Saturday, March 31, 2007

Sekolah Kasta ?

Kita tahu dan jelas dalam sejarah masyarakat dunia negara India adalah pengamal kasta pertam dan terulung di mana negara ini jelas dikonkongi dengan kasta-kasta sehingga ke hari ini. Biarlah kita kata dunia moden dunia tanpa sempadan dan lain-lain lagi.Tidak bertamadun dan pelbagai tohmahan dilemparkan. Tetapi India tetap dengan pegangan
Bagi rakyat negara kita, amalan kasta masih hidup, terkini bilamana sekolah mula dikastakan . Bila menyebut kasta menunjukkan perbezaan, kita memang sudah ada sekolah kasta yang dinamakan sekolah asrama penuh, sekolah integrasi, sekolah premair, dan terkini sekolah kluster.
Apakah yang hendak dikejar sebenarnya nama, perancangan untuk kepentingan negara, masa depan bergantung sangat kepada sekolah kluster, kita bukannya menolak pembaharuan 100%. Kita perlukan tumpukan pada sesuatu kerja itu dengan memberi fokus dan tumpuan, sepatutnya majukan sekolah2 yang sedia ada. Biarlah semua sekolah ini dalam satu permainan yang padangnya rata. Kita bangga macam mana SK Setiu berjaya dengan kelulusan 100%. Ada kala jelas dan ada kala tidak jelas dalam semua aspek hidupan. Apa yang kita ajar samada saya mengajar atau saya belajar kata iklan Astro

Wednesday, March 28, 2007

Ubah Minda Pengarang akhbat tempatan .. misi atau visi penjajahan moden

Seperti yang dijangkakan terus ulasan Nik Aziz , muka depan Utusan dua hari segera dihighlight dan direspon. Ini yang digambarkan tentang Khutbah pegang raifal tidak wajar Oleh Zin Mahmud (WARTAWAN UTUSAN)

Lihat cara gaya Islam Liberal ulas dan lontar idea dalam masyarakat Islam..
Islam adalah agama perdamaian, dan bukannya peperangan. Islam adalah agama nasihat-menasihati, dan bukannya paksaan secara kekerasan. Jihad paling utama ialah usaha perang melawan nafsu.

Peperangan hanya dilakukan untuk mempertahankan diri dan menuntut hak serta menebus maruah. Itu pun peraturan bagi peperangan amat ketat.

Dalam Islam, tidak ada pengganas, apatah lagi pengebom bunuh diri. Tidak ada senjata pemusnah besar-besaran (WMD), apatah lagi senjata nuklear.

Tetapi apa yang dilakukan oleh segelintir kumpulan Islam mencemarkan nama Islam. Islam dipaparkan sebagai agama pengganas, kekerasan dan peperangan. Jihad menjadi simbol keganasan paling besar. Maka Barat dengan mudah mengambil kesempatan dengan tindak-tanduk umat Islam sendiri untuk menunjukkan keganasan Islam.

Ada sesetengah kalangan intelektual Barat aktif memaparkan bahawa al-Quran adalah kitab keganasan, peperangan dan kekerasan. Mereka menyemai fahaman kebencian terhadap Islam, Islamofobia.

Justeru, dalam zaman di mana Islam dipaparkan demikian, adakah saranan supaya pegawai polis membaca khutbah dengan memegang raifal M-16 akan membantu Islam?
Raifal M-16 dibawa ke dalam masjid sudah cukup untuk dipaparkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama kekerasan. Sedangkan orang Islam tidak mencipta raifal. Orang Baratlah yang menghasilkan pelbagai senjata, daripada raifal hingga ke bom nuklear. Merekalah yang ganas. Bukannya umat Islam.

Memang benar Rasulullah s.a.w. dan kemudian khalifah-khalifah memegang pedang semasa berkhutbah. Pedang itu simbol kekuasaan pada zaman itu. Ia bukan tanda kekerasan. Seperti di kalangan pembesar Melayu pada zaman dahulu yang memegang keris sebagai simbol kekuasaan.

