Wednesday, February 17, 2010

Tuan Guru Selamatkan Orang


Gambar : Presiden PAS Tn Guru Hj hadi Awang keletihan selepas bersama-sama
membantu menyelamatkan mangsa yang hampir lemas di pantai Rusila Marang

Adalah takdir dan sesuatu yang membanggakan dalam sejarah tanah air, seorang bakal negarawan negara yang terulung iaitu Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang diberitakan bersama-sama anak menantu dan ahli keluarganya berusaha mengadai nyawa menyelematkan seorang pengunjung pantai Rusila yang hampir lemas.

Kejadian yang dirakamkan oleh seorang hamba Allah kebetulan berada ditempat kejadian, kini mendapat perhatian ramai. Penulis rasa bangga dan kagum bagaiamana seorang ulama dan orang yang terkenal tanpa protokol boleh bertindak menyelamatkan seseorang. Dan inilah sejarahnya.

Syabas Tuan Guru, kamu dihati rakyat.

Adakah pejuangan Bahasa kita terbela ?

Kelmarin, kerajaan menubuhkan Tabung Khas bagi menaja, membantu, menggalak aktiviti bahasa dan sastera. Namun jumlah Tabung berkenaan tidak dimaklumkan. Kita sebagai pencinta bahasa dan sastera Melayu setuju dan menyokong penuh akan hal berkenaan.


Namun demikian sejarah negara Malaysia Moden terlalu amat banyak Tabung yang diujudkan. Antara Tabung yang pernah diujudkan dan berkubur tanpa nisan adalah Tabung Teledera, Tabung telethon, tabung Bersamamu dan sebagainya entah ke mana.

Benarlah kata Pak Samad Said, bahawa kerja kerajaan adalah memberi wang kepada rakyat. Namun wang itu adalah bukan wang Pak Menteri. Persatuan Bahasa kini sudah dibelah dua, satu kumpulan kiri dan satu kumpulan kanan.

Sunday, February 14, 2010

Terkini: Setpol Menteri Kanan bawa RM2j !!!!

Setiausaha Politik Ditahan Bersama Wang Tunai RM2j

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Memalukan: Zaharin politikus Melayu

Kita mengalukan-alukan cadangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, supaya Zaharin melepaskan semua jawatan dalam PKR.

Pendedahan terbuka oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kelakuan Zaharin cukup memalukan kita orang Melayu dan lebih lagi yang beragama Islam. Perangai buruk Zaharin harus dinyahkan dalam Pakatan Rakyat, kerana perangai busuk sebegini patut sudah tiada dalam Pakatan yang berbeda dengan UMNO BN. Jika sama kembalilah.... ke UMNO BN !!!



Nik Aziz Saran Zahrain Letak Jawatan Untuk Pilihan Raya Kecil

KOTA BHARU: Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata, isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya, wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam. - BERNAMA

Saturday, February 13, 2010

UMNO amat bergembira nampaknya ?

Gelombang dan bahang politik Malaysia, sentiasa panas dan dipanaskan. Terbaru adalah dedahan, rajukan, larian seorang 'tokoh' kecil dalam PKR yang mendapat liputan media secara besar-besaran. Gambaran PKR berada dalam nazak bilamana Zaharin MP Bayan Baru bertindak KELUAR PKR , kerana sudah hilang kepercayaan dan cayannya kepada orang lain atau elemen lain.

Percayanya tidak lagi kepada Pakatan Rakyat. iaitu kumpulan yang diwakilinya 2 tahun sebelumnya, dan menang atas tiket PKR dipilih rakyat kerana RAKYAT percayanya dan PKRnya. Maka beliau bertindak keluar gara-gara marahkan Guan Eng dan tidak percayakan Anwar lagi dakwanya.

Atas apa yang tidak percayanya itu, hanya beliaulah sahaja yang tahu dan faham. Selain ALlah, kita sebagai orang yang jauh dan luar pula darriapada PKR sekadar dapat membaut telahan sahaja, jawapan sebenar adalah pada Zaharin.

UMNO bawah Najib tersenyum gembira. Kali ini gembirannya dan bangganya entahlah samada sepenuh atau separuh penuh.

