
Thursday, September 08, 2011
Benar kata Mufti Harussani kerajaan ini rasuah ?

Wednesday, September 07, 2011
Apa lagi yang mahu diharapkan pada Bn-Umno
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
MULAI semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan pendaftaran pemilih secara online dengan harapan lebih ramai warganegara yang layak iaitu yang berumur 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi.
Menerusi kaedah itu, Borang A boleh dimuat turun menerusi laman web www.spr.gov.my.
Awang yakin, langkah tersebut akan membantu memudahkan urusan tersebut terutama di kalangan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan bakal pengundi secara individu. Sebelum ini, Borang A perlu diambil dari pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja.
Awang difahamkan sebelum ini, kegagalan PPP yang terdiri daripada wakil pelbagai parti politik melaksanakan tugas dengan baik menyebabkan banyak pendaftaran pemilih baru di beberapa negeri terpaksa ditolak.
Antara punca utama pendaftaran pemilih yang dibuat PPP ditolak ialah kerana mendaftar nama pemilik yang telah berdaftar, mendaftarkan pemegang kad penduduk tetap dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur.
Bagaimanapun, sekarang tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR. ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kemudahan terbaru yang disediakan itu diharap akan mengurangkan dengan ketara kalangan mereka yang layak mengundi tetapi tidak mendaftarkan diri dengan SPR.
Ambillah kesempatan yang disediakan tersebut untuk menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Awang – Sudah daftar.
Tuesday, September 06, 2011
KJ minta letak jawatan serah KP Pemuda kepada Azeez A Rahim
Utusan: masih belum sedar diri lagi
Khayalan pembangkang yang melelahkan
SEJAK kebelakangan ini, khayalan parti-parti pembangkang untuk berkuasa semakin terserlah seperti tiada sempadan yang boleh mengawalnya. Atas nama pentas politik yang tidak ada hentiannya, pemimpin mereka dihalalkan bercakap dan menghamburkan apa sahaja kata nista.
Dalam keadaan rakyat sudah lelah dengan pertengkaran politik yang terus berpanjangan ini, tiada tanda bila ia boleh berakhir. Hinggakan kadang kala rakyat terkeliru dan tidak jelas siapa berkhayal serta siapa pula yang hidup di alam nyata.
Siapa pula yang berhalunisasi, sama ada mereka yang menuduh atau dituduh semuanya mahu dilihat sama jujurnya. Inilah permainan dan asyik masyuknya propaganda pembangkang yang berkhayal mahu ke Putrajaya setelah menempa kejayaan pada pilihan raya umum 2008.
Dalam usaha mengumpulkan sebanyak mungkin penyokong dan meraih undi, tiada langsung rasa hormat ditunjukkan kepada kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat yang memerintah sekarang.
Semua yang salah adalah daripada Barisan Nasional (BN). Semua yang betul adalah daripada mereka – PKR, Pas dan DAP walaupun banyak kelemahan kepimpinan dan pengurusan sedang berlaku di negeri yang mereka kuasai.
Di Kelantan, negeri yang telah mereka kuasai selama lebih 20 tahun pun banyak kemudahan asas gagal diselesaikan termasuk bekalan air bersih, rumah rakyat miskin dan jalan raya. Anehnya, mereka tidak melihat ia sebagai kelemahan diri tetapi terus berkhayal mencari-cari salah Kerajaan Pusat.
Dulu, sebahagian besar khususnya pengundi atas pagar berharap pembangkang yang kuat akan menguntungkan rakyat. Tapi rupa-rupanya di alam nyata di Malaysia ini, pembangkang yang kuat hanya pandai mencetuskan polemik, kontroversi dan isu selain merumitkan penyelesaian masalah.
Setelah lebih tiga tahun tempoh pencapaian terbaik pembangkang (sejak 2008), semakin sukar mencari pemimpin jujur dalam kalangan mereka. Yang terlihat semakin tinggi kedudukan, kebanyakan mereka lebih gemar berpolitik dan suka pula menegakkan benang yang basah.
Rupa-rupanya kekuasaan yang diberikan, sedikit demi sedikit telah menghakis kejujuran mereka untuk berkhidmat kepada rakyat seperti mana dijanjikan dalam kempen pilihan raya dulu.
Yang terlihat ketaksuban kepada parti atau tokoh tertentu dalam kelompok mereka semakin menebal. Rakyat hanya dipergunakan untuk mengukuhkan kedudukan mereka semata-mata.
Jika tidak, mana mungkin kenyataan menghina pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong oleh Mohamad Sabu (Mat Sabu), jentera baru penyerang kerajaan itu boleh dipertahankan oleh pembangkang dengan pelbagai alasan dan hujah dangkal.
Bagi majoriti rakyat Malaysia yang rasional, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu adalah tidak perlu, malah tidak masuk akal. Untuk apa mengagung-agungkan pengganas komunis yang diketahui umum kejam dan tidak berperikemanusiaan khususnya dalam tragedi pada 1950 itu? Apa manfaatnya mengangkat mereka sebagai wira? Mengapa sampai hati memperlekeh pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang berkorban mempertahankan balai polis Bukit Kepong sebagai alat penjajah.
Jawapan yang ada ialah kerana kebencian kepada sebuah pihak iaitu UMNO. Begitu sekali kebencian yang cuba ditanam oleh Mat Sabu dan pembangkang kepada penyokong mereka sehingga sanggup mempertikai sejarah dan menghiris perasaan ramai orang.
Pembangkang terutama Pas yang kini dikuasai oleh kumpulan Anwarinas sanggup melakukan apa sahaja demi khayalan mereka untuk menggantikan peranan UMNO, tercapai. Kerana impian untuk menjadi seperti UMNO dalam kerajaan khayalan mereka kelak, pembangkang cuba mengubah sejarah yang telah diterima dan termaktub.
