Sunday, July 29, 2007

Mahkamah Syariah dan Perlembagaan Malaysia


"Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.
Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
3. Sebulan penjara atau
4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. Enam bulan penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Didiklah pelajar dengan hemah

MukadimahApabila tercetus beberapa kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar sekolah, masyarakat kembali mempersoalkan rasionalnya melarang hukuman keras termasuk merotan ke atas pelajar yang bermasalah.

Hukuman yang berbentuk kekerasan termasuk merotan pelajar telah dilarang sejak 1983 lagi. Sejak itu guru tidak boleh lagi merotan pelajar yang menghadapi masalah disiplin. Sesetengah pihak melihat larangan itu sebagai faktor yang mengecilkan kuasa guru untuk mendisiplinkan pelajar. Malah larangan itu juga menjadi punca peningkatan masalah disiplin kalangan pelajar.

Baru-baru ini seorang guru telah digantung tugas selama dua bulan kerana menampar pelajar yang menghadapi masalah disiplin. Hukuman ke atas guru tersebut memperlihatkan seolah-olah guru sekarang tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendepani krisis disiplin pelajar. Guru selalu dipersalahkan apabila graf masalah disiplin meningkat. Tetapi pada masa yang sama pihak guru pula menghadapi masalah kerana tidak boleh mengenakan hukuman keras untuk membendung masalah disiplin.

Bagaimanapun bekas Ketua Pengarah Pelajaran (1976 - 1985) Tan Sri Murad Mohamed Noor tidak percaya hukuman keras termasuk merotan boleh mendisiplinkan pelajar. Beliau adalah orang yang mengeluarkan arahan supaya hukuman keras begitu dihentikan dan mendampingi pelajar dengan pendekatan lebih mesra.

Kata Murad, beliau mempunyai alasan yang kukuh apabila melarang hukuman keras ke atas pelajar antaranya untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara guru, pelajar dan juga keluarga. Beliau yang pernah menjadi guru menganggap masalah disiplin disebabkan oleh banyak faktor dan bukannya sebab pelajar tidak boleh dirotan.

Murad menegaskan, keadaan sekarang sudah jauh berubah berbanding zaman di mana hukuman rotan dilaksanakan untuk mendisiplinkan pelajar. Malah kalau dibenarkan merotan pelajar sekalipun, tidak semua guru merotan untuk mendidik tetapi melepaskan kemarahan. Apa saja hukuman ke atas pelajar mesti menjurus kepada pendidikan.

“Saya tidak pernah menyesal melarang hukuman keras ke atas pelajar biarpun ada menganggap larangan itu penyebab masalah disiplin,” tegas Murad ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN Jumaat lalu.

MINGGUAN: Semasa menjadi Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri mengeluarkan arahan melarang hukuman merotan pelajar. Apa rasional pada masa itu?

MURAD: Saya memikirkan keadaan sudah jauh berubah dan guru-guru tidak boleh lagi bertindak mengikut emosi. Tahun 1983 ada arahan melarang segala bentuk hukuman yang menjurus kepada kekerasan. Ini termasuk larangan merotan pelajar. Tetapi sekarang pun ada guru yang masih buat begitu (merotan). Sebab pertama sekali kita tidak mahu pelajar takut kepada guru. Kalau dibolehkan merotan, memanglah takut dengan guru, silap sikit kena libas. Apabila guru tidak boleh dijadikan kawan, pelajar hanya kawan dengan kawan sebaya. Larangan merotan untuk merapatkan hubungan guru dengan pelajar hingga boleh membincangkan masalah peribadi dengan guru.

Larangan itu juga untuk mengelakkan guru-guru diberi penilaian baik dan tidak baik oleh pelajar- pelajarnya. Misalnya guru ini tidak baik kerana merotan dan guru itu baik kerana tidak merotan. Kita tidak mahu guru diberikan cop yang berlainan oleh pelajar-pelajar. Masa saya menjadi guru dan guru besar dulu pun saya tidak pernah merotan atau masuk ke kelas memarahi pelajar. Saya tidak percaya kekerasan boleh mendisiplinkan pelajar.

Tetapi ada pihak mendakwa larangan merotan menyebabkan meningkatnya masalah disiplin.

MURAD: Tugas guru pada hari ini berlainan dengan masa saya bersekolah dulu. Pelajar sekarang lebih bebas, bukan bermakna diberi kebebasan yang lebih, sebaliknya dengan sendiri mereka dapat kebebasan. Misalnya dari persekitaran, media massa, rakan dan sebagainya. Mereka banyak menerima nilai-nilai luar, ada baik dan tak kurang juga yang buruk. Kerana itu saya percaya masalah disiplin bukan kerana guru dilarang bertindak keras ke atas pelajar. Bukan macam pelajar dulu, pelajar sekarang tidak takut dengan sesiapa. Sebab itulah saya tidak menyesal melarang guru merotan pelajar kerana saya percaya ada kebaikannya. Antara faktor berlaku masalah disiplin ialah wujud jurang antara ibu bapa dengan sekolah. Saya tak bagi pelajar dirotan kerana hendak merapatkan guru dan keluarga pelajar.

Tetapi suasana pada masa saya mungkin tidak sesuai sekarang. Kalau nak tukar dan memberi kuasa kepada guru merotan pelajar, bolehlah. Tetapi kita bimbang mungkin akan jadi pula macam-macam perkara lain. Sebabnya bukan semua guru yang merotan itu kerana mendidik. Ada yang merotan kerana marah. Misalnya pelajar buat bising dalam kelas, dia rotan. Tetapi kita mungkin lupa ada kalanya budak yang buat bising itu lebih pandai daripada yang diam. Ini kerana yang kurang pandai selalunya tidak aktif. Adakah yang diam itu berdisiplin?

Apa definisi “disiplin” kepada Tan Sri?

MURAD: Pengertian disiplin macam mana yang kita hendak? Adakah boleh dianggap sudah berdisiplin hanya menghormati guru? Tetapi macam mana pelajar nak hormat guru kalau bapa dia sendiri dia tidak hormat? Macam mana dia nak hormat bapa dia kalau bapa dia sendiri tidak ada disiplin di rumah? Bapa sendiri melarang dia merokok tapi bapa suruh beli rokok. Disiplin hendaklah dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza kerana apa yang tak boleh dulu sekarang sudah boleh. Dulu di sekolah saya ada beberapa orang murid perempuan, tetapi bercakap pun tak boleh. Sekarang sudah bebas dan semakin lama makin bebas pergaulan mereka.

Bagi saya pelajar yang tidak berdisiplin bukan bermakna dia jahat. Boleh jadi dia nakal tetapi tidak semestinya jahat. Tidak berdisiplin bagi saya adalah melanggar peraturan. Jadi adakah kerana itu mereka perlu dihukum dengan rotan? Tetapi masalahnya apabila sebut saja tentang disiplin, kita sudah ada persepsi yang lain yang sekutukan sebagai jenayah.

Kalau saya bagi lima skala, di mana tahap disiplin pelajar kita?

MURAD: Disiplin pelajar hari ini tidak terlalu rendah berbanding dulu. Cuma apa yang tidak boleh buat zaman dulu, sekarang dibolehkan. Ini kerana perubahan yang berlaku dan masyarakat sudah terima sebagai biasa. Bagi saya masalah disiplin hari ini tidak membimbangkan. Pada masa yang sama kita kena cari jalan mengatasinya. Hari ini isu disiplin terdedah kepada media massa. Jumlah media massa dulu tidak banyak macam sekarang. Sekarang banyak media massa dan laporan masalah disiplin menjadi lebih banyak. Ini membentuk persepsi kepada umum. Dulu pun ada juga masalah disiplin tetapi media massa tidak banyak.

Adakah ini bermakna tanpa kekerasan guru masih boleh mendisiplinkan pelajar?

