Sunday, May 11, 2008
Baguih la tu dah sedar Pak Lah
Menyedari perkara itu dan untuk menggelakkan rakyat daripada dilanda kesusahan, Perdana Menteri berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan segera bernilai berbilion Ringgit untuk memastikan krisis berkenaan tidak menjejaskan rakyat Malaysia.
"Kita perlu ambil tindakan cepat untuk memberi kesan postif kepada rakyat. Mungkin tuantuan tak nak dengar tetapi saya terpaksa cerita juga," katanya semasa menyampaikan amanat Presiden Umno semasa sambutan ulang tahun ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan besar itu sebenarnya tiada dalam perancangan awal kerajaan menyebabkan beliau terpaksa mencari dan mengambil peruntukan daripada sektor lain untuk menjamin kebajikan rakyat negara ini dan sekaligus membendung sebarang keadaan krisis makanan dan inflasi yang mungkin berlaku.
Beliau berkata sekiranya krisis itu tidak ditangani dengan bijak, ia akan turut memberi kesan kepada usaha Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mendapat sokongan padu rakyat.
"Mahu tak mahu kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa inflasi supaya (negara) tak tersungkur kerana sekarang berlaku krisis barangan makanan berikutan faktor cuaca," katanya.
Perdana Menteri berkata pada waktu sama kerajaan juga menanggung peningkatan jumlah subsidi minyak dan gas daripada RM35 bilion kepada RM45 bilion setahun.
"Ini satu kenyataan bukan satu alasan. Kita ambil tanggungjawab menghadapinya (semata-mata) semuanya untuk rakyat," katanya. BERNAMA
Pilihan Perubahan Yang Bijak !!!
Selangor akan dijadikan 'Hab lmuan'
KLANG, 12 Mei (Hrkh) - Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali sedang merancang projek 'Jejak Ilmuan Selangor' yang akan dilaksanakan dalam bulan Jun nanti. Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menjadi Selangor sebagai 'Hab Ilmuan' iaitu pusat tokoh-tokoh ilmuan.
"Kita tahu institut pengajian tinggi (IPT) terbaik, terbanyak, terkini ada di Selangor tetapi ia masih tidak diperkasakan," katanya ketika ditemui di Pejabat Adun, Selat Kelang, baru-baru ini.
Beliau kesal kerana tokoh keilmuan yang boleh dijadikan role model tidak diiktiraf oleh masyarakat Selangor sebaliknya mereka lebih mengkagumi artis dan pengiat seni.
Katanya, dalam bulan Jun nanti kerajaan akan mengumpulkan semua tokoh ilmu bagi mengiktiraf nilai sumbangan mereka dan memperkasakan mereka.
Tambah Dr Halimah, untuk jangka masa panjang kerajaan Selangor berhasrat melahirkan ilmuan baru dengan memperkenalkan bakal-bakal ilmuan di kalangan para pelajar terpilih.
"Sekarang kita hendak jadikan Selangor seumpama 'magnet' supaya tokoh-tokoh keilmuan ini kembali semula ke Selangor," katanya.
Dalam pada itu beliau berbangga dengan pencapaian Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru-baru ini telah mendapat 'international award' dalam pertandingan satelit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Katanya, mereka mampu mencipta perahu daripada simen yang terapung dan ia boleh digunakan untuk membina rumah pasang siap. Kosnya pula lebih murah dan ia turut boleh dikomersialkan.
Ikuti temuramah lanjut dengan Dr Halimah dalam keluaran Harakah akan datang.
Tuesday, May 06, 2008
Masa Untok Mengotakan Kata !!
Antara bahasa rayuan perayu undi para petugas PAS yang sering kali digunapakai bilamana merayu undi samada situasinya semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Bila bertemu pengundi samada lelaki atau wanita muda tua tua ayat inilah yang dilontarkan. Iaitu ‘Tolong beri kami peluang sekali ini, tengok dulu jika gagal tukar semula dengan kerajaan ada’.
