Tuesday, December 11, 2007

Usaha Pujuk Rakyat ?

Usaha nak memujuk kakitangan awam dan rakyat amnya, sebenarnya 'sekadar gula-gula rakyat, sedang hakikat kerajaan sekarang tidak boleh berbuat apa-apa. Rakyat sekarang sedang diambang inflasi, kehidupan semakin tertekan, tekanan hidup akan mulai dirasai pada tahun 2008. Kita tunggu sahaja lah...

Honorarium: CUEPACS positif PM tunaikan permohonan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap positif kerajaan akan menunaikan permohonan mereka, sekali pun tidak ada khabar gembira diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan konvensyen tritahunan kongres itu di sini hari ini.

Presiden kongres, Omar Osman berkata, keyakinan itu lahir berdasarkan kepada respons Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya yang meminta CUEPACS berbincang secara langsung dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkenaan permohonan mereka.

“Kita akan aturkan pertemuan dengan KSN awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen itu.

CUEPACS sebelum ini memohon antara lain supaya kerajaan memberikan honorarium sebanyak RM2,000 kepada semua kakitangan awam sebagai ganti bonus; melanjutkan umur pesaraan dari 56 sekarang ke antara 58 dan 60 tahun; dan mengkaji semula sistem Pencapaian Tahap Kecekapan.

Omar dalam ucapan aluannya sebelum itu secara terbuka memohon kepada Abdullah agar mempertimbang permohonan kongres termasuk pemberian honorarium itu sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

“Memang kita tak nak bonus sebab kenaikan gaji yang kita dapat (baru-baru ini) itu dah banyak. Tetapi sempena 50 tahun merdeka ni, kita mohonlah ada sagu hati 50 tahun jubli emas kemerdekaan negara. Kita tak mendesak, kita mohon, biar dapat seringit pun tak apa,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita, Omar berkata, Abdullah mungkin tidak mahu mengumumkan sebarang khabar baik kepada kakitangan awam hari ini kerana bimbang akan berlaku lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Tadi Perdana Menteri tak cakap tak dapat. Beliau cuma minta kita jumpa terus dengan KSN,” katanya, dan menambah dengan memberi honorarium secara "flat rate" (kadar sama rata) kerajaan tidak perlu mengeluarkan peruntukan yang besar berbanding pemberian bonus.

Pada masa ini, kakitangan awam dianggar seramai 1.2 juta dan 1.1 juta daripadanya adalah anggota kesatuan yang bergabung dengan CUEPACS.

Omar berkata, pihaknya juga yakin khabar gembira akan menanti kakitangan awam berhubung PTK dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bulan depan.

“Berdasar kepada taklimat yang diberi kepada kami sebelum ini, JPA menerima pakai 80 peratus daripada cadangan yang kita buat dalam kertas kerja kita kepada mereka.

"Antara lain kita mohon supaya peperiksaan dimansuhkan untuk Kumpulan 1 hingga 16, sebaliknya penilaian dibuat berdasar prestasi kerja.

“Bagi Kumpulan 17 hingga 43 pula, kita minta supaya penilaian ditukar kaedahnya iaitu dibuat berdasar kepada kursus dan seminar. Kita juga cadang mereka dinilai berdasar bidang kerja mereka.

“Kita tak nak lagi ada exam (peperiksaan) ni sebab ia tak mencerminkan prestasi sebenar kakitangan awam itu,” katanya, dan menambah bahawa CUEPACS yakin kedua-dua saranan itu adalah antara penambahbaikan yang dibuat JPA berkenaan PTK.

Beliau berkata, pemansuhan peperiksaan PTK bagi kumpulan 1 hingga 16 itu akan membabitkan sekitar 500,000 kakitangan awam.

Selain itu, katanya, CUEPACS dalam kertas kerja itu juga menyarankan supaya kakitangan yang lulus PTK pada aras 4 mesti menerima kenaikan gaji.

- Bernama

Memalukan Negara ?

Ombak atau tsunami 'kemarahan' rakyat mulai dirasai dan disedari oleh kerajaan BN pimpinan Pak Lah. Penahanan Sdr Mohd Sabu dan Tian Chua ekoran rentetan dari Bersih yang akan meneruskan Himpunan esok pada 11 November di hadapan bangunan Parlimen. Dalam masa yang sama para peguam terus dan terus membuat perjumpaan dan terakhir kelmarin di jalan TAR berhadapan dengan Sogo, sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Manakala Hindraff terus terusan membuat perjumpaan ke seluruh negara dengan menjadikan perjumpaan di kuil-kuil sebagai medan mereka mendekati rakyat keturunan India.