MURAD: Memang boleh. Semasa saya jadi guru besar, saya pernah hukum pelajar yang langgar disiplin. Tetapi hukuman saya itu yang memberi faedah kepada pelajar. Misalnya seorang budak buat bising, satu kelas kena cabut pokok semalu di padang sekolah. Lama-kelamaan cabut pokok semalu jadi perkara biasa. Malah sebelum hari sukan semua sekali termasuk saya cabut pokok semalu. Saya ingin memberitahu itu satu hukuman tetapi bukan penderaan.

Satu lagi saya paling tidak setuju hukuman supaya tulis beratus-ratus ayat. Bagi saya , ini hukuman yang membuang masa dan tidak berfaedah. Masa dulu saya hukum pelajar buat latihan selepas waktu sekolah. Saya sendiri yang tunggu. Pelajar itu tahu dia kena hukum tetapi guru besar kena juga sebab saya tunggu dia sampai selesai. Lama-kelamaan dia akan fikir hukuman ini untuk kebaikan. Maksudnya bagaimana nak menghukum pun kita kena belajar, kena tahu menghukum untuk kebaikan.

Apa komen Tan Sri kepada sesetengah guru yang protes tidak mahu ambil tahu hal disiplin pelajar?

MURAD: Itu bukan guru.

Kenapa?

MURAD: Guru mesti membimbing ke arah kejayaan akademik dan ketinggian akhlak. Bukan sekadar tumpukan hal akademik semata-mata. Hal-hal akhlak tetap jadi tugas guru dan akhlak tidak boleh dipelajari tanpa adanya guru. Saya tahu kesatuan (NUTP) protes sebab guru tidak boleh pukul pelajar yang ada masalah disiplin. Sebab itu bila orang minta komen saya mengenai kes guru merendam 200 pelajar dalam kolam, saya kata kalau dia tak minta maaf, buang dia. Alasannya mudah saja, seorang yang buat salah kenapa semua yang kena hukum. Ini menunjukkan dia mengambil jalan mudah.

Adakah sikap keluarga yang banyak melindungi anak-anak mereka disebabkan perubahan nilai dalam masyarakat?

MURAD: Dulu ibu bapa pun hormat guru. Guru berada pada satu status yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi sekarang tahap profesion guru sudah turun, jadi apa yang guru cakap, ibu bapa buat tak endah. Perubahan memang berlaku misalnya kalau dulu anak beritahu dia kena pukul, bapa akan salahkan anaknya dulu baru salahkan guru. Tetapi sekarang ibu bapa salahkan guru. Saya fikir kita kena wujudkan kembali hubungan harmoni antara ibu bapa dengan guru. Tetapi masalahnya guru sekarang datang dan pergi cepat sangat, tak sempat mewujudkan hubungan harmoni dengan ibu bapa. Suatu ketika dulu sekolah sama dengan masjid sebagai satu institusi masyarakat. Macam mana orang hormat tok imam, begitulah juga hormat guru. Sekarang nilai itu sudah berubah dan kita kena kembalikan.

Adakah hasrat murni Tan Sri melarang guru merotan sudah tercapai?

MURAD: Lain yang dicita lain yang jadi. Tujuan saya supaya suasana sekolah menjadi tenang. Biarlah bising sikit dalam darjah. Tak apa. Pelajar berada lapan jam di sekolah, mereka nak belajar dengan santai. Mereka tak boleh belajar dalam keadaan tertekan bila guru bawa rotan. Kita kena fikir bahawa kebanyakan pelajar dalam bilik darjah tidak ada tempat belajar di rumah mereka. Tempat belajar hanya di bilik darjah. Jadi, suasana belajar penting.

Satu lagi, disiplin dalam bilik darjah timbul selalunya kerana pelajaran membosankan. Kalau teknik pembelajaran itu menarik, belajar adalah menyeronokkan. Kerana itu guru kena lebih kreatif, semua ini memerlukan kepintaran dan kepakaran yang lebih tinggi dari dulu. Ini boleh dilakukan kalau diberi menggunakan inisiatif dan kreatif.

Adakah guru sekarang tidak berubah mengikut peredaran zaman?

MURAD: Tidak boleh berubah kerana tangan diikat. Mereka tidak ada kebebasan dan tidak boleh menggunakan daya usaha sendiri. Dalam dunia yang lain yang serba bebas, guru tidak diberi kebebasan mengajar. Kalau dibandingkan dengan zaman saya menjadi Ketua Pengarah Pelajaran, sekolah diberi autonomi yang secukupnya. Dalam banyak perkara pihak sekolah atau guru besar boleh membuat keputusan sendiri. Maka ia kelihatan ada kuasa yang lebih. Tetapi sekarang kuasa itu telah dikumpul dan kena merujuk kepada pihak atasan. Hinggakan satu perkara yang dulu boleh diputuskan oleh guru besar sekarang kena rujuk terlebih dulu kepada jabatan dan sebagainya. Tetapi ini tidak bermakna birokrasi itu tidak baik. Birokrasi ini sebenarnya untuk menentukan peraturan-peraturan dipatuhi. Kalau tidak ada peraturan pun akan huru-hara. Jadi, mestilah ada peraturan. Tetapi masalahnya terlalu banyak perkara yang tidak sepatut dirujuk kepada jabatan, terpaksa rujuk juga.

Apa masalahnya kalau banyak perkara mesti dirujuk kepada jabatan dan sebagainya?

MURAD: Masalahnya kalau guru besar kena merujuk terlampau banyak kepada jabatan, guru besar tidak boleh mengguna inisiatif sendiri. Bagi saya itu bukan mengecilkan kuasa pihak sekolah. Kuasa bukan masalah besar. Masalah yang besar ialah tidak boleh menggunakan inisiatif. Memang guru besar disuruh buat inisiatif tetapi pada masa yang sama dia kena merujuk kepada pihak atas walaupun perkara-perkara yang tidak sepatutnya dirujuk. Keadaan ini mewujudkan lebih banyak tekanan. Ini membuat guru besar lebih mirip sebagai pengurus yang menunggu arahan daripada bos.

Apa kaitannya birokrasi dengan masalah disiplin pelajar?

MURAD: Apabila disiplin pelajar terancam, pihak sekolah mengambil jalan selamat dengan mendiamkan saja perkara itu. Kalau dilaporkan kepada jabatan, nanti banyak masalah pula. Sebenarnya birokrasi ini bertujuan baik apa lagi dengan kurikulum yang semakin banyak dan pelajar kita mencapai lebih 300,000 orang. Sudah semestinya kita memerlukan satu peraturan. Tetapi ini tidak bermakna peraturan digunakan hingga over regulated hingga guru dan guru besar tidak dapat memainkan daya usaha mereka sendiri.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kesatuan guru dalam soal profesionalisme perguruan?

MURAD: Kesatuan bukan lagi memperjuangkan dari segi pembelajaran tetapi banyak di segi kebajikan guru-guru. Kita memang perlu kesatuan yang perjuangkan kebajikan tetapi soal profesionalisme juga penting apa lagi dalam keadaan profesionalisme perguruan yang makin menurun. Soal martabat guru suatu yang penting. Tugas guru bukan sekadar memberi pelajar-pelajar mereka lulus periksa tetapi mendidik dan menjadi penjaga pelajar di sekolah.

Tugas guru bukan semata-mata mengajar dan beri pengetahuan, tetapi bagaimana hendak memilih pengetahuan yang ada. Ini penting kerana benda yang dulunya payah tetapi sekarang menjadi mudah dengan adanya komputer.

Apabila disiplin menurun masyarakat menyalahkan guru. Apakah ini wajar?