Zahrain berpatah arang Umum keluar PKR, letak semua jawatan berkuat kuasa serta-merta

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berpatah arang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengumumkan keluar dari parti itu serta meletakkan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain, yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, dia kini wakil rakyat bebas dan tidak menyokong mana-mana :parti politik.

"Tindakan keluar parti dilakukan kerana saya tidak mahu dihukum sejarah dan generasi akan datang kerana tidak berbuat apa-apa mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zahrain memberi jaminan tidak belot terhadap pengundi di Bayan Baru yang telah memilihnya.

Ditanya sama ada dia mempunyai masalah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zahrain berkata, dia masih menganggap Anwar sebagai kawan tetapi kecewa kerana kepercayaan dan keyakinan dalam memperjuangkan parti terhakis akibat keraguan terhadap matlamat dan cara perjuangan yang dibawa.

"Namun tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan, hak kemanusiaan dan keadilan semula jadi dalam usaha penyingkiran saya sebagai Pengerusi IGP adalah bukti jelas amalan politik, cauvinis, diktator dan berfikiran ala komunis," katanya.



Friday, February 12, 2010

Apa pun keputusan semua orang tahu isu Perak

PAS patut berterima kasih dengan keputusan Mahkamah atas isu Perak. Pertama inilah dalam sejarah negara di mana kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun Negara anutan dan fahaman semua. Kedua membuktikan bahawa keadilan di bawah regim negarawan UMNO adalah palsu belaka. Ketiga adalah bukti bahawa sistem kehakiman sudah boleh dijualbeli dan diniagakan. Kita redha dan berdoa percepatkan hayat UMNO.....

Pengaruh Nizar masih kuat

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mempunyai pengaruh dan menjadi pilihan rakyat meskipun Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, kepimpinan yang diterajui Mohammad Nizar masih lagi kukuh memandangkan ia adalah pilihan rakyat yang mengundi beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu.

”Dalam menghadapi suasana sebegini, Pas meminta seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan supaya bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

”Pihak kepimpinan tertinggi Pas pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya dalam satu ke- nyataan kepada :Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, peristiwa hitam itu tidak patut melemahkan semangat juang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti dalam usaha mendapatkan keadilan sebenar.

”Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh Perak dan negara dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan Pas selama ini,” katanya.

Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri :Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tuesday, February 09, 2010

Kes Mahkamah Perak

Kehadiran Najib selaku PM atau Presiden UMNO timbulkan persoalan. Petaka dan bencana negara bilamana kedaulatan Undang-Undang seperti yang tertera dilaungkan oleh kita zaman pelajar dulu kini dirobek.

Keputusan hakim yang memutuskan keputusan 5-0 adalah satu lagi petaka yang cukup mengejutkan dunia.Habislah dan rosaklah sistem perundangan dan imej sistem kehakiman negara kita. Negara kita setaraf sekarang dengan Papua New Guiena dan Maldives sahaja layaknya.

Sunday, February 07, 2010

UMNO cuba memerangkap tetapi terperangkap !

Kenapa dan mengapakah politik UMNO bergantung sangat dengan politik PAS ? Semalam semua media menfokuskan berita TGNA MB Kelantan yang dikatakan 'kendur' dan mula 'membuka pintu' bagi 'berbincang' dengan UMNO. Itu isu yang difokuskan oleh media ?

Maka bergendanglah UMNO bahawa mereka nampak menang. TGNA yang satu ketika dulu bermati-matian bangun mempertahankan pendirian PAS, hasil daripada Muktamar PAS di Perak mahukan Pakatan Rakyat diperkasan, tiba-tiba lembik dan akur dengan pendirian sebahagian ahli parti supaya 'wujudkan' unity goverment dengan UMNO.

Rupanya UMNO menyangka hujan sampai ke malam tetapi setakat pagi hari sahaja. Media rasmi PAS dan semua blog pro PAS kembali memperjelaskan bahawa 'pelawaan' Nik Aziz adalah ajakan sejak 30 tahun dahulu. Iaitu bersedia mengajak UMNO untuk bersemuka bagi berbincang soal Islam di negara ini.