Mungkin sahaja pemimpin seperti Penasihat DAP, Karpal Singh hanya mampu menyalak bersendirian. Permintaan beliau dan juga sebahagian penyokong pembangkang lain agar Mat Sabu memberi penjelasan dan menarik balik kenyataan pada ceramah umum 21 Ogos itu setakat ini tidak dilayan.
Malah Mat Sabu yang mulanya tidak ingat apa yang dinyatakannya serta tidak mahu melayan isu akhbar arus perdana, menyongsang arus dengan tetap mempertahankan kenyataannya itu. Tiada tanda beliau akan menarik balik kenyataannya, apatah lagi meminta maaf.
Sebaliknya kini arus menyokong ‘penghinaan’ oleh Mat Sabu itu cuba digerakkan oleh Pas sendiri dan rakan dalam pakatan mereka. Mereka seperti tidak merelakan untuk Mat Sabu bertindak jujur untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas keterlanjurannya itu.
Begitulah sikap mereka. Mat Sabu yang tentu sekali mewakili pembangkang tidak boleh terlihat telah tersasul dan tersilap fakta. Tidak tahulah jika Karpal akhirnya nanti akan juga menari mengikut rentak Mat Sabu ini yang mahu mengubah sejarah dan memadamkan peranan UMNO dan pemimpinnya.
Begitu juga jika pembangkang tidak berkhayal, tidak mungkin projek nadir bumi Lynas di Kuantan terus dijadikan isu kontroversi dan polemik untuk memburuk-burukkan kerajaan BN sedangkan jaminan dan siri penerangan mengenainya telah diberikan.
Adalah sukar difahami apabila pakar nuklear, Dr. Che Rosli Che Mat yang kebetulan pula Ahli Parlimen Pas cuba memperbetulkan kekeliruan yang dicetuskan pembangkang itu, dibidas dan dilarang bersuara.
Kerana kebenaran berlandaskan fakta dan ilmu, Che Rosli yang menempelak tindakan Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh yang beria-ia memburuk-burukkan projek itu, rela dikenakan tindakan.
Begitu juga nasib Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dibiar bersendirian apabila menentang arus rakan-rakannya dalam pembangkang berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula nasibnya seperti habis madu sepah dibuang apabila ada usaha menyingkirkannya oleh rakan-rakannya sendiri atas alasan kesihatan.
Sebab itu, tidak berlebihan untuk dinyatakan bahawa pembangkang kini sedang dilanda khayalan dan halunisasi untuk memegang kekuasaan dan menduduki Putrajaya. Mereka terlalu berharap waktu itu akan datang secepat mungkin.
Dan, khalayan itu pula sehingga mengorbankan integriti dan kejujuran yang mereka ada sebelum ini. Selang waktu berlalu, khayalan itu menjadikan mereka bertambah asyik berbohong, bersikap hipokrit dan memanipulasikan setiap isu berbangkit.
Monday, September 05, 2011
Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
| Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis |
| Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.
"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera. Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong. Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera. Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini. PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13. Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor. Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang. Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen. Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya. |
Azeez Kelab Putra 1Malaysia masih tidak sedar
Oleh LEE YEN MUN
KUALA LUMPUR: Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada Isnin bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menamakan salah sebuah kem kemanusiaan kelab tersebut di Somalia sempena nama Noramfaizul.
Noramfaizul terkena tembakan curi ketika melakukan liputan misi kemanusiaan di negara itu.
"Saya sudah berhubung dengan ibu bapa Noramfaizul mengenai perkara ini sebaik saja kami bertemu pada Ahad," kata Abdul Azeez dalam temu bual pagi di RTM bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Angkasapuri, Isnin.
Somalia: Punca tertembak Noramfaizul
Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.
Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.
“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.
Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.
Sunday, September 04, 2011
Mat Indera & Bkt Kepong: Sumber BH - YB Dr Dzul
Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini? – BH
Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak HajiMohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
Isu nasional: Ambil Drp Blog Sahabat Blogger
Isu isu yang masih tidak di jawab oleh BN sehingga ke hari ini...
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London 's white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious)RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers' children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
.
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme = RM 40 million
40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million?
63. RM17 billion subsidy to IPP
dicilok dari FB Fazal Hatta
Putera 1Malaysia: Ambil Iktibar, perbetulkan niat anda
Isu Bukit Kepong: Kenyataan M Sabu berjaya beri nilai sejarah ?
Saturday, September 03, 2011
Awang Adek: jangan bising sahaja, jangan jadi pengkhianat negeri Kelantan
Kelantan gagal selesai masalah kesesakan
BACHOK 3 Sept. - Kelantan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di seluruh negeri terutama pada musim perayaan bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, jika kerajaan negeri pimpinan Pas gagal menyelesaikan isu itu selepas diberi peluang sejak lebih 21 tahun lepas, mereka berkemungkinan besar tidak mampu melakukan perubahan buat selama-lamanya.
"Walaupun negeri lain seperti Kuala Lumpur berlaku kesesakan, tetapi mereka ada perubahan dan perancangan untuk menyelesaikannya, tetapi tidak di Kelantan,” katanya mengulas kesesakan teruk di negeri itu sebelum dan selepas Aidilfitri.
Antara jalan paling teruk dilanda kesesakan ialah Gua Musang-Kuala Krai, Kota Baharu-Tumpat dan Pasir Puteh-Kota Baharu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Mohd Azlisham Abdul Rahman berkata jumlah kenderaan yang pulang berhari raya di negeri itu tahun ini dijangka bertambah secara mendadak kepada 80,000 orang berbanding 60,000 pada tahun lepas. - Bernama