MURAD: Tak wajar kita menyalahkan guru kalau keadaan mereka seperti yang saya katakan tadi. Mereka tidak ada kebebasan yang sewajarnya. Tambahan pula ada bilik darjah muat 50 pelajar. Memang kena perbetulkan. Kita kena berubah mengikut cabaran masa. Sebenarnya saya telah sarankan banyak kali supaya sistem sekarang dirombak semula. Tetapi masalahnya hendak dirombak semula bukannya senang. Lebih senang buat rumah baru daripada mengubah suai rumah lama yang kesudahannya rumah lama juga. Apabila Perdana Menteri menyuruh memperkasakan sekolah kebangsaan supaya sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama semua kaum, kita mesti mengkaji bagaimana untuk menarik semua kaum ke sekolah kebangsaan. Saya fikir tidaklah semudah mengajar Bahasa Mandarin di sekolah kebangsaan dengan harapan orang Cina memilih sekolah kebangsaan. Itu jalan mudah. Sekarang ini orang memberi tumpuan cara-cara belajar berbanding apa yang dipelajari. Cara-cara untuk mendapatkan pengetahuan dan juga bagaimana untuk memilih yang baik dan tak baik. Maknanya kita kena ambil tahu yang baik dan juga tidak baik.

Apakah pesanan Tan Sri kepada guru-guru?

MURAD: Sekarang semua perkara sudah berubah dan guru hendaklah mengubah cara-cara mendidik pelajar. Jangan bertindak keras macam dulu.
Pelajar tingkatan empat dakwa dicabul guru... Kes ini perlu disiasat akhbar sekali lagi jangan menjadi mahkamah. Nampak usaha halus macam mahu memperlekehkan institusi perguruan belum mencapai kepuasan agenda 'membelasah' oleh pihak pelapor. Sepatut pihak akhbar dan berwajib tangani ' kes iakn busuk bermula daripada kepala' Jangan digodam ekornya.

Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Bandar Darul Aman di sini, mendakwa dicabul guru di sebuah bilik sekolah itu sehingga mengakibatkannya trauma untuk kembali ke sekolah.

Mangsa ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini mendakwa, guru lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak mencabul kehormatannya selama kira-kira 15 minit dalam kejadian kira-kira 11.55 pagi Rabu lalu itu.

Menurutnya, ketika kejadian, guru berkenaan memaksa beliau masuk ke dalam sebuah bilik kecil di sebuah kelas lalu menyuruhnya duduk atas lantai lalu mula meramas tangan dan meraba paha.

“Saya merayu-rayu agar dilepaskan supaya boleh masuk ke kelas tetapi guru berkenaan berkata, saya hanya boleh pergi pada pukul 12.10 kerana dia juga perlu masuk mengajar.

“Ketika kami duduk atas lantai, dia menghulur RM15 dan menyuruh saya pergi mengambil gambar di kedai kerana dia mahukan gambar itu tetapi saya menolak dan terus merayu sambil tangannya terus menyentuh tangan dan paha saya,” katanya.

Mangsa menyambung, apabila loceng berbunyi pada pukul 12.10 guru berkenaan menyuruhnya berdiri lalu memeluk gadis itu dengan sebelah tangannya meramas buah dada mangsa.

Dakwanya lagi, guru itu sekali lagi memeluknya dengan kuat menyebabkan mangsa tidak dapat meronta lalu mencium mulutnya pula.

Sementara itu ibu mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian itu guru lelaki berkenaan membawa mangsa bersama seorang lagi rakan menaiki keretanya untuk menghantar kakak mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima pulang ke rumah kerana masalah kesihatan

Pelajar cekik guru dibuang sekolah ?



Bila mana Utusan Malaysia menjadi hakim, terhadap tindakan pihak sekolah membuang pelajar , istilah 'buang sekolah ' bagi mereka yang tidak mengetahui bererti buang terus tanpa bersekolah sampai bila-bila, dia akan hilang semua sekali. Makna hidup sudah tidak bermakna.
Sebenarnya undang-undang tidak begitu, pelajar ini bebas lepas boleh membuat rayuan dan insyallah akan diterima belajar ke sekolah lain pula. Biarlah dia seorang penjenayah ke, perogol ke, dan seumpama.
Tindakan atas kes berlaku tidak akan 'kasi pelajaran' kepada pelajar2 lain. Kekadang yang melawan guru inilah yang akan diangkat oleh golongan pelajar lain sebagai 'hero' atau 'pahlawan' bagi mereka. Malah bagi golongan ini akan jadi satu bualan atau bahan kebanggaan mereka dalam lipatan sejarah diri mereka.
Wahai, insan ibubapa yang berada diluar sana cuba fahami, jangan keterlaluan dalam menghukum. Belum reda kes ini, disensaikan seorang pelajar dicabul oleh guru di Kubang Pasu Kedah. Apa ni.....





Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan menolak seorang guru sehingga hampir jatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya dikenakan tindakan dibuang sekolah.



Bapa pelajar terbabit, Nordin Narkam, 56, memberitahu surat buang sekolah atas alasan masalah disiplin itu diserahkan kepadanya sewaktu dia dipanggil ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi, hari ini.



Menurutnya, dia diberitahu tindakan buang sekolah ke atas anaknya itu diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua serta pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).



Dia yang terkejut dengan tindakan serta-merta pihak sekolah, kecewa kerana hukuman ke atas anaknya diambil tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.



Apatah lagi anaknya, Daud, 19, menafikan perbuatannya kelmarin bertujuan mencederakan guru tersebut sebaliknya merupakan satu tindakan spontan ekoran salah faham.



“Apa yang dikesalkan saya dipanggil ke sekolah hari ini semata-mata untuk diberi surat buang sekolah malah anak saya tidak diberi sebarang peluang untuk membela diri atau berbincang.
“Walaupun anak saya nakal, berilah peluang untuk rayuan. Lagipun tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Nordin ketika ditemui di Kampung Makam di sini hari ini.



Nordin berpendapat tindakan pihak sekolah itu dibuat secara terburu-buru kerana dia dimaklumkan sebelum ini perkara tersebut tidak akan diperbesarkan sebaliknya diselesaikan di peringkat dalaman.



“Bagaimanapun, kira-kira pukul 5 petang semalam saya telah dihubungi polis meminta datang ke balai untuk memberi keterangan kerana guru terbabit telah terlebih dahulu membuat laporan,” katanya.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan kejadian seorang pelajar yang didakwa mencekik dan menolak jatuh seorang guru kerana enggan melakukan denda tekan tubi yang dikenakan terhadapnya serta dua lagi rakannya.



Dalam kejadian itu, guru wanita berkenaan pada mulanya memarahi sekumpulan sembilan pelajar yang membuat bising di dalam tandas sehingga mengganggu pembelajaran di kelasnya yang terletak berhampiran.



Mengimbas kejadian itu, Daud mendakwa dia enggan melakukan denda tekan tubi sewaktu diarahkan oleh guru wanita terbabit kerana lantai di kaki lima tempat mereka berada kotor dan basah ekoran limpahan air dari bilik tandas.



“Guru tersebut marah atas keengganan saya berbuat demikian lalu menarik tangan kiri saya sehingga terluka.



“Saya minta guru itu melepaskan tangan saya dengan berkata ‘sakit cikgu, tolong lepaskan tangan saya’ tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya yang turut menafikan menolak gurunya hingga hampir jatuh dari bangunan.



Sebaliknya dia mendakwa hanya menepis tangan gurunya kerana tidak tahan sakit akibat cengkaman tersebut tetapi secara tidak sengaja tangannya pula terkena leher guru terbabit.



Sementara itu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan siasatan kes seorang guru perempuan yang dicekik pelajar di Kota Tinggi, Johor semalam akan dilaksanakan secara adil dan kini diserahkan kepada timbalannya, Datuk Noh Omar.