Tetapi raifal adalah jauh lebih berbahaya dan ganas daripada pedang atau keris.
Zaman kemudian berubah dan khalifah mengarahkan supaya khatib-khatib tidak lagi memegang pedang semasa membaca khutbah. Atas sebab-sebab tertentu pada zaman itu, mungkin bagi menegah salah guna senjata itu, pedang digantikan dengan tongkat.

Tongkat walaupun hanya kayu tetapi sudah cukup menjadi simbol kekuasaan khatib di masjid.
Setelah beratus-ratus tahun keadaan ini berlaku, maka Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 menyaksikan di mana ulama di sana memegang raifal semasa berkhutbah. Mungkin sesuai mereka berbuat demikian kerana ketika revolusi, simbol kekuasaan itu hendak ditegaskan sebagai telah beralih daripada istana Syah Iran kepada ulama.

Tetapi pada zaman dalam keadaan umat Islam diserang Islamofobia di seluruh dunia hari ini, dengan media global mempunyai pengaruh besar, kenyataan ahli politik Islam menggalakkan pegawai polis membaca khutbah memegang raifal hanya akan memburukkan lagi imej agama dan ummah
Kacamata diberikan di atas, bagi orang yang berilmu ..psaiko war dan macam2 psaiko orang belajar dan study. Contoh mudah kita jumpa orang sihat , kita pakat2 20 org kawan bila jumpa rodong pertama ..awak nampak tak sihat. rakan kedua bila jumpa org tu cakap lain pula..kenapa muka awak pucat aje ? Jika kena 20 org cakap serang psaiko kepada org tu. Tentu dia balik rumah dia fikir, tentu dia pergi jumpa doktor. Macam tu dengan cerita di atas.
Penulis ambil dalam minda dia , Islam tunjuk senjata ganas, sebarkan ghanas

Baiknya.....

Muka depan suratkhabar hari ini , beritakan gaji polis naik 20 %. Kedua ketua ajaran sesat zikir rock bertaubat.

Tafsiran tersirat nampak bersungguhnya kerajaan dan baik sungguh. Apa motif nya .....

