Sunday, November 17, 2013

Rakyat Jangan Mabuk Dengan Sogokan Angka Saja, Kita Kena Manjadi Pengaudit Juga

Hari-hari kita disogokkan dengan angka. Berkenaan apa yang kerajaan buat dan kerajaan beri kepada rakyat. Setiap hari media dengan penuh kebanggaan akan melaporkan dan memaparkan angka-angka RM bahawa kerajaan melalui agensi pusat, negeri dan sebagai akan membantu rakyat. Bantuan kerajaan disalurkan bagi me segara caramana duit dibelanjakan. Maka berbelanja lah agensi pusat berkenaan duit sejumlah begitu dan begini lapornya. Semua angka-angka yang dipaparkan menampakkan kerajaan amat cakna, beria, bersungguh-sungguh mahu membela rakyat semua.

Pernah kah kita terfikir, bahawa ke manakah duit itu diagihkan, macam mana kaedah sistem penyampiannya, siapakah yang layak dan dilayakkan bagi mendapat bantuan agihan bantuan berkenaan, berapa banyakkah yang dibelajakan kepada orang yang menerimanya. Bagimanakah latar dan rupa orang yang laak menerimannya. Dan akhir sekali benarkah dana itu dimudahkan dan di samarata kan agihan jumlah wang sejumlah itu yang di peruntukkan.

Dan kita lihat terhasil nanti, apakah ia berkesan dan dijayakan dengan sesungguh-sungguhnya. Maknanya jika diihat, diyakini tidak ada lagi rakyat yang merempat dan merana kerana kerajaan sejak daripada dulu, bersedia, tidak henti-henti berusaha dan terus berusaha membuat itu ini membantu sana sini, memberi apa sahaja termampu bagi menceriakan hidup dan kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan sosial seperti slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Hanya orang-orang yang kuat cemburu sahaja terus menerus menjadi buta mata dan buta perutnya. Maknanya kita pelik jika begitu mengapa, dilaporkan masih berlaku ketirisan mencecah RM20 billion setahun. Apa yang tidak kenanya. Mengapa kemiskinan makin melebar kalangan rakyat. Mengapa kehidupan menjadi payah, hampir 80 % rakyat banyak hutang menuju muflis.

Dipendekkan kata , negara kita sebenarnya cukup kaya hasil yang diperolehi dan terhasil. Boleh mengkayakan rakyatnya.  Bukan setakat hasil unjuran Bajet RM250 billion sahaja seperti yang dilaporkan sebagai punca pendapatan tahun hadapan. Walaupun belanja negara kita pula mencecah anggarannya RM265 billion.

Dimaknakan cerita, kerajaan kita berancang untuk bermewah dan berbelanja ikut nafsu. Namun negara kita tetap kaya ALlah kurniakan hasil melimpaih ruah alam atas dan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan.

Justeru rakyat, kena berfikir banyak juga. Berfikir ke depan dan jauh. Jangan kita ditipu dan tertipu dengan angka-angka yang dimanipulasi oleh puak depa. Janganlah jadi rakyat yang taat sahaja, kita kena bertindak sebagai pengaudit. Ini kerana kita bakal diaudit juga oleh ALlah bila bertemunya nanti tentang apa yang kita buat bersama.

Sama-samalah membantu menjaga negara kita.



Mara lulus RM440j pembiayaan perniagaan

MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR


  1. KOTA BHARU 17 Nov. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan 5,435 permohonan pembiayaan perniagaan bernilai RM440 juta melalui tiga program keusahawanan pada tahun lalu.
    Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa ketiga-tiga program tersebut adalah Skim Pembiayaan Mara (SPiM), Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM).
    "SPiM melibatkan 1,291 pemohon, SPiKE (4,097) dan SJUM (47)," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Perdana Pengerusi Mara Bersama Komuniti Usahawan Kelantan 2013 di sini malam tadi.
    Teks ucapan beliau dibaca oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Ariss Samsudin.

Saturday, November 16, 2013

Pemansuhan Pemakaian Bahas Istana Wajar atau Tidak ?

Asal usul bahasa istana. apakah motif serta tujuan. Perubahan zaman dan pemahafaman dan salah pemakaian serta letak duduk jika memberi kesan dan impak yang kurang baik maka kita wajar pertimbang dan ketepikan.

Bukankah jika kita mansuhkan satu dua patah perkataan bahasa istana boleh memudaratkan pihak istana. Itu pun kita tahu dan faham bahasa dicipta atas beberapa tujuan dan janganlah jadi sampai merosakkan aqidah dan pegangan kita.

Maka apa yang difahami, bukan pemansuhan bahasa istana terus tetapi cuma cadangan gugurkan pemakaian satu dua patah yang membawa impak negatif dari segi sosialisasi. Bukankah bahasa dicipta bagi mengangkat martabat bangsa penuturnya juga.