Kegelabahan kerajaan BN dengan lagak ego dan bongkak , terkini adalah menghantar Peguam negara bagi berdepan penghujahan kes Mohd Sabu serta semalamnya, ke Kuala Terengganu bagi berdepan dengan Kes Suwandi pemuda yang ditembak polis kerana "Rusuhan Batu Buruk'. Melihat gelagat Peguam Negara , fokus utama kerja ibarat kata sangat perihatin dan cakna dia sampai turun ke bawah cuci longkang dan kutip sampah. makna nya dia tak percaya kat tukang cuci longkang dan sampah di Kuala Terengganu dan di KL. Dalam kata lain jarang di negara lain peguam negara turun sampai ke tahap level tu.

Kegawatan Peguam Negara turun membawa pelbagai implikasi, yang dampak serta impaknya bukan untungnya sekarung malah ruginya berguni-guni. Pertama integriti sisitem kehakiman negara sudah patah dan bobrok, kedua negara tidak ditadbir cara profesionalisme, peguam negara ambil alih tugas pegawai pendakwa sehingga ke tahap kes itu. ketiga kes ini akan memberi kesan jangka panjang memalu dan memburukkan imej negara. Bahawa sisitem 'undang-undang rimba' digunatadbir serta gunaurus negara Malaysia. Peristiwa ini tetap menjadi satu lagi sejarah 'hitam' negara dan sejarah ini tetap memalukan negara dan bangsa malaysia merdeka. Rendah nilai dan ketamadunan kita, hatta prinsip asas nilai-nilai sezaman yang digunakan pakai di dunia kita langgari dengan angkuh, memaparkan laparnya kita dengan kuasa, ala Islam Hadhri tajaan UMNO BN.

Monday, December 10, 2007

Semarakkan Isu Penangkapan Mohd Sabu ?

Diminta semua ahli PAs , Barisan Alternatif , Unit Amal dan BErsih SMS bermula dari sekarang semua kenalan anda terutama disekitar lembah Klang supaya hadir di Mahkamah Jalan Duta Pagi ISNIN 10/12/2007 bagi memberi sokongan padu kepada Naib Presiden Pas Mohd Sabu, Tian Cua dan 4 peguam!!!

Mereka dijangka didakwa pagi Esok di Mahkamah Jalan Duta KL pukul 8 Pagi!! suruh semua jentera dan penyokong Pas bersiap sedia mungkin mereka aka mengubah lokasi!!

Kali ini Polis menggunakan taktik Paling Kurang ajar dibawah Ismail Omar dan Musa Hassn!!!

Lawan Tetap Lawan

reformis muda

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS menyeru semua ahli dan penyokong PAS mengiringi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua serta rakan-rakan lain yang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak supaya menghantar sebanyak-banyak mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saudara-mara dan rakan-rakan bagi memastikan kehadiran masing-masing untuk mengiringi mereka yang akan didakwa itu.

"Kita penuhi sekitar mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi mengiringi sahabat dan rakan kita yang akan didakwa," katanya.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula menyeru semua ahli dan penyokong berkumpul seawal mungkin di mahkamah Jalan Duta dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning.

"Mohamad Sabu, Tia Chua dan lain-lain ditahan semata-mata kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Hari ini, kita buktikan solidariti kita dengan mereka. Pastikan kehadiran kita untuk mengiringi mereka dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning," tegas beliau.

Mohamad Sabu ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Sebelum itu, beliau dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis berdekatan Sunway City di Ipoh ketika dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.

Setelah peguam Asmuni Awi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berunding dengan polis yang mengepungnya, Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu itu telah dibenarkan pulang ke Butterworth dengan diiringi konvoi polis dan diminta menyerah diri di balai polis di sana.

Sebaik tiba di Plaza Tol Bukit Tambun, keluarga dan rakan-rakan yang mengiringi Mohamad Sabu berusaha menyekat polis dari menangkap beliau.

Bagaimanapun, dengan menggunakan kekerasan, polis pencegah rusuhan (FRU) berjaya memecahkan sekatan keluarga dan rakan-rakan Mohamad Sabu.

Oleh kerana beliau enggan turun dari keretanya, polis memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu, merentap beliau bersama tiga yang lain di dalam kereta itu, digari seperti penjenayah lalu dipaksa ke IPD Seberang Perai Selatan.

Setelah mengetahui penangkapan itu, lebih seribu penyokong berhimpun di sekitar ibu pejabat polis daerah itu. Kira-kira separuh dari mereka ialah penyokong-penyokong berbangsa India.

Tidak lama selepas itu, Mohamad Sabu dipercayai dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan pagi ini.

Tian Chua pula telah ditangkap oleh Ketua Inspektor Koh Fei Chew dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di Pejabat Suaram di Johor Bahru, jam 5:15 petang semalam.

Kedua-dua mereka dipercayai ditangkap di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis.

Dari Uthyiakumar kepada Mohd Sabu ?