‘‘Jangan ada pihak yang teraniaya dan kita tidak mahu berkompromi dalam hal sebegini,” tegasnya.

Saturday, July 28, 2007




Cekik leher, humban cikgu


Hari Metro laporkan, belum reda isu guru dera pelajar, hari ini tindakan sebaliknya berlaku, jika benarlah bagai yang dilaporkan, maka wajarlah kerajaan kena buat sesuatu dalam menangani masalah ini. Ini bukan lagi masalah kecil tetapi sudah serius, janganlah kita anggap kes ini sebagai terpencil, sebelum ramai lagi guru-guru akan menjadi mangsa elajar pula..



Gara-gara menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, mengalami trauma paling dahsyat sepanjang karier perguruannya apabila lehernya dicekik seorang daripada pelajar terbabit, kelmarin.Harian Metro difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising dalam tandas sekolah ketika guru berusia lingkungan 20-an itu sedang mengajar di kelas tingkatan tiga berdekatan.

Tindakan pelajar terbabit mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan menyebabkan guru itu menegur perbuatan mereka, namun sebaliknya mereka mengejek dan mempermainkan guru terbabit.Ini menyebabkan guru itu berasa dirinya tidak dihormati dan mengarahkan kumpulan pelajar terbabit keluar dari tandas sebelum didenda ketuk ketampi.Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar terbabit melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.Tindakan pelajar terbabit membahayakan keselamatan guru itu kerana mereka berada di tingkat paling atas bangunan sekolah berkenaan dan memungkinkan kejadian tidak diingini berlaku.Kejadian itu turut dilihat seorang guru wanita lain yang menjerit mengarahkan pelajar terbabit menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan hingga dimarahi seorang guru lelaki sejurus kemudian.
Akibat kejadian itu, guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang tahun lalu dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu, terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan Pejabat Pelajaran Daerah.Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjutan di Hospital Kota Tinggi malam tadi, kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurutnya, pihaknya sudah memanggil ibu bapa dan pelajar terbabit serta bersemuka dengan guru berkenaan, malam tadi.
Namun, katanya, kertas siasatan masih dibuka bagi menjalankan siasatan atas permintaan guru itu.Sehingga kini, katanya, pihaknya tidak tahu sama ada pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin atau tidak, namun akan menjalankan siasatan terperinci.“Kami memandang serius kejadian ini kerana akibat dicekik dan ditolak ke dinding, guru berkenaan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana bengkak leher.“Bagaimanapun, semuanya bergantung pada guru berkenaan sama ada ingin meneruskan atau menarik balik laporan. Buat masa ini, kami tetap jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.Sementara itu, guru berkenaan enggan ditemubual kerana khuatir masa depan kariernya, selain tidak mahu menjejaskan siasatan polis.
Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon gagal dihubungi kerana mengikuti Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007 di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur, malam tadi.



Cekik leher, humban cikgu


Hari Metro laporkan, belum reda isu guru dera pelajar, hari ini tindakan sebaliknya berlaku, jika benarlah bagai yang dilaporkan, maka wajarlah kerajaan kena buat sesuatu dalam menangani masalah ini. Ini bukan lagi masalah kecil tetapi sudah serius, janganlah kita anggap kes ini sebagai terpencil, sebelum ramai lagi guru-guru akan menjadi mangsa elajar pula..



Gara-gara menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, mengalami trauma paling dahsyat sepanjang karier perguruannya apabila lehernya dicekik seorang daripada pelajar terbabit, kelmarin.Harian Metro difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising dalam tandas sekolah ketika guru berusia lingkungan 20-an itu sedang mengajar di kelas tingkatan tiga berdekatan.

Tindakan pelajar terbabit mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan menyebabkan guru itu menegur perbuatan mereka, namun sebaliknya mereka mengejek dan mempermainkan guru terbabit.Ini menyebabkan guru itu berasa dirinya tidak dihormati dan mengarahkan kumpulan pelajar terbabit keluar dari tandas sebelum didenda ketuk ketampi.Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar terbabit melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.Tindakan pelajar terbabit membahayakan keselamatan guru itu kerana mereka berada di tingkat paling atas bangunan sekolah berkenaan dan memungkinkan kejadian tidak diingini berlaku.Kejadian itu turut dilihat seorang guru wanita lain yang menjerit mengarahkan pelajar terbabit menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan hingga dimarahi seorang guru lelaki sejurus kemudian.
Akibat kejadian itu, guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang tahun lalu dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu, terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan Pejabat Pelajaran Daerah.Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjutan di Hospital Kota Tinggi malam tadi, kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurutnya, pihaknya sudah memanggil ibu bapa dan pelajar terbabit serta bersemuka dengan guru berkenaan, malam tadi.
Namun, katanya, kertas siasatan masih dibuka bagi menjalankan siasatan atas permintaan guru itu.Sehingga kini, katanya, pihaknya tidak tahu sama ada pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin atau tidak, namun akan menjalankan siasatan terperinci.“Kami memandang serius kejadian ini kerana akibat dicekik dan ditolak ke dinding, guru berkenaan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana bengkak leher.“Bagaimanapun, semuanya bergantung pada guru berkenaan sama ada ingin meneruskan atau menarik balik laporan. Buat masa ini, kami tetap jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.Sementara itu, guru berkenaan enggan ditemubual kerana khuatir masa depan kariernya, selain tidak mahu menjejaskan siasatan polis.
Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon gagal dihubungi kerana mengikuti Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007 di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur, malam tadi.
Media Cina, India tidak galak muhibah

SEJAK kebelakangan ini isu perkauman dan perbezaan kaum tertonjol lagi. Tetapi apa yang dibincangkan oleh pihak tertentu dan orang awam sebenarnya bukan isu baru. Ia adalah isu lama yang sudah basi tetapi belum lagi diatasi.

Kenapa menjelang kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 kita dihadapkan dengan masalah seperti ini? Sepatutnya sekarang masalah perkauman dan perpisahan kaum tidak wujud lagi.
Kenapa agaknya berlaku masalah seperti ini?

Ada banyak sebab tetapi salah satu daripada masalah utama ialah media Cina dan India.
Apakah yang telah dilakukan oleh akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia yang boleh dianggap sebagai tidak menggalakkan perpaduan dan semangat muhibah?

Sebabnya ialah hampir seratus peratus kandungannya mengenai hiburan dan sosial mengenai Hong Kong dan India (Mumbai dan Chennai).

Sebenarnya ini tidak salah, tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa mesti akhbar dan majalah Cina dan India ini membudayakan secara keterlaluan bahan hiburan dari negara asing?

Dan kenapa pula sehingga sekarang tidak ada sebuah akhbar dan majalah Cina dan India yang menyiarkan berita tentang dunia hiburan dan kesenian Melayu.

Malah penolakan kesenian dan kebudayaan Melayu oleh media Cina ini boleh dianggap sebagai salah satu sebabnya masyarakat Cina dan India di Malaysia tidak terdedah dengan kehadiran kesenian dan kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Adalah tidak munasabah kalau akhbar dan majalah Cina dan India ‘memboikot’ filem, teater, muzik dan kesenian Melayu dan tidak mendedahkan pembaca dan masyarakat mereka untuk mengenalinya.
Ini juga dapat dilihat dalam penerbitan siri drama Cina dan India tempatan di mana watak Melayu tidak wujud langsung.

Tidakkah ini juga boleh dijadikan alasan kenapa masyarakat atau penonton Cina dan India rasa masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat asing?

Sepatutnya stesen televisyen tempatan sudah lama tidak menggalakkan penyiaran siri drama dari Hong Kong atau India. Apa yang harus dilakukan ialah semua drama televisyen tempatan dalam bahasa Cina dan India mesti dikeluarkan oleh penerbit tempatan.