Gapena tolak saranan mansuh bahasa istana
 
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menolak saranan Senator Dr Syed Husin Ali untuk memansuhkan bahasa istana yang dianggap merendahkan martabat manusia dan menggambarkan mentaliti hamba.
NONE
Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menganggap kenyataan senator itu, seperti dimuatkan dalam buku terbarunya,The Malay Rulers: Regression or Reform, memperkecil peranan dan keistimewaan institusi beraja.

“Yang Dr Syed Husin (kanan) tak setuju itu kerana dia salah (faham) dari segi merendah-rendahkan (martabat rakyat) dan sebagainya.

“Jadi saya lihat, umumnya kalau kita memperkatakan bahasa istana tak boleh digunakan, saya tak setuju sama sekali. Bahkan itu warisan orang Melayu,” katanya sambil menegaskan supaya jangan memperlekehkan institusi itu.

Bekas pensyarah sosiologi Universiti Malaya (UM) itu dalam The Malay Rulers: Regression or Reform antaranya membangkitkan penggunaan beberapa perkataan seperti "patik" yang bermaksud anjing dan "menjunjung duli Tuanku" yang bermaksud menjunjung tapak kaki.

Dalam wawancara di Rumah Gapena di ibu negara baru-baru ini, Dr Abdul Latiff berkata, cadangan Dr Syed Husin itu berbaur tuntutan kumpulan sosialis yang didakwanya mahu menafikan institusi diraja.

NONEDr Abdul Latiff (kiri) bagaimanapun sedia bertolak ansur sekiranya bahasa istana hanya “dikemaskini” maksud dan penggunaannya sekiranya terdapat unsur-unsur bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Namun katanya rakyat masih perlu menggunakan perkataan bersesuaian ketika berkomunikasi dengan raja.

"Janganlah nanti orang datang baru belajar bahasa Melayu dia cakap kau aku (dengan sultan). Ini tidak boleh terjadi," kata beliau lagi.

Beliau menegaskan, untuk melakukan pengemaskinian bahasa itu, ia perlu dibuat melalui rundingan melibatkan rakyat dan Majlis Raja-Raja.

Buku The Malay Rulers: Regression or Reform setebal 86 halaman itu diterbitkan oleh SIRD, Kuala Lumpur dan dilancarkan di Petaling Jaya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuesday, November 12, 2013

Mana bahaya antara ekstremis politik atau ekstremis ekonomi ?

Najib takut dan phobia dengan perkataaan ekstemis politik. Bimbang kuasanya bakal dicabut dan tercabut. Jika hilang kuasa maka, ternganga dan terloponglah dia dan golongannya sama.

Masyrakat dipasak dengan phoba dengan ekstremis politik, tetapi dia lupa dengan ekstremis ekonomi yang membolot dan membaham kekayaan negara tahap melampau. Dan membunuh juta jiwa-jiwa rakyat negara ini. Ada antara mereka jatuh dalam hutang menuju bankrap. Semua ini perlakuan ekstremis ekonomi dalam negara ini.

Mereka yang mengubal merancangdasar dan mereka jugalah yang membahagi-bahagi dan agihkan kekayaan ekonomi negara sesama mereka. Halal bilamana dasar itu dinamakan penswastaan, halal kepada mereka bilamana atas nama dasar persyarikatan.

Rakyat teramai merempat dibumi sendiri, dan ada sampai yang terbunuh kerana mahu melaksanakan dasar yang mereka cipta. 

Justeru, siapa yang lebih bahaya antara ekstremis politik dengan ekstremis politik ?



PM: Halang ekstremis kuasai politik



Najib Tun Razak bersama Abdullah Ahmad Badawi dan Surakiart Sathirathai (tengah) sewaktu sesi fotografi selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Dialog ke Atas Kepelbagaian Diplomasi dan Keamanan di Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 11 Nov. -Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya tidak membiarkan golongan yang mewakili suara ekstremis mendominasi sistem politik secara berterusan bagi mengelakkan wujudnya konflik berpanjangan.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya untuk golongan majoriti senyap bangun menentang sebarang bentuk keganasan dengan cara menolak fahaman ekstremis.
Beliau berkata, ini selaras dengan penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global yang mahukan golongan majoriti senyap bersatu menentang ekstremis dan menyokong pendekatan bukan keganasan dalam menyelesaikan konflik.
"Bagaimanapun, tindakan secara bijaksana dalam menangani golongan ekstremis ini perlu dilakukan kerajaan kerana dibimbangi kesan yang lebih buruk akan berlaku.
"Membunuh mana-mana pemimpin kumpulan ekstremis bukan penyelesaian terbaik sebaliknya dengan mengenal pasti mengapa mereka bertindak sedemikian dan kita tidak seharusnya takut untuk menggunakan kaedah nasihat atau pujukan bagi menghadapi golongan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Dialog ke Atas Kepelbagaian Diplomasi dan Keamanan anjuran ASEAN Peace And Reconciliation Council (APRC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi APRC, Dr. Surakiart Sathirathai.
Najib berkata, Malaysia sering menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan akibat konflik berterusan antaranya sengketa antara penganut Buddha dengan umat Islam di Myanmar.
"Kami amat berharap pihak-pihak bertelagah memilih untuk berdialog bagi menyuarakan perbezaan pendapat mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perubahan landskap media tanpa kawalan merupakan antara cabaran baharu dalam perhubungan antarabangsa yang perlu dihadapi oleh kerajaan pada masa kini.
Katanya, kemunculan blog yang beroperasi tanpa sekatan menguatkan lagi cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menangani pelbagai isu diplomasi dicetuskan oleh para blogger terutamanya melibatkan negara lain.
Sambil merujuk pendedahan yang dibuat oleh pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden mengenai risikan yang dibuat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di negara ini, beliau berkata, kenyataan tersebut memberi kesan buruk terhadap perhubungan antarabangsa.
"Perubahan landskap media bukan sahaja mengubah perhubungan antarabangsa malah member


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131112/dn_01/PM-Halang-ekstremis-kuasai-politik#ixzz2kOL9codn 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, November 10, 2013

Taufan di Filipina: Muharram Yang Menginsafkan

Inilah antara peringatan ALlah SWT. Manusia tidak akan upaya dan kemamapuan. Bila mana datang TAKDIR maka gugurlah TADBIR manusia.

Antara kemajuan teknologi canggih manusia, sekadar dapat mengesan Taufan Taiyfon di Filipina.



Thursday, November 07, 2013

Mnteri Dalam Negeri : Mahu Perangi Pekerja asing ?

Jika benar janji Menteri Dalam negeri baguslah. Beliau mahu bertinak segera dengan lambakan pekerja asing di negara kita. Katanya, beliau tidak mahu negera luar berpersepsi kita niaga hamba abdi ala moden di mata dunia.

Kita bangga dan yakin sangat dengan menteri baru kita yang perihatin. Kita tidak mahu ada lagi para pekerja asing ini bekerja dipost-post yang sensitif, seperti pengawal keselamatan tempoh hari yang membunuh dengan kejam seorang pegawai bank.

Selain, itu nampak sangat negara kita mudah sangat BOLOS. Sistem dan tata kelola cara keluar masuk macam hampeh dan tidak berguna. walaupun kita kini berada di ambang negara maju dan berprestasi tinggi.

Tapi dalam masa yang sama, boleh kah kita percaya ?

Zahid Hamidi ikrar perangi isu pekerja asing


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram selepas kejayaan menangani jenayah berat melalui pelaksanaan Op Cantas baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas itu diambil kerana beliau tidak mahu lambakan pekerja asing di negara ini memberi gambaran kepada masyarakat antarabangsa seolah-olah berlaku perniagaan ‘hamba abdi’ di negara ini.

“Saya tidak mahu perniagaan ‘hamba abdi’ seolah-olah berlaku di negara kita," katanya ringkas menerusi laman Twitternya di sini hari ini sebagai menunjukkan ketegasannya memerangi lambakan pekerja asing.

Polemik mengenai isu pekerja asing kembali tercetus selepas pengawal keselamatan warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu bertindak menembak mati kakitangan AmBank (M) Berhad pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian tragis tersebut, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, maut ditempat kejadian selepas ditembak di kepala menggunakan senjata jenis pump gun oleh suspek yang sehingga kini masih bebas dan gagal dikesan pihak berkuasa.

Minggu lalu, Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan bakal menguatkuasakan penggunaan kad biometrik kepada setiap pekerja asing yang mahu bekerja di negara ini sebagai salah satu kaedah membendung lambakan golongan tersebut.

Katanya, kad itu yang kini dalam peringkat ujian boleh diimbas melalui telefon pintar selepas Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) dilaksana kelak dan mana-mana yang ingkar akan dihantar pulang.

Tuesday, November 05, 2013

Suara perkauman makin menakutkan- Pak Shukur Harun


Suara perkauman makin menakutkan

NOVEMBER 05, 2013
A Shukur Harun
Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.
Lebih 30 tahun lalu, seingat saya, isu perkauman jarang sekali berbangkit atau dibangkitkan dengan nyaringnya di negara ini. Boleh jadi zaman itu belum banyak NGO, lebih-lebih lagi yang diasaskan kepada sesuatu kaum dan agama seperti sekarang.
Bukan tidak ada langsung NGO seperti ini tetapi jarang kedengaran daripada mereka suara perkauman atau pemahaman agama yang sempit. Ini bukan pula bererti mereka tidak cintakan agama dan bangsa masing-masing, tetapi suara mereka tidaklah demikian garang dan tajam seperti sekarang.
Malah pada masa itu isu rusuhan 13 Mei, jarang diingat dan dibangkitkan, walaupun jarak masanya tidaklah begitu jauh. Demikian juga parti-parti politik yang ada pada waktu itu, tidaklah begitu lantang meneriakkan isu perkauman, walaupun parti besar seperti PAS, Umno dan DAP sudah pun kukuh di tengah masyarakat, tetapi suara perkauman dan pelampau agama amat jarang terdengar.
Ini menyebabkan suasana kehidupan masyarakat terasa aman dengan toleransi kaum dan agama terpelihara dengan baik, justeru jarang kedengaran suara perkauman yang membingitkan.
Ini berbeza dengan keadaan sekarang, apabila suara perkauman dan suara pelampau agama begitu garang kedengaran hampir setiap hari, atau pun setiap hari. Ia diteriakkan oleh pelampau perkauman di dalam parti tertentu dan sesetengah NGO, maka keadaan ini sangat menakutkan. Ia diteriakkan dalam ceramah, kenyataan akhbar, malah diteriakkan lebih lantang di pelbagai media.
Keadaan ini benar-benar mengganggu keharmonian kaum dan toleransi beragama dalam masyarakat majmuk yang terbina sekian lama di negara ini.
Seingat saya, sejak lama dulu, pemimpin PAS, parti politik bernuansa Islam, dalam ceramah dan kenyataan mereka sentiasa mengingatkan masyarakat akan hadis Rasulullah bahawa “Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman).” Oleh itu, PAS berjuang atas dasar Islam bukan perkauman, kata pemimpin PAS.
Seruan ini, yang diulang-ulang di mana saja, kelihatannya berkesan dan semakin ramai yang menyertai PAS hingga kini kerana tertarik kepada dasar PAS yang murni Islam dan tidak perkauman.
Tetapi, menurut pengamatan saya, pemimpin PAS kini semakin kurang mengulang hadis Rasulullah tadi baik dalam ceramah mahupun kenyataan mereka. Padahal, saya kira, ingatan ini sangat wajar diulang lebih-lebih lagi dalam suasana teriakan perkauman semakin lantang di tengah masyarakat.
Mungkin ada hujah bahawa rakyat semakin faham di mana Islam menentang perkauman. Tetapi memandangkan jeritan perkauman semakin nyaring dan menakutkan, maka hadis Rasulullah itu sewajarnya diulang-ulang kembali untuk mengingatkan rakyat akan bahaya perkauman.
Sewajarnya kita bimbang bahawa teriakan perkauman ini dikhuatiri lama kelamaan akan mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat, maka itu PAS/Pakatan Rakyat, malah parti politik lain, mempunyai tugas penting menerangkan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini akan bahaya perkauman.
PAS/Pakatan Rakyat sewajarnya menyusun program bersama secara besar-besaran menerangkan kepada rakyat mengenai bahaya perkauman dan mengajak rakyat menolak sebarang elemen perkauman walau dari kaum mana pun datangnya.
Ini sebenarnya agenda besar perjuangan Pakatan Rakyat untuk membina keharmonian kaum dan perjuangan ini semakin penting memandangkan teriakan perkauman semakin lantang.
Benar Pakatan Rakyat mempunyai tugas bebsar menegakkan keadilan, demokrasi dan hak asasi rakyat serta menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan penyelewengan, tetapi dalam masa yang sama perjuangan menentang perkauman juga sangat penting.
Perjuangan untuk menegakkan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain akan terbantut apabila ia berdepan dengan serangan perkauman justru ia memusnahkan segalanya.
Saya teringat ucapan pejuang kulit hitam dan hak asasi manusia di Amerika Syarikat, Martin Luther King, yang berkata, “Saya mempunyai empat anak yang sedang membesar. Impian saya ialah supaya anak-anak saya itu menjadi dewasa dalam suasana di mana mereka tidak dinilai berdasarkan warna kulit dan keturunan mereka, tetapi dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.”
Ini antara ucapan tokoh dunia yang selalu saya ingat ketika merenung kehidupan ini dan merasa sangat gusar ketika menyaksikan dan mendengar teriakan perkauman yang semakin latang, seperti tidak terkawal di negara ini.
Tidak perlulah saya mengutarakan satu demi satu isu perkauman dan pemahaman agama sempit yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Yang pasti ia boleh merosakkan keharmonian kaum, dan masyarakat prihatin sudah mengetahui dengan jelas pelbagai isu ini yang menyala dalam pelbagai media dan berdasarkan ucapan pelbagai tokoh.
Saya teringat apa yang ditulis oleh pengarang British, Anthony Burgess dalam bukunya ‘The Malayan Trilogy’ pada tahun 50-an, bahawa negara ini sangat indah, sungai dan lautnya cantik, banyak ikan, muka buminya cantik, subur dan penduduknya hidup dalam aman damai. Ini persepsi seorang penulis British yang pernah berkhidmat di Malaya, tetapi bagaimana jika penulis ini masih hidup dan datang menyaksikan suasana negara ini yang kini diselubungi jerebu perkauman.
Pada pendapat saya, perbuatan sesetengah pihak membangkitkan isu perkauman sebenarnya adalah suatu pengkhianatan kepada negara dan rakyat. Sebab itu, PAS/Pakatan Rakyat bersama NGO yang tidak rasis perlu bersama berganding bahu menentang elemen perkauman.
Dalam hubungan ini, Muktamar Tahunan PAS dari 22 hingga 24 November ini sewajarnya antara lain, memberi tumpuan kepada usaha menentang perkauman dengan rakyat diberi pemahaman mengenai bahaya perkauman dan bersama menentangnya. Juga wajar diterangkan kepada rakyat supaya menjauhi parti politik perkauman.
Apalah ertinya jika banyak projek pembangunan, bangunan pencakar langit, jalan yang cantik dan lampu bergemerlapan di malam hari di kota-kota besar tanah air, jika di pelbagai sudut bersarang elemen perkauman yang mengaum seperti singa lapar. Justeru ia adalah sampah sarap yang busuk dan hanyir serta memudaratkan rakyat. – 5 November, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya

Al Fatihah : Hj Suhaimi Said meninggal dunia

TEMERLOH: Seorang aktivis politik tempatan Hj Suhaimi Said , ketua cabang PKR Kuala Krau baru sahaja menghembuskan nafas terkahir pada jam 6.30 petang tadi di Hospital Ahmad Shah Temerloh.

Sejarah perjuangannya cukup panjang. Terlibat aktif dalam politik hampir dalam semua parti. Dan apa yang paling bersejarah, beliau adalah seorang peguam pertama yang masuk PAS. Kemuncaaknya ditahan bawah ISA. Dan kehadiran beliau dalam PAS banyak memberi lonjakan khasnya bagi PAS Kawasan Temerloh.


Sg Limau: PAS Kedah sudah pulih kembali - Pak Shukur Harun


PAS Kedah sudah pulih kembali

Abd Shukur Harun,05 Nov 2013
Tidak mudah bagi pembangkang seperti PAS, untuk menang dalam sesebuah pilihan raya kecil apalagi di kawasan pedalaman. Jika menangpun maka itu dikira ‘sangat luar biasa’.

Ini kerana, biasanya di mana-mana dalam pilihan raya kecil, Umno/BN akan mengerakan jenteranya seluruh negara, termask jentera kerajaan untuk berkempen habis-habisan. Bukan saja itu, tetapi mencurahkan pelbagai imbuhan serta pelbagai jenis bantuan dan bermacam-macam lagi, hingga dilihat seolah-olah pembangkang bukan bertanding dengan Umno/BN tetapi bertarung dengan kerajaan dengan seluruh jenteranya.

Sebab itu dalam pilihan raya kecil Sungai Limau kelmarin, ramai yang menjangka calon PAS – kalau menangpun - paling tinggi, mendapat majoriti sekitar 500 undi. Tetapi apabila Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang dalam PRK Sungai Limau malam kelmarin, mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi, bukan sekitar 500 mundi seperti yang diramal, maka itu dikira luar biasa. Calon Umno/BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Kemengan ini sangat besar ertinya, walaupun Umno/BN bersorak kerana dapat mengurangkan majoriti PAS di kubu PAS sendiri. Seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus telah keluar mengundi.

Pengarah PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memberi sebab kemerosotan undi PAS ini ialah kerana hari mengundi pada hari bekerja, maka itu ramai pengundi Sungai Limau yang bekerja di Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan sebagainya tidak dapat pulang mengundi.

PRK Sungai Limau ini menjadi medan ujian kepada Datuk Mahfuz sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Maka kemenangan di Sungai Limau ini adalah sesuatu yang amat manis, sebagai hadiah kepada kepimpinannya. 

Bagi pemimpin PAS, kejayaan di Sungai Limau ini adalah kejayaan PAS menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang PAS di Dun tersebut.
"Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini iaitu kerajaan negeri Kedah dan Kerajaan Pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan di Dulang Kecil selepas calon PAS diumumkan menang.

Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang juga pengarah pilihan raya ini adalah antara orang yang paling gembira dengan kemenangan ini.

Ini kerana, pilihan raya ini adalah ujian pertama kepada kepimpinannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah selepas mengambil alih daripada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu.

"Saya sangat bimbang kerana ini adalah cabaran kepada saya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah untuk memimpin pilihan raya kecil ini kerana kita berhadapan dengan dua kerajaan," kata Mahfuz.

Sementara itu, Ustaz Azam ketika memberikan ucapan pertamanya berkata, kemenangan ini menambahkan keyakinan bahawa PAS mesti terus memperjuangkan mesej Islam yang dibawanya. 

Kita mengucapkan tahniah kepada Datuk Mahfuz dan team jentera kempennya, khususnya Ir. Amirudin Hamzah serta pimpinan PAS Kedah seluruhnya. Juga pemimpin dan petugas PAS yang datang dari seluruh negara yang turut bertungkus lumus bertugas berminggu-minggu lamanya dalam cuaca panas dan hujan,  siang dan malam, menunjukkan solidariti kepada perjuangan PAS Kedah.

Kemenangan calon PAS ini mempunyai makna yang besar bahawa PAS Kedah sudah pulih kembali dari kemelutnya dan memperlihatkan imej barunya yang segar serta mempunyai harapan masa depan setelah kalah teruk dalam PRU yang lalu.

Dengan kemenangan ini juga kiranya, masa suram PAS Kedah sudah bertukar menjadi ceria. Inilah harga kemenangan yang sangat mahal diperoleh oleh PAS dari keputusan PRK Sungai Limau itu.

Pada pendapat saya, PAS Kedah sudah pulih kembali dari krisis dalaman yang dideritainya selama betahun-tahun, yang  antara lain menyebabkan kekalahannya dalam PRU yang lalu. Ini menjadi pengajaran yang sangat berguna bukan saja kepada PAS Kedah tetapi PAS seluruhnya.

Maka itu dengan pemulihan ini dan dengan imej barunya, PAS Kedah boleh memandang ke hadapan dengan optimis, berusaha sungguh-sungguh untuk merapatkan seluruh pendukung bagi memperkukuh parti, mengatur strategi setepat mungkin untuk menebus kembali kekalahan dalam PRU yang lalu, dengan izin Allah s.w.t. 

Ini tidak mustahil justeru dalam sepanjang sejarah PAS sendiri, Negeri Kedah adalah antara negeri yang menjadi kubu kuat PAS di samping Kelantan dan Terengganu serta Perak. Oleh itu dengan kemenangan PAS di Sungai Limau ini, ia menjadi langkah pertama yang sangat penting untuk PAS kembali padu dan gagah.

Seperti Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semua pendukung PAS menyifatkan kemenangan calon PAS ini sebagai kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435. Hijrah adakah membawa mesej kemenangan dan pencerahan, maka itu kemenangan di Sungai Limau ini adalah mesej kemenangan yang sangat besar ertinya.

Dari pengamatan singkat saya ketika berada di Sungai Limau tempoh hari, kedatangan ribuan pendukung PAS seluruh negara untuk membantu kempen, memberi sokongan moral dan kewangan kepada jentera PAS Kedah di Sungai Limau, menghantar isyarat bahawa mereka sangat ingin PAS Kedah pulih kembali dari kemelutnya dengan menang di Sungai Limau ini. Harapan ini telah terpenuhkan. 

Dengan kemenangan ini,  pendukung PAS Kedah yang akan datang ke Muktamar PAS di Shah Alam pada 22 hingga 24 November ini dengan wajah berseri-seri bahawa PAS Kedah sudah pulih kembali. Mereka tidak lagi datang sebagai ‘orang kalah’, tetapi sebagai pemenang walaupun hanya dalam sebuah pilihan raya kecil. 

Ini memandangkan dalam PRK Sungai Limau itu, seperti saya katakan, PAS menghadapi tantangan sengit dari Umno/BN dan jenteranya dari seluruh negara, dengan habuannya yang pelbagai bentuk dan sebagainya.

Kini semuanya mengharapkan PAS Kedah di bawah pimpinan Datuk Mahfuz supaya berjaya menawan kembali negeri jelapang padi itu dalam PRU akan datang.

Kepada Ustaz Mohd Azam, kita mengucapkan tahniah atas kemenangannya di Sungai Limau itu. Kita yakin, beliau yang berpendidikan agama, sangat sedar bahawa kemenangan ini adalah amanah, bukan prestej, bukan kemegahan, tetapi cabaran untuk bekerja lebih keras bukan saja kepada rakyat Sungai Limau, tetapi juga untuk kemajuan PAS sendiri di masa depan.

Monday, November 04, 2013

PRK Sg Limau: PAS Kekalkan kerusi

Syabas, tahniah kepada para pengundi yang terus kekalkan kerusi PAS bagi Dun Sg Limau.


DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS
Mohd Azam Abdul Samat memenangi kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Foto CHAN BOON KAI / THE STAR
YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.
Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.
Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.
Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.
  • Print this story

Sg Limau : D Day untuk Umno

PRK Sg Limau bakal melabuhkan tirai pada 4 November ini, Para pengundi bakal membuat pilihan mereka nanti. PR diwakali PAS bersaing dengan seteru Bn iaitu Umno-Bn. Kerusi ini pada PRU lalu adalah dimenangi oleh PAS. PR / PAS berazam untuk mengekalkan kerusi ini, kerana alasannya adalah kubu  kuat PAS dan selain itu,  kerusi ini dulunya diwakili oleh almarhum Ust Azizan selaku PJ PAS dan mantan MB Kedah bagi Pakatan Rakyat. Menang PAS bermakna pengundi menolak Bajet 2014 Najib yang baru lalu.

Pemerhati politik memilih Umno sebagai pemenang, ini kerana fokus dan pemusatan serta lambakan segera projek bajet dan durian runtuh ke kawasan ini datang bertali arus. Umno menjadi underdog kerana kawasan ini adalah kawasan yang 'hitam' bagi Umno untuk menawannya.

Saban, hari melalui media massa Sg Limau digambarkan dan dipaparkan sebagai kawasan miskin. Hujahnya berdasarkan demografi dan geografi Kedah itu sendiri. Seolah-olah selama ini, Umno tidak pernah wujud di Sg Limau. Maka bila berlaku PRK barulah Umno ada dan wujud. Dan Umno bakal merubah nasib dan masa depan penduduk Sg Limau. Begitulah paparan harapan dan sogokan media terhadap minda rakyat yang dilambakkan berita pada setiap malam.

Walaupun Sg Limau miskin, tetapi para penduduk masih kaya dengan adab dan akhlak kerana persekitaran sedemikian dikelilingi dengan mereka yang cintakan ilmu.

Diharapkan penduduk Sg Limau jangan gadai maruah mereka kepda Umno. Hari ini adalah D Day bagi Umno di Sg Limau.





Pengundi DUN Sungai Limau Disaran Bezakan Sokongan Kepada Individu Atau Parti


YAN, 2 Nov (Bernama) -- Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau perlu membuat pilihan tepat iaitu antara mengenang budi wakil rakyat terdahulu dan masa depan anak cucu masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata terdapat perbezaan yang besar antara menyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan parti PAS memandangkan parti itu gagal membawa kemajuan di Kedah selepas diberi peluang mentadbir kerajaan negeri selama lima tahun.

"Sebab itu, untuk melangkah ke hadapan, ialah parti yang membawa kebaikan kepada mereka (masyarakat Sungai Limau) iaitu Umno dan Barisan Nasonal (BN)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Rakyat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Limau di sini, Sabtui.

Menyentuh mengenai lebih banyak program santai yang dilaksanakan oleh BN pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau berbanding sebelum ini yang lebih kepada ceramah, Ahmad Shabery berkata cara santai itu lebih berkesan daripada menghentam dan memfitnah pihak lawan.

Memandangkan kempen pilihan raya kecil itu akan berakhir kurang daripada 48 jam, Ahmad Shabery yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, mahu jentera BN mempergiatkan lagi usaha meraih undi, sama ada dari penyokong parti itu ataupun PAS.

"Pastikan tiada seorang pun pengundi yang tertinggal. Inilah masa kita kutip pengundi baharu sama ada yang sebelum ini pengundi tegar PAS atau penyokong tegar Azizan," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang menyaksikan pertandingan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat akan diadakan Isnin ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery merasmikan Sukan Rakyat Jalinan Kasih di Kampung Manggol, Batu 13 1/2 di Simpang Tiga Sungai Daun anjuran kerjasama empat cawagan Umno Kampung Manggol, Kampung Batu 14, Kampung Padang Besar dan Pulau Mas.

Beliau yang tiba dengan menaiki motosikal milik penduduk kampung itu kira-kira pukul 10 pagi, berkata beliau amat berbangga melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan penduduk dari pelbagai lapisan umur dan jantina.

"Sukan dalam keleboq (lumpur) sawah ini memang menarik. Walaupun busuk dan kotor tetapi bila kita adakan aktiviti sukan sebegini, kita dapat lihat semangat masing-masing selain dapat erat hubungan," katanya.

Terdapat enam jenis sukan yang dipertandingkan, antaranya diadakan di dalam bendang iaitu menyerkap ikan, menangkap itik dan futsal.

Pengerusi program itu Fadzil Baharom berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kaunter pendaftaran dipenuhi penduduk kampung seawal 8 pagi.

Lebih 100 peserta menyertai sukan itu yang menjanjikan hadiah seperti hamper dan wang tunai bergantung kepada jenis sukan yang disertai, katanya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery turut melawat ke pekan sehari Simpang Tiga, Sungai Limau Luar.

-- BERNAMA

Sunday, November 03, 2013

Mana janji mahu laksana gaji minima

Kerajaan masih berdolak dalik dengan rakyat, sampai bilakah janji gaji minima (RM900) mahu dan dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa terkecuali. Ramai pihak masih ragu, kebimbangan perlaksanaan hanya pada kertas dan arahan sahaja, seperti sebelum ini. Dan akhirnya ditangguhkan, dan kini diumumkan tarikh baru perlaksanaanya.
Ramai pihak ragu kerana dasarnya ada tetapi perlaksanaannya tidak jelas. Dan mereka khasnya rakyat tidak mengetahui secara terperinci  bagaimanakah makenisma perlaksanaan gaji minima akan dilaksanakan khususnya oleh majikan swasta.

Para majikan merasa mereka amat terbeban dan membebankan dengan tambahan kos sedemikian. Kenapa dan mengapakan pihak majikan 'beraat' dan enggan memberi kerjasama kepada pihak kerajaan.

Malah dalam situasi yang berbeda keghairahan dan minat serta kecenderungan kerajaan lebih kepada mahu mencari makenisma bersungguh-sungguh menyelesaikan cara penjualan tiket bolasepak Piala Malaysia.

