Saturday, May 21, 2011

Sekadar Menegur Demi Integriti Kita

Kesilapan teknikal yang menyerlahkan kelemahan parti dan mengundang persepsi dan serangan pihak lawan. Apa pun hujah dan alasan , ketidaktelitian jawatankuasa pemilihan yang melakukan kesalahan dan kesilapan besar sehingga mencicirkan lima nama adalah wajar dipandang serius, sewajarnya pengerusi jkuasa pemilihanan (walaupuntidak dibayar elaun) wajar meletakkan jawatan. Ini adalah demi integriti dan seringkali apa yang kita dokong dan perjuangkan.

Memohon maaf dan mengakui kesilapan daripada apa yang silap adalah wajar. Tetapi kesalahan sedemikian dalam parti dikira cukup berat. Lebih berat sehingga kesilapan itu terhidu dan dihidu oleh blogger dalaman kita. Sehinggakan mereka membuat protes dalam laporan ulasan dan tulisan mereka.

Semua pihak yang membaca terkejut. Kita yang selama hari ini memandang tinggi kepada PAS dalam semua segi turut rasa terkejut dan kaget.

Apa pun bukanlah alasan penulis mahu memperbesar-besarkan benda yang besar ini. Kita tidak mahu bila kesalahan yang kita lakukan kita anggap kecil dan bilamana kesalahan oleh Umno kita belasah sampai tidak terhingga. Kita wajar cerminkan diri kita.

Jawatankuasa yang ada tambah kakitangan, jika tidak cukup kakitangan. Ramai sukarelawan PAS ada sekitar WP dan Selangor tidak cukup import dari negeri Kedah Kelantan ke ? jangan ulangi , serius dalam keja buat kita ?

Penulis - sekadar menegur !!!


5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah.

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Berikut adalah senarai kemaskini calon yang layak bertanding AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.
20. Hanipa Maidin, Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz
22. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
23. Hayati Othman, YB Dr.
24. Husam Musa, YB Dato’
25. Idris Ahmad, Ustaz
26. Iskandar Abdul Samad, YB
27. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
28. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
29. Khalid Abd Samad, YB Hj.
30. Khalil Idham Lim, YB
31. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
32. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
33. Mahfuz Omar, YB Dato’
34. Mazlan Aliman,
35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
36. Mohamad Abdullah, (Sabah)
37. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
38. Mohamad Sabu, Hj.
39. Mohd Anuar Tahir, Hj
40. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
41. Mohd Firdaus Jaafar, YB
42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
43. Mohd Nasir Mustafa,
44. Mohd Nasir Zakaria, YB,
45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
48. Mustafa Ali, Dato’
49. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
51. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
55. Norazli Musa, Ustaz Hj.
56. Normala Sudirman,
57. Nuridah Salleh, Ustazah
58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
59. Razman Zakaria,
60. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
61. Rosidi Hussin
62. Sa’ari Sungib, YB Hj.
63. Salahudin Ayub, YB,
64. Salleh Man, YB Ustaz
65. Sallehen Mukhyi, Ustaz
66. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
68. Siti Zailah Yusoff, YB
69. Suhaizan Kaiyat,
70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
72. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
73. Taufek Ghani, YB
74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
75. Wan Hasrina Wan Hassan,
76. Wan Nik Wan Yusof,
77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
78. Yusof Embong, Ustaz Hj.
79. Zainuddin Yusof, YB Hj
80. Zaki Ibrahim, YB
81. Zuhdi Marzuki, Dr.
82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

[Tambahan]

84. Ahmad Yaakob, Datuk
85. Kamal Ashaari, Ustaz
86. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

87. Muhammad Husin, Yb

Semua Guru : Segera Ubah Selamatkan Malaysia

Guru diminta jangan asyik merungut dan meminta-minta itu ini. Inilah kenyataan tersirat yang cuba disampaikan oleh TPM. Jika kepada pembangkang yang menjadi dan menjaga kerajaan sebagai chek and balance dianggap sebagai pengacau, pengambil kesempatan, kumpulan yang hanya membangkang. tidak lebih daripada itu.

Maka apa bedanya kepada kumpulan guru, yang menjerit dan terlolong-lolong menyataka rasa tidak puashati dengan pengumuman atau kejutan pada 16 Mei sempena Hari Guru di Malaysia. Cuma bedanya TPM tidak jelaskan maksud hatinya seccara jelas kepada umum, tetapi itulah yang dapat disiratkan daripada apa yang tersurat.

Kesimpulannya, para guru jangan cemas dan lemas. PRU 13 akan datang bersegeralah mengalih haluan pangkah anda daripada kerajaan sedia ada kepada kerajaan alternatif. Janganlah banyak berdoalk dalik dan dakwa dakwi. Anda hanya mampu mengubah nasib anda. Jangan terus kekal dan dibawah bayang-bayang penipuan dan pembohongan. jangan lah meletakkan harapan kepada orang yang tidak boleh diharap lagi.

Segera Ubah Selamatkan Malaysia


Guru 'tercicir' diminta sabar

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

Tan Sri TPM ....Keluh Naik Harga Minyak

Namanya pun pembangkang, jika sudah duduk di dalam atau sebelah kerajaan maka mereka kenalah berusaha memikirkan bagaimana makenaisme untuk menyelesessai sesuatau masalah.

Hari ini TPM marahkan pembangkang yang kerjanay eksploitasi isu kenaikan harga minyak. Kerajaan semakin sesak apabila pembangkang sudah terhidu niat kerajaan yang akan menaikan harga bahan bakar sebanyak 30sen lagi pada malam Ahad ini.

Walaupun menteri berkenaan mengumumkan bahawa kerajaan akan menyemak, kenaikan naik atau tidak adalah pada awal januari 2012. Itu kata menteri berkaitan, tetapi semuanya nampak macam bohong yang nyata dan jelas apabila desas desus kenaikan tersebut akan naik muali Ahad malam nanti.