PPD pulak di suruh ..boleh saran yuran munasabah di sekolah

PIBG disaran ambil kira latar belakang ekonomi pelajar bagi yuran tambahan, tengoklah minda kita betapa berkiranya kita. Berkira bila nak bagi anak belajar, berbelanja ke lain, buat projek2 besar, rancangan besar, kenduri besar, tidak dikira membazir......
Kementerian Pelajaran harus turut bertanggungjawab dan tidak terus meletakkan kesalahan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berhubung punca kutipan yuran di sekolah tidak seragam.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata setiap keputusan PIBG dimaklumkan sama ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).Beliau mengakui kutipan yuran PIBG di setiap sekolah tidak seragam kerana jumlah itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan berdasarkan latar belakang ekonomi pelajar di sekolah terbabit.“Biasanya jumlah itu diputuskan dengan mengambil kira keperluan, taraf hidup majoriti pelajar dan setiap keputusan PIBG dipersetujui semua anggota dalam mesyuarat agung.“Bagaimanapun, semua keputusan dalam mesyuarat akan dinilai pihak sekolah dan diserahkan kepada PPD dan JPN untuk penelitian sebelum PIBG memulakan kutipan yuran berkenaan.“Ini bermakna, jika PPD berpendapat yuran itu tidak munasabah dan membebankan pelajar serta tidak bersetuju pelaksanaannya, PIBG tidak akan boleh membuat kutipan sebanyak yang diputuskan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar yang mendakwa bayaran yuran tambahan tidak seragam di setiap sekolah berpunca daripada sebilangan PIBG yang menetapkannya sendiri.Noh juga berkata, perkara itu di luar bidang kuasa kementerian kerana ia sudah diluluskan PIBG dalam mesyuarat mereka.Mohd Ali berkata, memang benar PIBG menetapkan sendiri jumlah kutipan tambahan tetapi pelaksanaannya mesti melalui pihak PPD atau JPN dan PIBG beroperasi di bawah pengawasan kementerian.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Alimuddin Mohd Dom, berkata mengikut Akta Pendidikan 1996, PIBG dibenarkan mengutip sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat Agung Tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada pendaftar.“Ini membawa maksud, setiap kutipan tambahan PIBG hanya perlu dimaklumkan kepada pendaftar iaitu JPN dan bukan meminta kelulusan mereka.“Bagaimanapun, konsep penubuhan PIBG adalah untuk membantu pengurusan sekolah dan dalam masa sama perlulah memastikan kutipan itu tidak membebankan pelajar,” katanya.Beliau berkata, kementerian mengalu-alukan sebarang cadangan daripada PIBGN untuk kemajuan bersama dan meminta PIBGN menghantar cadangan mereka secara rasmi kepada Bahagian Sekolah.
Sepatutnya kerajaan mencari jalan penyelesian gaya sorang bapa. Kita jangan minta PIBG selesaikan. Dasar pendidikan kiat kan menekankan pencapaian akademik, jika ada calon yang dapat 24A ke.. kita heboh bagi nak rak. Jadi janganlah nak salah PIBG mereka merancang untuk menyokong usaha guru2 membantu tingkatkan akademik dengan kadar kemampuan mereka.
Jangan kita double standard, jika jalanraya boleh dibayar tol berhari2 untuk kita lalu, masakan setahun sekali berbelanja atas akademik anak sendiri dikira beban berat. Mana berat ? Kalu nak ikut pulang paku buah keras tentang org yg tidak suka tol, teringat abah suruh dia buat sendiri jalan..lah, dia lalu apa2 tarak kena. Kalu tak mahu anak belajar kasi renti sekolah ..la
Abah... suka timbang cakap dari timbang duit

Sunday, March 25, 2007

Minda - Satu penganiayaan ?


Oleh kerana Malaysia gilakan pembangunan, pembangunan material digerak dan dikejar bagai ntak rak. Modal insan diuar-uar sebagai halwa telinga dan politik sahaja. Malaysia membelakangkan soal-soal budaya dan sensitiviti rakyat budaya dan agama bakal dampaknya dirasai dan ditinggalkan kesan pembanguan SJER atau WPI di Johor ini

Kerajaan Johor terus mengambil sikap untuk tidak mendedahkan identiti syarikat yang terbabit dengan pembinaan taman tema yang akan dibina di Nusajaya. Lebih membimbangkan, Menteri Besar Johor mengakui bahawa Khazanah Nasional kini dalam peringkat akhir rundingan dengan syarikat taman tema berkenaan.
Apa yang menjadi perkara penting kepada MB Johor terhadap pembinaan taman tema ini adalah harga tiket akan dijual pada harga berpatutan dan mampu dibeli masyarakat tempatan biarpun menawarkan kemudahan setaraf taman tema terkenal di luar negara. (Harian Metro, 8 Mac 2007) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) sebelum ini telah mengulas tentang perkara ini pada 2 Jun 2006 dengan menyatakan bahawa pembinaan Disneyland di Malaysia sebenarnya akan mencambahkan lagi kesuburan aktiviti hiburan di Malaysia yang sekarang ini semakin tidak terkawal.
Kita jangan lupa bahawa program hiburan yang keterlaluan adalah strategi yang digunakan musuh dengan menghidangkan hiburan sebanyak-banyaknya khususnya kepada golongan muda yang masih mencari hala tuju kehidupan mereka.
Bernama.com pada 30 Mei 2006 telah menyiarkan kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pertemuan dengan kumpulan yang berminat melabur dalam projek taman tema Disneyland di Johor. Beliau menyatakan bahawa perbincangan secara terperinci dengan pihak Disney masih belum dilaksanakan tetapi ada kumpulan yang menunjukkan minat untuk membawa Disneyland ke Malaysia .
DPPNJ ingin menegaskan tanpa taman tema diwujudkan, negeri Johor masih mampu menjana ekonomi negeri dengan menggembeleng hasil negeri yang ada. Sikap mendidik rakyat kepada hiburan memudahkan mereka terleka dan mereka lupa pada ajaran dan peraturan agama. Allah S.W.T telah mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya.
Firman Allah, maksudnya: "Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal ini?" (Al-An'am:32)
Maksud firmanNya lagi: "Sesungguhnya kehidupan dunia hanya permainan dan gurau senda, jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepada kamu dan tidak akan meminta hartamu." (Muhammad: 36)
Sekiranya kerajaan masih berterusan dengan hasrat ini maka semakin jauh umat Islam daripada agama