Rakyat hanya menantikan kebohongan demi kebohongan dan janji manis yang sentiasa ditabur dari semasa ke semasa

Gaji minimum RM900 dilaksana sepenuhnya Januari 2014

LABUAN 3 Nov. - Setelah ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan.
 
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, kerajaan mengambil kira semua perkara yang boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan.

"Sebahagian besar majikan daripada hampir semua sektor di negara ini memberi penjelasan tentang ketidakmampun mereka (melaksanakan dasar itu) dan meminta penangguhan, maka kami menangguhkannya hingga 31 Disember tahun ini. Gaji minimum akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari tahun depan," katanya 
kepada Bernama selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Riot berkata, pelaksanaan gaji minimum ini terpakai bagi semua majikan, tanpa mengira lokasi perniagaan mereka.

"Sama ada perniagaan yang mereka jalankan di bandar atau di mana saja, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakannya," kata beliau.

Riot berkata, pelaksanaan dasar itu terpaksa ditangguh kerana beberapa sebab, termasuk berkaitan kemampuan kewangan syarikat atau majikan.

Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. Bagaimanapun, ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Dis.

Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lepas dan diwartakan pada 16 Julai.

Riot berkata, ia ditangguhkan berikutan kajian teliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
"Kajian dibuat mengikut kes...dan penangguhan serta kelonggaran hanya diberi selepas majlis itu yakin terdapat keperluan untuk berbuat demikian," katanya.

Menurut beliau, setakat ini, tiada permintaan secara bertulis diterima daripada pengusaha tanaman sawit untuk menangguhkan pelaksanaan dasar itu berikutan penurunan harga minyak sawit dunia.

"Kebanyakan pekerja dalam sektor perladangan adalah warga asing. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak berminat bekerja dalam sektor ini...sama ada kita suka atau tidak, inilah isu yang terpaksa kita hadapi," katanya.

Laporan sebelum ini memetik ketua setiausaha kementerian berkenaan Zainal Rahim sebagai berkata sejumlah 247 "syarikat mikro" dan 743 syarikat besar memohon penangguhan pelaksanaan dasar itu.

Syarikat mikro merujuk kepada sesebuah syarikat yang mempunyai tidak lebih lima pekerja. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini sepatutnya melaksanakan dasar berkenaan mulai hari ini.

Syarikat besar yang mempunyai lebih 150 pekerja dalam bidang perkilangan atau lebih 50 pekerja dalam bidang pembuatan perlu mula membayar gaji minimum pada 1 Januari tahun ini. - BERNAMA

PBS : Pandangan penganalisa masalah rakyat, apa reaksi Kementerian


Dengarlah keluhan para guru
  •  Dr Mohammad Agus YusoffDr Mohammad Agus Yusoff
 1 / 1 
Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.

Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.

Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.

Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.

Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini?

Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:

(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.

Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.

Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?

Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?

Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?

Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.

Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.

Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan.

Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.

Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.

Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Jika Cameron Highlands tidak dapat diselamatkan, bagaimana dengan Umno ?

Pandangan Pakara CH tidak dapat diselamatkan. Alasan atau hujahnya sudah pun dirosakkan sejak lama dahulu iaitu hampir 100 tahun. Hujah ini adalah pandangan pakar . Selepas berlaku limpahan hakisan air yang menyebabkan berlaaku kerosakan teruk di pekan Ringlet tempoh hari, apabila air empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan kerana berada di paras yang memberbahayakan takungannya.

Ironisnya, UMno pun tidak dapat diselamatkan juga kerana telah dirosakkan sejak 26 tahun yang lalu. Caranya adalah dengan usaha mematikannya terus dan menggantikannya dengan yang lain. Ini adalah gara-gara Umno gagal mengurustadbir negara kerana berlaku banyak malapetaka terhadap ekonomi, politik dan sosial negara. 

Antara nya ketirisan hasil rasuah salah urus dan sebagainya sejumlah RM25 billion setahun. Dan mereka yang terlibat langsung tidak disiasat jauh sekali untuk didakwa untuk dijatuhkan hukuman. Malah kerosakkan dalam sistem urustadbir negara lebih parah dengan pendedahan demi pendedahan oleh Ketua Audit Negara.

Menjadikan penjawat awam dan pimpinan kerajaan serta kerajaan yang ada menjadi lembu kenyang sahaja. Ini bala dan kehancuran berkenaan.

Ini adalah satu-saatu amaran daripada pihak pakar.


Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini dan mengorbankan empat nyawa.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Pauzi Zakaria berkata, sejak ditemui pada tahun 1885, Cameron Highlands telah menjadi kawasan pelbagai guna secara komersial.
Beliau berkata, pembangunan secara meluas itu meliputi aktiviti komersial seperti pertanian, perhotelan dan perumahan selain pembalakan.
"Sudah lebih 100 tahun Cameron Highlands diteroka dengan rakus, maka untuk membolehkannya pulih seperti dahulu adalah sesuatu yang sangat sukar dan mustahil," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2jZLIeHHN 
Hakcipta terpelihara