Ini ditambahi dengan tindakan dn kenyataan para pakar penganalisis ekonomi negara, antaranya menyenaraikan kebaikan-kebaikan , kelebihan serta keistimeweaan kerajaan menaikkan harga minyak 'demi rakyat' juga. Kerajaan dapat menjimatkan dn menjauhkan inflasi serta beban hutang negara pada masa akan datang.

Tindakan kerajaan menjadikan ketua Pemuda Umno 'berang' dengan kenyataan berani minta kerajaan cermin diri dulu, menyuruh rakyat berjimat tetapi kerajaan masih meneruskan projek-projek mega. Kenyataan berani Ketua Pemuda Umno macam lah bidasan barisan pembangkang dalam negara ini.

syabas dan tahniah KJ anda adalah Hang Jebat dalam Umno di kala semua menjadi Hang Tuah dalam Umno. maka dikala semua menjadi Hang Jebat dalam Umno kita harap KJ akan menjadi Hang Tuah.

Justeru TPm jangan lah pelik sangat , pembangkang mememang kerjanya membangkang. Macam tan Sri buat-buat atau pura-pura tidak tahu, antara musuh dan kawan. TPM tak kanlah lupa macam mana Perak digulingkan , sedangkan rakyat memberi undi jelas-jelas kepada PR. Kira kerusi dan kira peratusan undi memang sah PR punya, tetapi macam mana pula Bn dapat perintah ? Tan Sri Oh Tan Sri...Betulkan anak Tan Sri dulu....


Pembangkang dibidas eksploitasi isu kenaikan harga minyak

21/05/2011 5:17pm

KEMAMAN 21 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas pembangkang yang hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.

Beliau berkata pembangkang tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.

Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya.

"Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa.

"Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas sikap pembangkang yang mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak RON95 walaupun kerajaan belum lagi memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebelum kenaikan dilakukan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh beliau.

"Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat.

"Di negara jiran baik di Singapura, Thailand, dan Indonesia isunya sama, cuma tahap yang berbeza. Di Malaysia memang ada isu itu (kenaikan) tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah...memang ada peningkatan (inflasi) tetapi berbanding dengan apa yang berlaku di dunia, peningkatan itu tidak ketara,” katanya.

Katanya, di negara ini rakyat mudah terasa apabila berlaku kenaikan harga kerana selama ini mereka banyak dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya apabila sampai ke satu peringkat harga yang sedia ada perlu dikaji semula, kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi yang diberikan supaya pembangunan lain tidak terjejas.

"Ini bukan satu keputusan popular, tetapi kalau tak buat perkara itu, kita akan kekurangan sumber untuk menguruskan negara.

"Jika kerajaan tidak menguruskan dengan baik masalah itu, kerajaan terpaksa menanggung nilai subsidi yang meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Hakikatnya beliau berkata, kerajaan bukan tidak mampu menanggung kos itu namun ia ada had dan batasannya.

Muhyiddin berkata rakyat juga perlu menanggung sebahagian daripada nilai tersebut bagi membolehkan peruntukan turut digunakan dalam pembangunan sektor lain. - Bernama


Nilai Sezaman Perguruan dan Keguruan Begitu

Jangan dimarahi akan guru, punca mulanya dan segala-galanya serta persepsi asuhan Hari Guru jadi begitu. Semuanya bukan dimulakan oleh guru. Membaca tulis Prof Zaini Ujang NC UTM tentang nilai tambah sambutan Hari Guru. Tidak lebih dalam masyarakat kita katanya ada 2 ibenda yang diisi pada hari itu sahaja.Pertama hari peringatan disambut disajikan dengan nyanyian, perutusan itu ini, baca sajak itu ini dan kedua, menunggu insentif janji sogokan menteri kepada kumpulan guru moden ini. Dapat itu ini.

Membahaskan isu ini tidak akan ke mana-mana pun, tetapi memberi pandangan agar kesedaran ini merata amat perlu. Bagi Prof Zaini tugasan guru cukup luas melampaui nilai dan tugas guru itu sendiri. Ia tiada nilai dan tiada tahap perbandingan yang mahu diperbandingkan. Umpama juga jasa ibubapa kita, walaupun disambut dan dinamakan Hari Ibu dan Hari Bapa. ia tiada nilai dan gajaran yang membeolehkan anak-anak membayar setiap titik peluh ibubapa mendidik dan membesar anak-anak mereka.

Justeru, rakyat pemimpin, masyarakat perlu diajak agar melapangkan dada, tugas guru bukan hanya menanti imbuhan kerajaan semata-mata, tetapi imbuhan perlu ada ia sebagai skim peransang ke arah kecemerlangan tugasan mereka. Jangan sampai sesetengah yang mahu menjadi guru rasa kecewa berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Tugas kerajaan mengurangkan rasa kecewa guru. Yang diminta oleh guru adalah keadilan dan kesaksamaan.

Oleh kerana tuntutan sudah menjadi aegnda perjuangan Kesatuan maka jadilah guru dan tugasan guru kini sebagai barangan dagangan. Berbanding ketika tiada Kesatuan. Justeru persepsi rakyat dan masyarakat kini sudah berubah kerana nilai sezamannya menentukan jadi begitu.

Kini, kita tidak mendapat nilai sezaman itu dikembalikan semacam juga pembangunan negara. Nilai sezaman dan nilai pengukuran bagi zamannya jadi begitu, maka ia terjadi kerana masyarakat meletakkannya begitu. Maka ia kembali kepada sistemlah yang menjadikan nilai sezaman terhadap sesuatu perkara.

Mislanya, nilai sezaman waktu itu, perempuan semua duduk di dapur, tidak ada yang keluar belajar bekkerja menjadi pemandu bas mencari dan menjadi pencari rezeki kerana tuntutan sezaman tidak begitu di era 60an. Lelaki kuat bekerja laksanakan tanggungjawab, tiada mat rempait, tiada mat dadah, di universiti rata-rata ramai pelajar lelaki.Penbdekata lelaki dominan dan dominasi dalam banyak perkara. namun kini sudah jauh berubah, zaman sudah mengubah segala-galanya, Cara fikir dan cara terima sudah berbeda-beda.