Friday, March 23, 2007

Minda Melayu. Adakah minda Ikut-ikutan atau tiru-tiruan ....!!!!

Penulis bertemu dengan tiga kes realiti untuk direnungi bersama . Realiti ini berkaitan dengan minda Melayu dan orang Melayu secara am sahaja. Pertama penulis bertemu dan mendengar lecturer seorang penjual ubat kuat bagi penerusan kejantanan yang kebanyakan jantan-jantan Melayu dia rasa kurang jantannya. Kedua pelaburan panas internet yang bawa pulangan ribu-ribuan dan ketiga komen Roslan Aziz Pengetua AF5, dengan kaitkan kebanyakkan penyanyi2 Melayu suka ikut - ikut orang , katanya sombong kerana tiru penyanyi sedia ada, suka tukar2 kereta, dan macam2 dia ikut tapi tak tahu tujuan kenapa dia tukar kereta, dia sombong dengan nada berssungguh2.
Minda feudal Melayu ini, jelas jika dia jumpa kes penjual ubat jalanan , memberikan sesi ceramah motivasi, demo tunjuk cara , akhirnya tujuannya jalan ke pekan..pekan sehari jika di Pahang akhir terus membeli ubat kuat kerana ikut orang yang ada di situ membeli. Buktinya jika tiada pembeli tentulah penjual ubat jalanan dah lama gulung tikaq dan bungkus..dak gitu.
Mind fuedal Melayu ini juga , sekarang biarpun banyak hujah , larangan , pandangan bahawa pelaburan bentuk ini tidak digalakkan dah berapa ramai yang bergolok gadai labur cara ini. Ini bukannya apa bila dia tengok orang dapat banyak duit dia pun ikut sama. penulis bukan apa , bukan tak mahu duit, tapi dah banyak dah, terkena, terasa dan macam2 ter...daaa
Abah... moh kita ubah minda
Lihatlah bila pemimpin yang tidak bertaring tapi berperanan dari belakang memberi pandangan yang memunahkan , kita bukanlah ultra Melayu, tapi apa-apa sahaja kontrak sosial yang sudah termeterai usahlah usik, yang usik bukan pak man seorang nelayan, pak abu pesawah padi. Tapi pemimpin yang pandai cerdiknya dan panjang akalnya....Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu di Johor dihapuskan sama sekali supaya lebih ramai pelabur luar akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah terkini oleh Bloomberg. Apa komen orang Melayu, khususnya Melayu Johor, bersedia untuk menggadaikan hak orang Melayu, tanah orang Melayu? Tiada lagi kontrak khusus untuk orang Melayu, tiada lagi kuota minima pekerja Melayu dalam sesebuah syarikat. Musa Hitam dan jutawan billionaire Robert Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

Wednesday, March 21, 2007


Wajarlah desakan dan pandangan Macma supaya Hapuskan 'mualaf', ganti istilah lebih sesuai. Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) cawangan Kelantan meminta istilah mualaf dihapuskan dan diganti dengan perkataan yang lebih sesuai.

Penasihat Macma Kelantan Datuk Mustapha Yaakub berkata istilah seperti "saudara kita" adalah lebih sesuai kerana boleh mengurangkan tanggapan umum bahawa golongan mualaf perlu dibantu dalam pelbagai aspek.

"Masyarakat Cina yang memeluk agama Islam mempunyai latar belakang yang baik daripada segi ekonomi, kepakaran dan keilmuan dalam pelbagai bidang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Macma Kelantan di sini, hari ini.

Mustapha yang juga anggota World Islamic Call Council (WICC) berkata Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang ditubuh untuk mengendalikan golongan saudara baru atau mualaf kini sudah tidak berfungsi sebagai mana matlamat penubuhannya.

Katanya perkara itu perlu diberi perhatian oleh pengerusi Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan matlamat penubuhan Perkim berada pada landasan asal.

Rekod SPM bukan untuk mendabik dada

Penulis bersetuju sanat dengan pandangan beberapa penulis forum yang mengutarakan ' rekod SPM bukan untuk mendabik dada. Bangga tak pa lahhh.....
Baru-baru ini keputusan peperiksaan awam murid sekolah khsusnya SPM pada ghalibnya berkisar pada prestasi cemerlang para pelajar dan bagaimana satu demi satu rekod terbanyak A cuba diperbaharui. Persaingan sihat dalam lapangan akademik ini memang digalakkan. Kita memang mendambakan kemunculan lebih ramai cendekiawan seperti Nur Amalina Che Bakri dan Yeo Jie Ming untuk menerajui wawasan negara kelak. Walau bagaimanapun, keluhuran pendidikan dinodai ragam manusia yang berlumba-lumba mengatasi pencapaian terbaik 17 A1 setakat ini dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini digambarkan dalam kehebohan seorang pelajar mencapai 19 A1 meskipun “ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan”. Pihak tertentu terhegeh-hegeh menggantungkan papan pemidang yang mengucapkan tahniah atas "kejayaan 19 A1" Nadiah Amirah Jamil di tiang-tiang lampu di sekitar pekan Rengit, “Nadiah gagal dapat 19 A1 seperti diuar-uar” (MStar, Mac 12). Pepatah Inggeris ada menyatakan: “Don’t count your chickens before they’ve hatched”.

Sejelas-jelasnya mereka telah tersalah langkah dan tindakan mereka adalah tidak perlu.
Gara-gara keghairahan mereka, adik Nadiah menjadi mangsa dalam episod aib ini yang menjadi omongan orang. Saya mengasihaninya. Akan tetapi, kejayaannya merangkul 14 A1, empat A2 dan satu B3 bukan calang. Kemudian, timbul pula berita “Mana media? Kami dapat 24 A1 !!!” (Bernama, 14 Mac). Dua anak-beranak dilaporkan berbuat demikian demi mengungguli kesemua mereka yang terbaik dalam lapangan ilmiah. Tanpa mereka sedari, kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan bak kata pepatah: “Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya”. Lapangkan minda dan terima hakikat bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin kejayaan seseorang. Banyak yang berjaya dalam hidup mereka tanpa menawan menara gading.

Renungkan Bill Gates, Albert Einstein, dan Tan Sri Lim Goh Tong. Sudah sampai masanya kita hayati Falsafah Pendidikan Negara sebenar-benarnya. Selain itu, amalkan ilmu padi kian berisi kian runduk. Jangan kita membawa resmi lalang.
Peranan media sebagai penyalur dan pembara semnagat amat-amat dituntuti, janganlah jadi sebaliknya. Kita memang mahukan rakyat atau warga negara terbilang dan gemilang. dalam masa yang sama kita mahu juga mereka kekal terus cemerlang sehingga bekerjaya dan menawan dunia dengan kecemerlangan, kita mahu mereka yang cemerlang ini menjadi saintis peringkat dunia, pakar-pakar level dunia sebegaimana pakar2 dari negara2 Islam lain. Bina bangsa dan negara.

