Tuesday, December 03, 2013

Antara Naik Tarif Elektrik dan naik Gaji Adun Selangor ?

Menghalalkan berita kenakan tarif elektrik yang kena pada 30 juta penduduk dan bising 1Malaya dengan kenaikan gaji 56 Adun di Selangor. Mana lebih impak ? Ke mana perginya hasil mahsul pendapatan negara ? Ikut Bajet 2014 Bn perolehan pendapatan negara diunjurkan cuma RM250 billion. Dan belanja pula dianggarkan melebihi RM260 billion ? Benarkah hanya setakat itu ?

Sementara bagi pendapatan syarikat GLC kerajaan adakah telah dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara ? Penulis gagal mencari carian tentang pendapatan semasa TNB perolehi. Cuma yang ada adalah keyataan menteri alasan kenaikan yang kerajaan tampung subsidi kepada rakyat , iaitu akan jimatkan RM4 billion setahun. Insentif kepada 4 syarikat IPP tidakah pula dinyatakan samada mahu dikaji atau tidak.

Entahlah, kenapa kerajaan mahu bertindak demikian ? Nampaknya tindakan kerajaan tidak pernah menghentikan penderaan secara beransur-ansur ke atas rakyat.

Terlau banyak alasan menyokong, kemarin dua alasan daripada twiter yang disenaraikan penuh dalam akhbar tempatan menyerang kerajaan Selangor alasan menaikkan elaun Adun. Semua rakyat yang terpilih itu menyatakan kenaikan yang tinggi/

Inilah bentuk serangan bagi melemahkan musuhnya yang media UmnoBn buat. Sementara hari-hari media UmnoBn mainkan perasaan rakyat dengan berita kewajaran kenaikan tarif elektrik dan disisip dengan kewajaran bagi GST dilaksanakan




Tarif baharu elektrik bermula 1 Januari


Maximus Ongkili pada sidang akhbar pengumuman semakan semula tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (kanan).
 
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

Tarif elektrik baharu bagi semenanjung, Sabah dan Labuan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Maximus, bagi Semenanjung, tarif baharu itu akan menyaksikan penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna iaitu:

* Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03 peratus)
* Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85 peratus)
* Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWJ iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85 peratus)

Jelas Maximus, selaras dengan dasar melindungi kebajikan pengguna domestik berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah.
"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah," katanya.

Beliau turut memaklumkan peruntukan subsidi khusus itu adalah sebanyak RM2.4 bilion setahun di Semenanjung dan RM155 juta setahun di Sabah serta Labuan.

Menurutnya, sebanyak 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj ke bawah, tidak akan terjejas.

Maximus memberitahu, program merasionalisasikan subsidi menerusi semakan semula tarif elektrik itu menjimatkan beban kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas daripada Petronas untuk penjanaan kuasa.

"Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu dilakukan kerajaan.

"Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan bagi menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik," katanya.

Katanya, biarpun tarif baharu dilaksanakan, kerajaan tetap menanggung jumlah subsidi pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun di Semenanjung dan RM570 juta di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Maximus, bagi mempertingkatkan sumbangan Tenaga Boleh Baharu, kadar kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu akan dinaikkan daripada 1 peratus kepada 1.6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 di Semenanjung dan akan turut diperluas ke Sabah dan Labuan.

Dalam pada itu, jelasnya, kadar tarif elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang rendah sebelum ini menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti pembekalan elektrik di Sabah.

Katanya, serentak dengan semakan semula tarif di Sabah dan Labuan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.812 bilion bagi projek-projek pengukuhan infrastruktur baharu yang kritikal bagi 2014 hingga 2016 termasuk Projek Talian Penghantaran Southern Link.

"Kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013-2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di seluruh Sabah," katanya.

Monday, December 02, 2013

Saf kepimpian PAS Pasca Muktamar 59

Ulasan: Profail kempimpinan PAS sesi ini tidak banyak berubah. Tetap sama dan kekal yang lama. Paling mengejutkan kekalkan SUA yang lama. Takkan alasan mahu ambil pegalaman sokmo. Macam mana pimpinan baru nak ada pengalaman, jika yang lama duduk lagi dekat situ


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam. 



Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS.



Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.



Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:



1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali


2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob


3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar


4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli



Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob


2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat


3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


4. Johor - YB Aminulhuda Hassan


5. Melaka – Adly Zahari


6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani


7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad


8. Perak - Razman Zakaria


9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar


10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli


11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad


12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling


13. Sarawak – Adam Ahid



Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah


2. Datuk Abu Bakar Chik


3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos


4. Mohd Hussin


5. Asmuni Awi


6. Zulkiflee Mohd Omar


7. Dr Muhaimin Sulam



Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.



Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

Sunday, December 01, 2013

Renungi Nasihat Karpal : Kritik Parti Boleh, Tetapi Bukan Jatuhkan Parti ?

Nasihatnya macam sama tetapi serupa sahaja. Boleh digunapakai bagai ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Ini adalah nasihat orang lama.

Walaupun parti DAP tak adalah aqidah yg dipegang tetapi nasihatnya adalah amat berguna. Diharapkan mana-mana parti yg dipimpin dengan aqidah, maka renung renungkanlah...




Ahli DAP Boleh Kritik, Tetapi Bukan Jatuhkan Parti - Karpal Singh
Karpal Singh.
GEORGE TOWN: DAP bersedia untuk mengambil kritikan daripada ahli tetapi tidak akan bertolak ansur dengan mereka bertindak untuk menjatuhkan parti, kata Pengerusinya, Karpal Singh.
Beliau berkata, parti itu tidak boleh berhadapan dengan situasi 'musuh dalam selimut'.
"Seperti baru-baru ini, jika apa-apa masalah, ahli-ahli parti boleh membawanya ke saluran parti dan tidak kepada orang ramai, terutama kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"ROS sedang diasak oleh ahli-ahli parti kita sendiri sehingga pergi ke tahap yang menjadikan parti ini dibatalkan pendaftarannya.
"Mana-mana usaha untuk melemahkan parti oleh sesiapa sahaja dari sekarang akan ditangani. Cukup cukuplah. Sebagai pengerusi DAP, saya berharap mesej ini akan diambil serius.
"Apa-apa serangan secara terbuka kepada pihak yang tidak akan diterima lagi tetapi kritikan, ya," kata beliau dalam ucapannya semasa konvensyen DAP negeri di Georgetown Hotel City di Burmah Road.
Ucapan Karpal mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.
Dalam perkembangan lain, Karpal berkata, beliau meluat dengan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang dilaporkan berkata bahawa merangka sempadan semula yang dijalankan bertujuan untuk memastikan orang Melayu masih berkuasa.
"Ini jenis kenyataan yang harus dilihat sebagai satu ancaman. Bagi seorang pegawai yang juga bekas pengerusi SPR untuk membuat apa-apa kenyataan, Perdana Menteri perlu melihatnya dengan serius. Jika apa yang dinyatakan itu adalah benar, maka sesuatu perlu dilakukan.
"Kita dalam usaha menggariskan mempersempadanan pilihan raya. Saya berharap ini tidak akan menjadi formula yang sama digunakan sebagai apa yang telah diperkatakan oleh Abdul Rashid.
"Kita mesti berhasrat untuk menjadikan satu orang satu undi. Mesti ada logik dan sebab terhadap usaha persempadanan yang dijalankan sekarang. Ini adalah isu-isu yang kita perlu menangani dengan berkesan," katanya.

Eluan Adun Selangor: Ada lagi suara sumbang dari dalam ?

Muktamar baru sahaja berakhir. Insttuidi ulama dan para ulama diminta membuat koreksi dan memnfokuskan ke arah bersama=sama menyelamat dan mendakwahkan ummmah seperti termaktub dalam peruangan harakahtul jemaah Islam PAS.

Kita tdak mahu tengok ulama terheret dan diheret dengan kerja kerja remeh dan temeh serta titik bengik dalam apa apa isu ummah. Adalah wajar melihat dan menfokuskan kenapa golongan ulama luar sbg contoh Ust Kazim Elias keluar PAS dan diaporkan semasa PRU ke 13 sebanyak 24 kali adakah sesi ceramah dan perjumpaan di DUN Pengkalan Baru dalam Parlimen Beruas dan sokongan pendengar terhadapnya tidak kurang sedikitnya. Apa yang disasarkan adalah para pengundi sasar kaum wanita dan golongan atas pagar yang menghadiri diri bersama-sama program beliau.