Oleh itu, kita kena menerima nilai sezaman. begitulah juga dengan profesion perguruan dan keguruan. Nilai sezaman begitu dan menjadikan ia begitu


Memahami perguruan sebagai institusi keinsanan, peradaban
Oleh Zaini Ujang

2011/05/21

SETIAP 16 Mei kita meraikan Hari Guru. Perdana Menteri biasanya berucap memperihalkan pelbagai dasar baru untuk memartabatkan lagi kerjaya guru sesuai dengan impak guru kepada pembangunan negara. Skim dan pelbagai insentif baru diperkenal yang sudah pasti diterima dengan pelbagai tanggapan. Ramai suka, tetapi ada juga kecewa.

Penyair menggambarkan guru dengan warna pelangi menggunakan metafora dan susunan bahasa indah. Penulis pula meletakkan peranan guru dalam konteks pembangunan dan citra bangsa. Sementara pemimpin kesatuan dan tokoh meluahkan hasrat supaya penghargaan terhadap jasa guru diterjemahkan dalam bentuk persekitaran kerja lebih kondusif, kemudahan dan sistem saraan lebih kompetitif secara lebih menyeluruh.
Sepanjang ingatan saya, setiap tahun itulah kebiasaannya, walaupun diungkapkan dengan pelbagai tema, lokasi dan acara berbeza. Pokoknya sama, nadanya sekata. Memang kepentingan dan jasa guru perlu kita kenang, bukan hanya 16 Mei. Memang peranan guru kepada pembangunan bangsa wajib kita nobatkan sebagai penyuluh zaman. Dalam segala hal, gurulah pemula, gurulah pelopor dan guru jugalah yang perlu kita hargai sentiasa. Dalam kalangan ahli sufi misalnya, guru adalah segala-galanya, doa dan salasilah sehingga Rasulullah SAW disebut setiap bermulanya zikir dan amal

Jika kita menyusur sejarah kemerdekaan negara, golongan guru cukup berperanan. Merekalah yang menjadi nadi kefahaman rakyat untuk bangkit menyuburkan jiwa merdeka. Tanpa terlalu memikirkan masa depan pangkat dan kedudukan dalam perkhidmatan, gurulah yang menjadi pemangkin kegiatan politik dari akar umbi sehingga kepemimpinan nasional. Peranan institusi perguruan dari Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) sejak 1922, kerjaya guru sehinggalah aktiviti guru di luar sekolah terakam dengan catatan tinta emas dalam sejarah negara.

Maka lahirlah beberapa nama besar seperti Ghaffar Baba, Za’ba, Aminudin Baki, Hamdan Sheikh Tahir, Shaharom Husein dan Syed Nasir Ismail dalam kalangan guru yang berperanan bukan sekadar mengajar dengan sukatan formal untuk memastikan anak murid mereka mendapat kejayaan cemerlang menduduki peperiksaan.

Guru turut membina sikap dan watak, mencanai jiwa dan aspirasi anak bangsa. Demikian peranan guru yang pada hakikatnya, menurut perspektif Islam, lebih dari sekadar muddaris (pengajar) malah adalah muaalim (penyampai ilmu), muaddid (pembina adab), murabbi (pendidik akhlak) dan murshid (inspirator).

Itulah pendorong sehingga peranan guru juga mewarnakan dasar utama dan kepemimpinan negara. Ini begitu ketara pada 1959 apabila Kesatuan Guru-Guru Melayu mendesak Tunku Abdul Rahman supaya segera membangunkan sekolah menengah Melayu.
Ketika itu hanya sekolah rendah saja disediakan untuk aliran Melayu walaupun aliran Inggeris sudah lama dimulakan menerusi penubuhan Penang Free School pada 1902. Walaupun Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ditubuhkan pada 1905 tetapi matlamatnya adalah untuk meraikan golongan bangsawan Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Demikianlah besar jasa dan peranan guru. Selain mencetuskan pelbagai bentuk idea dan kesedaran baru berkaitan pendidikan, mereka juga komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memartabatkan bangsa. Kadangkala mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan dan kesusahan.

Bertugas jauh di pedalaman, keadaan sekolah serba kekurangan dan latar belakang sosiobudaya murid yang ketinggalan. Kenyataannya, keadaan ini memperkuat dan meningkatkan lagi komitmen guru untuk lebih cemerlang memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa.

Membaca sejarah hidup Pendeta Za’ba menyedarkan kita bahawa idealisme guru berkait rapat dengan kemerdekaan jiwa dan pembangunan minda. Guru juga berfungsi menggerakkan pemikiran bangsa bukan hanya dengan lisan kepada anak murid dalam bilik darjah, malah dengan tulisan kepada seluruh anak bangsa dalam pelbagai media.

Kita juga terkesan bahawa tokoh guru seperti Ghaffar Baba dan Pendeta Za’ba melaksanakan tugas mendidik dan membina bangsa tidak terhad ketika memegang jawatan sebagai guru sekolah. Sepanjang hidup mereka dalam pelbagai lapangan, aspirasi guru sebagai mudarris dan murshid tetap didokong dan mengembang. Tugas muallim dan muaddid tidak hanya terlaksana ketika mengajar di dalam darjah atau dewan kuliah.

Sehubungan itu, ada baiknya kita melihat semula kebiasaan kita meraikan Hari Guru setiap 16 Mei. Memang kerjaya guru perlu mendapat sorotan utama dan dokongan istimewa. Memang kerjaya guru perlu diperkasa dan terus dimartabatkan. Memang lebih banyak kemudahan perlu disediakan supaya guru boleh berperanan dengan lebih berkesan mendidik anak bangsa.