Tuesday, March 20, 2007

walapun lambat berita ini boleh dikongsi sama , ikuti komen dan ulasan Roslan SMS dalam blognya.
SPM: Jangan gelapkan kejayaan orang lainMenurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon, pada tahun ini pihak kementerian tidak memilih pelajar terbaik untuk SPM tahun 2006 sebagaimana tahun-tahun lepas. Katanya seramai 4,779 pelajar yang menduduki SPM tahun tersebut mencapai semua A dan daripada jumlah itu seramai 105 pelajar, termasuk lima pelajar istimewa dipilih sebagai cemerlang, iaitu 100 orang yang memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaranKata Ahamad lagi daripada kumpulan murid cemerlang, hanya Yeo Jie Ming dari SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berjaya memperoleh gred 1A dalam kesemua 16 mata pelajaran yang diambilnya.Apabila ditanya pemberita mengapa tidak ada pelajar cemerlang untuk tahun ini, Ahmad menjelaskan bahawa dalam kelompok 105 pelajar itu semuanya mendapat pencapaian yang hampir sama.Benarkah demikian? Mengapa Yeo Jie Ming sahaja yang ditonjolkan, tidak adakah yang setara atau mungkin lebih baik dari beliau? Jika ada mengapa digelapkan?

Kalau sesiapa yang berkesempatan membaca akhbar NST hari ini kita akan dapati bahawa seorang pelajar perempuan Siti Fatimah Mukhtar, muncul sebagai pelajar terbaik bagi negeri Kelantan. Beliau memperolehi 17A1 iaitu1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Tamadun Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah, Pendidikan Syariah Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi, manakala 2A untuk Bahasa Arab Tinggi.Kenapa, tak hebatkah Siti Fatimah? Rasanya jauh lebih hebat dari Jie Ming lagi. Tetapi kenapa bukan nama beliau yang ditonjolkan?Kalau mahu tahu cuba lihat nama sekolahnya. Siti Fatimah bersekolah di Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Sekolah milih kerajaan negeri di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Inilah masalah sebenarnya!Kalau kementerian mahu tonjolkan maka tak secara langsung kementerian terpaksa tonjolkan sekolahnya. Menonjolkan sekolahnya maka terpaksalah juga menonjolkan YIK dan kerajaan negeri Kelantan, itulah sebenarnya masalahnya.Menurut Berita Harian Siti Fatimah mengaitkan kejayaannya dengan tumpuan ketika guru mengajar serta ulang kaji secara konsisten sepanjang tahun dan berdoa. Kata beliau lagi:
Saya juga menghafaz al-Quran setiap hari bagi menguatkan ingatan saya terhadap pelajaran yang diajar guru.
Apalah yang prejudis sangat. Ini anak Melayu yang cemerlang, takkanlah kerana benci pada PAS yang memerintah kerajaan negeri maka anak-anak bangsa yang cemerlang yang dilahirkan oleh kerajaan negeri ini juga mahu dianak-tirikan!Sesungguhnya inilah masalahnya dengan orang-orang kita. Sepatutnya apa sahaja yang baik yang disumbangkan oleh sesiapa sahaja antara kita, maka berilah pengiktirafan yang sewajarnya. Yang baik dijadikan contoh yang buruk dijadikan sempadan. Kita tidak akan lihat perkara yang serupa terjadi dikalangan masyarakat bukan Melayu tetapi terlalu biasa sangat sesama kita.Semoga Siti Fatimah akan terus berjaya dan semoga YIK dan kerajaan Kelantan akan terus berjaya melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang seumpama ini. Mudah-mudahan mereka nanti akan melangkah keluar dengan jaya dan akhirnya berjaya merobah pemikiran bangsa supaya tidak jumud dan ekstrim sebagaimana yang ada pada hari ini.