Isu ini lebih mendesak berat dan serius persediaan daripada ulama menyenda-nyenda Dun Selangor kerana menaikkan elaun kepada 56 Adun mereka. Uama dan institiusi ulama jika mahu menegeru bukan cara melaporkan kepada UTusan. Jangan cuba keruhkan air yang jernih dan ulama jangan jadi sama tukang mengeruhkan sama dengan pihak Utusan

 Halakan peluru kita kepada musuh, runtuhkan benteng kekebalan dan kebebalan musuh. Dan kita jangan bersikap hipokrit. Jika tidak mahu menerima elaun Adun-Adun di negeri PR memerintah jangan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana GLC peringkat negeri berkenaan. Fokuslah kepada kerja-kerja wakil rakyat mereka.

Jangan tolak disana kaut di sini. Dan jangan kita disamakan dalam istilah PAS Ganti UMno yang diterbalikkan masukknya... Sekadar mengingat


Naik gaji, elaun: Selangor menunjuk-nunjuk?

 

KUALA TERENGGANU 30 Nov. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.
Dalam masa sama, Harun tidak menolak kemungkinan kelulusan menaikkan gaji serta kadar elaun tersebut adalah didorong oleh lebihan bajet (budget surplus) yang diumumkan kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, terserah kepada kerajaan negeri itu yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskannya.
"Saya tak mahu campur urusan mereka (kerajaan Selangor), biarlah dan ikut pandai dialah nak naik banyak mana pun gaji atau elaun.
"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Friday, November 29, 2013

Tahniah : Ustaz Kazim dilantik MT UMno

Sekalung tahniah kepada Al Ustaz Kazim Elias, atas perlantikan tuan sebagai ahli MT Umno terkini dan terbaru.

Tahniah da syabas kerana memilih platform perjungan yang jelas, ia memudahkan rakyat. Sebelum ini agar sukar bagi rakyat meletakkan kedudukan beliau, samada sebagai penegur atau pemihak sebelah mana , kini terjawab




UMNO umum tambahan sembilan ahli MT termasuk Kazim Elias

Cetak
Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilantik bagi menganggotai ahli MT UMNO. 

Tengku Adnan berkata, pengumuman pelantikan berkenaan dibuat bagi melengkapkan 13 ahli tambahan MT parti itu sebagaimana yang terkandung dalam fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO. 

Sebelum ini, Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dilantik pada mesyuarat pertama MT, 22 November lalu.

Elaun DUN Selangor Naik, jangan hipokrit

Marah sangat orang dengan kenaikkan elaun DUN Selangor, Ada yang kata terlalu tinggi, ada yang kata bukan masanya, dan macam-macamlah. Bila Khalid enggan berbelanja depa kata dia kedekutlah itulah resam manusia.

MB Khalid memberi alasan dan faham bahawa wakil-wakil rakyat katanya jangan buat kerja lainlah. Fokus kepada kerja-kerja jaga rakyat. Memang kita tahu wakil-wakil rakyat terpaksa cari income lain untuk survive kerja-kerja depa nak bantu rakyat. Kekadang memang elaun tak cukup. Jadi Selangor bagi kita layak berbuat demikian. Ini dah masuk bulan Disember 'macam-macam' lah yang rakyat minta. Mana nak cari, jadi wakil-wakil rakyat tak payah lah pegang GLC tu dan GLC ni, sebab nak ari duit. Khalid nampak faham sangat

Oleh itu, jangan hipokrit sangat. Mana-mana orang yang kata macam tu dan macam ni. Bagi yang lama duduk dalam perjuangan dan depa yang boleh pakai kereta Proton Iswara tahun 2002 dengan 1.5cc. Kalau boleh survival dengan elaun RM6,000 sebulan, Kira oklah

Jadi pada-padalah nak meracau pun

Monday, November 25, 2013

Harapan Baru kepada Saf PAS sesi Baru

Usaha Umno tidak kenal erti putus asa atau putus harap. Kerja-kerja gigihnya mendekati PAS atas nama 'perpaduan, demi Melayu dan pelbagai alasan demi yang dideretkan adalah sekadar menjelaskan realisasi politik atau survival politik Umno sahaja. dan juga masa depan gemilang Dengan menipu rakyat dengan sandiwara baik hatinya ia.

