlah itu tidak logik, terlalu tinggi. Berdasarkan PRU lalu, parti itu hanya perlu capai 55 peratus undi untuk dapatkan majoriti 2/3 Parlimen. Pada PRU12, BN dapat kekalkan kuasa dengan mendapat undi lebih 50 peratus. Walaupun yang penting adalah bilangan kerusi dimenangi, undian juga penting,” katanya.

Phahrolrazi bersetuju dengan peratusan membabitkan pengundi atas pagar, yang disifatkannya semakin meningkat.

“Berdasarkan penilaian PR, pengundi atas pagar dari 20 ke 30 peratus. Mereka masih penting dalam menentukan kemenangan. Walaupun setiap parti ada pengundi setia, ia masih tidak mencukupi untuk menang,” katanya.

Katanya, dipercayai pengundi atas pagar lebih banyak melibatkan penduduk dalam bandar, dari golongan muda, terpelajar dan profesional.

Umno Bn semakin terdesak merayu rakyat terus sokongnya

Pusing serta telek ikut mana sekalipun parti Umno adalah parti yang memperjuangkan bangsa. Bagi mana-mana parti yang membela bangsa adalah parti asas perkauman dan parti yang bakal mengasaskan perbalahan dan pertelingkahan kaum.

Sejarah sendiri membuktikan bagaimana parti politik yang memperjuangkan bangsa bakal akan membantai bangsa-bangsa lain yang ada dalam sesebuah negara. Ini bilamana bangsa-bangsa lian yang berada dalam negara berkenaan tentu lambat laun merasakan bangsa mereka ditindas, dinafikan hak dan lain-lain rasa dan perasaan mereka yang sehari ke sehari semakin memendem rasa serta membungkam api kemarahan tertanam dan hanya menunggu masa sahaja akan meletup.

Inilah bahaya api perkauman yang ditiup oleh Umno dalam negara ini. Sebenarnya umno sendiri tidak akan kekal kuat duduk bertahan. Akan tiba masa parti bangsa berkenaan akan menjunam merudum lemah. 

TPM hari ini mengapa takut secara luarbiasa. Sudah 12 kali pilihanraya yang memihak Umno Bn kenapa dipusingan ke 13 umno merasa terancam dan terlalu amat takut bakal kehilangan kuasa, jika bukan kerana sesuatu dan ada sesuatu.

Di bawah adalah rayuan TPM, rayuan berupa ancaman. Segala yang pandai adalah Umno.




PRU13 Bukan Sekadar Pertaruh Kuasa Politik, Tapi Nasib Bangsa - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan medan penentuan terhadap kelangsungan perjuangan Umno untuk terus membela nasib rakyat.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perjuangan Umno bukan sekadar untuk mempertahankan kuasa politiksemata-mata sebaliknya bagi memastikan parti itu terus menjadi benteng dan pembela rakyat.
"PRU-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan kelangsungan perjuangan Umno.
"Ingatlah, yang kita pertaruhkan bukanlah sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib sebuah bangsa," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional BukitJalil, di sini, Jumaat.
Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, memberi peringatan tegas kepada seluruh ahli Umno agar mempertahankan benteng perpaduan dan keharmonian negara yang diperjuangkan Umnodengan pelbagai ideologi songsang dan tidak bermoral.
"Jangan kita biarkan musuh-musuh kita merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina. Jangan benarkan mereka menyebarkan dakyah dan ideologi songsang yang mempengaruhi akidah kita.
"Jangan izinkan mereka merosakkan amalan hidup kita yang beretika dan bermoral. Jangan sama sekali restui dan membiarkan rakyat dinodai dengan faham yang menyesatkan, ideologi yang mengharu birukan," katanya dihadapan kira-kira 100,000 ahli dan penyokong Umno yangmembanjiri Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain itu Muhyiddin berkata Umno perlu kekal sebagai tonggak harapan rakyat bagi memelihara keharmonian negara.
"Jangan sesekali kita lupa, bahawa Umno perlu kekal sebagai benteng kepada rakyat.
"Umno sebenar-benarnya pembela rakyat. Andaikata kita membenarkan benteng ini rosak dan terhakis, maka akan rosaklah segala kota perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini," katanya.
Justeru Muhyiddin menggesa ahli Umno agar sentiasa bersedia menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Suka saya mengingatkan seluruh ahli Umno bahawa kita tidak punya banyak masa lagi untuk bersiap siaga. Pilihan raya sudah benar-benar hampir tiba.
"Yang Amat Berhormat Presiden, kami telah bersedia mengorak langkah, taat setia sudah kami tumpahkan, tekad dan iltizam telah kamiikrarkan.
"Tiuplah semboyan perang. Ayuh kita ke medan juang. Tiadalah yang paling bermakna buat parti kita, melainkan kemenangan dalampilihanraya akan datang," katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Katanya lagi, selepas 66 tahun penubuhan Umno, parti itu sudah membuktikan kemampuannya untuk berubah mengikut kesesuaian masa tanpa mengorbankan asas dan matlamat perjuangan parti.
Jelasnya sejak 66 tahun lalu, Umno tidak pernah berkompromi dengan apa yang diperjuangkannya termasuk memainkan peranan mempelopori agenda transformasi negara.
Muhyiddin turut menyeru agar seluruh ahli Umno yang kini mencecah lebih tiga juta agar memberi keyakinan dan kesetiaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam memastikan Umno terusrelevan dan mendapat tempat di hati rakyat.
"Marilah kita bersama-sama memberikan keyakinan, bahawa Umno dan seluruh warga komponen Barisan Nasional sudah bersedia dalam memastikan iltizam kita mendapat mandat yang lebih besar dalam pilihan raya yang akan datang dapat direalisasikan," katanya.

Thursday, May 10, 2012

PM Mengharamjadahkan rakyatnya ?

Apabila PM mengharamjadahkan rakyatnya. Adalah sesuatu yang amat naif bagaimana hemat seorang PM yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat. Dan rakyatnya pula dapat mengikuti ucapan berkenaan secara langsung.

Adegan ini adalah satu adengan buruk. Keburukan itu, juga adalah cerminan hati si pengucap tentang apa isi yang dilafazkan.

Kita terlalu amat dukacita, dan kesal bagaimana akhlak seorang PM yang sewajarnya menjadi teladan generasi.

Ucapan bersejarah ini bakal memahat sejarah baru negara dan dunia.