Kebiasaan pengundi melayu akan menjawab insyallah. Maknanya doa kita selama hari ini dengan 7 atau 8 kali pilihanraya selama lebih 30 tahun termakbul .
Nah kali ini rakyat memberi kepada pakatan 5 buah negeri untuk mereka urus tadbirkan. Dan teringat penulis lagi , antara hujahan bilaman pengundi mengaju dengan pelbagai persoalan memintakan kepastian itu dan ini. Petugas atau perayu undi kita akan menjawab bahwa jika berlaku apa-apa yang tidak memuaskan hati pengundi, maka boleh alih semula sokongan atau undi kembali kepada kerajaan asal iaitu BN.
Justeru gurauan ’nakal’ dan ’kasar’ Mohammad Sabu semasa dipentas ceramah yang menuntut rakyat khasnya orang-orang Melayu amnya sudah mereka tunaikan walaupun tunaian itu tidaklah secara total.
Kini, rakyat sedang memerhatikan kita, wakli rakyat kita, pimpinan kita. Sejauhamanakah kata-kata kita mahu dikotakan. Adakah kita ini telus dan dapat berlaku adil. Namun kita tidak ketahuan lagi kerana kerajaan kita masih terlalu awal dan ’mentah’ lagi.
Hasrat Sdr Mohammad Sabu yang ingin dan mahukan Dewan pemuda sebagai ’penegur’ yang berkesan juga adalah wajar, tetapi jangan sampai keterlaluan dan merebahkan ’sahabat’ yang ditegur. Niat dan mahu letakkan peranan DPPP sebagai penegur dalaman parti itu adalah baik sekali.
Kemudian teringat janji-janji Mohd Yusuf Hussin , Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah yang mengingatkan dirinya dan orang lain agar tidak meninggalkan Bukit Uhud , adalah satu signal yang cukup bermakna.
Dan MP daripada Jerai Kedah sudah memberi ingatan juga agar pemimpin 5 buah negeri pakatan rakyat (PR) ini perlu hindarkan diri dari kegiatan ’gila kuasa’.
Ingatan-ingatan ini cukup baik, justeru kata Tn Guru Menteri Besar .apakah benda yang boleh mengawal perasaan nak..nak ini yang mari daripada dalam diri manusia. Satu-satu benda yang boleh kawal adalah agama. Umpama kata beliau nak makan.. bila kita berpuasa, bolehlah...makan tetapi kita ingat manusia tidak nampak tetapi Allah nampak. Samalah juga bila kita terkentut batal air sembahyang, kalu kita nak sembahnyang boleh..manusia lain mana tahu tetapi agama kta batal dan Allah nampak.
Justeru dalam hal ini, minta pimpinan kita dilindungi Allah dan kita berjaya hendaknya. Macamlah sahabat kita di Turki, insayallah.
Monday, May 05, 2008
Iktibar Hari Pekerja 1 Mei
Dasar Buka Pintu Malaysia mengundang padah, bermula dengan membawa masuk buruh asing sebagai pekerja ke negara kita bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara khusus dalam sector pembinaan, perladangan dan surirumah, Ini adalah dalam aspek usaha gunatenaga penuh negara.
Kemudian melalui bidang pendidikan pula
Kesan terkini kita ‘dihurungi’ PATI seramai 2 juta orang yang berdaftar, masalahnya muncul industri hiliran yang timbul kesan kemasukan PATI seumapam contoh disebut satu dua perkara seperti gejala social, kadar jenayah semakin meningkat, tahap penggangguran warga tempatan cukup mengerunkan, terbaru sindikit memerangkap wanita dan gadis-gadis Malaysia menguasai pengedaran dadah antarabangsa cukup mengerunkan serta memalukan negara.
Hakikat ini tidak boleh kita nafikan, berapa ramai gadis Melayu terperangkap dan diperangkap dalam hal ini berjaya ditewas dengan ‘tawaran lumayan’ sambil ‘melancong’ kita yang dilaporkan begitu juga dengan gadis-adis Malaysia lain yang tidak dilaporkan.