Sahutan UMNO belum lagi, cuma penyetujuan media milik UMNO dan media pro UMNO yang memberi ruang kepada berita ini. Perayaan mereka atau kenduri mereka nampak tidak menjadi. Orang No 1 UMNO gagal bersuara lagi, isu ini mati. Peluang dan ruang yang dinantikan UMNO tertutup kembali.

Kelmarin adalah hari yang cukup muram bagi UMNO. Persada politik negara corakkan kembali dengan berita politik liwat yang memualkan. Inilah Malaysia tanah air ku.

Moralnya cerita adalah UMNO adalah UMNO kekal dengan perangainya.

Nik Aziz Perjelas Kenyataan Pelawa Umno Berbincang Dengan PAS

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.

"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.

"Saya memang nak berunding atau bermuzakarah lama dah, malah surat yang saya hantar (untuk tujuan itu) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)tiga bulan lepas, belum terjawab," katanya.

PAS sebelum ini pernah dilanda polemik apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan disokong beberapa pimpinan tertinggi parti itu, termasuk Timbalannya, Nasarudin Mat Isa dan Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali, menyarankan untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan di negara ini.

Tindakan pemimpin itu dikecam hebat oleh Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyarankan supaya diadakan muktamar agung khas bagi menjernihkan kemelut dalaman PAS.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada beberapa pemimpin Umno yang menyambut baik pelawaannya dan rata-rata menyifatkan sebagai perkembangan positif.BERNAMA




Wednesday, February 03, 2010

Ku Li : Rakyat Kelantan juga adakah dia salah ?

Tahap menyampah Ku Li kepada UMNO terpapar jelas. Kali ini Ku Li naik pentas sekali lagi bersama PAS. Kali ini sebagai seorang rakyat Malaysia anak kelahiran Kelantan. Selain itu, sbagai orang yang bertanggungjawab penuh mengurus Petronas dan mengembangnya dan Petronas menjadi gergasi lubuk duit kepada kerajaan. Jasa ini adalah bukanlah jasa yang kecil. bagi sesiapa yang ada dalam kerajaan rasa bangga terhadap Petronas, jayanya Petronas bilamana dipimpin oleh anak bangsa sendiri. dan kini Petronas terus berdiri gagah, penerusannya diteruskan oleh pimpinan CEO sedia ada muda-muda setia belaka dengannya.

Oleh itu, dalam politik negara juga turut berkembang pasang surut. Kesetian Ku Li bersama-sama UMNO tetap membara. Di samping beliau juga ada mempunyai cita-cita politiknya. Sehinggalah perebutannya dalam UMNO ke jawatan Presiden mempertemukan beliau dengan Dr M. Akhir perhitungan beliau kalah. UMNO disaman dan berjaya olehnya. UMNO diharamkan. Beliau kekal dalam UMNO dengan membentuk Semangat 46. Bertanding pilihanraya lawan kembali UMNO baru.

Hasil persepakatan itu beliau bersama PAS membentuk APU (angkatan Perpaduan Ummah). Gagal beliau bersama PAS. Bertindak membubar S46 masuk UMNO selepas 'dijanjikan' oleh UMNO Dr M. Akhir beliau ditipu. Kekal sampai sekarang dengan UMNO. Tetapi UMNO bebas begitu.

Justeru pada hari ini beliau bersama PAS berbaik dengan PAS Kelantan, sanggup memperjelaskan isu tuntutan royalti minyak kepada kerajaan Malaysia. Bukannya menutut bayaran drp Petronas. Ini kena dibedankan dan difahamkan. adakah itu salah ?
















SHAH ALAM – UMNO bebas mengambil apa sahaja tindakan yang mereka ingin terhadap saya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, beliau tidak gentar terhadap desakan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan mendapat royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu bukan berkaitan dengan beliau, tetapi membabitkan ketetapan undang-undang mengenai royalti minyak dan hak Kelantan dan Terengganu.

“Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata melalui Astro Awani, semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketika menjadi Pengerusi Petronas, beliau menggubal akta, merangka undang-undang dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Beliau mahu memastikan negeri-negeri yang miskin di Semenanjung mendapat faedah dari minyak yang diperoleh di luar pesisir,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, UMNO tetap akan berhadapan dengan undang-undang negara dan rakyat, walaupun parti itu mengambil tindakan tegas ke atasnya.

Katanya, tindakannya menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan, berdasarkan undang-undang.

Kontroversi royalti minyak Kelantan tercetus apabila Kerajaan :Kelantan menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Bagaimanapun, Kerajaan Pusat memutuskan memberi wang ihsan RM 20 juta.

:Selepas itu, Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa perundingan wang ihsan bagi membincangkan sebarang pandangan berhubung tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang akan disalurkan ke Kelantan kelak.

Namun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

Isu royalti minyak Kelantan menjadi semakin hangat apabila Tengku Razaleigh bercakap di hadapan 40,000 orang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan menyokong Kerajaan Kelantan dalam tuntutannya.

Tindakan Tengku Razaleigh itu membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli parti UMNO, setengahnya marah dengan tindakannya itu.

Ada yang menuduh Tengku Razaleigh mempunyai agenda politik tersendiri dengan mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin.

Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO Kelantan tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan seperti itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, hanya Majlis Tertinggi UMNO yang layak berbuat demikian.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan mulai Mac ini kepada Kelantan. Jumlah itu adalah lim a peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

Tuesday, February 02, 2010

Alahai PKR

Kebimbangan rakan-rakan berhubung soal politik pembangkang negara, antara keluhan dan rungutan serta ngomel , berbunyi uh!!! ah.!!! Alahai !!! PKR adalah antara asam garam dalam politik negara kita.

Kali ini giliran atau keluahan, luahan, omelan dan umpatan tertumpu dalam Pakatan Rakyat. Semua rakan-rakan gabungan Pakatan hadapi masalah tersendiri. Antara yang lebih parah adalah PKR kerana ada beberapa nama ADUN dan MP yang dijangkakan akan melompat dan meninggalkan PKR. Sekaligus mencemarkan imej kumpulan 'alternatif'ini sebagai pilihan kepada UMNO BN.







Monday, February 01, 2010

Imej UMNO Bentong ?

Gambar: Dacing Juara Rakyat atau kempen BN sepanjang masa ?
Gambar : Manakah Juara Rakyat dan imej 1Malaysia di Bentong
Gambar: Bangunan UMNO Bentong yang semakin 'usang'

BENTONG: Slogan Najib hanya bersifat retorik, idea itu betul-betul idea politik. Ini paparan jelas dengan gambaran Bangunan U.M.NO Bentong yang di terletak ditengah-tengah Bandar Bentong.

Slogan Najib Juara Rakyat dan 1Malaysia adalah idea jualan murah bagi mempopular dan membina imej beliau sebagai PM. UMNO Bahagian Bentong sedikit pun tidak menyambut dan mencaknanya. Malah UMNO tidak dipelikkan orang di tengah Bandar Bentong.

g.

MRSM Bentong: Kaki bukit runtuh






Gambar: Runtuhan kaki bukit berhampiran MRSM Bentong
Gambar: Keheningan Banjaran Titiwangsa pasak bumi dan tulang belakang Semenanjung


Saturday, January 30, 2010

Pakatan hilang arah tuju atau UMNO BN ?

Dengan mengambil TIGA dapatan contoh seorang penganalisa ternama Dr P Sivamurugan menyimpulkan bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang arah tuju. Analisa dan dapatan dangkal yang terlalu mudah.

Pakatan dan gabungan politik tidaklah seperti gabungan perkhawinan. Ukuran suka duka, hilang arah tuju dan sebagainya kenapa dan mengapa dihalakan ke arah Pakatan. Ini kerana Pakatan semakin dicemburui dan diperhatikan.

Bagi Dr P Sivamurugan beliau tentu buat analisa bagi menyukakan sesetengah pihak. Kerana dapatan beliau ini akan dijadikan hujahan pihak lawan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika begitulah kesimpulannya, kita juga boleh menyimpulkan dengan menyandarkan dengan beberapa senario kepada kerajaan UMNO BN yang semakin 'reput' dan menuju nazak. Persepakatan mereka longgar , sebabnya berapa ramai wakil-wakil rakyat yang menolak perlantikan sebagai menteri dan timbalan menteri.Terbaru adalah perletakan jawatan anak Ketua Menteri Sarawak Sulaiman Taib daripada kabinet Najib. Pergolakan MCA tiada kesudahan, Najib minta selesaikan, tidak juga selesai kini makan masa berbulan-bulan, MIC semakin tertekan, PPP ada dua Presiden, enjin jet hilang, kakitangan kerajaan dapat bonus RM500, gula naik 20 sen, minyak akan naik dan bermacam-macam lagi.