Hakikatnya tidak ada imbuhan yang boleh menyamai peranan dan jasa guru. Tidak ada skim perkhidmatan yang setara dengan kepentingan guru kepada pembinaan sesebuah bangsa dan tidak ada insentif duniawi yang setanding dengan karamah guru sebagai murshid dan muaddid.

Justeru, dalam kemeriahan menyambut 16 Mei, kita juga perlu memahami bahawa institusi perguruan adalah institusi keinsanan dan peradaban. Tugas muaddid dan muallim sebenarnya adalah peranan semua pihak.

Justeru, kita tidak boleh menyalahkan mereka yang berkhidmat sebagai guru sekolah semata-mata apabila pelajar sekolah terbabit dalam pelbagai aktiviti tidak sihat, apatah lagi jenayah. Hakikatnya peranan membangunkan minda, akhlak dan aspirasi bangsa adalah tugas bersama seluruh warga.

Justeru, pada hemat saya, institusi perguruan melebihi batas sesuatu kerjaya. Dalam konteks Islam sebagai contoh, kita dituntut untuk mengajar kepada mereka yang tidak tahu walaupun sepatah ayat, seperti maksud sebuah hadis.

Kita juga diperintah untuk menyuburkan akhlak mulia, sebagai muadib dan murabbi bukan saja untuk diri sendiri dan keluarga, malah jiran tetangga dan masyarakat sekitar. Apabila melihat kemungkaran dan salah laku, kita bertanggungjawab untuk mencegah sama ada dengan kuasa, tangan atau lisan.

Itulah rasional pada hemat saya setiap 16 Mei, selain meraikan jasa dan peranan guru maka kita juga perlu menghidupkan semula jiwa pendidik dalam setiap anggota masyarakat. Tarikh 16 Mei seharusnya dihayati dengan melihat semula komitmen semua pihak terhadap penghayatan memajukan bangsa dan negara menerusi institusi pendidikan yang melewati sempadan sekolah, kolej dan universiti. 16 Mei seharusnya kita sambut dengan penuh kesedaran bahawa membangunkan umat, memajukan bangsa dan menyuburkan adab perlu dilaksanakan sesuai dengan peranan setiap anggota masyarakat sebagai ‘guru’ – muddaris, muallim, muaddid, murabbi dan murshid.

Malang sekali jika 16 Mei sekadar ritual perhimpunan rasmi tahunan dengan acara menyanyikan lagu dan deklamasi puisi, serta menanti-nanti pengumuman rasmi mengenai insentif baru dalam skim perkhidmatan, apatah lagi jika diriuhkan dengan perdebatan tentang siapa dapat apa?

Zaini Ujang ialah penulis buku Menghayati Budaya Ilmu (Penerbit UTM, 2009)

Utusan pemberitaan yang membebalkan

Hari ini, Utusan Bebal, Utusan Seks , Utusan Pembedal, Utusan Pembohong bermati-matian mempertahankan pendirian kerajaan negeri Pahang yang tetap mahu kini dulu dan selamanya untuk kekal tidak sekali-kali tunduk dengan desakan rakyat agar kilang sisa radioaktif dihentikan pembinaan, pengoperasian di Kuantan.

Satu alasan mudah adalah kerana pelabur telah melabur dan nilain laburannya memberi pulangan lumayan kepada negerri dan negara. Kedua, kerajaan berdegil kerana enggan melanggar perjanjian yang ditandatangani dan terpaksa membayar kembali lebih berganda dan sememangnya pelabur yang berisiko tinggi meletakkan syarat begitu kerana perniagaan mereka sudah menjangka dengan jangkaan seperti ini iaitu dibatalkan pelaburan mereka.

Inilah yang kerajaan takutkan, nilai keselamatan, kesejahteraan dan lain-lain terhadap rakyat bagi mereka adalah kecil dan soal atau perkara kedua yang perlu difikirkan. Sementelahan pula kerajaan mendapat sokongan padu daripada jabatan-jabatan yang terlibat kerana para pegawai berkenaan enggan berkonfrantasi dengan ketua-ketua mereka.

Inilah satu sikap yang sungguh memalukan dan melemahkan pentadbiran negara kita. Hari ini sahaja utusan dengan nada bersahaja dengan mudah melabelkan adalah hasutan pembangkang. Jika memang ya dan betul kenapa dan mengapa. Hasutan ini adalah hasutan kebaikan bagi jangka panjang rakyat. Jika yang terkena kesan saudara mara penulis utusan barulah dia sedar dan mengiakan tindakan rakyat yg perihatin. Kesan sisi radioaktif ini bukanlah dalam masa sehari dua dan sebulan dua, tetapi nantikan ?



Isu Lynas hanya mainan politik pembangkang


SEBAHAGIAN daripada penduduk Kuantan yang hadir pada sesi taklimat awam mengenai status terkini projek pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. pada 6 April lalu.


SEJAK 2009 lagi apabila bermula penentangan terhadap pembinaan kilang pemprosesan logam tanah jarang milik Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang hinggalah kini, banyak pihak mengambil kesempatan untuk mempolitikkan projek ini.

Terbaru 200 orang ahli daripada parti pembangkang berhimpun secara haram di depan pejabat DAP Pahang di Jalan Beserah, bagi menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan.

Pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berucap pada perhimpunan itu sama ada dari pusat atau peringkat negeri, menjelaskan lagi tentang sifat sebenar parti politik tersebut.

Sehari sebelum itu, pejabat-pejabat media sama ada cetak atau elektronik di negeri ini telah dihubungi untuk liputan majlis berkenaan. Menyedari kehadiran pihak media khususnya jurufoto dan jurukamera ini, pembangkang menyifatkannya sebagai satu kejayaan sementelah yang turut hadir ialah media cetak 'vernacular' yang sering memberi liputan berbaur simpati terhadap mereka.