Gejala kemaksiatan cukup menjijikkan lihat dan buka Youtube tentu mengejutkan serta mengecewakan kita. Kini kita terlalu berharap dan mengharap serta terus berharap agar ’keadaan’ kembali berubah dengan sendiri, maka tinggalah harapan dan kemusnahan lah yang bakal terjelma.
Penulis teringat satu perkara dulu dalam kes penagihan dadah, kita cukup gerun bila negara kita mencatatkan 1 pengidap HIV akibat dadah.Maka smeua pihak hanya menunggu dan melihat , nah kini lihatlah setiap buah negeri di Malaysia sudah ada 2 atau lebih pusat serenti yang mana penuh padat dengan penghuni, banyak mana wang rakyat dibelanjakan. Kini dadah dan penagihan dadah sudah jadi biasa, sehingga kes ini menular ke sekolah-sekolah melibatkan remaja awal negara kita terdedah dan terjerumus ke lembah kehinaaan ini. Ini semua sudah tidakmengejutkan lagi.
Kini lumrah guru-guru gagal menangi disiplin pelajar sekolah, sebalik terpaksa meminta bantuan polis dalam membantu mereka menyelesaikan tugas harian di sekolah. Jika tahun 60an dan 70an memanggil polis ke sekolah sebagai sesuatu yang mengemparkan serta mengaibkan sekolah , kini polis ke sekolah sudah jadi kebiasaan dan kelaziman. Inilah nilai sezaman yang perlu kita bayar selepas 50 tahun merdeka.
Isu-isu lain melalaikan dengan kes penculikan anak-anak kita cukup menakutkan. Kes Nurin Jazlin yang menyayat hati, kes-kes perogolan anak remaja, dan pelbagai kes yang menyesakkan nafas kita.Kes Pencabulan bekas Menteri Kanan Kerajaan BN nampak nak dibuang kes,
Ke manakah hala tuju kita, negara kita, sampai bilakah kes-kes seumpama ini akan berakhir. Adakah kita dilahirkan sebagai penyaksi dan penunggu ia akan selesai dengan sendiri, macamlah hukum tuhan akan terlaksana sendiri bila rakyat faham dan sedar ...
Kini dasar buka pintu pula melalui Wilayah Pembangunan iskandar (WPI) , dasar ini tetap diteruskan. Dasar-dasar sedia ada tidak diusahakan dimantapkan.Sepatutnya dasar ini lah yang dibangun tentang dan dibahaskan untuk pendengaran awam sebelum dilaksanakan bukannya Projek Mega Penternakan Babi Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Maka sampai bilakah ia akan berakhir... sampai bila mahu tunggu ...
Sunday, May 04, 2008
Biarlah Teguran Membina Utk MB Perak
Kritikan Terhadap Komen Reformis Muda Terhadap MB Perak
Jangan disamakan negeri ini dengan Selangor, Kedah dan sebagainya kerana kekangan yang datang adalah di peringkat tertinggi. Ini merangkumi pihak istana, Mufti dan SUK sendiri. Bukan sedikit sabotaj yang dilakukan namun kebijaksanaan beliau menangani suasana amat menakjubkan walaupun ramai yang tidak mendapat maklumat sewajarnya.Berhubunglah dengan mereka yang terlibat dengan Kerajaan Negeri dan jangan hanya menembak secara rambang.
Friday, May 02, 2008
MP kita wajar masuk kelas adab dan akhlak juga ?