Hingga ke saat ini, malam ini (9 Dismeber 2007) Naib Prisedan PAS ditangkap polis. Penangkapan berlaku semasa beliau ke Ipoh bagi mengiringi rombongan pengantin anak peremepuan ke rumah besannya di Sunway City di Ipoh. Diberitakan sejumlah 6 buah kereta peronda polis ala mafia bertindak menyekat dan menahan beliau.

Tindakan polis menyekat ala memberkas penjenayah memaparkan etika kepolisian sekaligus menggambarkan bentuk tamadun sebuah negara bangsa berdaulat dibakulsampah dan diremehkan. Tangkapan ala mafia ini adalah satu serangan provokasi dan psaikologi kepada semua para pejuang keadilan di negara ini. Yang penting pada mata mereka adalh pandangan rakyat dan ugutan kepada rakyat, menunjukan kejijikan , kemunafikan perjuangan suci PAS dalam mermartabat dan mentamadunkan negara.

Adilkah dengan tindakan sebegini. Bagi mereka (kerajaan) pihak berkuasa matlamat adalah menghalalkan cara, nafsu serakah gila kuasa dan mahu mencengkam kuasa, selagi mana ada para pejuang yang berjaya 'mengigit' dan berpentensi untuk mengigit serta sedikit merbahaya dan mengancam. Bertelagah dimulakan denga membelasah Hindraff dan Uthiyakumar beralih kepada Mohd Sabu.

Pontensi dan bibit keberanian rakyat telah diserlahkan melalui Himpunan 10 November oleh Mohd Sabu, menjadi iguan mereka. Peristiwa 10 November ini yang dirasakan mulai makin mengugat mereka. Justeru usaha membendung dan menyekat dimulakan, maka mangsa pertama yang dimangsakan bukan Uthyiakumar tetapi Mohd Sabu ? Otulah sifir politik BN, UMno dan PAS bertempur akhir peralatkan polis , tangkap M Sabu.

Bila lagi kita , adakah memadai kita sekadar menjadi pemerhati sahaja ke..

Saturday, December 08, 2007

Meremehkan apa-apa aje ...!!!!

Melihat dan menonton Buliten TV3 , malam 8 Disember sikap angkuh Rashit pnegerusi SPR, yang tetap dengan kata-kata egoisme , hujahnya saya tetap pertahankan SPR dengan apa cara demi segala-gala. Ini bermakna Rashit meremehkan semua benda dan perkara kritikan , teguran yang diasak sejak kebelakangan ini. Dengan bersikap tuli dan buat-buat hebat dan tegas dengan pendirian , hakikat sebenarnya ia semakin 'lemas'. Walaupun hakikat diri masih enggan mengaku. Mana ada manusia yang dapat 'tahan' dengan asakan. Hatta Pak Lah yang clean, cool tu pun terkeluar ..Saya pantang dicabar... terpacul dari mulutnya, inikan Rashit yang diserang bertalu-talu masakan hebat sangat.
Inti cerita dan persoalan adalah sikap meremehkan semua perkara dan pandangan dalam semua masa adalah mengundang kemarahan rakyat. Sikap Rashit adalah bibit dan saham kemarahan rakyat. Kita manifestasi kemarahan rakyat yang sepatutnya dapat dibendung dn salurkan ke saluran cara demokrasi akan terbabas dan bias. Maka api kemarahan inilah yang wajar dilayan.
Begitulah dengan sikap kerajaan yang 'membelasah' Hindraf terus terusan tanpa memberi peluang. Dengan bersikap terus menghukum Hindraf adalah tidak adil, kerana kerajaan wajar biarlah nampak adil. Bila situasi menjadi buruk manfaat dan kesannya dirasai bersama, api kemarahan rakyat jika tidak dipupuk akan melahirkan ketidakstabilan semua perkara.
Maka kita suka ingatkan pemimpin negara janganlah terlalu meremehkan pandangan dan suara rakyat. Kuasa kita tidak akan kekal selama-lamanya. Keamanan negara bukanlah kunci segala-gelanya dapat dikekalkan secara semualjadi, inilah khurafat paling besar, ditambahi dengan UMNO BN sahaja yang mampu memerintah negara ini.
Kita tidak mahu khurafat jika UMNO tiada roti canai tiada, makanan tiada , kemanana tiada dan macam-macam tiada. inilah khurafat besar ada dalam benak para pengundi Melayu Islam di negara kita.

Adnan Yaakob sahkan Pahang masih ramai miskin

Berita Harian edisi Timur(16/11/ 2007) mendedahkan:

Berita di atas ini, nampak Nan berani akui dan dedahkan. Nan MB Pahang orang semua tahu akan 'hero' nya maksud penulis dia berani buat benda2 n perkara yang tidak terfikir dek kita, Sebagai contoh masa pilihanraya kecil Dun Sanggang, beliau membuat isyarat lucah kerana marahkan provokasi daripada penyokong pembangkang. Namun 'hero' Nan kali ini seperti berita di bawah tidak jadi ?