Monday, March 19, 2007

Biaq pi ke depa....kata-kata kulaan. Minda Pengarang BH hari ini dalam kupasan dan ulasannya yang bertajuk : Kecemerlangan pelajar perlu ambil kira aspek keterampilan diri
USAHA melahirkan pelajar bijak dan celik minda bukan sesuatu yang mudah. Jika bijak dimaksudkan lulus cemerlang dalam peperiksaan, mungkin usaha Kementerian Pelajaran selama ini sudah mencapai matlamat berdasarkan peratusan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mencatat prestasi cemerlang. Bagaimanapun, jika bijak itu ditakrifkan sebagai serba boleh dari segi akademik, pemikiran, kemahiran, daya tahan dan memiliki jati diri, rasanya matlamat itu belum tercapai sepenuhnya. Mereka mungkin cemerlang dalam peperiksaan, tetapi belum tentu cemerlang apabila melangkah ke alam pekerjaan.
Justeru, cadangan Kementerian Pelajaran melaksanakan sistem baru menilai prestasi pelajar berasaskan sekolah secara berterusan yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya tiga tahun lagi adalah satu langkah proaktif bagi melahirkan pelajar berwawasan dan berketerampilan. Pengenalan sistem itu, seperti diumumkan menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kelmarin sejajar dengan aspirasi negara mewujudkan sistem persekolahan yang tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Pada peringkat awal, kementerian mengenal pasti 300 sekolah cemerlang di seluruh negara untuk menjadi perintis manakala pengetua atau guru besar sekolah berkenaan diberi kelonggaran melaksanakan perubahan kokurikulum.Sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini bukan tidak baik, tetapi pendekatan baru dan usaha penambahbaikan perlu dilakukan berterusan sejajar perkembangan dan kehendak global yang menekankan aspek kemahiran dan kebolehan individu. Kita percaya cadangan itu akan menjadi kaedah terbaik melahirkan pelajar berkualiti, dinamik dan inovatif.Kewujudan peperiksaan awam sekarang masih diperlukan untuk menilai tahap kebolehan pelajar, cuma penekanan berlebihan terhadap peperiksaan boleh menyebabkan sistem pendidikan dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan dan dikhuatiri alam persekolahan kehilangan nilai pendidikan kemanusiaan. Justeru, sistem pendidikan sekolah harus berubah ke arah melahirkan pelajar bijak, kreatif dan kritis serta mampu menjana kemahiran. Antara elemen boleh diambil kira ialah kerajinan, tumpuan, minat dan prestasi pelajar.Sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan boleh mendorong pelajar, ibu bapa dan guru mengutamakan kelulusan A yang diperoleh, sekali gus mengabaikan aspek lain seperti kokurikulum terutama membabitkan kemahiran dan jati diri. Kita berharap pelbagai pihak menyambut positif langkah mengurangkan beban serta tekanan peperiksaan, selain menjadikan pendidikan lebih menyeronokkan. Kaedah itu sudah dilaksanakan di beberapa negara maju tetapi kita mampu melaksanakannya menerusi acuan sendiri. Apa pun, pelaksanaan cadangan ini tidak boleh dibuat tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan kajian teliti dan maklum balas pelbagai pihak kerana ia membabitkan pembinaan generasi masa depan. Kerajaan perlu memberi penjelasan telus dan terperinci mengenai perubahan terhadap dasar pendidikan sedia ada. Dalam konteks ini, ‘sentuhan kemanusiaan’ harus diberi penekanan supaya pelajar ke sekolah bukan sekadar untuk lulus periksa. Keutamaan juga harus diberi untuk membantu membentuk pelajar berdisiplin dan konsisten ke arah peningkatan potensi dalam kerjaya yang bakal diceburi.
Penulis bukan tak nak bersetuju, namun nak tanya kat hampa, sapa dulu yang canang, pasai bab ni, memenag sedap cari salah dan tunjuk salah orang. patut pemikiran ini tak dilaontar secara bermusim, kalu kita pi mana-mana kuliah masjid dalam Malaysia , hal atau bab ni la yang ustaz dan tok2 guru kupas. Macam mana baru nak sedar dan baru nak tekankan, kita janganlah bermusim-musim, kerana peranan media massa adalah cukup besar dan memberikan kesan.
Paparan dan gambaran kecemerlangan hari ini cuma diukur daripada segi pencapaian, kita tak mahu kita bijak di sini kita juga mahu bijaksana. Masalahnya kini generasi kita sudah jadi bubor, bukanlagi nasi. Maka tekad media massa mesti diteruskan oleh kerajaan dengan keazaman politik bagi mereaisasikan maksud di atas. Itupun hasil yang ditanam akan nampak hasilnya 20 tahun akan datang.