Nik Aziz: Sikap segelintir anggota Parlimen memalukan01-05-2008 06:51:06 PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sikap yang ditunjukkan segelintir anggota Parlimen pada sidang Parlimen semalam adalah sesuatu yang memalukan. Nik Aziz berkata tugas utama anggota parlimen ialah menyelesaikan masalah rakyat namun amat malang sekali apabila ada anggota Parlimen yang mempamerkan gelagat biadap dan tidak profesional yang sama sekali tidak bertepatan dengan kedudukan mereka. "Saya malu dengan apa yang berlaku, ada juga ahli Parlimen yang tidak mengemukakan soalan. Tugas mereka bawa masalah rakyat, kalau mereka tak buat itu, apa guna mereka pergi ke situ (Parlimen). Tahu cakap kosong saja," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Ekspedisi 38 kereta Proton Perdana ke Melaka di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini, hari ini. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata siaran langsung sidang Parlimen juga perlu diteruskan bagi membolehkan rakyat melihat sendiri gelagat wakil yang mereka pilih."Tak ada sebab nak tutup apa yang dibincangkan ahli Parlimen dalam dewan. Mereka ini berbincang masalah rakyat, jadi rakyat perlu tahu. Biar wakil-wakil rakyat ini juga tahu ada kamera tertutup yang memerhati. "Sikap dia dalam parlimen, itu dia punya pasal, biar rakyat tengok, ini orang yang mereka pilih. Kalau rakyat tak berkenan, pilihan raya nanti tak payah undi dia lagi," katanya. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang diminta mengulas beberapa isu pekerja sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, berkata golongan pekerja di negara ini perlu diberi layanan setimpal dan berpatutan. "Kita berpendapat selagi ada tuntutan daripada Kongres Pekerjapekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), maknanya masih ada kekurangan dalam hal yang melibatkan golongan pekerja ini, jadi kerajaan kenalah tangani sebaik-baiknya," katanya. Katanya beliau tidak melihat kepada perlunya gaji minimum ditetapkan namun majikan perlu bersikap adil terhadap semua pekerja. "Pekerja ini kita kena layan seadil-adilnya, dalam Islam kita diminta bayar upah kepada buruh sebelum peluh mereka kering, sampai begitu sekali Islam jaga golongan ini," katanya. BERNAMA
Thursday, May 01, 2008
I Mei Hari Pekerja 2008
Hargailah kemakmuran, keharmonian dan kestabilan negara dengan sewajarnya.
I Mei Hari Pekerja 2008
Hargailah kemakmuran, keharmonian dan kestabilan negara dengan sewajarnya.
Wednesday, April 30, 2008
Jangan campuri urusan Umno, kata Md Alwi
Maka berbalik soal di atas, sejak bila pula 'larangan' UMNO tidak boleh ditegur dikuatkuasakan ? Bincang UMNO, PAS atau mana-mana parti tiada larangan. Hatta dalam Al Quran sendiri Allah sendiri suruh kita bincang Firaun yang jahat dengan Nabi atau Rasul yang baik, agar manusia dapat ambil pengajaran dan pengiktibaran.
KOTA BAHARU: Ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengingatkan pemimpin PAS agar tidak mencampuri urusan dalaman Umno terutama dalam soal pemilihan.Md Alwi (BNKok Lanas) berkata seperti mana PAS, Umno sendiri tidak pernah mencampuri urusan parti tersebut kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan parti.
"Saya rasa Yang Berhormat (Datuk Takiyuddin Hassan) tidak mempunyai jiwa Umno dan sebab itu tidak tahu membezakan peranan saya sebagai Ketua Penerangan Umno Kelantan dan Ketua Pembangkang yang tidak ada kena mengenai dengan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan," katanya ketika membahaskan tambahan bajet 2008 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Sebelum itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bangun mencelah ketika Md Alwi berbahas dengan bertanyakan sama ada ketua pembangkang itu mempunyai keinginan untuk menggantikan tempat Datuk Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Md Alwi secara sinis berkata seperti mana jawatan exco yang dipegang Takiyuddin sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri pula urusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apatah lagi dalam soal menentukan jawatan.
Beliau berkata tugasnya sebagai ketua pembangkang di dewan itu adalah berbeza dengan jawatan dalam parti iaitu untuk menegur segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri dan juga merapatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
"Saya sebagai ketua pembangkang tidak berhasrat untuk menentang segala kebaikan yang telah dilakukan kerajaan negeri dan kehadiran enam wakil pembangkang di dewan ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak.