Berita terbaru Nan didakwa nikah lagi, hari ini dia beria-ia marah dan tak mengaku dah nikah satu lagi. Jika bagi kita benda baik, dan buat molek-molek dok jadi masalah, jangan buncitkan anak dara orang, letup ke ...sudahlah , yang baik kita pakat-pakat sokong !!!!

Tengok ni 25,000 pelajar miskin dibantu

Yayasan Pahang belanja RM2 juta bagi ringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan 2008

KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan peruntukan RM2 juta bagi menjayakan Program Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah (PBPBS) untuk dinikmati oleh kira-kira 25,000 pelajar miskin di seluruh negeri.

Menurut berita itu lagi dari jumlah tersebut, seramai 1,337 orang pelajar miskin adalah dari Bentong, Jerantut (1,414 orang), Raub (1,256 pelajar), Pekan (1,923 pelajar), Temerloh (2,402 pelajar), Lipis (1,145 pelajar), Bera (1,105 pelajar), Maran (1,423 pelajar), Kuantan (5,291 pelajar), Cameron Highland (416 pelajar) dan Rompin (1,801 pelajar).

Inilah masalah politik pemimpin Umno. Mereka hanya nampak kuman di seberang. Kelantan sahaja yang menjadi kecaman dan ejekan - miskin. Mungkin sekiranya disemak seluruh negara, dirasakan banyak lagi negeri-negeri yang mengalami masalah yang sama dengan Pahang.

Apapun, kebajikan dan keselesaan para pelajar patut diutamakan. Bukan sahaja soal pakaian yang perlu diberikan akan tetapi biasiswa juga perlu difikirkan. Dalam soal ini rakyat rasa cukup tertipu dengan cara kerajaan mengumumkan penghapusan yuran sekolah dalam pembentangan bajet baru-baru ini. Kalau hanya penghapusan yuran itu hanya RM4.50 sen sahaja, maka tidak perlulah rasanya diumumkan di dalam parlimen. Memalukan sahaja….. Sedangkan pada hakikatnya, rakyat terpaksa menanggung beratus ringgit lagi perbelanjaan anak-anak sekolah mereka. Apatah lagi dalam suasana semua harga barang naik ini.

Thursday, December 06, 2007

Pilihanraya di malaysia Bebas kata Gallap ?

Tiba-tiba dan sejak bila pilihanraya di Malaysia bebas ? Kenapakah akhbar berkenaan merujuk kajian antarabangsa, sejak bila pula dia mulai pakai sanad daripada kajian NGO luar. Apa sebenar agenda pimpinan akhbar berkenaan. Bila kajian dirujuk maka maksud implisitnya tak payahlah mana-mana menteri bangun untuk mempertahankan ia sebagai bersih maksudnya pilihanraya di sini.
Kalulah Malaysia berbangga dengan pilihanraya bebas mengapa marah sangat Mafrel dipanggil , badan pematau antarabangsa diundang ? Tak tahulah ukuran bebas demo ? . Tapi apapun pilihanraya di Malaysia adalah bebas.
Perhatikan hujahan di bawah oleh BH pada hari ini.. Pilihan raya Malaysia bebas

Kajian dua badan antarabangsa dapati rakyat yakin proses pengundian adil
Satu kajian oleh dua badan antarabangsa mendapati proses pilihan raya di Malaysia paling bebas dan adil di kalangan negara Asia. Hasil kaji selidik oleh TNS dan Gallup International mendapati rakyat negara ini bukan saja antara penyokong kuat demokrasi di Asia, malah mempunyai keyakinan paling tinggi bahawa pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah bebas dan adil. Kajian itu dijalankan antara Jun hingga Ogos lalu membabitkan 60,000 rakyat di 56 negara Asia. Di Malaysia, kajian yang dilaksanakan secara bersemuka itu bermula dari 2 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 1,250 penduduk bandar di Semenanjung.

Dalam jawapan berhubung soalan sama ada pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil, Malaysia mencatat 74 peratus, manakala 69 peratus menyatakan negara ini ditadbir mengikut kemahuan rakyat. Kedua-dua peratusan itu adalah yang tertinggi dalam senarai 10 negara Asia. Singapura masing-masing mencatat 66 peratus dan 47 peratus, Indonesia (58 peratus dan 37 peratus), Hong Kong (51 peratus dan 57 peratus), India (55 peratus dan 55 peratus), Korea Selatan (55 peratus dan 19 peratus), Jepun (50 peratus dan 29 peratus), Filipina (22 peratus da 42 peratus) dan Pakistan (16 peratus dan 19 peratus). Thailand pula mencatat 26 peratus berhubung soalan sama ada negara itu ditadbir mengikut kemahuan rakyat, manakala peratusan untuk soalan pertama tidak dinyatakan. Pada peringkat dunia, kedua-dua soalan itu masing-masing mencatat 47 peratus dan 31 peratus.

"Sikap yakin dan percaya kepada ketelusan pilihan raya itu berbeza dengan sentimen yang diluahkan oleh lebih daripada separuh responden dalam wilayah ini, yang tidak menyifatkan proses pilihan raya negara masing-masing sebagai adil," menurut kenyataan bertajuk 'Kaji Selidik: Demokrasi di Asia' yang dikeluarkan TNS, semalam. TNS yang beribu pejabat di London, adalah kumpulan pembekal maklumat dan pasaran global. Kumpulan itu menjadi pembekal utama penyelidikan dan analisis berkaitan panel pengguna, kepakaran media dan internet serta perkhidmatan mengukur penonton televisyen dan pendengar radio. Gallup International yang ditubuhkan pada 1947 dan didaftarkan di Zurich pula dianggotai agensi di 65 negara di serata dunia yang menjalankan kaji selidik pendapat dan pasaran di lebih 100 negara. Menurut kenyataan itu, walaupun sistem demokrasi jelas diterima, kritikan kuat dibuat mengenai keberkesanannya di seluruh rantau dengan purata 53 peratus percaya pilihan raya di negara masing-masing tidak bebas dan adil, manakala 61 peratus berpendapat kerajaan mereka tidak mengikuti kehendak rakyat dalam membuat keputusan.

"Ini jauh berbeza di Malaysia dengan ramai rakyatnya berbanding negara lain di wilayah ini, yang berpendapat pilihan raya mereka adalah sah dan sebagai rakyat, mereka diwakili dengan baik melalui tindakan kerajaan," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyebut, hasil kaji selidik di seluruh Asia mendapati hampir lapan daripada 10 yang ditemui (78 peratus) bersetuju dengan idea bahawa demokrasi mungkin mempunyai masalah, tetapi ia adalah sistem kerajaan yang terbaik. Bagaimanapun, di Malaysia 85 peratus bersetuju dan lima peratus tidak bersetuju mengenai idea itu. Kajian itu juga mendapati purata tujuh daripada 10 yang ditemui (73 peratus) mengaku berpuas hati bahawa demokrasi secara keseluruhannya wujud di rantau ini. Di Malaysia, 88 peratus bersetuju manakala enam peratus tidak bersetuju.

Naluri Pengerusi SPR sukar dibaca ?

Dalam diri manusia, ada naluri atau sense di mana naluri ini adalah hasrat hati individu berkenaan yang mana perlu ditakluki. Justeru itu apa-apa juga program , rancangan yang melibatkan individu perlu naluri rasa itu didahului, justeru apabila rasa itu ditakluki maka mudahlah ke agenda setersunya.

Naluri kebersamaan pemimpin dengan rakyat berbeda , ianya dipisahkan oleh sempadan sense kebersamaan yang tidak harizontal, yang dipimpin itu nalurinya adalah vertikal , katanya, pemimpin nalurinya harizotal. Contoh mudah kita tidak ada masa bercakap agenda-agenda yang kecil yang tidak mencabar, sebab rata-rata penduduk dunia dah naik ke bulan, kita mahu bincang cara buat jarum. Kes ini samalah pada setiap tahun soalnya pasal yuran sekolah. Yuran sekolah bagi pemimpin adalah kecil , boleh selesai tak payah nak handle beria-ria , maka pemimpin tangkap muat dan buat mudah. Begitu juga dalam hal-hal kepentingan rakyat yang lain.

Pokoknya rasa kebersamaan permasalahan itu, pemimpin tidak kongsi bersama. Macamlah orang tengah sesak untuk dapatkan punca duit kerana nak membayar saman cukai pintu, masanya esok sebagai tempoh terakhir. maka dia terkial-kiallah mencari punca untuk dipinjamkan bagi menyelesaikan masalahnya. Bagi pemimpin naluri perkongsian permasalahan ini tidak bersama-sama dlam diri, macam mana dia nak rasa kepertita dan kepayahan si peminjam tadi bagi selesaikan masalahnya.

Justeru nak bersamakan sense itu bukalah satu perasaan yang mudah. Maka Pengerusi SPR yang angkuh dalam masa dua tiga hari penghujung tamat tugas tu , patut belajar dan fahami perasaan kebersamaan hati naluri pembangkang macam mana dinafikan pandangan dan ditindas suara mereka untuk ke sekian kali. Biarlah kita nampak adil dan buat-buat lah berlaku adil, itu sahaja bukannya payah sangat.

Tuesday, December 04, 2007

Ibu bapa mesti jelas mengenai pemansuhan yuran

Kembali Ke Sekolah ' Begitulah kain rentang ,banner mula menghiasi kedai - kedai di seluruh negara bagi menyambut musim persekolahan akan bermula untuk sesi 2008. Apa pun ibubapa masih tertanya-tanya dengan pengumuman Bajet 2008, bahawa kerajaan akan memansuhkan yuran persekolahan pada masa-masa akan datang.
Namun, harapan menggunung itu ternyata meleset, bilamana ibubapa sudah dapat list bayaran yuran persekolahan tambahan yang tuntutan bayarannya tetap sama seperti tahun-tahun sbelumnya. Jumlah bayaran yang dikenakan ratusan ringgit juga ,bagi setiap individu , Namun apa pun ibubapa tertipu dengan mainan istilah-istilah.
Mana ada janji pendidikan percuma dan yuran percuma. Itu adalah mainan politik kerajaan BN sahaja. Memang mereka (BN) suka permain-mainkan perasaan rakyat. Dan memang rakyat sudah ke sekian kali dimain-mainkan oleh kerajaan. Haruslah semua rakyat sedar akan hal ini.
Jangan mudah tertipu, ubah jangan tak ubah.... bila lagi ? Lagi 50 tahun lagi ke ?

KETIKA ibu bapa sibuk membuat persiapan persekolahan sesi 2008, mungkin timbul kekeliruan mengenai pemansuhan yuran yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2008. Kebarangkalian ibu bapa tidak memahami mengenai istilah yuran dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah mungkin berlaku.

Penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran sudah memadai dan penerangan itu boleh memudahkan pihak sekolah untuk berurusan dengan ibu bapa ketika sesi persekolahan 2008 bermula.

Tetapi yang sedihnya, ada ibu bapa yang masih gagal untuk memahami istilah yuran dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh sekolah. Ini adalah lanjutan dari surat edaran dari sekolah sebelum cuti akhir tahun mengenai senarai bayaran yang perlu disediakan oleh pelajar ketika melapor diri pada sesi persekolahan 2008.

Banyak suara dan rungutan kedengaran mengenai kadar bayaran tersebut, sedangkan pada anggapan ibu bapa yuran sudah dimansuhkan tetapi terpaksa menyediakan ratusan ringgit lagi untuk seorang anak. Ada baiknya untuk kita terus memberi penjelasan supaya tidak timbul kekeliruan, salah faham dan sebagainya.

Pada 1 Januari 2008, ibu bapa tidak lagi dikenakan bayaran yuran khas iaitu, RM4.50 untuk murid di sekolah rendah dan RM9 untuk pelajar sekolah menengah. Pemansuhan yuran itu hanya melibatkan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Ini bermakna ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah swasta akan terus membayar pelbagai yuran seperti biasa.
Pemansuhan bayaran yuran itu bermakna pihak kerajaan akan menanggung kos pembiayaan seperti kemudahan peralatan sukan, perpustakaan, seni lukis dan pertukangan tangan melalui Geran Per Kapita (PCG).

Jadi, bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, pengecualian bayaran amat kecil dan ibu bapa masih perlu membayar sejumlah wang untuk pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah. Jangan terkejut jika jumlahnya masih mencecah ratusan ringgit.

Pihak Kementerian Pelajaran melalui Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 13/2007 telah menggariskan dengan jelas tentang pakej bayaran tambahan dan butir-butir yang dianggap sebagai perkhidmatan dan kemudahan tambahan yang bakal dikenakan bayaran oleh pihak sekolah.

Apa yang dimaksudkan dengan bayaran tambahan ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah dengan persetujuan dan pandangan guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Semua bentuk perkhidmatan dan kemudahan tambahan tersebut adalah atas cadangan dan pengetahuan Kementerian Pelajaran sendiri. Pihak sekolah dilarang untuk mengenakan apa-apa bayaran tambahan tanpa pengetahuan, kebenaran dan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pihak ibu bapa dan waris masih perlu menjelaskan bayaran tambahan tersebut dan bukannya yuran.

Jelas sekali bahawa pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya meletakkan sejumlah bayaran tanpa ada garis panduan dan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran. Ibu bapa diminta untuk memahami situasi perjalanan pengurusan sekolah yang semakin rumit dan sentiasa terdedah kepada pelbagai permintaan serta desakan.

Ibu bapa perlu memahami bahawa semua program tambahan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan perkembangan sahsiah pelajar tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran. Justeru, sejumlah bayaran tambahan dikenakan untuk menampung keperluan tersebut.

Adalah diharapkan tidak ada unsur salah sangka atau keliru di kalangan ibu bapa, seterusnya melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak sekolah. Sekolah adalah pusat untuk perlaksanaan segala dasar Kementerian Pelajaran bukannya pusat penggubal dasar-dasar yang boleh menyusahkan ibu bapa. Kefahaman dan sikap tolak ansur yang tinggi diperlukan bagi memastikan segala dasar yang dirangka untuk kebaikan para pelajar mampu diterjemahkan dengan mudah.

MINDA MUFTI: Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu03-12-2007


Tiba-tiba dalam kolumnya Mufti Perlis berbunyi, yang bunyinya amat sedap dan cukup sedap. Mufti Perlis, dah mula nampak yang sepatutnya dia nampak.
Semoga pendekatan beliau masa hadapan lebih berani lagi, lebih menyengat dan lebih berbisa. Di kala umat Islam hatta termasuk umat India yang mengelarkan diri mereka sebagai Hindraff pun dah tersabar dengan senario dan layanan kerajaan pilihan mereka.
Kebiasaannya rakyat bila dah tidak dapat makan, mereka akan bangun dan bangkit ke jalan-jalan. Maka kerajaan Pak Lah janganlah syok sangat lancar WPI, ECER sana. NCER sini, rakyat bawah dagu tak terbela.
Mungkin ini rahmat ALLah, bila rumah ALLah roboh demi roboh, umat Islam kita sabar dan tersu bersbar. Bila kena ke India barulah kerajaan tahu dan reti, bahawa langit tak selalu cerah, barulah dia tahu langit itu tinggi dan rendah ?

Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”.

Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.

Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”. Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal.

Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?. Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya.

Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik.

Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak.
Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa.

Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai.
Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal.

Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”.

Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas.

Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.

Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.

Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.
Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin.

Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.
Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.

Monday, December 03, 2007

kENYATAAN MEDIA TG GURU PRESDEN PAS ISU HINDRAFF

Hak berhimpun diakui, tetapi sebahagian tuntutan Hindraf melampau
Dato' Seri Tuan Guru

PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Sesungguhnya kejadian diskriminasi kaum bukan hanya berlaku terhadap masyarakat India malah turut berlaku dikalangan masyarakat Cina dan Melayu khasnya yang menyokong parti-parti pembangkang. Malahan terbukti pimpinan dan ahli-ahli MIC tertentu memperolehi habuan yang lebih baik dari bangsa Melayu sendiri yang menyokong parti-parti pembangkang.

PAS mempertahankan perlunya perpaduan kaum terus dikekalkan dalam negara ini dan sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum samada India, Melayu ataupun Cina hendaklah ditolak.

PAS menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak HINDRAF adalah melampau dan dengan ini menuntut agar pihak kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya.

PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.

3 Disember, 2007

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PRESIDEN PAS



Saturday, December 01, 2007

Beruk tajaan Khairy lahir di DUN Kelantan ?

Kelaku buruk dan buruk laku itulah kata-kata yang wajar disedekahkan kepada ADUN daripada BN di DUN Kelantan. Sebelum Himpunan Bersih pada 10 November di dalam Dewan Perhimpunan Agong UMNO, menantu lelaki tunggal Pak Lah, Khairy Jamaluddin dengan bongkak dan angkuh melabelkan para demo atau mereka yang terlibat dengan demontrasi aman Bersih sebagai 'beruk'.
Walaubagaimanapun 'beruk' itu tidak lahir dibumi ibu negara, tetapi lahir dalam DUN Kelantan. Ini kerana Norzula ADUN Paluh panas telinga dan berang dengan kata-kata provokasi Zaki Ibrahim Ketua DPPNK yang juga ADUN Kelaboran. Kejadian berlaku semasa Exco Kerajaan Negeri Kelantan Sdr Hj Zulkifli Mamat, sedang menggulung perbahasan dengan beliau di provokasi oleh Mat Zin seorang anggota pembangkang dari BN. Oleh kerana jawapan yang diberi serta penjelasan yang disampaikan kurang memuashati Mat Zin sehingga ketu pembangakang DUN Kelantan pun turut campurtangan , dewan menjadi panas, kemudian perisitiwa ini ditumpang semangkuk oleh Norzula, sambil bangun beliau bercakap dengan nada keras dan tidak berakhlak, tiba-tiba perbuatan nya itu disindir oleh Zaki Ibrahim. Maka beruk Nozula bertindak membabibuta mahu dan bertindak menyerang Zaki, beliau sempat menyepak kaki YB Zaki sebanyak dua kali, namun usaha di halang oleh ADUN Cetok, serta beberapa ADUN BN lain.
Kejadian yang sungguh memalukan negara dan menjadi sejarah hitam Dun Kelantan akan terpahat sebagai sejarah di negara kita. Bagaimana ADUN BN yang sedang dibangsakan sebagai bangsa angkasawan boleh menjadi bangsa beruk pula gaya dan lagaknya. Jelaslah indeks akhlak di negara kita adalah semakin nipis dan kritikal. Kita tertunggu-tunggu apa kata Dato Dr Rais Yatim menteri KEKwa tentang hal beruk di DUN Kelantan nih...
Media sejak beberapa hari 'senyap' sepi dan tiada ulasan langsung tentang hal tersebut. Justeru budaya berkelakuan beruk ini adakah sebagai budaya kita. Sepatutnya RTM patut ulang tayang , minta semua YB-YB di DUN dalam Malaysia, jangan amalkan budaya beruk di DUN Kelantan tu!

Friday, November 30, 2007

Kemelut demi kemelut melanda negara, isu demi isu tuntutan bertindih, satu kaum tidak puas hati terhadap istimewa dan lebih kaum itu, kaya dan miskin sering diperbandingkan. Itulah gambaran senario negara, justeru apakah ramuan yang boleh mengakhiri semua kemelut. Selalu orang bercakap tiada jalan yang tida penghujung, tiada masalah tiada jalan penyelesiannya. Nah maka ditangan kitalah cara baik bagi kita oleah dan selesaikannya.
Terbaru adalah tuntutan Hindraff , yang mendakwa mahu ungkit kembali bahawa mereka miskin kerana di bawah penjajah Inggeris ke TM dan dijadikan hamba abdi, justeru mereka kekal miskin dan tegar kemiskinan di Malaysia negara merdeka jajahan British ini.
Rasa ketidakpuashati mereka dizahir dan dicetuskan pada 25 Novemver lalu di ibu negara dengan jumlah kehadiran melebihi 30,000 orang dari seluruh negara. Himpunan ini adalah manifestasi daripada perasaan tidakpuashati itu yang terpendam sejak 50 tahun dulu lagi, tarikh paling minima kerana mengikut sejarah buruh India di bawa British bermula dengan adanya benih getah di TM.
Atas perasan amarah berpunca dari itulah, mereka mahu kerjaan British membayar RM1 juta seorang kepada manusia India di Malaysia. Kita ingat tuntutan mereka berakhir dan berkisar isu itu sahaja, rupa-rupanya diperincikan lagi dengan kes kemiskinan, kes pendidikan dan besarnya hal kuil yang kata mereka tidak diambil berat oleh kerajaan.
Pak Lah, teruslah panggil hero Tamil Samy Velllu mengadap dan minta satu laporan penuh masalah itu ke kabinet...bertajuk PM arah MIC tubuh segera jawatankuasa khas sedia laporan lengkap ke Kabinet
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan MIC menubuhkan segera jawatankuasa khas bagi mengkaji tuntutan dan pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat India di negara ini. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, kelmarin, Abdullah mahu jawatankuasa itu menyediakan laporan lengkap mengenai tuntutan masyarakat India untuk dipertimbangkan Kabinet.


"Saya membangkitkan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India, seperti peluang pekerjaan dalam sektor awam, pendidikan dan pembinaan kuil. "Perdana Menteri bersimpati dengan permintaan MIC dan berjanji akan mengkajinya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini, semalam. Samy Vellu menjelaskan beliau sering mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan permintaan masyarakat India.

Malah, katanya, Jun lalu MIC mengemukakan laporan bertajuk Mekanisme Bagi Pelaksanaan Yang Berkesan kepada Perdana Menteri, yang mencadangkan beberapa cara bagi membantu masyarakat India. Mekanisme itu antara lain membabitkan program kesedaran usahawan, latihan kemahiran dan pembinaan semula Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT). Samy Vellu berkata, beberapa cadangan baru juga akan dikemukakan jawatankuasa khas itu, termasuk meminta sektor awam mengutamakan pengambilan bukan Bumiputera di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Bumiputera yang tinggi, terutama dalam pekerjaan berkaitan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan belia. Katanya, dalam laporan yang akan dikemukakan nanti, MIC akan memberi perincian data mengenai bilangan dan jawatan yang disandang bukan Bumiputera dalam sektor awam di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Samy Vellu berkata, MIC juga akan menubuhkan Pusat Panggilan untuk memudahkan masyarakat India menyalurkan masalah yang dihadapi. Beliau berkata, pusat berkenaan yang akan diwujudkan kira-kira dua atau tiga bulan lagi, juga bertanggungjawab menangani isu berkaitan kuil dan SRJKT. Ditanya sama ada imej MIC terjejas berikutan dakwaan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) kononnya masyarakat India di negara ini terpinggir, Samy Vellu berkata: "Kami sudah buat kerja, kami tidak menghiraukan apa yang orang lain kata, kami hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk orang ramai. "MIC bukanlah kumpulan pemalas yang membiarkan kaum India terpinggir. Kami sentiasa bekerja kuat untuk masyarakat India," katanya. Mengenai pampasan RM344 juta yang terpaksa dibayar kerajaan kerana tol tidak dinaikkan, tahun depan, Samy Vellu berkata, kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh konsesi syarikat lebuh raya bagi mengatasi masalah itu. Katanya, kerajaan tidak boleh berbuat demikian kerana syarikat konsesi lebuh raya terikat dengan perjanjian untuk membayar balik pinjaman bank dalam tempoh 15 tahun.