Sudah tiba masanya drama dari Hong Kong dan India tidak disiar oleh televisyen tempatan.
Dan semua siri drama mesti mempunyai watak-watak berbilang kaum supaya penonton dari kecil lagi dapat melihat masyarakat Malaysia dalam siri drama.

Ini boleh mencorakkan pemikiran mereka untuk berfikir sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak sahaja sebagai orang Cina atau India.
Drama dan filem Melayu sering menampilkan watak Cina dan India dan ini telah sedikit sebanyak menggalakkan perpaduan kaum.
Dalam awal dekad 1980-an dulu saya pernah melihat anak Cina dan India menonton filem Melayu di pawagam. Tetapi oleh sebab mereka telah tidak digalakkan oleh media syarikat keturunan Cina dan India yang menggembar-gembur bahan hiburan dari Hong Kong dan India tanpa memberi publisiti kepada filem Melayu, maka minat orang Cina dan India tempatan terhadap filem tempatan sudah berkurangan.

Saya berani berkata di sini bahawa media bukan Melayulah yang merupakan salah satu faktor kenapa terdapat masalah perpecahan kaum di Malaysia sekarang.

Jadi saya syorkan kepada kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi memastikan akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia supaya tidak memberi publisiti terlalu meluas kepada bahan hiburan dari Hong Kong dan India.

Dalam konteks ini saya syorkan semua surat khabar dan majalah mempunyai ruang khas untuk membincangkan kebudayaan dan kesenian, muzik dan filem tempatan supaya pembaca dan masyarakat Cina dan India terdedah dengan kegiatan seni dan kebudayaan kita.

Ini dapat dilihat dalam akhbar dan majalah Melayu yang sering menyiarkan berita tentang kebudayaan dan kesenian Cina dan India. Tetapi sebaliknya tidak berlaku.

Cuma dengan memahani kebudayaan dan kesenian tempatan kita boleh wujudkan satu masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat muhibah.

– MANSOR PUTEH,
Kuala Lumpur.
Media Cina, India tidak galak muhibah

SEJAK kebelakangan ini isu perkauman dan perbezaan kaum tertonjol lagi. Tetapi apa yang dibincangkan oleh pihak tertentu dan orang awam sebenarnya bukan isu baru. Ia adalah isu lama yang sudah basi tetapi belum lagi diatasi.

Kenapa menjelang kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 kita dihadapkan dengan masalah seperti ini? Sepatutnya sekarang masalah perkauman dan perpisahan kaum tidak wujud lagi.
Kenapa agaknya berlaku masalah seperti ini?

Ada banyak sebab tetapi salah satu daripada masalah utama ialah media Cina dan India.
Apakah yang telah dilakukan oleh akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia yang boleh dianggap sebagai tidak menggalakkan perpaduan dan semangat muhibah?

Sebabnya ialah hampir seratus peratus kandungannya mengenai hiburan dan sosial mengenai Hong Kong dan India (Mumbai dan Chennai).

Sebenarnya ini tidak salah, tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa mesti akhbar dan majalah Cina dan India ini membudayakan secara keterlaluan bahan hiburan dari negara asing?

Dan kenapa pula sehingga sekarang tidak ada sebuah akhbar dan majalah Cina dan India yang menyiarkan berita tentang dunia hiburan dan kesenian Melayu.

Malah penolakan kesenian dan kebudayaan Melayu oleh media Cina ini boleh dianggap sebagai salah satu sebabnya masyarakat Cina dan India di Malaysia tidak terdedah dengan kehadiran kesenian dan kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Adalah tidak munasabah kalau akhbar dan majalah Cina dan India ‘memboikot’ filem, teater, muzik dan kesenian Melayu dan tidak mendedahkan pembaca dan masyarakat mereka untuk mengenalinya.
Ini juga dapat dilihat dalam penerbitan siri drama Cina dan India tempatan di mana watak Melayu tidak wujud langsung.

Tidakkah ini juga boleh dijadikan alasan kenapa masyarakat atau penonton Cina dan India rasa masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat asing?

Sepatutnya stesen televisyen tempatan sudah lama tidak menggalakkan penyiaran siri drama dari Hong Kong atau India. Apa yang harus dilakukan ialah semua drama televisyen tempatan dalam bahasa Cina dan India mesti dikeluarkan oleh penerbit tempatan.

Sudah tiba masanya drama dari Hong Kong dan India tidak disiar oleh televisyen tempatan.
Dan semua siri drama mesti mempunyai watak-watak berbilang kaum supaya penonton dari kecil lagi dapat melihat masyarakat Malaysia dalam siri drama.

Ini boleh mencorakkan pemikiran mereka untuk berfikir sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak sahaja sebagai orang Cina atau India.
Drama dan filem Melayu sering menampilkan watak Cina dan India dan ini telah sedikit sebanyak menggalakkan perpaduan kaum.
Dalam awal dekad 1980-an dulu saya pernah melihat anak Cina dan India menonton filem Melayu di pawagam. Tetapi oleh sebab mereka telah tidak digalakkan oleh media syarikat keturunan Cina dan India yang menggembar-gembur bahan hiburan dari Hong Kong dan India tanpa memberi publisiti kepada filem Melayu, maka minat orang Cina dan India tempatan terhadap filem tempatan sudah berkurangan.

Saya berani berkata di sini bahawa media bukan Melayulah yang merupakan salah satu faktor kenapa terdapat masalah perpecahan kaum di Malaysia sekarang.

Jadi saya syorkan kepada kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi memastikan akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia supaya tidak memberi publisiti terlalu meluas kepada bahan hiburan dari Hong Kong dan India.

Dalam konteks ini saya syorkan semua surat khabar dan majalah mempunyai ruang khas untuk membincangkan kebudayaan dan kesenian, muzik dan filem tempatan supaya pembaca dan masyarakat Cina dan India terdedah dengan kegiatan seni dan kebudayaan kita.

Ini dapat dilihat dalam akhbar dan majalah Melayu yang sering menyiarkan berita tentang kebudayaan dan kesenian Cina dan India. Tetapi sebaliknya tidak berlaku.

Cuma dengan memahani kebudayaan dan kesenian tempatan kita boleh wujudkan satu masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat muhibah.

– MANSOR PUTEH,
Kuala Lumpur.
Isyarat kebangkitan Taliban... kita terlalu takutkan , dan jangan kita menjadi talibarut dalam memberi agenda Islam itu ganas dan memperlekehkan islam yang cuba diperjuangkan oleh kumpulan Taliban, kerana mereka lebih memahami dengan bumi dan tanah air mereka. Kita pun jika pihak lain mengatakan itu dan ini terhadap negara kita , kita akan melenting, tambahan gamabaran yang kita papar kan itu berdasarkan pengamatan dan pembacaan daripada bacaan bahan dan maklumat daripada pihak-pihak yang 'lemah' nilai beritanya. Jsuteru kita patut berhati-hati , janaglah kita memparahkan gambaran umat seagama kerana Islam yang kita bawa ini , kita anggap baik.... fikir-fikirkanlah ..

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

INSIDEN penculikan yang membabitkan 22 rakyat Korea Selatan oleh kumpulan Taliban memberi rasa gusar yang cukup hebat buat kerajaan di Seoul.

Tekanan semakin meningkat apa lagi selepas diberitakan kelmarin bahawa sekumpulan Taliban berkenaan yang menjadikan mereka sebagai tebusan, telah mencabut nyawa seorang rakyat Korea Selatan itu.

Laporan menyebut, seorang rakyat Korea Selatan ditembak mati dengan banyak kesan peluru dilihat di badan mangsa.

