Sunday, July 29, 2012

Kisah Itik Gantung bandar Temerloh

Entri biasa pula Romadhan adalah soal puasa umat Islam khasnya. Penulis rasa terpanggil dengan entry sebuah blog sahabat seperjuangan membangkitkan kembali perkara asas iman islam dan amal kepada kita semua. Kali ini perkara asas itu mengenai satu kisah 'lama' di bandar Temerloh yang menjadi bualan sesiapa sahaja tentangnya jika sudah lama menetap dan berada di bandar Temerloh. iaitu sebuah premis kedai bukan islam yang dikunjungi ramai Melayu islam waktu sianghari bulan Romadhan bagi membeli makanan. Sepecial kedai ini ialah menjual nasi ayam. Lokasinya betul-betul berada di dalam pusat bandar Temerloh. Masyarakat tempatan gelarkan sebagai bandar lama Temerloh. Berhadapan Restoran arwah En Satar (orang kuat PSRM Pahang), berdekatan dengan LUTH cawangan Temerloh dan hanya 300 meter daripada Masjid Abu Bakar Temerloh.


Pengamatan dan pemerhatian beliau dalam hal ini diakui tetap ada kebenarannya. Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat tempatan tahu. Malah pihak berkuasa agama pun juga tahu. Pelanggan setia Melayu tetap kunjungi walaupun pada hari-hari biasa (bukan bulan Romadhan). Ia semacam nostalgia bagi para pengemar kopitiam Cina generasi Melayu lama. Kalangan orang muda generasi pasca merdeka jarang amat ke kedai ini. Malah sebahagian tidak langsung mengetahu  susur galur cerita dan kisah klasik orang zaman itu. Namun kedai ini bertahan lama , generasi penggemar kini sudah memasuki era warga emas belaka.


Inilah paparan sejarah serba ringkas restoran ini kepada masyarakat Melayu islam Temerloh amnya. 


Bagi kita yang sediah adalah soal jatidiri Melayu dan Islam itu sendiri. Yang pertama dan utama adalah sikap orang Melayu sendiri yang boleh kita jadikan sebagai kunci segala-galanya. 


Ambil mudah, tidak cakna, kurang rasa malu, tak tahu malu, perangai buruk, suka menunjuk, besar kepala, degil atau babil( loghat Temerloh) menjadi sarang dalam kepala manusia macam ini, kerana hadis Melayu yg diamalkan , Kita mati kubur tidak sekali.


Berkali-kali teguran , serbuan dibuat, berkali-kali amaran ingatan dibuat, Yang disalahkan siapa ?. Adalah semua, kadang-kadang mamat yg pakai uniform pun makan dan minum di situ dah macam mana, 


Maka jadilah restoran itu tempat yg tidak dipelikkan oleh orang. Kelakuan dan lakunya tetap ada tetapi jauh berkurang. Kini apa yg diharapkan adalah agar pemilik itu mati sahaja. Lain-lain ikhtiar tidak berjalan. PBT sendiri tidak berani membatalkan lesen premis berkenaan , dah guana...


Jawapan Itik Gantung.

>> FRIDAY, JULY 27, 2012

Lelaki Melayu Islam tidak segan silu beli juadah tengah hari tanpa mengira status halal.

Jam baru menunjukkan 1.30 petang, namun nasi ayam di sebuah kedai makan di Bandar Lama Temerloh , di sini yang dimiliki peniaga Cina sudah habis gara-gara sambutan hangat segelintir lelaki Melayu beragama Islam di daerah ini.

Setiap kali Ramadan, kedai makan terbabit sememangnya antara destinasi ‘popular’ bagi mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan tengah hari. Apa yang meragukan ialah status halal makanan di kedai milik seorang yang bukan beragama Islam yang dipercayai dimasak oleh orang cina di kedai makan terbabit.

Namun halal atau tidak, bersih atau kotor sumber makanan berkenaan pastinya tidak diambil pusing sebaliknya yang lebih diutamakan mereka yang tidak berpuasa ialah perut yang berkeroncong terisi dengan makanan.

Pelanggan restauran ini dilihat seperti sudah tidak malu dan tidak kisah apabila dilihat orang membeli makanan. Dulu ada juga yang menyembunyikan muka dengan memakai topi keledar atau bercermin mata hitam bila membeli makanan tetapi kini ramai yang selamba saja.

Jabatan Agama tidak boleh ambil tindakan terhadap pemilik premis kerana mereka mempunyai lesen perniagaan dan hanya boleh memberi amaran. Tindakan hanya kepada pelanggan Islam yang membeli makanan di situ.

Saturday, July 28, 2012

Harga kereta turun: Pemikiran pemimpin Umno setaraf JKKK Kg Bantal

Political will Pakatan Rakyat yg terbaru adalah mahu menurunkan harga kereta milik rakyat amnya. Isu ini menjadi bebanan baru kepada kerajaan Umno Bn.

Ramai yang memberi pelbagai reaksi, antara yang paling kartun dan dangkal adalah keluar dari mulut pimpinan kerajaan yang biasa dan lazim sokmo. Antara dakwa mereka jika harga kereta turun maka jalanraya Malaysia akan penuh sesak lah dengan kenderaan, sebab kereta murah dan rakyat akan membeli 10 buah seorang agaknya (tambah penulis).