Apabila sahaja polis mengarahkan perhimpunan haram itu dihentikan, ketika itulah juga empat orang membuat aksi meniarap mereka. Sudah tentu, itulah photo opportunity terbaik bagi pembangkang dan jurufoto. Bagi menambahkan tarikan, keempat-empat mereka ini yang ketika itu sudah pun dilihat sebagai hero, dengan sengaja bersikap degil lalu membenarkan diri untuk ditahan. Media 'vernacular' memainkan foto-foto tentang kejadian meniarap itu di muka depan.

Kira-kira dua minggu sebelum itu pula, agenda politik pembangkang dalam isu Lynas ini terus menyerlah menerusi kononnya sesi penerangan umum di sebuah restoran di Teluk Chempedak. Pada majlis inilah beberapa penduduk dari Bukit Merah, Ipoh, Perak dan Bukit Koman, Raub turut dibawa sebagai bahan bukti.

Penduduk dari Bukit Merah menceritakan kononnya pengalaman perit mereka akibat radiasi daripada kilang pemprosesan logam tanah jarang dari tinggalan amang bijih timah - Asian Rare Earth (ARE) itu.

Sementara itu, dari Bukit Koman pula, menceritakan penentangan mereka terhadap kilang pemprosesan emas yang menggunakan bahan kimia sianida yang dikatakan membahayakan kesihatan.

Sedangkan, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah memberi taklimat kepada umum bahawa kandungan bahan 'thorium' yang terdapat dalam tanah jarang yang mengeluarkan radiasi di Bukit Merah adalah berbeza dengan yang ada di Lynas.

Kandungan 'thorium' di Bukit Merah itu sebenarnya, adalah 37 kali ganda lebih tinggi daripada logam tanah jarang yang dibawa dari Mount Weld, Australia Barat yang bakal diproses di kilang Lynas di Gebeng.

Apa pula kaitan pemprosesan emas menggunakan sianida di Bukit Koman dengan pemprosesan tanah jarang di kilang Lynas di Gebeng ini, tidaklah pula dapat diduga selain hanya untuk mempolitikkan keadaan khususnya menyemarakkan semangat penentangan terhadap projek Lynas ini dan secara tidak langsungnya, kerajaan.

Umum mungkin tidak menyedari betapa sejak Julai 2009 lagi, wakil-wakil rakyat daripada parti pemerintah dan pembangkang sama-sama mengikuti taklimat mengenai projek pemprosesan logam tanah jarang ini.

Taklimat pada 23 Julai, melibatkan 24 orang termasuklah keempat-empat wakil rakyat parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang meliputi dua masing-masing dari Pas dan DAP, serta ahli Parliman PKR dari Indera Mahkota dan ahli Parlimen Pas dari Hulu Langat.

Parlimen Kuantan yang wakil rakyatnya merupakan punca kepada bantahan projek Lynas ini sejak 2009, sekadar menghantar lima wakil termasuklah seorang doktor yang didakwa pernah merawat lapan pesakit leukemia kononnya akibat terkena pancaran radiasi dari kegiatan ARE di Bukit Merah.

Pada 29 Julai 2009 pula, satu taklimat khusus diberikan pula kepada 12 wakil rakyat serta kepemimpinan Pas negeri dan daerah ini yang turut termasuk wakil rakyat Pas dari Beserah dan wakil rakyat Pas Parlimen Hulu Langat.

Pada pertengahan taklimat itu, wakil rakyat Pas itu yang juga bekas pensyarah dalam bidang sains nuklear, dikatakan mengambil alih peranan bagi menerangkan lagi mengenai hal berkaitan radiasi.

Pada akhir sesi taklimat itulah, pemimpin tertinggi Pas negeri telah menemui serta berpesan kepada seorang pemimpin tertinggi Lynas agar menghubunginya jika timbul apa-apa masalah berkaitan dengan projek tersebut!

Sekiranya wakil-wakil rakyat ini ada bantahan sejak Julai 2009 lagi, kenapa mereka tidak turut melakukannya secara lantang pada lima sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang selepas taklimat Julai 2009 itu?

Kelima-lima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung pada Ogos (pada 17 Ogos sahaja) dan November (antara 13 dan 20 November) 2009; serta pada bulan April (antara 19 dan 28 April), Ogos (pada 9 Ogos sahaja) dan November (antara 22 dan 30 November) 2010.

Ekoran laporan New York Times mengenai kononnya bahaya projek Lynas bertarikh 8 Mac lepas (2011), yang disiarkan sepenuhnya pada 10 Mac oleh akhbar The Star dan diserabutkan lagi dengan kejadian gempa bumi disusuli tsunami hingga merosakkan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun pada 11 Mac; isu ini menjadi hangat semula.

Hanya selepas kira-kira dua tahun, barulah wakil-wakil rakyat ini bersuara lantang mempertikaikan ia pada persidangan DUN Pahang baru-baru ini yang berlangsung antara 11 dan 19 April lepas.

Maka benarlah kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa rakyat berasa terancam kerana pembinaan kilang tersebut telah disensasikan oleh pembangkang apabila dikaitkan dengan kesan kebocoran radiasi yang berlaku di Fukushima, Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.

Kini, yang terperangkap di tengah-tengah mainan politik pembangkang dalam isu Lynas ini ialah segelintir penduduk termasuk badan-badan bukan kerajaan khususnya yang menggelar diri sebagai penggerak Kempen 'Stop Lynas, Save Malaysia' yang diketuai oleh Vincent Jiam, seorang pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak.

Namun, selepas menyedari isu ini semakin dipolitikkan, segera pula penggerak kempen ini cuba menjarakkan diri daripada parti politik pembangkang dengan tindakan menggugurkan frasa 'Save Malaysia' tetapi kekal dengan 'Stop Lynas' sahaja.

Ini demi membezakan kempen mereka dengan kempen pembangkang yang menggunakan kedua-dua frasa berkenaan.