Dapat difahami mengapa utusan khas daripada kalangan diplomat kanan Korea Selatan terpaksa dihantar ke Afghanistan bagi rundingan menyelamatkan nyawa baki tebusan-tebusan terbabit. Jelas sekali, Seoul mahu menamatkan segera ‘penderaan’ itu dan menyelamatkan nyawa warga mereka.
Sebelum ini bukan tiada peristiwa sebegitu, maksudnya, penculikan di kalangan warga asing oleh Taliban. Cumanya, sebelum ini ia tidak dilaporkan sedemikian besar seperti yang terjadi pada 22 warga Korea Selatan itu.
Laporan BBC News menyebut, sebelum ini terdapat juga warga asing diculik kumpulan Taliban termasuk rakyat Itali dan Denmark. Mereka dilepaskan dengan selamat selepas permintaan Taliban untuk membebaskan rakan-rakan mereka dalam tahanan ditunaikan.

The Associated Press (AP) pula menyebut bahawa penculikan warga asing merupakan satu dasar yang dirasakan berkesan oleh Taliban untuk menjadi tukaran kepada matlamat mereka - membebaskan saki-baki anggota Taliban yang ditahan di penjara baik di Afghanistan atau Pakistan.

Tetapi peristiwa yang menimpa warga Korea Selatan yang terjadi awal minggu ini cukup menyerlah satu perkara iaitu Taliban bangkit semula, kalaupun tidak menggila, di Afghanistan.
‘‘Tepat istilah itu, kebangkitan semula Taliban. Kumpulan ini tidak lenyap walaupun sudah dikalahkan dalam perang dikepalai Amerika Syarikat (AS) pada penghujung tahun 2001. Mereka cuma berundur untuk bersembunyi sementara. Tiba masanya mereka keluar semula,’’ kata penganalisis pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Raja Datuk Abdul Rashid Raja Badiozaman semasa diminta mengulas mengenai peristiwa yang terkini berlaku di Afghanistan.
Beliau yang juga bekas Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu memberitahu, ada beberapa sebab mereka (kumpulan Taliban) muncul atau bangkit semula.
Pertamanya, kerajaan pimpinan Presiden Hamid Karzai pada masa ini lemah dan terbukti tidak boleh atau ada upaya membela nasib rakyat bagi membangunkan ekonomi dan negara.

Sebagai contoh, tahun lepas sahaja lebih seribu rakyat Afghanistan maut. Nyawa sepertiga daripadanya melayang dalam serangan ke atas Taliban. Sasarannya terhadap Taliban, tetapi mangsa korban kebanyakannya ialah orang awam. Kira-kira 230 rakyat Afghanistan tidak berdosa maut dalam serangan udara oleh pasukan tentera AS dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sejak Mac lepas, sekurang-kurangnya enam insiden di mana askar-askar Barat di bawah pemerintah Amerika didakwa membunuh orang awam Afghanistan. Enam insiden itu melibatkan lebih 135 kematian dan kecederaan teruk serta ringan berpuluh-puluh yang lain.
Menurut Palang Merah, pengeboman pasukan AS di barat Afghanistan bulan lepas memusnahkan kira-kira 170 buah rumah sekali gus mengakibatkan hampir 2,000 orang penduduk di empat kampung kehilangan tempat tinggal.
Siapa yang menjadi sasaran kemarahan di atas kematian-kematian tidak sepatutnya itu? Tidak lain dan tidak bukan Hamid yang wajar memikul tanggungjawab itu.
‘‘Kemalangan jiwa di kalangan orang awam yang semakin bertambah, bukan berkurangan telah membangkitkan sejumlah besar rakyat Afghanistan menentang kira-kira 45,000 pasukan AS dan NATO di negara itu. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan selain mendesak satu usul di Parlimen diluluskan bagi menetapkan satu tarikh untuk pengunduran,’’ kata Raja Abdul Rashid.
Keadaan yang masih tidak selamat itu menyebabkan cabang ekonomi tidak boleh tumbuh atau diperluaskan. Ini membawa pula kepada gambaran kelemahan kerajaan Hamid.
‘‘Dengan itu ia membuka ruang untuk Taliban bertapak dan menguasai hati rakyat Taliban yang kesabaran mereka semakin menipis.’’

Kegagalan pihak tentera asing untuk mengawal keadaan dan keselamatan menyeluruh serta pasukan tempatan yang tidak dibentuk dengan taraf kebolehan yang sepatutnya memainkan peranan utama dalam operasi kebangkitan Taliban.

Ini bererti pasukan tempatan sepatutnya dibekalkan dengan kelengkapan atau kemudahan yang canggih bukannya senjata-senjata kuno tidak setanding lagi. Perlu diingatkan, kumpulan Taliban ada memiliki senjata dan berkeupayaan untuk bertindak balas kerana pengalaman mereka dalam menentang Soviet sebelum ini.

Ketiganya Taliban dibangunkan semula dengan bantuan senjata dan kelengkapan oleh Osama bin Laden, yang bersembunyi di Pakistan tetapi masih kuat rangkaian hubungannya di Afghanistan.
Ini dikuatkan pula dengan sumber keanggotaan daripada madrasah di Pakistan yang tersedia pada bila-bila masa. Kita masih belum lupa berita mengenai tindakan menggempur secara besar-besaran di Masjid Lal, Islamabad di Pakistan pada minggu lepas di mana ia ada kaitan dengan Al-Qaeda dan Taliban.

Di masjid berkenaan sebelum ini pun telah digunakan sebagai markas untuk melatih atau mencari rekrut-rekrut bagi peperangan menentang Soviet.

Kehidupan yang menghimpit rakyat Afghanistan dan menjadikannya semakin terpencil daripada dunia memberi kelebihan dan memihak kepada Taliban. Jangan tidak faham, Taliban tidak akan bangkit jika tiada sokongan. Itu adalah hukumnya.

‘‘Rakyat yang kecewa dan putus asa dengan kerajaan sedia ada mudah untuk termakan simpati lalu memberi sokongan pada Taliban. Masa keemasan itu direbut segera dan digunakan sebolehnya oleh Taliban.’’

Sementara itu, kalaupun Taliban itu bangkit semula, bolehkah momentum itu kekal dan memberi tamparan hebat buat pemerintah di Afghanistan atau dunia amnya?

Dalam hal ini, terbukti sekali insiden yang menimpa warga Korea Selatan tentunya menjadi tekanan buat kerajaan Afghanistan dan pimpinan Hamid. Tetapi di peringkat dunia, mereka cuma mahu menyampaikan pesan bahawa Taliban masih hidup lagi.

Falsafah mereka ialah mahu supaya kewujudan mereka itu dirasai, bukan dilupai.
Dengan perkataan lain, mereka mahu dunia tahu mereka masih ada dan berkeupayaan mencetuskan sesuatu. Lalu, ertinya ialah Taliban tidak boleh diperlekehkan sama sekali dan mereka bukan dilumpuhkan terus sejak tahun 2001.

Oleh itu, ia pula membawa makna perang ke atas Taliban perlu diteruskan, jika dibiarkan tidak mustahil mereka boleh menggugat kerajaan yang ada. Ini tidak direstui oleh Hamid dan Barat, khususnya AS, selain Pakistan.
Namun, cerdiknya Taliban ialah kerana masa yang mereka pilih untuk ‘bangkit semula’ sangat sesuai, iaitu ketika ingatan dunia semakin tumpul pada Afghanistan sebaliknya tajam di Iraq, Iran dan sebagainya.
‘‘Tetapi sayangnya, sasaran mereka iaitu warga asing Korea Selatan tidak begitu tepat untuk menjadi tekanan kuat sebagai tukaran kehendak mereka.’’
Keadaannya mungkin berbeza jika warga Barat dijadikan tebusan oleh kumpulan Taliban itu.
Membaca tulisan dan bahasan penulis dalam rencana UM pada hari ini dalam soal didiplin pelajar masa kini, adalah satu lontaran yang 'memahami' soaln menajdikan anak-anak kita ke arah memanusiakan mereka.
Masyarakat janganlah kketerlaluan menakutkan dan memberi gambaran bahawa 'guru pendera, guru itu dan ini, janganlah kita hancurkan masa depan generasikan dengan meletakan label dan palftform bagi profesion ini begitu menakutkan. Tiada pihak terutama menteri yang bangun memaklumkan bahawa kes ini adalah kes terpencil, rasionallah dan merasionalkan masyarakat, jangan takutkan dan kita undang masalah ke arah ke hancuran masa depan genarasi kita ...... Lihat ulasan herhemah hari ini ......
Menilai pendekatan hukuman disiplin


KENAPA guru asyik dipersalahkan apabila mengambil tindakan fizikal memperbetulkan disiplin pelajar di bawah jagaan mereka? Tetapi apabila murid atau pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM, berapa ibu bapa datang ke sekolah menghulurkan tangan dan mengucapkan tahniah atau terima kasih kepada guru?

