Tuesday, November 04, 2008

Kod Etika Wakil Rakyat - TGNA ulas !!!

MB Kelantan alu-alukan Kod Etika wakil rakyat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

"Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. BERNAMA

Monday, November 03, 2008

Tabiat UMNO dengan apa yang dipimpin ?

Tarik tali dan main-main dengan amanah dan dengan rasa tanggungjawab serta tidak takut kepada Allah. Inilah sikap mereka terhadap amanah rakyat. Beginilah pemimpin UMNO terutama yang menerajui dan memimpin kerajaan dan negara.


Penyelewengan duit rakyat, mencuri duit rakyat dan melanggar amanah rakyat terhadap adalah perkara biasa. Perasaan takut atau bersalah tiada langsung ada dalam lubuk hati mereka. Amanah selama 50 tahun menjadi perkara sia-sia, maka kita tunggulah sahaja kemusnahan kepada negara kita ?

Eurocopter: PAC tangguh mesyuarat


Mesyuarat Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC) hari ini terpaksa ditangguhkan ke Isnin depan, selepas jawatankuasa berkenaan tidak berpuas hati apabila pegawai tertinggi Kementerian Kewangan gagal hadir tanpa alasan yang kukuh.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kementerian itu hanya menghantar seorang Setiausaha Bahagian untuk menghadiri mesyuarat hari ini yang berlangsung kurang daripada sejam.

''Isu ini adalah isu yang serius dan mempunyai profil tinggi di kalangan masyarakat maka PAC tidak berpuas hati dengan kehadiran seorang pegawai sahaja.

''PAC memerlukan sekurang-kurangnya kehadiran Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kewangan sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Azmi menambah, hari ini merupakan hari kedua PAC bermesyuarat berkaitan dengan pembelian Eurocopter.

''Sebagai custodian (penjaga) dalam urusan pembelian, kewangan dan sebagainya ia menjadi tanggungjawab KSU Kementerian Kewangan untuk tampil dalam mesyuarat hari ini.

''Sepatutnya Ketua Setiausaha berkenaan memberikan surat kepada PAC menjelaskan alasan beliau tidak dapat hadir. Bagaimanapun tidak ada notis bertulis yang diberikan dan alasan yang diberi iaitu sibuk dengan tugas-tugas lain tidak meyakinkan PAC," katanya.

Tambah Azmi, pada 3 November ini, Bahagian Teknikal Kementerian Pertahanan akan dipanggil semula kerana ada beberapa perkara yang perlu dijawab berhubung isu itu.

''Pada Isnin ini, Kementerian Pertahanan akan memberikan keterangan pada sebelah pagi sementara pada sebelah tengah hari Kementerian Kewangan pula akan memberikan penjelasan mengenai penilaian kewangan. Kita harap KSU Kementerian Kewangan akan hadir Isnin nanti.

''Buat masa ini PAC tidak akan memanggil Menteri atau Timbalan Menteri kementerian terbabit untuk memberikan keterangan kerana belum ada keperluan untuk berbuat demikian," jelasnya.

Najib Oh Najib !!!

Dasar baru adil semua kaum.... Inilah Najib Razak. Seorang pemimpin yang bergelombang dengan pelbagai rona-rona hidup tetapi dengan rakyat dia 'sentiasa' menjanjikan dengan janji-janji yang lunak sehinggakan orang semua tergoda.


Tetapi jangan lupa dengan 'kelicikan Najib' walaupun dia baik kepada rakyat selagi duduk dalam 'kapal' bernama UMNO payahlah nak menjadi. Justeru kita kena membaca jauh bacaan politik kita, kekalnya kita dnegan UMNO sebagai pemerintah senior di Malaysia semakin membobrokkan negara.




NAJIB Tun Razak bersalam dengan orang ramai yang menyambut kedatangannya pada Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008 di Kuala Lumpur, semalam. Turut mengiringi beliau, S. Samy Vellu (belakang, kanan).


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan segala dasar baru dan yang sedang dilaksanakan adalah adil dan saksama kepada semua kaum.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan terus berpegang kepada teras dasar berkenaan iaitu untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan setiap kaum yang ada di negara ini.

‘‘Apa jua nama dasar yang kita perkenalkan sama ada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Misi Nasional yang kita sedang perjuangkan pada hari ini, ia mesti merupakan dasar yang adil dan saksama kepada setiap kaum dalam negara kita.

‘‘Untuk menjadikan kita kerajaan yang berteraskan kepada kepentingan rakyat dan berdiri di atas rakyat, maka kita mesti mengenal pasti permasalahan setiap kaum dan menyelesaikannya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008 di Brickfields yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang bertemakan Perpaduan Melalui Perayaan ialah Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Menyedari setiap kaum mempunyai permasalahan tertentu yang unik, kata Najib, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khusus bagi menyelesaikan perkara itu termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Kaum India yang dipengerusikan oleh beliau.

‘‘Antara tumpuan jawatankuasa ini adalah untuk memperluaskan pegangan ekuiti kaum India dalam ekonomi, menukar secara berperingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daripada bantuan modal kepada bantuan penuh, memberi latihan kemahiran kepada belia dan memperluaskan skim mikro kredit kepada peniaga kecil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, masa depan negara akan lebih terjamin dan terbela sekiranya struktur permuafakatan antara kaum yang wujud sejak merdeka dikekalkan.

Sejak awal-awal lagi, ujarnya, kerajaan percaya bahawa permuafakatan adalah formula terbaik untuk membina negara yang mendapat sokongan utuh daripada rakyat berbilang bangsa.

‘‘Kita boleh memilih jalan lain tetapi pemimpin yang merupakan pengasas kepada negara kita telah memilih jalan untuk bekerjasama di antara kaum. Inilah ramuan dan struktur yang perlu terus dipertahankan pemimpin pewaris yang ada pada masa ini,’’ katanya.

Tambah beliau, kebudayaan yang menjadi manifestasi kepercayaan dan nilai sesuatu kaum jika dipertahankan boleh menjadi wadah dan alat untuk perpaduan yang lebih utuh.

‘‘Kita boleh melihat orang India dengan tariannya, begitu juga orang Melayu dan Cina dengan tarian masing-masing.

‘‘Jika kita dapat menekankan nilai-nilai dan kepercayaan di sebaliknya persembahan kebudayaan ini maka kita boleh mewujudkan perpaduan nasional yang lebih jitu,” ujarnya.

Terkini: Pencalonan MT

Adjust font size:
Najib presiden baru Umno, menang tanpa bertanding
Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Nov 2, 08 12:04pm

Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.

bm version umno nomination 2009 update at 10 15am on 3rd november 2008 031108Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.

Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam.

Bahagian yang mencalonkan Najib hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Puchong, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Bentong, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan, Camerons Highlands dan Silam.

10.10 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-32 dari bahagian Kota Belud, Sabah untuk jawatan timbalan presiden. Beliau memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Tiga lagi calon - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 78 pencalonan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (28) dan Datuk Shahrir Samad satu pencalonan.

7.30 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-138 untuk jawatan presiden dari bahagian Labuan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden.

Najib telah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden selepas mendapat 133 pencalonan pada jam 4.15 tadi.

Manakala Muhyiddin pula kini mendapat 78 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (79), Datuk Shafie Apdal (57), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Isa Samad (19), Datuk Jamaluddin Jarjis (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

5.40 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-137 untuk jawatan presiden dari bahagian Kapar (Selangor) yang turut mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi jawatan timbalan presiden.

Najib telah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden selepas mendapat 133 pencalonan pada jam 4.15 tadi.

Manakala Muhd Taib pula kini mendapat 28 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Isa Samad.

Ini bermakna Isa memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan naib presiden. Beliau kini memperolehi 19 pencalonan.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78), Datuk Shafie Apdal (56), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Isa Samad (19), Datuk Jamaluddin Jarjis (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

5.25 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-136 untuk jawatan presiden dari bahagian Balik Pulau (Pulau Pinang), yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden.

Najib telah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden selepas mendapat 133 pencalonan pada jam 4.15 tadi.

Manakala Muhyiddin pula kini mendapat 77 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78), Datuk Shafie Apdal (56), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

5.25 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-135 untuk jawatan presiden dari bahagian Muar, Johor, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden.

Najib telah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden, manakala Muhyiddin pula kini mendapat 76 pencalonan.

Bagaimanapun, proses pengiraan undi bagi calon jawatan naib presiden masih berjalan.

5.15 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-134 untuk jawatan presiden dari bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden.

Najib telah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden, manakala Muhyiddin pula kini mendapat 75 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (77), Datuk Shafie Apdal (55), Datuk Khaled Nordin (59) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

4.15 Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno selepas memperolehi pencalonan ke-133 bagi jawatan tersebut dari bahagian Cameron Highlands.

Sehingga ini, 134 daripada 191 bahagian telah selesai bermesyuarat, termasuk bahagian Gua Musang yang mencalonkan ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden.

Bahagian Cameron Highlands juga mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden. Beliau kini memperolehi 27 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Rais Yatim, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 108 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (76), Datuk Shafie Apdal (54), Datuk Khaled Nordin (59) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

4.10 Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-132 bagi jawatan presiden dari bahagian Bentong, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden.

Dengan itu, Najib memerlukan satu lagi pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Beliau memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Muhyiddin pula kini mendapat 74 pencalonan.

Bagi naib presiden pul, Bentong mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Rais Yatim, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 108 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (76), Datuk Shafie Apdal (54), Datuk Khaled Nordin (58) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (15), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (15), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

4.00 Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-131 bagi jawatan presiden dari bahagian Kulim-Bandar Baru (Kedah) dan Indera Mahkota (Pahang).

Dengan itu, Najib memerlukan dua lagi pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Beliau memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, Kulim-Bandar Baru mencalonkan Tan Sri Muhyiddin manakala Indera Mahkota mencalonkan Datuk Mohd Ali Rustam.

Dengan itu, Muhyiddin kini memperolehi 74 pencalonan manakala pencalonan Mohd Ali ialah 31.

Bagi naib presiden pula, Kulim-Bandar Baru mencalonkan Datuk Rais Yatim, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bahagian Indera Mahkota pula mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Jamaluddin Jarlis dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 107 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (76), Datuk Shafie Apdal (54), Datuk Khaled Nordin (58) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (14), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (14), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

3.35 pm Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-129 bagi jawatan presiden dari bahagian Tanjung Malim, Perak yang turut mencalonkan Datuk Mohd Ali Rustam sebagai timbalan presiden.

Dengan ini, Najib memerlukan empat pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding, manakala pencalonan untuk Mohd Ali kini meningkat kepada 30.

Bagi naib presiden pula, bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 105 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (75), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (58) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (13), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (13), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

3.20 pm Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-128 bagi jawatan presiden dari bahagian Sekijang, Johor, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

Dengan ini, Najib memerlukan lima pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding, manakala pencalonan untuk Muhyiddin meningkat kepada 73.

Bagi naib presiden pula, bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 104 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (74), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (58) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (13), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

2.35 pm Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-127 bagi jawatan presiden dari bahagian Pandan, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai timbalan presiden.

Dengan ini, Najib memerlukan enam pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding, manakala pencalonan untuk Muhd Taib meningkat kepada 26.

Bagi naib presiden pula, bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 103 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (73), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (57) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (13), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

2.20 pm Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi pencalonan ke-126 bagi jawatan presiden dari bahagian Segamat, Johor, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

Dengan ini, Najib memerlukan tujuh pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding, manakala pencalonan untuk Muhyiddin meningkat kepada 72.

Bagi naib presiden pula, bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Rais Yatim.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 102 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (56) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (13), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

2.10 pm Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Isa Samad memperolehi pencalonan ke-18 bagi jawatan naib presiden dari bahagian Kuala Pilah dan memerlukan dua pencalonan lagi untuk layak bertanding.

Bagi dua lagi calon naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Menteri Luar, Datuk Rais Yatim dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 101 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (55) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (12), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

1.50 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-125 untuk jawatan presiden dari bahagian Tampin, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Najib memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Manakala Muhd Taib kini memperolehi 25 pencalonan.

Bagi naib pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Jamaluddin Jarlis, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Isa Samad.

Dengan ini, Isa mendapatkan 17 pencalonan dan memerlukan tiga pencalonan lagi untuk layak bertanding naib presiden.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 100 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (55) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (11), Tan Sri Isa Samad (17), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

1.20 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-124 untuk jawatan presiden dari bahagian Kota Raja, Selangor, yang presiden yang turut mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Najib memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Manakala Muhd Taib kini memperolehi 24 pencalonan.

Bagi naib pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Jamaluddin Jarlis, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 100 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (52), Datuk Khaled Nordin (55) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (11), Tan Sri Isa Samad (16), Datuk Jamaluddin Jarjis (11), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

1.15 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-23 untuk jawatan presiden dari bahagian Puchong, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai timbalan presiden.

Najib memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Manakala Muhd Taib kini memperolehi 23 pencalonan.

Bagi naib pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 99 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (52), Datuk Khaled Nordin (55) dan Datuk Syed Hamid Albar (23).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (11), Tan Sri Isa Samad (16), Datuk Jamaluddin Jarjis (10), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

1.05 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-22 untuk jawatan presiden dari bahagian Kuala Pilah. Najib dipilih sebulat suara. Beliau memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding.

Manakala proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden sedang berlangsung.

12.45 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-21 dari bahagian Ayer Hitam, Johor yang turut mencalonkan Datuk Mohd Ali Rustam sebagai timbalan presiden.

Najib memerlukan 133 pencalonan untuk menang tanpa bertanding. Manakala Mohd Ali setakat ini memperolehi 28 pencalonan.

Bagi naib pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Isa Samad.

Dengan ini, Isa telah memperolehi 16 pencalonan dan memerlukan empat lagi pencalonan untuk layak bertanding naib presiden.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 99 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (71), Datuk Shafie Apdal (51), Datuk Khaled Nordin (54) dan Datuk Syed Hamid Albar (23).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (11), Tan Sri Isa Samad (16), Datuk Jamaluddin Jarjis (10), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

12.30 pm Datuk Seri Najib mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Teluk Kemang, Silam dan Tawau menjadi pencalonannya yang diperolehinya setakat ini mencecah 120.

Ini bermakna Najib memerlukan 13 pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding untuk jawatan presiden Umno.

Silam dan Tawau juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin untuk jawatan timbalan presiden manakala Teluk Kemang mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam.

Dengan ini, Muhyiddin kini mendapat 71 pencalonan manakala Mohd Ali mendapat 27 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Silam mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Teluk Kemang pula mencalonkan Tan Sri Isa Samad, Datuk Rais Yatim dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 98 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (71), Datuk Shafie Apdal (51), Datuk Khaled Nordin (53) dan Datuk Syed Hamid Albar (23).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (11), Tan Sri Isa Samad (15), Datuk Jamaluddin Jarjis (10), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah Sadique (1).

11.45 pagi
Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memperolehi pencalonan yang mencukupi hari ini untuk menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Sehingga ini beliau telah memperolehi 117 pencalonan dan memerlukan 14 pencalonan lagi untuk menang tanpa bertanding.

Najib memerlukan pecalonan dari sekurang-kurangnya 131 bahagian untuk diisytiharkan menang tanpa bertanding.

ari ini, sekurang-kurangnya 24 lagi bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing dan hampir kesemuanya dijangka memcalonkan Najib.

Pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat satu pencalonan setakat ini.

Beliau memerlukan kelayakan minima 59 pencalonan untuk layak mencabar Najib.

Manakala bagi timbalan presiden pula, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memerlukan 13 lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Calon timbalan presiden memerlukan kelayakan minima 39 pencalonan.

Sehingga semalam, Mohd Ali mendapat 26 pencalonan manakala seorang lagi calon Tan Sri Muhammad Mohamad Taib memerlukan 17 lagi pencalonan. Seorang lagi calon, Datuk Shahrir Samad mendapat satu pencalonan.

Sehingga semalam sebanyak 118 telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, ini bermakna tinggal lagi 73 bahagian yang akan bermesyuarat hari sehingga 9 November depan.

Antara kempen Budi bahasa ahli Parlimen dan merosot disiplin pelajar ?

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail menyentuh disiplin pelajar di Malaysia semakin merundum. Beliau bercakap semasa dalam satu majlis di Chini, Kuantan Pahang. Isu ini samada mereka baru sedar atau buat-buat sedar Wallahualam.

Kecaknaan Timbalan Menteri Pelajaran samada mahu mengambil tahu, atau tanggungjawab amatlah kita hargai. Justeru satu usaha bersepadu dengan kemelut ini wajar diberi nafas baru.

Oleh itu, rentetan dengan masalah disiplin peringkat sekolah yang menjadi gudang latihan anakanak muda , di mana disinilah (sekolah) tempat titipan termasuk budibahasa disemai dan ditanam. Justeru tapak semaian titipan budi dan bahasa sudah 'rosak' dengan serosak-rosaknya . Mana mungkin yang dah rosak mahu dipulihkan seperti meminta ahli Parlimen kita berbudi bahasa. Hanya dengan sekadar kempen amalan budi dan akal yang jauh daripada visi dan misi falsafah pendidikan negara.

Maknanya kita dapat gambarkan sendiri kegawatan. Kesedaran budi bahasa kepada retua-retua pimpinan di Parlimen berbanding dengan keluahan Timbalan Menteri Pelajaran sudah cukup memberi gambaran sebenar kepada kita tentang tenat atau terpukulnya berbudi atau berbahasa kalangan rakyat. Sementelahan Pendidikan Sivik Moral dan Kewarganegaraan baru dikembalikan dan diimbangi dengan Pendidikan Seks yang bakal diwajibkan nanti kepada semua pelajar, mana budi dan mana kempen yang mahu kita bawa...




Terkini , kerajaan

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Anggota Parlimen selalu menjadi perhatian rakyat, apa yang mereka katakan adalah menjadi tanggapan rakyat dan sudah semestinya mereka juga terikat dengan sikap berbudi bahasa.

“Mereka merupakan ahli Yang Berhormat yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat bukan hanya di kawasan masing-masing malahan juga di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat seperti penyebaran risalah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan mencampuradukkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini, menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Beliau berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyebabkan seseorang individu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik, malah menjejaskan kelancaran berkomunikasi.

“Kalau cakap Bahasa Malaysia cakaplah dengan penggunaan yang betul, kalau cakap bahasa Inggeris pun, cakaplah dengan betul,” katanya semasa merasmikan Penubuhan Majlis Alumni Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Rais berkata, kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membetulkan penyalahgunaan Bahasa Malaysia dalam penerbitan dan papan tanda tidak mendatangkan kesan yang positif.

“Masalah penggunaan bahasa adalah lantaran kelemahan dalam penegasan dan penguatkuasaannya, hingga ada pihak yang ambil kesempatan dan memperkecilkan akta Bahasa Kebangsaan,” katanya.

– Bernama


PKNS dan UMNO !!!!

Kelmarin YB Khalid Samad selaku Timb Persuruhjaya 2 Selangor semasa berucap di Ijtima PAS Kuala Krau antara lain mengulas dan memberi penjelasan sebenar tentang isu Pengurus Besar PKNS yang dibangkitkan. UMNO secara terang-terangan mendakwa menentang keras usaha kerajaan Negeri Selangor menamakan Madam Low Siew Moi selaku pemangku Pengurus Besar PKNS.

UMNO dakwa hak perjawatan itu adalah untuk bumiputera Melayu dan Islam. Bagi kita yang buta maklumat tentulah akan termakan dengan dakwaan ini. Samada berasas atau tidak atas semangat Melayu dan islam tentulah kita bersetuju dan menyokong kerana atas sifat Islam Melayu. Walaupun tidak semua Melayu Islam itu baik, telus, pandai mengurus dan pentingkan negara. Namun kita lupa yang Cina bukan islam itu jauh lebih jujur, ikhlas , tekun dan amat patriotisme kepada negara.

Dah memanglah kita sebagai orang yang bersifat jauh, tambahan buta maklumat akan termakan dengan dakwaan di atas. Tetapi kini situasi sudah berubah pembangkang sudah memiliki 5 buah negeri, jalur lebar dan internet adalah saluran pantas penyebaran maklumat. Bila rakyat faham UMNo terpukul kembali dengan 'serangan' buta tuli dan anggapan semua rakyat boleh dikencing dengan mudah, seperti isu Ku Li memakai tengkolok lambang salib pada pilihanraya ke 9 lepas. Kemenangan PRU 9 UMNO BN menang besar dan mudah waktu BA sedang diterima rakyat.

Berbalik kepada isu Pengurus Besar PKNS, YB Khalid menjelaskan duduk perkara sebenar tentang Madam Loi yang sering melaksanakan semua kerja-kerja PKNS berbanding pengurus Besarnya. Maknanya nadi utama bagi PKNS. Beliau telah dilanjutkan tempoh memangku lagi setahun atas perjawatannya yang sedia ada. Sehinggalah kekosong Pengrus Besar PKNS yang baru tiba, alasan kesinambungan tugas dan perjalanan PKNS adalah menjadi asas pertimbangan ia kekal dan dilanjutkan kontrak.






Lebih 20 mohon isi jawatan Pengurus Besar PKNS


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menerima lebih dari 20 permohonan bagi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun perbadanan itu, Low Siew Moi.

Permohonan itu dari kalangan Bumiputera profesional dan pegawai-pegawai kanan PKNS dan anak syarikatnya, kata Abdul Khalid pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya di sini.

Khalid berkata, kini tiba masanya "kita memilih orang yang terbaik bagi mengurus PKNS demi memastikan ia mampu membawa pulangan hasil terbaik kepada perbadanan dan memartabatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pembinaan dan perniagaan." Namun, beliau berkata jika 99 peratus daripada kakitangan PKNS bersungguh-sungguh mahu membangunkan kaum Bumiputera dalam perniagaan sebelum ini, kehebohan pemangkuan jawatan Pengurus Besar itu tidak akan timbul.

Pemangkuan jawatan itu oleh bukan Bumiputera mencetuskan bantahan di kalangan kakitangan PKNS sendiri yang mendakwa ia bertentangan dengan visi PKNS untuk memartabatkan masyarakat Bumiputera dalam ekonomi.

Khalid mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, sementara mendapatkan calon Bumiputera yang layak, Low yang telah berkhidmat di PKNS selama 35 tahun dipilih memangku jawatan itu untuk tempoh setahun.

Dalam pada itu, kira-kira 30 anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi aman di pintu masuk Plaza Tol Kajang di sini semalam sebagai membantah tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low sebagai Pemangku Pengurus PKNS.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, demonstrasi itu bermula kira-kira 10 pagi dan mereka bersurai kira-kira dua jam kemudian.

Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan dan menurutnya sebanyak 15 anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan tol itu bagi mengawal keadaan.

Isnin lepas, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Low, yang sepatutnya bersara tahun ini, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Berikutan keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid mendesaknya menarik balik pelantikan Low kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi Bumiputera. BERNAMA

Thursday, October 23, 2008

UMNO ditenderkan ..kata Rais

Semalam secara terbuka Datuk Seri Rais Yatim Menteri Luar dalam UMNO dan Kabinet Pak Lah dengan nada sinis menyindir dengan situasi pemilihan UMNO menjelang Disember 2008 ini. Pelan mengambil kuasa dalam UMNO bukan lagi dialih-alihkan tetapi sekarang ini wajar ditender macam ‘berebut’ dapatkan kontrak sesuatu projek kerajaan . Siapakah yang banyak wang atau harta boleh raih untung bagi dapatkan hasil daripada kekuatan ‘mengaut’ pancing perwakilan UMNO nanti sepanjang sesi kempen pencalonan ke peringkat parti itu nanti.

Saranan dan kewajaran Rais sememang wajar kerana semakin membarah politik wang dalam UMNo masa ini. Lak atau membiarkan situasi ini berlalu seolah-olah makin hancur. Justeru mana-mana pendokong dan penyokong UMNO peringkat kampung wajarlah berfikir dan nilai semula sokongan mereka terhadap UMNO.

SELAMAT BERFIKIR DAN ALIH SOKONGAN DOKONGAN ANDA KE BARISAN LAIN

Rais saran pemilihan secara 'tender'

PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.

''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.

Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.

''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil kesempatan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membahaskan pemulihan UMNO dan penerapan nilai-nilai positif yang diperlukan.

''Banyak orang apabila berdepan dengan pemimpin tinggi segan nak mengemukakan pandangan sehingga bila pulang, dia merana.

''Jadi, sekarang kita lebih suka mengemukakan pandangan secara berdepan. Jadi, kita tidak ada dituduh tikam belakang atau bercakap di belakang," katanya.

Wednesday, October 22, 2008

Ketua Hakim Baru ..reaksi pelbagai ?

Teguran Timbalan Pengerusi Gerakan Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak agar dapat membezakan mana program kerajaan dan parti kini ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Terbaru kerabat utama BN iaitu UMNO khasnya Pak Lah memejam mata dan buat-buat tidak tahu seperti lembu kenyang , bila dengan tiada sedikit rasa bersalah melantik Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan ketua Hakim sekarang yang akan bersara wajib.

Ramai menegur bukan kerana dengki dengan Tan Sri Zaki dari aspek kelayakan dan lain-lain tiada masalah. Yang kini menjadi masalah bilamana Tan Sri Zaki Tun Azmi adalah Pengerusi lembaga disiplin UMNO, sekaligus mengundang pelabagai persepsi terhadap integriti institusi kehakiman berkenaan.

Zaki Ketua Hakim

PUTRAJAYA 21 Okt. – Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, 62, menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria, 58, sebagai Hakim Besar Malaya.

Beliau berkata, kesemua pelantikan yang berkuat kuasa 18 Oktober lalu itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2008,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia untuk hakim-hakim tersebut.

Zaki, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2007 iaitu dua bulan selepas menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Umur bersara Ketua Hakim Negara ialah 66 tahun.

Beliau yang merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, memperoleh ijazah undang-undang dari Lincoln‘s Inn, London pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen, Ipoh.

Dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar; Anderson School, Ipoh; dan English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

Setelah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1984 dengan jawatan terakhir sebagai Peguam Kanan Persekutuan, beliau menyertai Tetuan Shahrizat Rashid & Lee sebagai peguam bela.

Zaki dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 4 Februari 2004 serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada 1995.

Pada 7 Februari 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu, Alauddin pula mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple London pada 1970 dan pernah menjadi peguam di United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai Majistret di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 1 Februari 1971.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Presiden Mahkamah Sesyen Seremban, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Ogos 1992.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 April 2001 diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai 2004.

Alauddin diumumkan sebagai Hakim Besar Malaya pada 29 Ogos 2007.

Sementara itu, Arifin yang berasal dari Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan mula berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang pada 1974 setelah menamatkan pengajian di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002.

Arifin menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan mulai 17 Jun 2005.

Ketua Hakim Baru ..reaksi pelbagai ?

Teguran Timbalan Pengerusi Gerakan Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak agar dapat membezakan mana program kerajaan dan parti kini ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Terbaru kerabat utama BN iaitu UMNO khasnya Pak Lah memejam mata dan buat-buat tidak tahu seperti lembu kenyang , bila dengan tiada sedikit rasa bersalah melantik Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan ketua Hakim sekarang yang akan bersara wajib.

Ramai menegur bukan kerana dengki dengan Tan Sri Zaki dari aspek kelayakan dan lain-lain tiada masalah. Yang kini menjadi masalah bilamana Tan Sri Zaki Tun Azmi adalah Pengerusi lembaga disiplin UMNO, sekaligus mengundang pelabagai persepsi terhadap integriti institusi kehakiman berkenaan.

Zaki Ketua Hakim

PUTRAJAYA 21 Okt. – Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, 62, menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria, 58, sebagai Hakim Besar Malaya.

Beliau berkata, kesemua pelantikan yang berkuat kuasa 18 Oktober lalu itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2008,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia untuk hakim-hakim tersebut.

Zaki, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2007 iaitu dua bulan selepas menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Umur bersara Ketua Hakim Negara ialah 66 tahun.

Beliau yang merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, memperoleh ijazah undang-undang dari Lincoln‘s Inn, London pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen, Ipoh.

Dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar; Anderson School, Ipoh; dan English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

Setelah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1984 dengan jawatan terakhir sebagai Peguam Kanan Persekutuan, beliau menyertai Tetuan Shahrizat Rashid & Lee sebagai peguam bela.

Zaki dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 4 Februari 2004 serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada 1995.

Pada 7 Februari 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu, Alauddin pula mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple London pada 1970 dan pernah menjadi peguam di United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai Majistret di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 1 Februari 1971.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Presiden Mahkamah Sesyen Seremban, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Ogos 1992.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 April 2001 diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai 2004.

Alauddin diumumkan sebagai Hakim Besar Malaya pada 29 Ogos 2007.

Sementara itu, Arifin yang berasal dari Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan mula berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang pada 1974 setelah menamatkan pengajian di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002.

Arifin menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan mulai 17 Jun 2005.

Monday, October 20, 2008

Pak Lah : Dr M berlagak ?

Marah Pak Lah… mula disiarkan dalam Buliten 1.30 TV3 pada hari semalam, atas sikap Tun Dr Mahathir. Isunya tulisan dalam blognya mencadangkan itu ini, pemimpin itu dan ini yang patut atau tidak patut berada dalam kabinet Najib selepas Mac 2009.

Kita sebagai rakyat terbanyak ada juga setuju dengan Pak Lah dan ada juga tidak setuju dengan Dr M. Ini bukanlah bermakna semua orang salah kita sahaja yang betulnya. Melihat gelagat Dr M dan membaca strategik Pak Lah.

Walaupun pada dasarnya pak Lah berundur Mac 2009. Beliau masih mempunyai masa bagi ’mengajar’ Najib atau mana-mana pemimpin UMNO terhadap desakan minta beliau undur.

Hujah hati kita strategi Pak Lah dalam hati rakyat mahu ingat dan berkata-kata walaupun pak Lah berundur UMNO masih juga ’beramuk’ dan terus kemacuk. Maknanya samalah ada pak Lah ke.. tak dak Pak Lah, UMNO tetap berkemacuk.

Kemarahan Pak Lah, pertama kepada Dr M yang gatal capurtangan tulis minta masuk orang itu, keluar orang ini dalam kerajaan atau MT UMNO. Apa kah dia.. tempelek Pak Lah. Kita sokong Pak Lah dalam hal ini, tetapi tentulah Dr M jawab hak dia adalah bercakap dan beri pandangan, nak ikut atau tak ikut itu soal dialah yang menerima pandangan. Tak kan nak bagi pandangan sebagai mantan PM, wira jagat dunia ke 3 pun tidak boleh, dia bukan calang-calang orang dia adalah wira negara yang jasanya banyak kepada negara.

Kemarahan Pak Lah kedua pada Muhyiddin , katanya Muhyiddin ni tak ingat....jenis orang pelupalah, kot...kedua kepada Muhayiddin (dia panggil nama sahaja) yang cetuskan peralihan kuasa, Pak Lah kata dulu dah setuju minta dan semua ahli MT setuju pelan peralihan Pak Lah Najib 2010, sebab kata Pak Lah saya ada kerja ’reform’ yang saya nak buat.. dia takut ka...atau dia tau mau reform ka.. tambah Pak Lah sabar-sabarlah nak jadi Timbalan Presiden UMNO ( sindir Pak Lah itu pun bergantung kalau ada orang undi dia)

Kemarahan Pak Lah ketiga, kepada suara-suara yang menghalang Ali Rustam tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden, apa salah Ali kata Pak Lah, kita demokrasi bagilah dia bertanding.

Bahasa kita tidak miskin..kata Dr Teo UKM ?

jBahasa kita tidak miskin… kata Dr Teo Kok Seong (seorang ilmuan Cina seratus peratus) Professor Sosiolingustik UKM. Mana-mana bahasa pun Tuhan bagi cukup untuk mengungkapkan ilmu. Malah bahasa orang asli pun cukup. Tambah beliau lagi.

Banyak lagi hujah-hujah beliau yang menarik boleh pembaca dapat soroti dengan membaca wawancara beliau bersama Siasah keluaran bil 0119 bertarikh 19-25 Oktober 2008. Sepatutnya hujah-hujah beliau ini disebarluaskan ataupun jemput beliau berbincang serta bahaskan isu bahasa Melayu tidak miskin dalam Astro Awani, ruang dan penjelasan beliau wajar ditekuni oleh bukan sahaja cendikawan pro atau kontra kerajaan dapat tetapi rakyat teramai dapat fikirkan. Rakyat berhak diberitahu sepanjang pemakaian bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik ramai yang sekadar merungu tidak berpuashati. Rakyat juga harus diberitahu kerana merekalah yang memilih dan mengirim wakil-wakil mereka pemimpin mereka yang membentuk dasar itu dan ini. Inilah kesedaran dan tanggunggan mereka yang wajar disedarkan.

Bahasa Melayu tidak miskin kosa katanya. Jika Hindraff boleh bangun menuntut secara berani dan tegas tentang kemelut dan ketinggalan jauhnya bangsa mereka kepada kerajaan, maka apa salah pejuang-pejuang bahasa yang bahasa Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara sebagai bahasa rasmi wajar digunapakai dalam semua displin ilmu dan kehidupan ilmu manusia di Malaysia.

Bahasa Melayu miskin disisi pimpinan bangsa Melayu. Ini kerana masing-masing takut untuk bersuara, takut tidak diberi peluang, kerana perjuangan mereka tidak berkiblatkan perjuangan suci dan keramat. Macamlah gimik Shahidan kassim yang mahu bertanding pemilihan UMNo 2008 ini sedikit masa dulu, meletakkan demi menegakkan agama maka beliau snaggup bertanding ke jawatan tertinggi dalam UMNO. Ini adalah retorik, alasan tahi kucing dan alasan main-main, yang rakyat tidak juga sedar-sedar dan mahu sedar. Secara umumnya kesimpulannya ’pemimpin umno ala Shahidan’ ini memangnya banyak dalam UMNO, jeusteru itu perjuangan mereka adalah sekadar untuk perut dan bawah perutnya sahaja. (pinjam kata Anwar Ibrahim)

Bahasa Melayu miskin disisi UMNO. Maka rakyat jangan minta UMNO kembalikan bahasa Melayu untuk diajar dalam M3 dan Sains. Minta dan meminta-minta kepada UMNo adalah buang masa dan jadi sia-sia. Justeru kepada siapakah yang mahu diminta. Maka lebih eloklah mereka (rakyat) mengajar UMNO tentang kedegilan-kedegilan mereka dengan menarik semula kuasa yang rakyat berikan kepada mereka (UMNO).

Bahasa Melayu miskin di sisi menteri pelajaran UMNO. Walaupun yang minta itulah ibubapa Melayu, guru-guru Melayu, Persatuan-persatuan Melayu kepada menteri pelajaran Melayu. Ini adalah sia-sia kerana menteri Melayu hanya bertegas dan segaja tunjuk keras dengan orang Melayu sahaja. Walaupun UMNO Johor yang Melayu itu sudah membuat usul kepada Menteri Pelajaran supaya ditarik balik pengajaran M3 dan Sains dalam BI.

Baguslah kalu BN mula sedar dan dapat beza program parti vs kerajaan?

Sejak bila pula Kerajaan BN mahu bezakan program parti dengan program kerajaan. Saranan ini dicetuskan oleh parti Gerakan melalui Timbalan Presidennya dato Chan Ko Yuan yang kesal kerajaan Perak meletakkan pada kain rentang logo parti PAS PKR dan DAP bagi sambutan Festa Deepavali Untuk Rakyat. Dakwa beliau jemputan tersebut sepatut kepada semua orang tanpa kira parti atau fahaman politik, tetapi bila dicetakkan tiga logoi parti gabungan PR maka ia jadi perayaan tersebut terhad kepada kumpulan berkenaan sahaja.

Teguran ini adalah benar dan tidak salah. Jika salah kerajaan Pakatan Rakyat kenalah memperbetulkannya. Amalan mencampurakan kerja-kerja parti patut Gerakan sendiri sedar.

Baru-baru ini secara terang-terangnya parti berkenaan menggunakan premis sekolah-sekolah tertentu dalam proses pemilihan di negeri-negeri tertentu yang dipaparkan oleh media masa eletronik yang boleh ditontoni oleh rakyat terbanyak secara tidak langsung.

Ironisnya, sifat manusia bila tiada kuasa atau sakit tentulah ia akan ingat asal usulnya atau ingatkan Tuhan. Tetapi apabila sihat atau masih berkuasa semua halal dan semua boleh belaka. Inilah resam manusia.

Gerakan sepatutnya mencermin diri dulu, tetapi apapun kita berterima kasih kerana mereka sedar. Jika begitu gesaan dan teguran ini bolehlah kita alihkan sama kepada mana-mana parti terutama kini parti UMNO yang sedang rancak mengadakan pemilihan bahagain masing-masing.

Justeru, kita minta parti Gerakan menulis surat dan sedarkan UMNo supaya jangan memperggunakan premis-premis sekolah, kemudahan-kemudahan jabatan penerangan sebab itu adalah hak kerajaan. Salahguna kerajaan UMNO BN ini adalah sudah lama dah selepas Tuanku Abdul Rahman melepaskan jawatan PM Malaysia lagi.


Oleh itu, minta Gerakan tegur kerajaan perbetul dulu yang terkini minta bedakan berita parti dan program khususnya pemilihan parti-parti komponen yang dapat sorotan istimewa RTM. Saluran swasta lain biasalah ..namun mereka juga harus bersikap adil dan tidak berat sebelah. Jika dibandingkan kerja-kerja BN UMNO yang puluhan tahun tidak dapat membedakan antara program parti dan kerajaan mesti disedarkan.


Friday, October 17, 2008

Wahai BPR jadi jadilah ....?

BPR kata Tiada rasuah dalam Piala Monsun.... Tapi semua orang tengok macam ada rasuah. Jika tidak masakan KYDMM Tuanku Mizan menolak Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.




Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

monsoon cup terengganuPemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

Sementara itu, Ahmad Said juga ditanya sama ada beliau telah menerima salinan surat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim berhubung kontroversi pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan pesawat pengganti helikopter Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter
Mengikut surat Zahar, beliau turut menghantar salinannya kepada perdana menteri, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketua pengarah BPR, dan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam.


Ahmad Said berkata, beliau belum lagi menerima surat tersebut serta tiada laporan dibuat mengenai kontroversi tersebut setakat ini.

"Saya belum tengok lagi (surat mengenai) perkara tersebut...

"Biarlah PAC menjalankan siasatan terlebih dahulu...," katanya