"Kami tidak tahu macam mana nak panggil media (untuk liputan) pada awalnya. Sebab itu kami perlukan parti pembangkang yang lebih tahu untuk menguruskan hal-hal ini," kata seorang ahli jawatankuasa Kempen 'Stop Lynas' itu semasa penulis temui secara kebetulan di premis perniagaannya baru-baru ini.

Masyarakat atau sekurang-kurangnya penggerak Kempen Stop Lynas mulai sedar tentang agenda politik pembangkang dalam isu Lynas ini. Langkah seterusnya dan terbaik adalah menyediakan medan perbincangan dan pertemuan yang selesa bagi penggerak kempen mendapatkan maklumat sahih daripada kerajaan khususnya pengurusan Lynas tentang butiran projeknya.

Friday, May 20, 2011

Kacau ni: Mai Pakat Pakat tukaq kerajaan Be End

Anwar : Harga Makanan Dijangka Naik 30 Peratus Akhir 2011


SHAH ALAM 20 MEI: Harga makanan dan minuman dijangka melambung 30 peratus akhir tahun ini, jika trend kenaikan harga semasa berterusan akibat penarikan subsidi oleh kerajaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata data Bank Negara menunjukkan harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan dunia pada empat bulan pertama tahun ini.

Justeru beliau menegaskan sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011," ujar Anwar.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," kata beliau.

Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," jelas beliau.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi.

Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Anwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Umno-BN mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mngalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008.

Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Anwar berkata ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan kerajaan juga memaksa Perdana Menteri Najib Razak memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara.

Pembohongan Umno Mahu Kekal Kuasa Umno

Pembohongan Umno, jika orang Melayu melarikan sokongan kepada Umno, kuasa Melayu akan hilang. Karut marut itu semakin menebal diyakini oleh orang Melayu teramai. Sementelahan pula slogan Umno berbunyi Hidup Melayu yang sekadar menjadi cogan sahaja. Itu lah slogan keramat yang amat diyakini orang melayu sejak 50 tahun yang lalu.

Oleh kerana rata-rata pemimpin Melayu Umno adalah Melayu, maka Umno diyakini terus dapat memelihara kuasa Melayu. Usaha menanam dan menebalkan keyakinan kekuasaan Melayu turut dijalankan oleh beberapa institusi khas yang dipelan melalui tindakan strategik Umno terutama BTN, Penerangan dan JASA.

Sederetan itu, Umno cuba mencengkam kekuasaan dan menunjukkan kekuasaan iaitu Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno. ini diyakini sungguh oleh pimpinan dan ahli-ahli Umno tegar.

Justeru itu, rakyat menutup rapat mata mereka terhadap apa-apa sahaja yang diperlakukan oleh Umno. Baik apatah lagi disokong, malah perkara yang jahat sekalipun tetap akan mereka sokong.

Fenemena kepercayaan Umno adalah segala-galanya, kini kian pudar. Rata-rata rakyat kini semakin sedar dan cerdik. Mereka tidak boleh diperkotak katikkan. Negara Malaysia yang kaya jauh ketinggalan dan kini gagal bersaing dengan negara-negara jiran tetangga, yang dulu satu ketika semuanya terkebelakang daripada Malaysia.

Kini , tiada perkara yang dapat dibanggakan dengan Malaysia. cakap sahaja apa yang Malaysia boleh banggakan dengan negara jiran.

Justeru, usaha-usaha melarikan sokongan oleh PR amat dicemburui oleh Umno. Mereka kini sudah ada musuh yang dapat menyaingi kepalsuan pembohongan, kerosakan yang mereka sudah tinggalkan amat membarahkan kehidupan rakyat teramai.

Kita bukannya menolak kekuasaan Melayu, tetapi melalui kuasa Melayu itulah dijadikan agenda keramat ketirisan, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa yang mana semuanya amat memalukan bangsa melayu itu sendiri. Malah Melayu yang jujur ikhlas setia taat patuh dan sebagainya menjadi mangsa permainan halus barisan pimpinan atas Melayu yang berkuasa. Inilah tentangan kita terhadapnya. Jika Melayu boleh bawa kemajuan macam Cina bawa kemajuan di Singapura. Kita sokong Melayu macam tu.

Semakin banyak ulasan.. wajah Umno jelaslah hodoh

Mengapa dan kenapakah Umno susah hati sangat ? PAS dikatakan rugi dalam menjalankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kerugian PAS diukur melalui jumlah kerusi yang PAS perolehi dan kekuasaan PAS dalam Pakatan yang tidak nampak dominan.

Alasannya kerana Hadi-Nasa lemah dan tidak tegas, mengikut telunjuk PKR sahaja. Situasi ini mendapat kritikan hebat (ambil ulasan Dr Aziz Bari).

Muktamar ke 57 nanti bakal menentukan segala-galanya. Itulah kerja Umno bersikap dengki dan adu domba dengan cubaan menghakis dan menimbul keraguan banyak pihak.

Jika ahli dan pihak-pihak yang tidak matang dalam politik tentu akan termakan dengan ulasan ini. Keraguan itulah yang cuba dihakiskan.

Dalam situasi Umno semakin lemah, Umno yang sudah hilang kepercayaan rakyat. Umno yang kuat menindas dan bertindak kejam terhadap rakyat (bakal naikkan minyak RON95). itulah wajah-wajah hodoh Umno.


Muktamar ke-57 beri isyarat jelas kepada kepemimpinan parti agar fokus perjuangan

BAHANG pemilihan barisan kepemimpinan baru PAS semakin terasa, tetapi tumpuan utama kepada jawatan Timbalan Presiden bagi menyaksikan siapa yang bakal digandingkan dengan Datuk Seri Hadi Awang, yang mengekalkan jawatan sebagai Presiden.

Apa yang pasti penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa, menghadapi masa sukar untuk mengekalkan kedudukan - bukan saja kerana popularitinya tidak begitu menyerlah sepanjang penggal ini, bahkan senarai calon yang lain - Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu - bukan calang-calang orang.