"Kami tidak akan membantah secara membuta tuli dan setiap perkara baik kami akan sokong," katanya.
Md Alwi meminta kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan yang tidak membenarkan status kawasan pertanian diubah untuk dijadikan projek pembangunan yang lain. Katanya tanah pertanian itu seperti sawah padi terbiar tidak patut dijadikan kawasan perumahan kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan industri pertanian.
Ketika di luar dewan Ad Alwi kesal kerana wakil rakyat PAS sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat dalam setiap hal.
"Mereka sudah tidak boleh menilai segala kebaikan kerajaan Pusat," katanya.Beliau berkata Nik Aziz tidak mempunyai asas untuk meminta kerajaan Pusat memohon maaf dan membayar pampasan yang didakwa sebagai ketidakadilan terhadap Kelantan selama ini."Nak bayar pampasan apa, Kelantan bukan ada royalti minyak seperti yang dituntut Terengganu dan nak minta maaf apa lagi sedangkan kerajaan Pusat berhabisan membantu membangunkan Kelantan selama ini,' katanya.
Semalam Nik Aziz berkata, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT). BERNAMA
Titah YDPA Pembukaan Dewan Rakyat ?
Kerajaan akan terus bagi subsidi, titah Agong
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan akan berusaha meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain demi kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi kesan langsung kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.Seri Paduka Baginda bertitah lebih RM36 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu dan sehingga ini pelbagai subsidi dan bantuan disediakan bagi membendung kenaikan harga barang dan meringankan beban perbelanjaan rakyat.
Mengapakan kita sibuk bermaufakat untuk bincang soal Melayu sahaja ?
Himpunan muafakat Melayu, 200 NGO akan berhimpun di Johor
Ketua Satu Gapena, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ismail Hussein ketika ditemui selepas berucap pergulungan Pro Kongres Permaufakatan Melayu Zon Utara di Hotel Summit, Bukit Mertajam semalam menyifatkan, program berkenaan membolehkan semua pihak bercakap menyampaikan buah fikiran atau mengkritik untuk kepentingan Melayu yang jauh terasing berbanding kaum lain di negara ini.
Baginya, peristiwa pada 8 Mac lalu telah mengubah senario politik terutamanya orang Melayu serta kebinggungan terutamanya golongan muda terhadap tsunami politik diluar jangkaan.
"Perhimpunan NGO di Johor nanti bukan dipengaruhi mana-mana politik sebaliknya bermatlamat mulia untuk memartabatkan bangsa Melayu semula. Dari situ, kita sebagai orang melayu dapat menilai di manakah kedudukan kita sendiri sebagai orang yang ada keistimewaan di Malaysia, " ujarnya.
Gapena berpendapat negara ini tidak mungkin gagah tanpa unsur melayu di mana telah terbukti sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Tidak dinafikan nanti pasti timbul berbagai luahan atau kritikan hangat daripada wakil persatuan, NGO atau individu ekoran kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Kami Gapena sanggup mendengar apa pun isi hati perwakilan dari NGO nanti kerana pentas ini terbuka. Kita tahu ianya ada yang pedas untuk ditelan, " tambahnya.
Kepimpinan politik tanpa mengira mana-mana latar belakang wajar memberi perhatian terhadap program ini kerana ia dapat membantu mengatasi atau tidak lagi mengulangi masalah yang telah berlaku.
Menyentuh mengenai ucapan kritikan novelis terkenal tanahair, Azizi Haji Abdullah semalam agar Gapena jangan jadi kuda tunggangan Umno beliau berkata, sebenarnya tuduhan sebegitu berbentuk emosi dan tidak pernah wujud agenda pada program dua hari itu nanti.
Sebaliknya kata beliau, ia tiada kaitan dengan kehendak Umno tetapi dilaksanakan atas rasa tanggungjawab bagi mengembalikan perpaduan melayu di semua peringkat tanpa kira apa juga fahaman politik.