Dalam bulan Julai ini sahaja, isu guru dan pelajar hangat dibicarakan. Masyarakat amat teruja mencari kesilapan dan salah laku guru terhadap pelajar. Biasanya pendedahan ini diwarnai dengan pandangan beremosi dan sebahagian bersifat negatif dan tidak menyumbang kepada kemajuan pendidikan negara.

Kerap kali apabila laporan masalah salah laku guru terhadap pelajar didedahkan, tanpa kita sedar moral golongan pendidik yang terlibat dan guru lain amnya turut terjejas.

Banyak pengajaran daripada isu pelajar perempuan Sekolah Menengah Bawang Assan, Sibu, Sarawak yang direndam di dalam kolam sekolah tersebut gara-gara tidak mengendah arahan jangan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas asrama. Ada mesej tersurat dan tersirat dalam kaedah mendidik dan mendisiplinkan pelajar yang degil.

Apa pun tanggapan salah sebelum ini kepada guru asrama, Wee Yim Pien, ia membuka satu dimensi baru terhadap pendekatan yang wajar diambil ke atas pelajar bermasalah dan degil supaya patuh mengikuti disiplin sekolah.

Hakikatnya sekarang, guru juga patut diberi peluang menggunakan pendekatan tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anak bangsa, asalkan ia tidak memudaratkan mental dan fizikal pelajar. Guru pun manusia biasa yang tahu mana yang baik dan yang tidak baik. Lantaran itu, tindakan guru mendisiplinkan usah diperlekehkan oleh masyarakat.

Kini kebanyakan ibu bapa menyedari betapa penting sokongan moral mereka kepada guru-guru yang berdedikasi mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang kreatif, berdaya saing dan berdisiplin.

Untuk berdepan dengan pelajar yang mempunyai seribu macam kerenah dan masalah disiplin, bukan mudah. Apatah lagi menyelesaikannya kecuali guru itu tabah dan berani menggunakan segala kemampuan dan kreativiti mereka.

Episod guru didakwa mendera pelajar sekolah tidak mungkin akan lenyap selepas ini. Apa yang dilakukan oleh Yim Pien mungkin menjadi ikutan guru atau guru asrama lain untuk mendisiplinkan pelajar.

Adakah para ibu bapa dan penjaga akan dapat menerima hukuman seumpama itu terhadap salah laku anak-anak mereka? Bagaimana jika hukuman seumpama ini diambil oleh guru, apakah Kementerian Pelajaran yang mengambil tindakan ke atas guru berkenaan?

Hakikat yang tidak dapat ditepis ialah peluang untuk guru dicemuh tetap ada. Ini kerana ibu bapa sekarang banyak yang sudah hilang rasa hormat terhadap profesion guru.

Mereka perlu sedar amat berat tanggungjawab seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan ratusan perangai pelajar. Sedangkan ibu bapa yang hanya melayan kerenah misalnya dua hingga enam orang anak pun sudah ‘angkat tangan’ daripada mendisiplinkan anak sendiri.
Bila ada orang merasakan dia kuat, bila ada kuasa besar yang merasakan dia kuat, bila dunia melihat kuasa besar barat kuat daripada kuasa Islam, walaupun realiti kini begitu sepatutnya para ilmuan mesti 'mencanai' dan memprogramkan agar kebangtkitan kuasa Islam itu dibangkitkan, sebagai umat Islam sekurang-kurang kita berjuang melalui ruang dan peluang yang sedia ada pada kita, kita takut apa yang mahu kita akan jawab depan Allah, apakah sumbangan kita sebagai umat Islam dalam memperjuangkan Islam. Umapama tulisan di bawah ini kot-kot mana mesti kita kaitkan dengan kuasa Islam, mari kita ikuti kupasan dan analisis ikhlas penulis ini dalam Utusan Msia pada hari ini.... di bawah tajuk rencana yang berbunyi
Rusia kembali saingi AS
Oleh: MD. SHUKRI SHUIB

Kebangkitan Rusia sebagai satu kuasa alternatif kepada Amerika Syarikat (AS) dilihat sebagai satu keperluan dalam dunia global masa kini. Dunia kini nampaknya semakin didominasi oleh struktur mutlak yang memihak kepada satu kuasa unilateral iaitu AS dan sekutunya. Jika sewaktu era Perang Dingin, persaingan AS dan Kesatuan Soviet (USSR) dilihat telah membentuk satu dua yang seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu blok demokrasi yang didukung AS dan blok komunis di bawah dokongan pengaruh Soviet.

Namun, selepas kejayaan blok demokrasi meruntuhkan Kesatuan Soviet yang mengepalai blok komunis pada dekad 1990-an, maka satu persatu negara komunis berubah ideologi. Akhirnya, dunia hanya tinggal China, Korea Utara, Cuba serta Vietnam yang ketara dengan sifat komunis-sosialis mereka. Blok komunis yang menjadi alternatif kepada dunia pada masa tersebut, dan merupakan musuh ketat kepada AS serta sekutunya telah berjaya dimusnahkan.

Pasca Perang Dingin memperlihatkan AS terpaksa mencari musuh baru bagi dijadikan sebagai bahan propaganda serta demi memastikan industri persenjataan mereka terus hidup, maka Islam dinobatkan sebagai satu ancaman kepada blok Barat yang diketuai AS. Akhirnya satu Perang Dingin yang baru bermula secara rasmi sejak 11 September 2001 dinobatkan. Islam disinonimkan dengan keganasan, yang akhirnya mewujudkan sentimen negatif serta menjadi satu fobia di dunia Barat. Islamofobia merebak bukan sahaja di dunia Barat tetapi juga keseluruh dunia secara global. Maka, wujud masalah baru kepada dunia. Perang Dingin terus berlaku, dengan aktor yang berlainan.

Bagi Tun Dr. Mahathir, bagi membendung kerakusan Barat yang memperlihatkan ketuanan AS yang semakin tidak terkawal, terutamanya dalam diskriminasi terhadap dunia Islam, maka Rusia dicadangkan agar segera mengukuhkan situasi politik dan bersedia bangun untuk menjadi kuasa besar semula sebagai mengimbangi kekuatan AS dalam percaturan politik dunia. Ini jelas digambarkan sewaktu berucap di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Kuala Lumpur sebelum beliau bersara pada Oktober 2003.

Kebangkitan Rusia sebagai satu kuasa alternatif adalah berkaitan rapat dengan beberapa faktor. Dua faktor utama kenapa Rusia mampu menjadi kuasa pengimbang kepada AS adalah kerana faktor sejarah itu sendiri. Sejarah telah menunjukkan bahawa Rusia yang dahulunya Kesatuan Soviet begitu efektif dalam memastikan selama hampir 50 tahun AS terpaksa memikirkan dengan mendalam kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan dalam percaturan negara tersebut di arena antarabangsa.