Muktamar kali ke-57 yang kembali diadakan di Taman Melewar, Gombak dilihat sebagai satu isyarat penting untuk parti ini kembali menilai hala tuju dan matlamat perjuangan, terutama selepas kerjasama eratnya dengan DAP dikritik hebat.

Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mencarta sejarah besar di kalangan parti pembangkang, apabila gandingan PAS-DAP-PKR menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.

Namun, tempoh tiga tahun selepas itu menyaksikan kerjasama itu membawa lebih banyak kerugian daripada keuntungan kepada PAS, yang memiliki jentera dan keahlian yang jauh lebih besar daripada kedua-dua parti yang lain.

Barisan kepemimpinan PAS dilihat lebih banyak bercakap daripada melaksanakan tugas, lebih banyak menunggu daripada bersikap pro aktif, lebih banyak bertolak ansur daripada bertegas dengan DAP dan PKR, lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat daripada membuat keputusan segera.

Gandingan Hadi-Nasharudin juga dilihat gagal terutama selepas timbul isu kerajaan perpaduan, walaupun hakikat sebenar ia tidak lebih membabitkan rundingan untuk bermuafakat antara dua parti Melayu utama negara ini.

Mereka juga tidak nampak tegas dalam memberi penjelasan kepada ahli berhubung isu membabitkan kedua-dua parti lain, terutama hubungan dengan DAP yang nyata bercanggah pendirian dan matlamat PAS.

Krisis dalaman PKR turut memberi kesan kepada barisan kepemimpinan PAS, apabila majoriti mengambil sikap mendiamkan diri terutama membabitkan kes moral Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan krisis lompat parti yang berlaku di dalam parti itu.

Dalam membuat kenyataan membabitkan pendirian parti, PAS lebih banyak bergantung kepada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang lebih sering membuat kenyataan yang memerangkap parti ini ke dalam kemelut perdebatan yang lebih menggusarkan rakyat beragama Islam.

Isyarat awal yang diberi ahli akar umbi dalam memilih Timbalan Presiden juga turut mencetus satu lagi persoalan.

Pencalonan paling banyak diterima penceramah handalannya, Mohamad Sabu, membuatkan ramai terfikir apakah kriteria pemimpin yang bakal dipilih bagi mengetuai PAS untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Nama besar seperti Husam, tidak lagi berani terlalu yakin dengan kemampuannya memimpin walaupun terus menjadi anak emas Nik Aziz, kerana pengalaman perit pemilihan lalu sudah pasti tidak dapat dilupakan.

Salahuddin, yang sama seperti Husam diletak dalam kumpulan Erdogan, juga tidak mampu untuk mendabik dada, walaupun memiliki perawakan pemimpin berwibawa dan disegani.

Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, dan Tuan Ibrahim adalah pemimpin yang mungkin diberi pertimbangan serius kerana kedua-duanya semakin popular di kalangan akar umbi PAS.

Pengalaman pemilihan lalu, membuat perwakilan turut mencalonkan keenam-enam pemimpin ini untuk jawatan Naib Presiden yang bertanding bersama lapan pemimpin yang lain, bagi merebut tiga kerusi yang kini disandang Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar.

Lapan nama lain turut membabitkan Mahfuz; Idris Haji Ahmad (ketua penerangan); Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat); Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan); Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat); Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat); Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama); dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat).

Sementara itu, Dewan Ulama pula kekal diketuai Datuk Harun Taib, manakala Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hassan, akan menghadapi saingan termasuk timbalannya sendiri, Azman Shapawi Abdul Rani, Suhaizan Kaiyat (ketua penerangan) dan Fidaus Jaafar (Exco Pemuda).

Nuridah Mohd Salleh, masih dicalon untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat, tapi akan turut menghadapi cabaran dari timbalannya, Siti Zailah Yusof dan dua AJK yang lain, Dr Siti Mariah dan Dr Asiah Ali.

Senarai calon bagi jawatan penting nyata tidak menyerlahkan sebarang muka baru, walau siapa yang dipilih tetap akan menyambung corak kepimpinan sedia ada.

Mesyuarat di Taman Melewar adalah usaha mengingatkan perwakilan kepada landasan perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Persoalan yang harus dikemukakan kepada kepemimpinan PAS nanti – apakah matlamat itu boleh diterima pakai selagi ia terus bersekongkol dengan DAP?

Thursday, May 19, 2011

Agenda Utusan : Labelkan dua puak dalam kepimpinan PAS

Antara kebanggaan penganalisis politik adalah ramalan yang diunjurkan itu tepat. Maka subjek menganalisis parti politik PAS juga tidak terkecuali. Analisis kepimpinan sesebuah parti dengan arah hala tuju sering dijadikan material kepada analisa mereka.

Kini , kepimpinan dan pimpinan PAS dilabelkan terbahagi kepada 2 aliran , pertama aliran yang menyokong idea-idea pendiriaan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yg dikira sebagai teramat dominan pengarauhnya dalam PAS. Kenapa dan mengapa faktor Anwar menjadi hujahan analisis mereka, ini kerana cakap-cakap sokongan jelas kepada idea pemikiran seolah-olah mereka pro Anwar.

Wal hal dalam PAS sendiri ada kepimpinan yang menjadi wala, cuma faktor indidvidu tertentu yang menyokong Anwar maka ia dicaj sebagai Anwarisme dalam PAS. tujuannya satu untuk melemahkan PAS dan kepimpinan PAS. Selain itu, bagi menghilangkan keyakinan rakyat dengan mengesahkan bahawa PAS dan kepimpinan PAS tiada yang berwibawa, semua menumpang ketiak Anwar sahaja.