Selepas laluan atau lorongan jalan pemilihan pimpinan PAS dikecewa dengan baru lalu. Usaha melamar PAS diteruskan, kali ini adalah melalui medium yang ampuh. Kerana medium ampuh ini iaitu media massa adalah satu-satu jalan ke arah memberi cerminan imej keikhlasan Umno. Cara ini Umno akan beroleh keuntungan berganda, tetapi apa yang disasar yang mendasar adalah mahu meraih, mengaut, membolot, memonopoli simpati sejumlah pengundi/rakyat yang Umno kini boeh diterima serta sudah berubah dan benar-benar ikhlas. Dan dalam masa yang sama PAS akan diimejkan atau terimej secara langsung dengan imej bongkak, sombong, degil dan sebagainya. Atas keenggan untuk bekerjasama atau berpadu atas nama Melayu.

Di mana imej ini akan dipahat secara 'kekal' dalam pemikiran rakyat/pengundi bagi tempoh masa ke depan atau akan datang. Dan imej kesalahan, kejelekan, keburukan Umno apa yang sudah dibuat selama 56 tahun akan dilupakan.

Inilah satu lagi bentuk pejenamaan politik dan strategik politik Umno alaf baru. Usaha adalah pendekatan strategik semata-mata mahukan kuasa dan lindungi para pemimpin yang rasuah, korup, berakhlak buruk dan memerintah macam harta emak bapak depa sahaja.

Justeru, gerakan kefahaman mendasar oleh pengundi/rakyat hendaklah diperkukuhkan. Dan hanya barisan kepimpinan yang bijak membaca strategik, sepak terajang politik alaf baru sahaja yang mampu membaca niat busuk pihak musuh politik mereka. 

Alternatif Pakatan Rakyat (PR) hendaklah diperkasakan bukan dilemahkan. Hanya orang yang lemah sahaja selalu berhujah dengan hujah, bahawa setakat mana kamu usahakan dan bukan berapa buah kerusi yang kamu menangi. 

Bual bicara dan pandangan sisi yang betul hendaklah dipebetulkan dalam percaturan realiti dunia poitik Malaysia.

Jadi, jangan kata kepada pasukan bolasepak kebangsaan , kamu mainlah sahaja bola, dan kita tidak perlu mengenar 'rangking; dunia. Itu tidak dipersoalkan oleh rakyat. Jika salah tolong betulkan ?






UMNO terbuka bermuzakarah dengan PAS - Najib

Friday, November 22, 2013

Pandangan Bernas: PAS Berhenti Jadi Bayi Kuat Menangis - TMI

Mukta

PAS perlu berhenti “menangis seperti bayi” jika mahu perintah Malaysia

PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.

Perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman.”

Pergantungan kepada undi Melayu sahaja, keputusan terbaik yang boleh PAS perolehi adalah seperti pada 1999 iaitu 27 kerusi Parlimen dan menguasai dua negeri; Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya 1999 tidak akan memberikan kelebihan kepada PAS jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Datuk Seri AnwarAhli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman.”

Pergantungan kepada undi Melayu sahaja, keputusan terbaik yang boleh PAS perolehi adalah seperti pada 1999 iaitu 27 kerusi Parlimen dan menguasai dua negeri; Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya 1999 tidak akan memberikan kelebihan kepada PAS jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Pemecatan Anwar menyebabkan 55 peratus undi Melayu beralih kepada Barisan Alternatif (BA) yang pada ketika itu dianggotai PAS, DAP, PRM dan Parti Keadilan Nasional (PKN) berikutan kekuatan pengaruhnya di kalangan Umno.

Tetapi, tanpa sokongan bukan Melayu, BA gagal menawan Malaysia pada 1999 apabila hanya menguasai 42 kerusi Parlimen (PAS 27, DAP 10 dan PKN 5).

Pilihan Raya 2004 pula menyaksikan PAS hanya tinggal tujuh kerusi Parlimen, PKR satu sementara DAP pula sudah keluar dari BA dan mempunyai 12 kerusi Parlimen.

Jumlah kerusi Parlimen BA hanya lapan berbanding sebelumnya akibat peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bebasnya Anwar dari penjara selepas Pilihan Raya 2004 memberikan harapan baru kepada pakatan pembangkang di Malaysia.

Pada Pilihan Raya 2008, PKR, DAP dan PAS mempunyai perjanjian untuk tidak bertembung sesama sendiri menyebabkan mereka memenangi 82 kerusi Parlimen (PKR 31, DAP 28 dan PAS 24).

Keputusan pilihan raya yang dikatakan sebagai Tsunami Politik itu membawa kepada penubuhan PR.

Pertama kali sejak Pilihan Raya 1969, majoriti tradisi dua pertiga BN berjaya dinafikan dan buat pertama kali juga pembangkang berjaya merampas negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan mempertahankan Kelantan.

Selain mendapat 24 kerusi Parlimen, PAS turut memperolehi kerusi menteri besar di Kedah dan Perak.

Di Perak, walaupun PAS hanya mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kesepakatan PR menyebabkan PKR dan DAP memberi laluan walaupun kedua-dua parti itu mempunyai lebih banyak kerusi.

Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).

PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kehilangan Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu.

PAS kalah dalam semua kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kedah kecuali Pokok Sena yang dipertahankan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Ertinya, jika tiada perpecahan dalam PAS Kedah, parti Islam itu tidak mustahil akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Pilihan Raya 2008.

Tetapi, bilangan kerusi DUN dimenangi PAS bertambah terutama di Selangor, Pahang dan Terengganu.

Awal minggu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusof, mengugut akan meninggalkan PR kerana membantah campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu di Permatang Pasir apabila Datuk Salleh Man berjaya mengekalkan kerusinya dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Salleh dilantik oleh kerajaan negeri untuk menjadi pengerusi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

“Semasa PAS memerintah Kedah pada penggal lalu, jawatan apakah yang diberikan mereka kepada DAP?

“Begitu juga dengan di Kelantan, walaupun DAP mempunyai ahli di negeri berkenaan, tidak pernah pula terdengar mereka ‘merengek’ meminta sesuatu. Ini patut dihentikan,” kata seorang aktivis PAS kepada The Malaysian Insider.

Muktamar ke-59 yang akan bermula secara rasminya hari ini harus menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.

Sudah tiba masanya untuk PAS membuat pilihan sama ada mahu melangkah setapak dan terus kekal sebagai parti arus perdana, atau kembali menjadi parti ustaz, ulama dan guru sekolah pondok yang hanya menguasai Kelantan dan Terengganu. -  TMI

Tuesday, November 19, 2013

Isu Pasukan Kebangsaan Bolasepak: Bedakan Kritik atau Perlekeh

Antara kritik dan perlekeh. Sememanglah ada dua maksud secara relatif. Isu ini berbangkit kerana Safee Sali pemain bolasepak kebbangsaan dikritik/diperlekeh oleh Ketua Pengarah MSN.

Biasanya yang buat kritikan adalah orang awam atau peminat, tetapi bila Pengarah MSN sendiri kritik dan perlekeh memanglah ada yang tidak kena. Hanya beliau sahaja apa yang dimaksudkannya.

Safee pu sendiri terasalah yang kritik bukan batang tubuh peribadi Zolkaples tetapi kapisiti yang dibawa itu Ketua Pengarah MSN

Justeru itu, Safee kena faham dan tahu antara kritik dan perlekehkan. Maksudnya dia mesti bersikap pro dalam hal ini. Oleh itu, tak usahlah buat cabaran 'bodoh;.

Mujurlah, kritikan pembangkang terhadap jenayah semakin meningkat atas kelemahan PDRM. Tidak dicabar oleh KPN supaya minta YB pembangkang turun dan jadi pula sebagai anggota polis atau ambil tempatnya sebagai KPN. Kacau jadinya. Dalam hal ini pasukan polis nampak pro berbanding Safee.

Mungkin Safee rasa bertanggungjawab penuh kepada pasukannya secara langsung. Bila ada kritikan maknaya benda itu amat penting dan diperhatikan. 

Jadi Safee kena cermin diri, berbanding olahraga dalam bolasepak ada banyak stakeholder yang ambil  berat sokong ikuti perkembangan kerana masing-masing ada tanggung jawab peringkat masing-masing.

Maka, terbukalah semua para pemain. Kami rakyat impikan pasukan 1980an yang berjaya layak ke Sukan Olimpik. Kenapa waktu itu mampu, sekarang tidak ?




Saya kritik bukan perlekeh

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menjelaskan kritikannya terhadap prestasi skuad Harimau Malaya ketika tewas 0-1 kepada Bahrain baru-baru ini, bukan bermaksud memperlekeh kemampuan pasukan itu.
Malah, Zolkples berkata beliau juga tidak berniat menghentam pasukan itu kerana pandangannya berhubung pencapaian pasukan kendalian Datuk K Rajagobal itu adalah komen yang realistik.

“Saya lihat kualiti persembahan pemain semakin baik jika dibanding dengan pencapaian lima tahun lalu. Hari itu, saya cuma beritahu saya tidak meletakkan harapan tinggi dan sudah menjangka kekalahan dan bukan bermaksud menghentam pasukan dan pemain,” katanya. 

Dalam laporan akhbar semalam, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menegaskan sudah tiba masanya pasukan kebangsaan memerlukan sokongan padu dari semua pihak bukannya kritikan yang tidak berkesudahan.

Bekas pemain Pelita Jaya dan Johor Darul Takzim (DT) itu juga `memperli' Zolkples dalam laman sosial berkata “Suruh dia mainlah..cakap pandai.. nanti balas komen dia cakap pemain tidak terima pendapat... orang macam inilah yang rosakkan sukan.. hanya pandai kritik... buat kerja tidak mahu.”

Zolkples berkata bagi membuktikan pasukan Harimau Malaya masih relevan, mereka perlu menampilkan kemampuan apabila berdepan Qatar dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Berhubung tindakan Safee mempertikai pandangannya menerusi Facebook penyerang itu kelmarin, Zolkples bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Namun dalam nada sinis, Zolkples berkata semua atlet profesional perlu berfikir secara matang sebelum memberi kenyataan dan ‘bukan cepat melatah’ apabila dikritik. 

“Atlet sukan lain sering menghargai jasa kerajaan dalam membantu mereka seperti (ratu skuasy negara) Datuk Nicol David yang sentiasa berterima kasih dengan bantuan MSN. 

“Atlet di bawah MSN tahu tugas dan tanggungjawab mereka kepada negara dan berterima kasih kepada kerajaan, jadi tidak perlu saya hebohkan kepada semua apa MSN beri kepada FAM,” katanya.

Mengulas prestasi merudum Rajagobal sebagai pengendali Harimau Malaya, Zolkples berkata dari segi Petunjuk Prestasi Utama (KPI), jurulatih berkenaan gagal mencapai tahap yang dikehendaki. 

“Berhubung masa depan Rajagobal, eloklah FAM sebagai majikan untuk tentukan sama ada mahu sambung atau tidak kontrak beliau (yang berakhir bulan depan),” katanya.- BERNAMA

Monday, November 18, 2013

Mansuh kereta berusia 12 tahun: Taktik lapuk dan lama

Taktik dan strategi terbaru kerajaan Bn. Adalah mahu memansuhkan penggunaan kenderaan persendirian melebihi 12 tahun. Tindakan ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat. Tujuan mudah waktu ini adalah maahu 'mengundang' sebanyak mungkin kemarahan rakyat terhadapnya dan kemudian 'menyelesaikannya' dengan solusi yang menampakkan kerajaan perihatin dan cakna rakyat. 


Sebenarnya, semua tindakan ini adalah dilakukan bertujuan bagi menaikkan yuran insuran, menaikkan caj kereta terpakai dan yang berkaitan dengannya yang sudah lama duduk ditakuk yang kurang memberangsangkan.

Di mata rakyat miskin, hujah ilmiah agensi yang berotoriti memberi pandangan dan berhujah demi keselamatan rakyat dijadikan sandaran. Walhal apakah bentuk pengorbanan kerajaan terhadap rakyat yang mampu dilakukan , Sebalik menekan dan terus menekan di bawah dasar kapitalis. Yang mana puak pengusaha dan niagawan yang kuasai ekonomi negara yang diutamakan.

Alihkan beban kerajaan kepada rakyat. inilah sifir ekonomi kapitais agar rakyat duduk dan bergelut sepanjang hidup daripada dapat meluangkan masa mereka memikirkan hal=hal mereka. Melenggah-lenggah rakyat, dan biar rakyat hidup dalam kedunguan akan memanjangkan penguasaan kuasa dan pemilikian kuasa dapat dipanjangkan hayat nya.

Inilah taktik dan strategi mereka ...



Setelah gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi

NOVEMBER 18, 2013
Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini  akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.
"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan.
Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.
Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.
Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.
"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.
"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.
Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.
Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.
Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.
"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.
"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.
Akibatnya, dakwa beliau,  harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.
Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.
\Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.
Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.
"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.
"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. – 18 November, 2013.