Di atas ini adalah sifir-sifir atau konotasi-konotasi mudah pimpinan Umno yg mahu mempandirkan pemikiran rakyat. Inilah antara lagu dan dendangan  yang sering kita dengari juga sebagau kelazman rekasi. Jika kerajaan Umno Bn tumbang negara akan jadi huru hara. Juga bila harga gula naik rakyat kena makan sikit gula untuk elakkan penyakit kencing manis. Jika pembangkang turunkan semua harga barang negara akan muflis atau bangkraplah.

Entahlah macam atau tidak sekolah pemikiran pemimpin macam ni, tetapi kalangan yang keluar kenyataan ini selalu sahaja melancong ke luar negara, tentu mereka dapat lihat macam kenderaan sesak, jalan sesak , penduduk sesak. Yang pelik dan hairannya ada juga kalangan rakyat yg sekolh tinggipun ikut sama bercakap guna kepala lutut ni.

Apalah guna para pemikir kita, tubuh unit itu dan ini seperti EPU, MAMPU,SERU,  dan lain-lain agensi bawah JPM yang kerajnya merancang, mengubal, merangka program-program ekonomi. Kalau setakat harga kereta turun dan jalan jadi sesak alahai orang kampung Bantal Ulu Tembeling boleh jadi menteri lah kalu macam tu.


Perkiraan logik sahaja dan kemungkinan akal dan usaha ikhtiar sahaja tidak mampu mentelaah semua benda dan perkara. Jika sekitar bandaraya perkasakan sistem pengangkutan awam menjadi alternatif utama seperti negara-negara maju bandar besar dunia. janganlah swastakan KTMB kocnya macam zaman sebelum merdeka. Kalu tak tahu urus bagilah kat tokeh Air Asia pandailah dia buat tu.....



Kemarahan lain adalah kenapa pembangkang asyik mahu kasi turun. Itulah namanya yang PR mahu berikan kepada rakyat. Jika semua turun tentulah beri kesan positif.

Kecualilah yang turun itu PM dan para menteri sekarang, kasi turn macam pengerusi SYABAS, adakah rakyat rugi. Sebagai contoh gaji Pengerusi Syabas sahaja boleh menampung bayaran 4000 orang kakitangan berijazah katogeri DS/DG/44 dalam masa sebulan.






Turun Harga Kenderaan: Cadangan Tak Rasional Pembangkang

KUALA LUMPUR: Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. "Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.
Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.
"Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.
"Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.
"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.
Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.
Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. -BERNAMA

Friday, July 27, 2012

Krisis Air Selangor: Kerajaan Menipu Dalam Bulan Romadhan

Kemana pergi semua JAS atau NGO pencinta alam sekitar. Mana dia jawatankuasa bertindak  dan rakyat perihatin dengan bakal terbina Loji Air 2 Langat di Selangor

Ini kah cara berhemat dan berhemah kerajaan bakal membelanjakan RM8 billion untuk membina Loji Langat 2 ini.

Kerajaan Selangor sudahpun membentangkan data maklumat terperinci kedudukan air dan masalah-masalah huluan dan hiliran isu ini. Namun kabinet berdegil dan angkuh meneruskan juga projek ini kerana takut orang kenamaan di Putrajaya bakal tidak berair sikit masa lagi.

Air dah mula Syabas catukan, TPM kata tidak kritikal, namun Langat dunia bakal siap 3 setengah tahun dari sekarang.

Bayangkan depa cukup pandai menipu rakyat hidup-hidup dalam bulan puasa ini.





Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Akan Dilaksana Secara Tender Terbuka
KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan pada Khamis berkata, semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak.
Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni Umno-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan tersebut.
Kementerian itu turut menegaskan bahawa kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai operator pengagihan air di Selangor pula adalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya, kata Kementerian itu.
Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. - BERNAMA

Sunday, July 22, 2012

Gambar Utusan Peniaga Marah vs Peniaga BERSIH 3.0 Yang Rugi

Sebenarnya gamabr foto (sebelah) barulah gambaran sebenar kemarahan para peniaga paparkan kemarahan  kerana gagal untuk berniaga.

Gambar ini adalah petikan daripada akhbar Utusan, iaitu akhbar perdana berbahasa Melayu yang kuat auta, pembohong dan spin berita kepada para pembaca khlayak orang melayu.


Mamat dan minah di atas adalah sebahagian para peniaga yang tidak dapat berniaga di bazar Ramadhan taman Setiawanga.

Kita sarankan mamat dan minah-minah ini belajar dan ambil kaedah macam, mana para peniaga di sekitar KL sempena BERSIH 3.0 yang rugi tempoh hari mahu bertindak menyaman penganjur BERSIH 3.0





Tahniah artis wanita patuhi hukum syarak

Fitrah dan tuntutan kemahuan remaja akan bercakap soal hiburan dunia artis, pakaian dan berpakaian dunia lagu dan sebagai adalah sebahagian besar agenda utama para remaja. artis sering menjadi ikon serta ikutan mereka.