Dan kemudian mereka lebalkan kumpulan ulama. Siapakah kita rasa amat kabur, wal hal Presiden Timbalan Presiden adalah kumpulan ulama, siapakah pula kumpulan Edorgan yang menguasai PAS. Inilah kekeliruan yang cuba di momokkan supaya banyak pihak daripada dalam terutamanya mengiakan dengan label lan mereka ini,

Jika ini terjadi, mereka sudah berjaya mempuak-puakkan dan mengkumpulankan kepimpinan PAS yang ada kini. Ini sudah dikiran amat bejaya.

Pertembungan kumpulan pro Anwar, ulama dalam pemilihan Pas

KUALA LUMPUR 18 Mei - Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.

"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.

"Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.

Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.

"Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.

"Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,'' katanya lagi.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.

"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.

"Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,'' katanya.

Kajian kosong BH: mahu menipu rakyat malaysia

Memanglah kerja-kerja Umno membuat kajian, selepas siapkan kajian menipu terhadap kajian berkenaan. Kata Kajian BH sokongan terhadap MB Kelantan menurun sikit, tetapi sebaliknya sokongan kepada Mustapha Mohamed naik sikit, tetapi sokongan berkenaan tidaklah dapat mengalahkan jumlah sokongan terhadap Nik Aziz.

Namun, jika lihat kajian Daim, Dolah Kok Lanas yang tidak menggunakan khidmat consultant, mereka ramalkan Kelantan dan PP akan kekal ditangan Pakatan. Dan mereka yakin Kedah dan Selangor akan dirampas kembali pada PRU13 nanti.

Dr M sendiri yang sedang sakit, tidak yakin bahawa Kelantan akan jatuh ke tangan Umno Bn. Kecualilah jika Umno Bn terus menggunakan 'senjata' penipuan mereka macam biasa.








Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.

Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research


  • Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
  • Datuk Awang Adek – 9 peratus
  • Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
  • Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
  • Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
  • Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

PKR bakal diharamkan ROS ?

PKR Mungkin Diharamkan?


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.


“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.


Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.


“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.


PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).


Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

Amalan Demokrasi Dalam PAS Subur ?

Menjelang pemilihan Agong PAS Pusat. Semua kawasan seluruh negara sudah bermesyuarat dan masing-masing menama dan menyenaraikan j/kuasa yang layak untuk dicalonkan menganggotai barisan kepimpinan PAS Pusat.


Tuan Guru Hj Hadi Awang sekali lagi dikekalkan bagi menerajui kepimpinan PAS pada kali ini. Cuma 1 nama sahaja yang dicalonkan bagi menentangnya iaitu Kawasan Bukit Bintang dengan meletakkan Husam Musa sebagai saingan kepada jawatran berkenaan.


Bagi jawatan-jawatan bermula dengan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa menyaksikan senarai panjang yang diumumkan.


Apapun daripada apa yang disaksikan memaparkan amalan demokrasi dalam PAS cukup sihat. dan amalan ini jauh berbeda dengan Umnoi parti saingannya.


Takbir bagi PAS..Allahuakbar ! Allahuakbar !


Wednesday, May 18, 2011

Dr M: kerajaan kini lemah ?

Semasa tulisan ini sedang dicoret, Dr M dilaporkan telah dikejarkan ke IJN kerana sakit dada. Kita harap Dr M kembali sihat walafiat. Dan banyak bersabar dan beristiqfar kepada Allah SWT.

Kepanasan suhu Malaysia cukup mengusarkan, banyak dan ramai rakyat mengeluh kepanasan. yang ditemui bercakap soal panasnya suhu waktu ini. Walaupun hujan sekali sekala menyiber kepanasan suhu berkenaan tetap tidak berubah.

Begitupun juga, kepanasan dan bahang suhu politik Malaysia belakangan ini semakin panas. Ada-ada sahaja berita sensasi yang memanaskan semua pihak. Selepas Hindraf yang dilabelkan aktivis radikal pro India, muncul pula PERKASA radikal Melayu yang rasis.

Rentetan itu, isu terkini adalah Malaysia mahu diisytiharkan sebagai negara Kristian. Gara-gara pertemuan paderi Kristian bersama pimpinan DAP di Penang. Dihangatkan laporan muka hadapan utusan Malaysia yang melaga-lagakan serta memberi amaran demi amaran oleh pimpinan negara yang beragama islam.

Melihat situasi ini, Dr M yang ketika itu belum masuk ke IJN menyatakan kerajaan kini semakin lemah, angkara perpecahan bangsa Melayu. Kelemahan kerajaan kini kata nya memberi raung kepada banyak pihak mula menuntut itu dan ini.

Hujah Dr M, zamannya tiada pihak yang berani membuka mulut mohon itu ini, apatah lagi mempersoalkan itu ini serta membangkitkan isu-isu sebegini.

Bagi kita sebenarnya kerajaan yg ada sama dia tidak lemah. Cuma nampak nampak lemah kerana rakyat sudah melarikan kiblat sokongan mereka daripada kerajaan yang ada kepada pihak lain. Itu sahaja. Jika dahulu zaman Dr M, rakyat terbanyak kagum dan kaget dengan idea-idea berani dan kagum dengan karisma serta kepimpinannya, tetapi kini sudah tamat.

Pengiktirafan, kekaguman, keistimewaan Dr M sudah dinyah jauhkan. Mana ada rakyat yg dapat menerima wang negara digelapkan dengan sewenang-wenang. kehakiman diperkudakan, isu menjadi jadi dan memuakkan semua orang.

Rakyat sudah tidak dapat terima lagi, barang keperluan harian mereka naik dengan sewenang-wenang. Jika zaman Dr M , harga minyak naik sekitar 5 sen sahaja, tetapi kini bawah regim baru 4 kali naik sekitar 20 sen sekali naik. Harga ayam melambung melepasi paras bumbung kondo drp harga siling RM6.20 kepada RM8.50 sen sekilogram. Kan gila namanya ?

Justeru itu, Dr M janganlah melunakkan pemikiran rakyat bahawa kerajaan sekarang lemah. Kerajaan yg ada ini bertambah kuat cengkamannya, tetapi rakyat yang lemas itu sahaja.