wahai Ahmad Sipon ....

Penulis menceduk daripada enajanaham blogspot, antara ulasan bilamana orang yang memegang bahagian tertinggi kementerian yang memberi palajaran kepada anak-anak temberang kuti ulasananya dan buat nilaian ....
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata kementerian menetapkan hanya calon mempunyai semua A1 layak untuk berada dalam senarai pelajar cemerlang.“Jika ada pelajar mendapat 20 A1 sekalipun, tetapi ada satu A2 dalam keputusannya, pelajar itu tidak akan berada dalam senarai pelajar cemerlang atau terbaik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan senarai pelajar cemerlang SPM 2006 dikeluarkan Jabatan Pelajaran Kelantan yang tidak menyenaraikan pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu A2.
Demikianlah kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bernama Datuk Dr Ahamad Sipon. Ternyata Datuk Dr ini bukanlah mahir tentang matematik. Dia membandingkan pencapaian Nadiah Amira dari Johor yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang walaupun hanya dapat 14 1A empat 2A dan paling teruk dapat pulak satu 3B. Bagi aku yang tak berapa pandai ini, rasa aku hebat lagi Siti Fatimah yang dapat 17 1A dan hanya satu 2A. Ahamad Sipon kata pulak ini bukan kes politik tetapi memang sangat politik . Kalau Siti Fatimah berada di negeri yang diperintah UMNO tentu dia dijulang sebagai pelajar cemerlang dan terbilang.
Nampaknya cogankata UMNO hanya layak untuk orang UMNO saja. Orang Kelantan yang dikuasai PAS tak layak dapat gelaran cemerlang dan terbilang walaupun mungkin bapa Siti Fatimah memangkah UMNO waktu pilihanraya dulu...siapa tau kan?Inilah dia KP Pelajaran yang mewar-warkan supaya bila kita mengajar, jangan masukkan agenda politik. Kalau beri contoh, jangan sebut tentang keburukan menteri atau pemimpin. Kita hendaklah mengajar dengan tekun tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik anak didik kita. Inilah dia KP yang mengajar para guru supaya menjadi baik tetapi dia sendiri penuh dengan agenda jahat. Samalah seperti bapak ayam yang ajar ayam-ayam lain supaya sopan bila berak tetapi pada masa yang sama dia berak berterabur.... apa punya bapak ayam nih....Ingatlah sedikit wahai Datuk Dr Ahamad Sipon. Kamu tu ketua bagi guru. Kalau kamu pembohong terang-terang, takkan cikgu tak tau. Awat... hang ingat cikgu bodoh sangat ke? Aku bukan apa, takut nanti cucu hang yang gelakkan hang. Depa kata hang nyanyuk walaupun belum pencen.... kesian.. kesian wahai si Ahamad Sipon....
Penulis takkan berita macam ni nak gelapkan, patut kita penjawat awam kelas A ... dak ka, taklah boleh campoq politik.... kita umum dan buat kerja mana patut, kita patutkan lah.
Abah.... tak sangkut politik kat pagar, kerana pagar sekarang bukan makan padi sahaja, tuan empunya padi pun dia makan

bicara Sepi

apa dah jadi ni, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara !!!!!