Mukthair perkembangan dunia artis atau hiburan tanahair cukup merangsangkan. Umpamanya perubahan pakaian artis-artis tanahair kini menjadi bualan kerana mereka berubah mengikut fitrah asal manusia dan mengikut kehendak agama.

Perubahan ini dan imej baru mereka akan berkekalan. Kita semua doakan dengan sesungguhnya. Ini kerana tindakan mereka berhijrah macam ini bukanlah mudah.

Kita, harap dunia artis kita menuju ke satu indutri berasaskan syarak pula nanti. Insyallah


Cerita citra ibadah puasa



SESI fotografi bersama dua figura jelita, Natasha Hudson dan Sharifah Sofia pada dini hari Jumaat minggu lalu meluncur laju. Rumah yang dijadikan butik pemilik jenama Azura Azwa di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, menyatukan dua nama hebat itu untuk mengupas perihal puasa dan persiapan menjelang Ramadan.
Jelik dan klise andai isu berhijrah diketengahkan setiap kali seseorang artis atau selebriti menukar imej dan prinsip itu dipegang kedua-dua wanita cekal itu.
Bagi empunya nama Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson, 30, penghijrahannya sebagai langkah mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dalam masa yang sama membuka ruang, peluang dan rezeki terutama dalam kariernya.
"Alhamdulillah, sekarang saya kembali aktif dalam dunia peragaan selain bidang lakonan. Tawaran untuk saya menjadi model bertambah dan syukur ini rezeki daripada Allah. Apabila diri saya berubah, maka keseluruhan karier saya juga berubah.
"Berlakon adalah jiwa saya dan buat masa sekarang, bidang lakonan agak mencabar bagi saya kerana saya harus selektif berhubung karakter.
"Saya menilai ibadah itu satu perkara yang serius dan untuk bidang lakonan saya perlu kekalkan kedudukan saya sekarang. Rindu juga untuk melakonkan watak yang pelbagai tapi pasti akan ada solusi yang padan dengan karakter dan situasi saya sekarang," bicaranya memulakan diskusi.
Keluarga besar
Wanita yang mesra disapa Tasha itu kini sedang sibuk merencanakan agenda kerjaya dan keluarga selaku seorang ibu kepada Neesa Helena, 4, dan isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza.
Tasha menegaskan dia ingin lebih fokus dan komited terhadap kariernya, namun pada masa yang sama dia enggan menyisihkan perhatian terhadap suri hatinya, Neesa yang kini sudah memasuki sekolah tadika.
"Saya akan pastikan Neesa mendapat cukup perhatian daripada saya, selepas balik sekolah saya akan mengulangkaji pelajarannya bersama-sama.
NATASHA HUDSON dan Sharifah Sofia teruja menyambut Ramadan pada tahun ini.


"Selain itu, saya akan menghantar dia mengaji al-Quran, muqaddam dan iqra' serta saya sendiri mengikuti kelas agama yang diadakan setiap hari Khamis di rumah mertua," jelasnya yang kini lebih mengawal imejnya.
Riak ceria jelas terpancar pada wajah Natasha ketika ditanya mengenai rutin puasanya yang bakal kembali berubah tahun ini.
Kebiasaan acara berbuka puasa hanya disertai oleh ibu dan adiknya, Tania Hudson kini berkembang mekar bersama keluarga sebelah suaminya yang disifatkannya lebih meriah!
"Ini kembali menjadi tahun pertama saya menjalani ibadah puasa bersama bilangan ahli keluarga yang lengkap. Insya-Allah, tahun ini akan lebih ceria kerana kedua-dua belah bilangan ahli keluarga saya dan suami agak besar.
"Saya tidak sabar untuk berpuasa dan jika sebut saja urusan keluarga atau persiapan berbuka puasa, detik itu yang paling saya nantikan," katanya yang menggemari martabak, air bandung dan air kelapa untuk juadah berbuka.
Pelakon filem Chermin itu bagaimnanapun memilih hidangan ringkas untuk bersahur. Antara yang menjadi kegemarannya termasuklah nasi putih, timun, kicap dan telur.
Lengkap lima tiang
Berbeza sekali pertemuan bersama pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, berbanding pertemuan sebelum ini. Ringkas berselendang sambil menggendong permata hatinya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini memasuki usia setahun setengah.
Ujarnya: "Maaf, saya seorang yang ringkas dan tidak pandai melaram. Selendang pun tidak cantik."
Menukar citranya ke arah melengkapi tuntutan syarak, Sharifah Sofia atau lebih dikenali dengan panggilan Sofia enggan menggembar-gemburkan penghijrahannya. Lebih selesa menyimpan cerita hijrah itu dan memendam peruk di lubuk hati.
BERPELUANG mencurahkan sepenuh kasih sayang buat permata hatinya, Ariana, figura jelita ini tdak kisah bergelar ibu sepenuh masa.