Kini, tanpa kehadiran kuasa pengimbang, maka setiap keputusan dibuat tanpa perlu berfikir panjang, dan diimplementasikan tanpa limitasi dan batasan tertentu. AS seolah-olah polis dunia secara tidak rasmi.

Keduanya, Rusia mampu menjadi penimbang kepada AS disebabkan oleh faktor kekuatan pertahanan serta keupayaan pengaruh yang masih dimiliki oleh bekas kuasa besar tersebut. Dengan memiliki kuasa veto serta menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, Rusia mampu memberikan pengaruh besar kepada setiap keputusan oleh badan dunia tersebut.

Berbanding China, Rusia dilihat lebih berani berkonfrontasi serta berkeupayaan untuk bertindak, berlawanan dengan AS dan sekutunya. China dilihat dalam perspektif politik antarabangsa, adalah aktor gergasi yang senyap serta sering mengambil sikap tertutup dalam setiap pengundian di Majlis Keselamatan PBB. Ini merugikan masyarakat antarabangsa yang sebelumnya mengharapkan China mampu muncul sebagai alternatif kepada AS.

Berbanding Rusia, China adalah kuasa yang lebih berorientasikan kewangan berbanding politik. Sekiranya Rusia mampu berkembang pesat, serta memiliki keupayaan kewangan yang stabil, tidak mustahil AS akan berhadapan dengan satu kuasa pengimbang yang cukup hebat dalam membentuk semula geopolitik antarabangsa yang kini dilihat sebagai anarki atau tidak berperaturan.

Tindakan AS memperluaskan jaringan pertahanan negara tersebut meliputi rantau Eropah Timur yang jelas bersempadan dengan Rusia memperlihatkan ia sebagai satu ancaman ke atas negara bekas Kesatuan Soviet tersebut. Konfrontasi antara Vladimir Putin dan George W. Bush pada persidangan negara maju, Kumpulan 8 baru-baru ini memperlihatkan kepada dunia, bahawa Rusia semakin tidak senang dengan tindak-tanduk AS yang semakin berani memperluaskan hegemoninya sehingga mampu membentuk jaringan kuasa meliputi negara-negara yang dahulunya sekutu rapat bagi Rusia itu sendiri.

Rusia melahirkan secara terang-terangan sikap kontra serta dengan jelas menentang keras setiap rancangan AS bagi menempatkan perisai peluru berpandu di Poland dan Republik Czech yang dilihat memagari Rusia dalam bentuk persenjataan serta dengan mudah ia akan mendedahkan Rusia kepada ancaman AS.
Rusia yang begitu bimbang akan kepungan doktrin strategi keselamatan AS melalui penempatan sistem pertahanan di bawah rancangan sistem pertahan baru anjuran AS di Eropah Timur telah memperlihatkan sikap kontra Rusia menerusi kepimpinan Presiden Putin yang akan bersara 2008 ini.
Dalam tempoh hampir bersara, Putin mengambil langkah drastik bagi memastikan Rusia tidak terancam dengan doktrin peluasan kuasa AS di mana pada 15 Julai 2007, Putin bertindak membatalkan penyertaan Rusia dalam Perjanjian Tentera Konvensional Eropah (CFE) yang bermatlamatkan sebagai satu mekanisme bagi mengawal senjata di Eropah yang ditaja AS serta Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Tindakan tersebut juga dengan jelas menunjukkan bahawa Rusia tidak lagi terikat dengan sebarang komitmen dalam perjanjian kawalan senjata yang sebelum ini disertainya. Walaupun tindakan tersebut dibantah AS dan NATO, namun ketegasan Rusia untuk terus menidakkan bantahan tersebut memberikan isyarat kepada dunia bahawa Rusia kini sedang mengorak langkah menempatkan semula kedudukannya sebagai pemain terpenting di arena politik antarabangsa setelah sekian lama mendiamkan diri sejak tamatnya Perang Dingin di Eropah pada 1990.
Dengan peningkatan bajet pertahanan Rusia sebanyak 29 peratus berbanding tahun kewangan 2006, tahun 2007 memaparkan satu peningkatan usaha bagi memartabatkan semula kedudukan strategi pertahanan negara bekas komunis tersebut.
Tindakan Rusia di era Putin yang dilihat semakin rapat dengan OIC serta juga mahu menganggotai Komuniti Asia Timur (EAC) yang dicadangkan ASEAN dilihat mampu memberikan impak berkesan kepada perubahan geo politik dunia yang didominasi AS masa kini. Rusia jelas alternatif baru dalam politik antarabangsa.
Masyarakat dunia kini sedang melihat Rusia, dan bagi Barat, ia sebagai ancaman, namun, bagi dunia yang sedang tertindas, Rusia adalah alternatif kuasa kepada anarki AS masa kini.
- MD. SHUKRI SHUIB ialah Pensyarah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

Thursday, July 26, 2007

Guru Oh Guru !!!! Baikkah mu atau salah ertikah mereka ?



Antara berita elektronik dan akhbar cetak dalam UM dilaporkan ..Warden, ibu bapa bermaaf-maafan. Oklah tu, namun dalam Buliten TV3 semalam, diberitakan guru (warden) memohon maaaf atas kesilapannya.


Dari sudut ,, berita apalah sangat, dari segi kesan psikologinya, jika diperhalusi nampak jelas biasanya orang yang mohon maaf tu lah yang menjadi punca, justeru dialah yang memohon maaf. Maka jelaslah di sini guru tadi tampak mudahnya salah dan dipersalahkan, janganlah dibaca dari mana sudut niat apa yang mahu dilaporkan. Kesan jangka panjang berita tadi , akan masuk ke dalam minda rakyat, jelas guru sekarang cukup bermasalah dan wajarlah mereka dipersalahkan dalam menangai masalah disiplin pelajar.


Guru, jika bercakap banyak dan berungut banyak mestilah ditempelak ngapa pilih kerja itu. Teringat kata penulis dan M Thalinian dan pesanan Dato Murad Mohd Noor, menjadi legalah sedikit perasaan guru.


Menteri Pelajaran cuma dua tiga hari ini , nada dah berubah, berbanding dengan hari pertama, tampak Noh Omar lebih hebat dan kedepan daripada Menteri Pelajaran sendiri.



MAAF... Wee Yim Pien (dua dari kiri) memeluk salah seorang ibu pelajar yang dipaksanya berendam di dalam kolam minggu lalu pada perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, Sarawak, semalam.
KUCHING 25 Julai – Kes warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu yang mengarahkan 200 pelajar wanita sekolah itu berendam dalam kolam diselesaikan secara baik hari ini selepas warden tersebut memohon maaf kepada ibu bapa para pelajar itu atas perbuatannya.
Warden wanita itu, Wee Yim Pien, memohon maaf kepada ibu bapa pelajar terbabit dalam satu pertemuan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan di Sibu pagi ini.
Shahsinshah Han, wakil khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar yang turut menghadiri perjumpaan itu berkata, guru terbabit memohon maaf dan mengakui kesilapannya.
Ibu bapa dan wakil PIBG sekolah tersebut menerima permohonan maaf guru itu yang dibuat pada satu majlis perjumpaan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni.
‘‘Dengan permohonan maaf daripada guru itu, Kementerian Pelajaran menganggap kes ini sudah selesai,” kata Shahsinshah kepada pemberita.
Menurut beliau, Yim Pien menyatakan permohonan maaf itu dalam pertemuan kira-kira sejam yang diadakan secara tertutup dengan ibu bapa dan wakil PIBG sekolah berkenaan.
Yim Pien, para pelajar terlibat, guru-guru sekolah, penyiasat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Shahsinshah dipertemukan untuk mencari penyelesaian berhubung kejadian itu.
Turut hadir ialah polis dan ketua-ketua masyarakat yang bertindak sebagai pemerhati untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati.