Wednesday, December 11, 2013

Tahniah A Kadir Jasin - kelangsungan tulisan yang menyengat untuk PM

Gara-gara keangkuhn dan kesombongan Najib. Beliau secara berani menjawab tohmahan orang terhadap isterinya dengan memuji-muji rosmah sebagai orang yang banyak berjasa kepada negara, atas peranan kecil (campurtangan )yang dimainkan dalam urusan pentadbiran negara.

Najib dengan mangak meuji jasa rosmah membantu melepaskan pelajar Malaysia dan rakyat Malaysia yang dikurung di Mesir dan berperanan membawa pelajar-pelajar Malaysia keluar dari bumi Mesir semasa krisis baru lalu. 

Peristiwa ini disiarkan secara langsung dalam 7 saluran tv negara ini secara langsung. Pujian ini mengundang perlabagi pandangan kritikan sindiran pro dan kontra. Terhebat adalah respon daripawa tokoh wartawan veteran A Kadir Jassin dalam blognya...

Ikuti pandangan sisi yang berani dan bernas itu.....

SUNDAY, DECEMBER 08, 2013

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD)


Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.


Tuesday, December 10, 2013

Benarkan MB Khalid BODOH ?

Ramai kawan dan lawan mengatakan dan mengiakan bahawa MB Selangor BODOH. Tetapi dalam kebodohannya beliau dapat selesaikan banyak masalah dan permasalahan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Kemarahan kawan dan lawan bila beliau menaikkan gaji exco spekar Dun Selangor hampir 300 peratus. Semua kawan dan lawan marah dan anggap tndakan beliau adalah bodoh, Kemarahan itu kii kian reda, 

Kini, tindakan kerajaannya mahu ambil aih SYABAS , syarikat yang monopoli air di Selangor negeri terkaya di Malaysia. Ramai kawan dan awan marah satu lagi tinakan BODOH Khalid. Ramai kembali sedar selepas membuat perhitungan jangka panjang tanpa memasukkan perngiraaan emosi mereka.

Apa pun tahniah Khalid... teruskan





SHAH ALAM:   Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industry air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.
                       
"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini.
                       
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa  syarat.
                         
PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya  termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada  syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada  penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh  akhir konsesi masing-masing.
                       
"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada  tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas  perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB.
                       
Ditanya mengenai tawaran Gamuda Bhd untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor pada harga RM10.7 bilion berbanding RM9.65 bilion oleh kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau akan bertindak  berpandukan maklum balas daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  mengenai tawaran itu.
                       
Empat syarikat itu ialah PNSB, Syabas, Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash). - Bernama

Monday, December 09, 2013

Rusuhan warga asing di Spura, kita bagaimana ?

Rusuhan di Singapura, ramai penganalisa mengamalkan kejadian tebaru itu bakal berlaku juga di KL. Hanya masa sahaja menentukannya? Apakah SOP kerajaan , apakah tindakan KDN selain melabelkan bahaya Syiah dalam PAS ?

Kita percaya kejadian ini akan membangkit perasaan rasa marah kesal dan tidakpuashati penduduk tempatan



Syiah dan PAS Pulak ?

Berani sungguh KDN bawah Zahid Hamidi dakwa PIMPINAN PAS anut Syiah. Ramai yang marah dan tidakpuashati, tetapi SUA PAS Mustafa Ali. PAS tidak terlibat tapi ia libat Mat Sabu dengan Zahid sahaja.

Ini masalah peribadi depa...pulak dah


KDN ada bukti pemimpin Pas terlibat

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kementerian Dalam Negeri dipercayai akan mendedahkan bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah di negara ini esok.

Sumber memaklumkan, pendedahan itu perlu untuk menyedarkan rakyat ajaran Syiah yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah merebak ke dalam Pas.

Menurut sumber itu, pendedahan tersebut kemungkinan besar akan dibuat sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas pulang daripada lawatan kerja rasmi di Brunei.

"Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 mendedahkan Kementerian Dalam Negeri mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.
Beliau sehubungan itu menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas menolak pemimpin terbabit dan hairan bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi.

Selain itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia untuk didaftar sebagai pertubuhan sah.


Tuesday, December 03, 2013

Antara Naik Tarif Elektrik dan naik Gaji Adun Selangor ?

Menghalalkan berita kenakan tarif elektrik yang kena pada 30 juta penduduk dan bising 1Malaya dengan kenaikan gaji 56 Adun di Selangor. Mana lebih impak ? Ke mana perginya hasil mahsul pendapatan negara ? Ikut Bajet 2014 Bn perolehan pendapatan negara diunjurkan cuma RM250 billion. Dan belanja pula dianggarkan melebihi RM260 billion ? Benarkah hanya setakat itu ?

Sementara bagi pendapatan syarikat GLC kerajaan adakah telah dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara ? Penulis gagal mencari carian tentang pendapatan semasa TNB perolehi. Cuma yang ada adalah keyataan menteri alasan kenaikan yang kerajaan tampung subsidi kepada rakyat , iaitu akan jimatkan RM4 billion setahun. Insentif kepada 4 syarikat IPP tidakah pula dinyatakan samada mahu dikaji atau tidak.

Entahlah, kenapa kerajaan mahu bertindak demikian ? Nampaknya tindakan kerajaan tidak pernah menghentikan penderaan secara beransur-ansur ke atas rakyat.

Terlau banyak alasan menyokong, kemarin dua alasan daripada twiter yang disenaraikan penuh dalam akhbar tempatan menyerang kerajaan Selangor alasan menaikkan elaun Adun. Semua rakyat yang terpilih itu menyatakan kenaikan yang tinggi/

Inilah bentuk serangan bagi melemahkan musuhnya yang media UmnoBn buat. Sementara hari-hari media UmnoBn mainkan perasaan rakyat dengan berita kewajaran kenaikan tarif elektrik dan disisip dengan kewajaran bagi GST dilaksanakan




Tarif baharu elektrik bermula 1 Januari


Maximus Ongkili pada sidang akhbar pengumuman semakan semula tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (kanan).
 
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

Tarif elektrik baharu bagi semenanjung, Sabah dan Labuan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Maximus, bagi Semenanjung, tarif baharu itu akan menyaksikan penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna iaitu:

* Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03 peratus)
* Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85 peratus)
* Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWJ iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85 peratus)

Jelas Maximus, selaras dengan dasar melindungi kebajikan pengguna domestik berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah.
"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah," katanya.

Beliau turut memaklumkan peruntukan subsidi khusus itu adalah sebanyak RM2.4 bilion setahun di Semenanjung dan RM155 juta setahun di Sabah serta Labuan.

Menurutnya, sebanyak 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj ke bawah, tidak akan terjejas.

Maximus memberitahu, program merasionalisasikan subsidi menerusi semakan semula tarif elektrik itu menjimatkan beban kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas daripada Petronas untuk penjanaan kuasa.

"Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu dilakukan kerajaan.

"Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan bagi menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik," katanya.

Katanya, biarpun tarif baharu dilaksanakan, kerajaan tetap menanggung jumlah subsidi pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun di Semenanjung dan RM570 juta di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Maximus, bagi mempertingkatkan sumbangan Tenaga Boleh Baharu, kadar kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu akan dinaikkan daripada 1 peratus kepada 1.6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 di Semenanjung dan akan turut diperluas ke Sabah dan Labuan.

Dalam pada itu, jelasnya, kadar tarif elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang rendah sebelum ini menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti pembekalan elektrik di Sabah.

Katanya, serentak dengan semakan semula tarif di Sabah dan Labuan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.812 bilion bagi projek-projek pengukuhan infrastruktur baharu yang kritikal bagi 2014 hingga 2016 termasuk Projek Talian Penghantaran Southern Link.

"Kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013-2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di seluruh Sabah," katanya.

Monday, December 02, 2013

Saf kepimpian PAS Pasca Muktamar 59

Ulasan: Profail kempimpinan PAS sesi ini tidak banyak berubah. Tetap sama dan kekal yang lama. Paling mengejutkan kekalkan SUA yang lama. Takkan alasan mahu ambil pegalaman sokmo. Macam mana pimpinan baru nak ada pengalaman, jika yang lama duduk lagi dekat situ


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam. 



Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS.



Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.



Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:



1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali


2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob


3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar


4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli



Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob


2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat


3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


4. Johor - YB Aminulhuda Hassan


5. Melaka – Adly Zahari


6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani


7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad


8. Perak - Razman Zakaria


9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar


10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli


11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad


12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling


13. Sarawak – Adam Ahid



Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah


2. Datuk Abu Bakar Chik


3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos


4. Mohd Hussin


5. Asmuni Awi


6. Zulkiflee Mohd Omar


7. Dr Muhaimin Sulam



Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.



Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

Sunday, December 01, 2013

Renungi Nasihat Karpal : Kritik Parti Boleh, Tetapi Bukan Jatuhkan Parti ?

Nasihatnya macam sama tetapi serupa sahaja. Boleh digunapakai bagai ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Ini adalah nasihat orang lama.

Walaupun parti DAP tak adalah aqidah yg dipegang tetapi nasihatnya adalah amat berguna. Diharapkan mana-mana parti yg dipimpin dengan aqidah, maka renung renungkanlah...