"Kebanyakan situasi sekarang perpaduan melayu longgar dan setengahnya menanti belah. Apa salahnya Gapena sebagai penyelamat situasi tersebut. Melayu sekarang bercakaran semasa sendiri, menuduh orang itu orang ini bersalah tetapi pokok pangkalnya tidak dikaji untuk mengetahui punca sebenar, " terangnya di hadapan lima puluh orang wakil NGO dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Umno sendiri selama ini ujar Dr Ismail, memandang sinis golongan budayawan dan karyawan kerana bagi mereka golongan terbabit tidak menguntungkan parti atau poket sendiri.
"Sedih sunggup bila melihat kepimpinan negara senyum sinis bila bercakap dengan budayawan atau karyawan seolah kami tiada dihargai. Maklumlah mereka bergandingan golongan koporat, teknokrat atau bissnesman, " jelasnya kesal.
Turut serta membentangkan kertas kerja dalam program setengah hari semalam ialah wakil Barisan Badan Perpaduan Melayu, Ustaz Osman Bakar; Presiden Teras, Azmi Hamid dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Dato' Seri Haji Yusoff Latiff. - mks.
Henti bertelagah.. kata Pak Lah
Pengerusi Barisan Nasional itu mengingatkan, mana-mana pemimpin yang gagal mematuhi arahan terbaru itu akan dihadapkan ke muka jawatankuasa disiplin BN.
Arahan ini, tegas Abdullah, bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara bagi pemimpin-pemimpin terlibat, tetapi bagi memastikan kekukuhan dan perpaduan BN tidak tergugat.
Katanya surat pekeliling mengenai perkara itu akan diedarkan oleh ibupejabat BN tidak lama lagi.
"Ini arahan, bukan nasihat. Kalau terus berlaku kita akan ambil tindakan terhadap mereka," tegasnya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi BN Selasa malam.
Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas episod pertelagahan terbaru melibatkan bekas menteri besar Selangor dan ahli majlis tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu melibatkan isu perobohan kuil di Padang Jawa akhir tahun lalu.
Pertelagahan secara terbuka melibatkan kedua-dua pemimpin itu yang saling tuduh menuduh antara satu sama lain melalui media kini menarik perhatian umum.
Ditanya tidakkah nanti tindakan menghalang pemimpin BN daripada membuat kritikan sesama sendiri secara terbuka itu akan dilihat sebagai satu usaha menutup mulut mereka daripada menyuarakan pendirian masing-masing Abdullah berkata:
"Dalam parti ada disiplin. Mana ada parti yang tidak ada disiplin. Jika parti tidak ada disiplin susahlah. Bila kita sudah keluarkan arahan, ia mesti dipatuhi."
Mengenai isu "lompat parti", Abdullah berkata, pemimpin-pemimpin BN termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan bahawa semua wakil rakyat BN yang menang pada pilihanraya lalu akan terus setia.
Katanya, mereka telah memberikan jaminan bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan ada wakil rakyat daripada BN yang akan melompat menyertai parti pembangkang.
Dalam pada itu, katanya, semua pemimpin parti-parti komponen akan terus memantau wakil-wakil rakyat daripada parti masing-masing bagi memastikan perkara itu tidak berlaku pada masa hadapan.
Katanya, dakwaan pihak pembangkang baru-baru ini bahawa mereka telah berjaya menarik ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan pusat tidak lama lagi hanya satu dakwaan tidak berasas.
Gabungan parti-parti pembangkang perlu menarik sekurang-kurang 30 ahli Parlimen BN bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan pusat secara majoriti mudah.
Abdullah juga mengumumkan bahawa BN akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan realiti politik baru di negara ini di samping mengenalpasti pendekatan baru dan pengubahsuaian yang perlu diambil bagi memastikan ia kekal relevan.
Mesyuarat akan datang dewan tertinggi BN akan diadakan dalam tempoh enam minggu.