Malah perbalahan dalam UMNO BN semakin barah dan membarah. Hala tuju dan janji-janji kemakmuran semakin usang. Inilah tandanya UMNO BN makin mereput.

Oleh itu, eloklah dicerminkan diri dulu, jangan syok sangat dengan analisa profesor kankung yang rata-rata menjilat UMNO BN. Sokongan mereka semuanya akan membawa rebah UMNO. Bagi pimpinan UMNO mereka tidak kisah UMNO itu rebah, jangan mereka sendiri rebah sudah. Oleh itu sebelum UMNO rebah, kita perebahlah khazanah negara, duit rakyat semahu-mahu, sebelum kita jatuh dan dijatuhkan, jadi kautlah semahunya. Nafsu serakah UMNo tiada tepian...




Pakatan Pembangkang Hilang Arah Tuju - Penganalisis

indakan pemimpin dan wakil rakyat pakatan pembangkang yang bertelagah sesama sendiri sebenarnya adalah bukti mereka dalam kecelaruan dan telah hilang arah tuju untuk memimpin rakyat dan negara, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Menurut Dr P. Sivamurugan, pensyarah sains politik di Universiti Sains Malasyia, disebabkan kecelaruan yang dialami, mereka sering menggunakan dasar peribadi dalam memberi pendapat malah menyerang rakan sendiri jika tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.

Sebagai contoh, katanya wakil rakyat DAP Kedah Lee Guan Aik pernah mengisytiharkan tidak menyokong kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ekoran tidak berpuas hati dengan dasar-dasar baru kerajaan negeri itu.

Begitu juga apabila anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS, Anggota Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali dari PAS pernah bertelingkah dengan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan terkini ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim pula menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP.

"Ini jelas pemimpin dalam pakatan pembangkang mengalami kecelaruan kerana mereka tidak mempunyai satu dasar yang stabil untuk dijadikan panduan dan disebabkan itu hubungan sesama mereka adalah begitu rapuh," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Sivamurugan berkata, bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga isu dan pertelingkahan ini direka untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu besar yang membabitkan pemimpin utama mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, setiap kali menjelangnya perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah, pelbagai isu lain akan dibangkitkan oleh pemimpin pakatan pembangkang dan kemudiannya Anwar akan muncul sebagai "wira" untuk meredakan isu yang timbul.

Dua hari lepas, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang dipetik sebagai berkata Lim adalah seorang 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis'.

Beliau juga menggesa agar pakatan pembangkang menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Lim tidak mahu mengulas mengenai kritikan serius terhadap dirinya itu dan mahukan pemimpin PKR sendiri yang membuat kenyataan balas menerusi timbalannya Dr Mansor Osman yang kesal dengan kenyataan Zahrain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa pula ketika dihubungi tidak menafikan sememangnya berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang.

"Adalah satu pembohongan jika saya mengatakan tidak ada masalah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kita mesti menyelesaikannya semasa mesyuarat Majlis Pakatan dan bukannya menerusi media," kata beliau.

Katanya, adalah satu perkara biasa jika mereka mempunyai perbezaan pendapat tetapi tidak bersetuju dengan tindakan Zahrain yang membuat pendedahan terbuka menerusi media.

Bagaimanapun, tindakan berani Zahrain disokong oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan yang menurutnya sudah tentu Zahrain membuat pertimbangan yang wajar sebelum mendedahkan sikap sebenar Lim yang didakwanya menguasai kepimpinan kerajaan negeri dan mencampuri urusan semua agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan syarikat bekalan air PBA Sdn Bhd.

Katanya, Zahrain lebih mengetahui kepimpinan Lim dan membuat pendedahan demi kepentingan penduduk Pulau Pinang.

Mungkin telah tiba masanya bagi rakyat Pulau Pinang menilai apakah kesilapan yang telah mereka lakukan apabila memberi mandat kepada pakatan pembangkang untuk memerintah.-BERNAMA