Ahli DAP Boleh Kritik, Tetapi Bukan Jatuhkan Parti - Karpal Singh
Karpal Singh.
GEORGE TOWN: DAP bersedia untuk mengambil kritikan daripada ahli tetapi tidak akan bertolak ansur dengan mereka bertindak untuk menjatuhkan parti, kata Pengerusinya, Karpal Singh.
Beliau berkata, parti itu tidak boleh berhadapan dengan situasi 'musuh dalam selimut'.
"Seperti baru-baru ini, jika apa-apa masalah, ahli-ahli parti boleh membawanya ke saluran parti dan tidak kepada orang ramai, terutama kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"ROS sedang diasak oleh ahli-ahli parti kita sendiri sehingga pergi ke tahap yang menjadikan parti ini dibatalkan pendaftarannya.
"Mana-mana usaha untuk melemahkan parti oleh sesiapa sahaja dari sekarang akan ditangani. Cukup cukuplah. Sebagai pengerusi DAP, saya berharap mesej ini akan diambil serius.
"Apa-apa serangan secara terbuka kepada pihak yang tidak akan diterima lagi tetapi kritikan, ya," kata beliau dalam ucapannya semasa konvensyen DAP negeri di Georgetown Hotel City di Burmah Road.
Ucapan Karpal mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.
Dalam perkembangan lain, Karpal berkata, beliau meluat dengan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang dilaporkan berkata bahawa merangka sempadan semula yang dijalankan bertujuan untuk memastikan orang Melayu masih berkuasa.
"Ini jenis kenyataan yang harus dilihat sebagai satu ancaman. Bagi seorang pegawai yang juga bekas pengerusi SPR untuk membuat apa-apa kenyataan, Perdana Menteri perlu melihatnya dengan serius. Jika apa yang dinyatakan itu adalah benar, maka sesuatu perlu dilakukan.
"Kita dalam usaha menggariskan mempersempadanan pilihan raya. Saya berharap ini tidak akan menjadi formula yang sama digunakan sebagai apa yang telah diperkatakan oleh Abdul Rashid.
"Kita mesti berhasrat untuk menjadikan satu orang satu undi. Mesti ada logik dan sebab terhadap usaha persempadanan yang dijalankan sekarang. Ini adalah isu-isu yang kita perlu menangani dengan berkesan," katanya.

Eluan Adun Selangor: Ada lagi suara sumbang dari dalam ?

Muktamar baru sahaja berakhir. Insttuidi ulama dan para ulama diminta membuat koreksi dan memnfokuskan ke arah bersama=sama menyelamat dan mendakwahkan ummmah seperti termaktub dalam peruangan harakahtul jemaah Islam PAS.

Kita tdak mahu tengok ulama terheret dan diheret dengan kerja kerja remeh dan temeh serta titik bengik dalam apa apa isu ummah. Adalah wajar melihat dan menfokuskan kenapa golongan ulama luar sbg contoh Ust Kazim Elias keluar PAS dan diaporkan semasa PRU ke 13 sebanyak 24 kali adakah sesi ceramah dan perjumpaan di DUN Pengkalan Baru dalam Parlimen Beruas dan sokongan pendengar terhadapnya tidak kurang sedikitnya. Apa yang disasarkan adalah para pengundi sasar kaum wanita dan golongan atas pagar yang menghadiri diri bersama-sama program beliau.

Isu ini lebih mendesak berat dan serius persediaan daripada ulama menyenda-nyenda Dun Selangor kerana menaikkan elaun kepada 56 Adun mereka. Uama dan institiusi ulama jika mahu menegeru bukan cara melaporkan kepada UTusan. Jangan cuba keruhkan air yang jernih dan ulama jangan jadi sama tukang mengeruhkan sama dengan pihak Utusan

 Halakan peluru kita kepada musuh, runtuhkan benteng kekebalan dan kebebalan musuh. Dan kita jangan bersikap hipokrit. Jika tidak mahu menerima elaun Adun-Adun di negeri PR memerintah jangan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana GLC peringkat negeri berkenaan. Fokuslah kepada kerja-kerja wakil rakyat mereka.

Jangan tolak disana kaut di sini. Dan jangan kita disamakan dalam istilah PAS Ganti UMno yang diterbalikkan masukknya... Sekadar mengingat


Naik gaji, elaun: Selangor menunjuk-nunjuk?

 

KUALA TERENGGANU 30 Nov. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.
Dalam masa sama, Harun tidak menolak kemungkinan kelulusan menaikkan gaji serta kadar elaun tersebut adalah didorong oleh lebihan bajet (budget surplus) yang diumumkan kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, terserah kepada kerajaan negeri itu yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskannya.
"Saya tak mahu campur urusan mereka (kerajaan Selangor), biarlah dan ikut pandai dialah nak naik banyak mana pun gaji atau elaun.
"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.