"Saya memikirkan diri saya dan ini cara saya, biar saya tahu pasal orang lain tapi saya tak nak orang tahu pasal saya. Biar saya sendiri yang simpan untuk diri saya.
"Sekarang saya lebih mendalami ilmu agama, apabila tidak memakai tudung tidak bermakna saya tidak mendalami agama cuma sekarang pengetahuan itu lebih mendalam.
"Sudah sampai masa untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri saya. Kalau dahulu saya ada empat tiang kini saya sudah mencukupi lima tiang," ucapnya berkias.
Tegasnya, walau apapun tanggapan orang ramai terhadap dirinya yang sebelum dan sekarang, dia tidak ambil pusing kerana industri seni akan sentiasa berdepan kritikan.
Menjadi ibu sepenuh masa mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Ariana bukan dianggap percaturan atau mengundur diri daripada dunia seni.
"Prioriti sekarang untuk menjadi ibu sepenuh masa dan menjaga sendiri anak saya. Saya menolak kebanyakan tawaran kerana saya tidak sanggup menyusahkan pihak lain kerana saya perlu membawa Ariana bersama saya sepanjang masa. Tambahan, dia masih menyusu badan.
"Saya sangat rindu untuk kembali bekerja tapi saya sanggup korbankannya demi anak saya. Lagipun, saya mula kurangkan berlakon sejak dua tahun lalu. Buat masa sekarang saya ada plan sokongan," jelas anak kelahiran Liverpool, England itu.
Kembali berpuasa

NATASHA dan Sharifah memiliki banyak persamaan antara satu sama lain.


Jangan salah sangka jika Sofia menyatakan dia akan kembali berpuasa pada tahun ini! Kerana tahun lepas dan dua tahun lalu dia 'terpaksa' meninggalkan ibadah wajib itu atas faktor tertentu.
"Dua tahun lalu saya sedang mengandung, jadi saya tidak sempat berpuasa dan tahun lepas pula saya menyusukan Ariana. Tahun ini jika tiada keuzuran saya akan kembali berpuasa.
"Pasti sekali saya teruja sempena kedatangan bulan yang penuh berkat, cuma kali ini saya melaksanakannya dengan keyakinan sebagai seorang Sharifah Sofia dalam kehidupan baharu.
"Insya-Allah, saya juga mahu melengkapi solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadan tahun ini," ujarnya.
Ditanya tentang juadah kegemaran sepanjang bulan puasa, Sofia menjawab tiada makanan istimewa asalkan mengikut seleranya dan suami.
Begitu juga hidangan bersahur. Adakalanya kata Sofia dia akan memanaskan kembali lauk-pauk yang dibeli atau dimasak untuk berbuka puasa bagi mengelakkan pembaziran.

Thursday, July 19, 2012

Kebejatan rakyat petanda penghakisan peradaban ummah

Era globalisasi terkini rakyat sudah tidak teruja langsung atau terkejut  langsung dengan berita-berita seumpama ini. Kes rasuah yang dilakukan individu penting dan berkepentingan kini sering menghiasi dada-dada akhbar.


Yang rakyat terkejut, dan teruja jika pesalah rasuah itu dapat disabitkan dengan kesalahan jutaan ringgit dan ringgit itu dikembalikan dan dirampas semula.


Jika setakat berpusing-pusing masuk kamar mahkamah, rakyat sudahpun mengetahui keputusan penghakiman kes berkenaan.

Apa kah jadah kesemua ini.

Semua ini adalah gejala penularan keparahan penyakit-penyakit kejiwaan rakyat. Kes-kes jenayah sudah mula menghakis rasa kepedulian rakyat. Kes - kes ini menandakan keruntuhan peradaban dan ketamadunan manusia amnya, dan umat negara ini khasnya.

Secara irinosnya, jika masalah remaja berlegar  dengan isu-isu rempit, lepak, dadah, buang anak, bohsia, ponteng, melawan ibubapa guru dan sebagainya. Bagi golongan dewasa terpelajar pula atau  golongan atasan terjerat dan terjebak dengan gejala rasuah.

Kerajaan bukan tiada usaha, malah terlalu banyak usaha kerajaan mahu membendung dan memeranginya tetapi gagal.

Apakah sebab dan punca sebenar keadaan yang ruwet ini berlaku. Adakah tidka cukup dengan penubuhan BPR kepada SPRM ditokok pula dengan dasar  Pelan Integriti Negara (PIN).



Zubir mengaku tidak bersalah

AHMAD Zubir Murshid (kiri) diiringi Peguam Bela, Datuk K. Kumaraendran ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
KUALA LUMPUR 17 Julai - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid (gambar) mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah lebih RM100 juta terhadap dana syarikat itu dalam projek pembangunan tanah adat Sarawak, empat tahun lalu.
Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pilihan memperdaya Lembaga Pengarah Sime Darby.
Ahmad Zubair, 55, diamanahkan penguasaan ke atas dana Sime Darby iaitu memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputra (HAB) di bawah Sarawak Expansion Plan dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi tanah HAB yang terletak di KJD/Lower Julau, Sungai Julau/Sungai Pitoh/Sungai Jiet dan bahagian Merurun/Meluan/Entabai dan Sarikei

Monday, July 16, 2012

Hanya PR sahaja dapat memberi pilihan perubahan kini

Situasi ijazah palsu, siapakah patut dipersalahkan. Adakah salah Pak Mat Janggut di Bota, atau salahkan Pak Mat Zain daripada Kg Batal Hulu Tembeling.

Siapakah yang mahu memperdanakan pendidikan, siapakah yang telah meliberalisasikan pendidikan. Jika buat teruskan buat, tapi apa dia bentuk kawalan yang dijalankan.

Soal ijazah palsu pun kerajaan gagal tangani. Apa pula jaminan kerajaan jika gas berbahaya Lynas Gebeng itu diteruskan. Sebab kita tahu setakat mana dgn sikap etika dan tahap ketelusan integriti penjawat dalam negara kita.


Inilah bahananya apabila rakyat langsung tidak ada rasa bersalah, kerana mereka dididik sedemikian rupa. Sebab mereka tidak takut kerana pemimpin mereka lagi teruk menipu. Bagi rakyat tipu mereka hanya sekadar sekeping kertas bagi menjamin masa depan mereka dalam bekerjaya dan sebagainya. Tetapi pemimpin mereka menipu apa adanya dengan nilaian kini mencecah billion ringgit. Itulah Malaysia ....


Semuanya boleh diubah dan diasuh mahupun dilatih. Rakyat kena komit dengan perubahan dan azam seseungguh-sungguhnya untuk berubah.






Ijazah palsu: Lahir graduan palsu
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Julai 2012
Lahir graduan palsu
Ijazah Palsu
Ijazah palsu: Lahir graduan palsu
Kronologi kes
SUATU ketika dulu, negara kecoh dengan lambakan gelaran Datuk palsu. Tetapi kemudian senyap dan kini muncul kudis berbahaya yang melibatkan profesionalisme. Kes ijazah palsu bukan sesuatu baru didengar, apabila sebelum itu terdapat nama-nama individu hebat di negara ini yang didakwa menggunakan sijil palsu.


Terbaru, kita dikejutkan dengan sindiket pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM) dan masyarakat benar-benar tidak menyangka mengenai kewujudan jenayah seumpama itu memandangkan ia berkaitan akademik.


Bayangkan dua wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai menawarkan setiap ijazah USM dengan harga RM4,888 menerusi satu laman web khas dan dikatakan menipu lebih 20 orang sejak menjalankan kegiatan itu tiga bulan lalu.


Menurut polis, modus operandi sindiket ialah dengan mengiklankan tawaran sijil ijazah dari USM serta boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data universiti berkenaan menerusi sebuah laman web.



Berdasarkan siasatan, anggota sindiket meminta pembeli untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang dimiliki oleh individu tertentu dan mereka juga tidak melayan pelanggan menerusi talian telefon.



Mudahnya. Tetapi itu kegiatan yang dibongkar. Apakah logik jika kita memikirkan mungkinkah segelintir individu terdiri ahli politik, ahli perniagaan, pakar motivasi, ahli akademik, penulis, perunding pelaburan dan insurans yang nampak hebat itu sebenarnya menggunakan ijazah palsu. Termasuk rakan di sebelah kita.



Benarkah, sindiket membeli ijazah terutama PhD melalui internet sudah menjadi trend baru? Mudahnya memperoleh ijazah dengan hanya melalui talian. Bayar dan cetak. Masalahnya, apabila masuk ke alam pekerjaan, bagaimanakah kualiti perkhidmatan yang mampu diberikan. Apakah pula hak majikan?  Bagaimana hendak periksa sijil yang sudah ada cop 'disahkan oleh' ?

Ironinya, jika kegiatan ini tidak dibanteras atau dibiarkan merebak, maka bayangkan negara yang sedang membangun pesat ini mempunyai ilmuwan palsu dan plastik serta ‘ graduan’ yang bersepah setaraf sampah sarap. Jika kegiatan menjual pangkat palsu didorong oleh sindrom gelaran daripada mentaliti feudalisme, bagaimana sindiket ijazah palsu. Jenayah apakah ini?


Apa kata kementerian?
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi melalui kenyataan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengkaji ciri keselamatan pengeluaran ijazah yang diguna pakai di negara lain bagi menangani kegiatan penjualan ijazah palsu seperti yang didalangi sindiket menggunakan Universiti Sains Malaysia (USM).



Ini memandangkan pengeluaran sijil ijazah oleh setiap universiti di negara ini tidak sama.



Misalnya sijil yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah berbeza dengan Universiti Sains Malaysia (USM).



Respons USM



UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) memandang serius kejadian yang menimpa universiti berkenaan. Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman mengatakan, USM telah mengambil tindakan mengetatkan ciri-ciri keselamatan skrol ijazah yang lama menerusi proses keselamatan ketat dan mengandungi ciri-ciri keselamatan serta nombor siri khas.



Tambahan itu, USM bersedia membantu sekiranya ada pihak yang ragu-ragu terhadap ijazah yang dikeluarkan.



Prof. Omar mengesahkan tiada kakitangan USM terlibat dalam kegiatan tersebut memandangkan segala maklumat mengenai lulusan universiti itu disimpan rapi termasuk di bilik kebal.



Salah seorang daripada tiga suspek yang disyaki terlibat ialah bekas pelajar USM `sementara dua lagi ialah orang luar.

Sunday, July 15, 2012

PRU 13: TPM tidak faham sifir yang mudahpun

TPM 1Malaysia Tan Sri Mahyuddin Yassin semaasa berucap dalam perjumpaaan dengan Umno Bahagian sebentar tadi. Dengan nada sinis angkuh terus mempersoalkan kepada mereka yang terus terusan meramalkan tarikh pilihanraya. 

Yang paling memuncak adalah katanya , apa yang salahnya jika kita adakan pilihanraya dalam bulan puasa. Sememangnya tidak salah buatlah piliharaya ikut suka kamu. 

Ini kerana pilihanraya ini melibatkan ramai orang dan ramai pihak, maka kita sebagai pemimpin diberi amanah. Sebagai pemegang amanah rakyat , maka kita janganlah bertindak menyusahkan rakyat.

Jika pilihanraya melibatkan Umno dan TPM maka ikut suka dialah nak buat atau tidak buat. Itu sahaja.

Jadi kalau dah rasa susah sangat janganlah jadi pemimpin. Dan sememangpun rakyat akan hukum orang yang tidak sedar diri macam ni.

Umpama kata Dr Asri, kalaupun nak solat, takkanlah nak solat di tengah-tengah jalanraya yang sesak. Itu bodoh namanya. Kata Dr asri mantan mufti Perlis

Saturday, July 14, 2012

Masalah Air Cuma Di Kelantan, tetapi Mengapa Timbul Di Selangor

Terdesak dengan legasi sebagai sebuah institusi air yang berwibawa dalam negeri Selangor. SYABAS syarikat swasta air Selangor 'terpaksa' menunjukkan sikap profesionalnya untuk menguruskan bab air. Nampak lebih agresif bagi menampakkan kemantapan pengurusannya bagi mengelakkan tohmahan ramai orang m syarikat ini adalah antara syarikat-syarikat GLC kerajaan negeri yg memberi anugerah kepada kroni. Ini kerana CEOnya sahaja dibayar RM50,000 sebulan (kalah gaji PM Malaysia). takkan lah gagal kot mahu uruskan air berbanding PM uruskan 1negara.

Namun dalam kecekaapan mengurus ambil duit dan beri duit mereka lupa dengan SATU KUASA yang gagal disaingi. Inilah pengurusan luarjangka mereka gagal jangkakan. Maka kini syarikat swasta yang berdaya saing ini, terpaksa kekal akur dan pasrah dengan 'Kuasa Satu Ini' lain bahawa bekalan air yang diurus mereka akan melalui fasa-fasa kritikal.

Dijangkakan rakyat Lemah Klang akan hadapi masalah air yang sangat kritikal. Puncanya bekalan air dijangkakan tidak dapat dibekalkan kepada semua pengguna sebabnya bekalan air alami kekurangan.

Dimaklumkan satu-satu jalan pantas rangka dan tindakan rancangan jangka pendek nya adalah mencatukan penggunaan air di sekitar Lembah klang dan Putrajaya dalam masa terdekat ini.

Melihat dan menelusuri sejarah negara, negara kita adalah antara negara terkaya dengan bekalan air bersih ALlah berikan rahmatnya tidak seperti di negara-negara Arab dan juga rata-rata negara benua Afrika yang hadapi musim kemarau yang melampau. Itupun mereka dapat survive hidup negara mereka berbanding negara lain. Hal ini siapa yang tahu.

Jikalah soal ini dibangkitkan kepada pakar-pakar luar tentang kita hadapi masalah air, tentu para pakar ini terlopong dan macam tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya.

Sebelum inipun kita lihat media pro kerajaan selalu kerap dan acap memperlekehkan Kelantan kerana GAGAL urus air bersih untuk dibekalkan kepada rakyat negeri berkenaan.

Kita bukannya apa sekadar mahu mengingat-ingatkan sahaja, kerana hidup ini penuhy dengan suri teladan dan sempadan.

Ikuti penjelasan terperinci SYABAS tentang isu ini...






Syabas syor catuan air di KL, Klang dan Hulu Langat
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Julai 2012
SHAH ALAM - Syarikat konsesi air, Syabas mahu mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk mengadakan catuan bekalan air dengan segera di  Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang ekoran penurunan paras simpanan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dipetik berkata, ketiga-tiga kawasan itu berhadapan dengan krisis air memandangkan paras simpanan air telah menurun kepada dua peratus berbanding 20 peratus yang diperlukan.

AKAN MENYUSUL





Friday, July 13, 2012

Banyak Sangat Program mengaut Habiskan Duit Rakyat -

Setiap saat siapa sahaja menteri mewakili umno akan berusaha semaksimaka mungkin bagi memcipta dan membuka peluang dengan melontarkan pelbagai idea. Ideaa yang sedikit sahaja daripada keluarbiasaannya bakal diterima pakai kerajaan menjadi pilot projek dan apa sahaja. Semua itu tidak lebih niat mereka untuk apa bukan mahukan hasilnya tetapi mahu membina dan membuat projek.

Dibawah mungkin ramai yang tidak mengetahui langsung akan 1MDB - Mengubah Dimensi Baru Pelajar , yang antara lain mahukan pelajar yg tidak cemerlang menjadi cemerlang.

Bagi kerajaan Umno kecemerlangan dan ukuran kecemerlangan dinilai dengan ukuran A pencapaian dan berapa banyak pemilikan A bagi seseorang pelajar.

Biarpun kita tahu pelajar-pelajar yg cemerlang A inilah pelajar-pelajar yg hancur, rosak, tiada akhlak, gadai songlap dan derhaka kepada kedua ibuabapa dan sebagainya yang terlahir kini. jika tidak kenapa indek permasalahan sosial negara tidak pernah surut dan duduk dalam keadaan bertahan.

Semua kerana kedurjanaan perancangan pihak berwajib. Inilah jika terlalu lama sangat berkuasa sehingga kering idea, di sampin ALlah SWT tidak memberi berkat dan redha dengan pemerintahan seumpama ini.

hasilnya rakyat derita dan masyarakat menuju kepunahan ..


1MDB Umum RM20 Juta Dana PIBG

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat memperluaskan lagi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) melalui pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta untuk Dana PIBG, satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah.
Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata dana tersebut bertujuan untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan menjalankan aktiviti pendidikan, kokurikulum dan infrastruktur.
"Berdasarkan penyelidikan, kami dapati antara masalah utama dihadapi PIBG adalah bagi mendapatkan dana mencukupi untuk mempertingkat kemudahan sekolah serta menjalankan kelas tambahan kepada murid yang kurang berkemampuan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama bagi sekolah di luar bandar. "Justeru Dana PIBG ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban PIBG dalam melaksanakan aktiviti pembangunan murid dan sekolah," katanya semasa melancarkan dan menyerahkan Dana PIBG kepada 11 penerima perintis di sini.
Lodin Wok berkata sebagai permulaan dana ini diserahkan kepada PIBG sekolah yang terletak berhampiran dengan kawasan pembangunan Kuala Lumpur International Financial District (KLFID) yang merupakan projek strategik 1MDB.
Menurut beliau lagi dana ini juga boleh digunakan untuk tiga jenis pembiayaan termasuklah aktiviti berasaskan pendidikan seperti penganjuran kelas tambahan, aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan dan penambahbaikan infrastruktur berskala kecil seperti menaiktaraf makmal komputer.
Katanya permohonan Dana PIBG terbahagi kepada dua iaitu untuk sekolah menengah dengan peruntukan maksimum RM50,000 manakala sekolah rendah layak memohon peruntukan sehingga RM30,000.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Imbi, Law Seah Keong, 36, berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya 1MDB yang meluluskan permohonan persatuannya.
"Peruntukan maksimum sebanyak RM30,000 yang diterima ini akan digunakan untuk menampung kerja penyelenggaraan sekolah yang semakin meningkat dan untuk menaik taraf kantin sekolah yang sudah uzur demi keselesaan murid. "Pemberian dana ini juga sangat tepat pada masanya kerana kami mengalami defisit sejak tiga tahun lalu kerana penurunan jumlah murid dari lebih 1,000 ke sekitar 300 orang tetapi kos penyelenggaraan sekolah tetap tinggi," katanya.
Bagi Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2, Nordiana Mustafa Kamal pula pihaknya berasa sungguh gembira dan teruja apabila sekolah tersebut terpilih untuk menerima sumbangan dana PIBG ini.
"Walaupun sekolah kami baru dan pelajar hanya 33 orang sahaja namum kami akan menggunakan dana yang diberikan sebaik mungkin terutama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti membantu pelajar-pelajar miskin, kem-kem kecemerlangan pelajar, kelengkapan aktiviti kokurikulum dan sebagainya." katanya.
Nordiana turut menggalakkan PIBG lain di seluruh negara supaya menghantar permohonan kepada 1MDB bagi mendapatkan sumbangan dana seterusnya memastikan kelangsungan aktiviti anjuran persatuan tersebut demi pembangunan pendidikan generasi akan datang.
PIBG sekolah yang berminat untuk memohon Dana PIBG 1MDB boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.danapibg.com.my. -BERNAMA

Sunday, July 08, 2012

Apa erti sewenang-wenang kepada Umno dan rakyat

Merujuk kepada soal tindakan sewenang-wenangnya dalam melakukan sesuatu perkara, perkataan yang dipancarkan melalui mulut menteri UmnoBn. Tidak apa yang tidak betul tentangnya. Semuanya nampak baik atas nasihat dan ingatan serta saranan bapak menteri berkenaan, Di atas ucapan sedar  beliau itu kepada kita semua. Kita  harus berbangga dengan sikap beliau itu. Tetapi adakah ucapan sedemikian sudah cukup dan selari mahupun seiring dengan apa yang parti dan kerajaan beliau wakili. Ini kerana beliau bercakap atas kapisiti sebagai seorang menteri yang mewakili kerajaan yang diwakilinya ?


Beliau bercakap dengan pandangan ramai orang dan orang ramai agar menteri berkenaan umumkan pula penurunan harga minyak RON95, iaitu sejenis minyak murah yang digunakan oleh ramai orang dan orangramai. Itulah mungkin maksud tersirat yang cuba dipancarkan.


Jelas beliau harga minyak yang digunakan rakyat teramai tidak boleh diturunkan dengan sewenang-wenang. Itu adalah prinsipnya dan juga prinsip yang dipegang oleh kerajaan yang diwakilinya.

Tetapi dalam masa yang sama harga minyak dinaikkan menteri dan kerajaan dan kabinet dengan sewenang-wenangnya. Pengumuman mengejut dan dinaikkan secara mengejut.

Apa motif RON 97 diturunkan dalam masa 3 bulan sebanyak 2 kali pun rakyat tidak faham, Tetapi harga minyak berkenaan tetap juga mahal. Maknanya harga minyak berkenaan diturunkan dengan sewenang-wenangnya.

Mungkin pengusaha stesen minyak bersungut dan mengancam kerajaan mereka mahu mengalihkan sokongan kepada PR pula pada PRU13 nanti. Itu sahaja yang boleh mengubah keputusan kerajaan kerana Putrajaya akan dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Ikrar PM kepada Himpunan Belia di Putrajaya sedikit masa yang lalu.

Bercakap soal sewenang-wenang, mari kita teliti cakap serupa bikin atau sebaliknya. kerana najib PM 1 Malaysia kata dialah satu satu PM yang Cakap Serupa Dengan Bikinnya. Atau adakah Najib yang hanya menjadi PM yang cakap sahaja BESAR tetapi kemenangannya tidakpun BESAR.

Tetapi bila keraajaan berbelanja juga janganlah secara sewenang-wenang terbaru Projek MRT (Sistem Bersepadu Transit Lalulintas ) diberitakan anggaran belanja naik daripada RM50 atau RM60 billion kepada RM100 billion.

Kini, kerajaan sewenang-wenang menutup kes NFC dan Shahrizat didapati tidak bersalah. Sepatutnya suaminya dan anaknya lah yang disabitkan. Macam mana boleh terlepas


Terkini kerajaan meluluskan sewenang-wenang akta APJ98 dengan mengenakan kompuan 3 kesalahan daripada RM300 maksimum kepada RM1500. Dan banyak lagi tindakan sewenang-wenang oleh Umno Bn




RON95 Tidak Boleh Diturun Sewenang-wenang: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.

"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Jumaat.

Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.
Ismail Sabri berkata sehingga kini, kerajaan menanggung subsidi untuk RON95 sebanyak RM6.6 bilion.
Katanya, kerajaan mampu menurunkan harga petrol RON97 susulan penurunan harga minyak mentah dunia kerana harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dunia.

"Saya harap rakyat faham bahawa harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun," katanya.
Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa 5 Julai.
Mengulas mengenai janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan minyak petroleum sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Ismail Sabri berkata: "Dia boleh janji apa saja. Jadi, janji memang senang, dan janji cakap semua percuma pun boleh". - BERNAMA

Wednesday, July 04, 2012

Kesian YB Ayub Dibelasah Rakan Umno Bn

Tahniah ke atas adun Johor Dato Ayoub Rahmat, Adun Kemelah  atas keberanian beliau mencadangkan kepada kerajaan yang diwakili supaya Johor dijadikan sebagai negeri pertama laksanakan hukum hudud.


Seruan YB Ayub menterkedukaan semua pihak dalam Umno dan termasuk rakan-rakan dalam Bn.


Tindakan terpuji Ayub atas apa niat beliau sekalipun kita tetap sanjungi. Daripada Dun Dun negeri yang dikuasai Umno Bn belum pernah sebelum ini yang bercakap seperti YB Ayub Rahmat.


Yang menghairankan kita semua Umno dan media pro Umno tidak lah pulak membangkitakn cadangan Ayub sebagaimana biasa. Sebaliknya cadangan Ayub dipersalahkan dan dinampakkan ianya salah.


Pengeran, para hubaya yang selama ini bercakap Islam sebagai pendokong  dan penyokong parti Melayu terbesar dunia gagal menampakkan kepahlawanan mereka dan rakyat tertanya-tanya ke mana mereka termasuklah juga Perkasa dan pekida NGO pengampu itu 




Mana yang lain ...







Ayub cadang Johor terajui hukum hudud
MOHD FIRDAUS YON
3 Julai 2012
Datuk Ayub Rahmat
Datuk Ayub Rahmat
SENAI - Johor diharapkan dapat menerajui pelaksanaan hukum hudud ‘sebenar’ yang meliputi semua kaum di negara ini berbanding hukum hudud dilaungkan Pas.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang turut mengakui ada membangkitkan cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman berkenaan.

Ayub berkata, cadangan itu dibangkitkan pada 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan hukum hudud sebenar yang dilaungkan olehnya itu boleh dimulakan dengan memberikan kefahaman berhubung hukuman berkenaan kepada semua masyarakat khususnya golongan bukan Islam.

“Dalam Sidang Dun, memang saya ada cadangkan supaya Johor menerajui hukum hudud sebenar yang berbeza hukum hudud dinyatakan oleh Pas.

Sebab kita lihat, Pas banyak kali menggunakan hukum hudud untuk tarik sokongan.

“Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam (hudud) yang menyeluruh dan melibatkan semua kaum.

“Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yang meliputi semua kaum di negara ini dapat diterajui Johor.

Di sini, penting untuk kita beri kefahaman kepada semua masyarakat terlebih dahulu menerusi seminar atau pembentangan supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ayub berkata, kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

“Saya sedia maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Jadi atau tidak, terserahlah kepada ALLAH.

“Kita bukan nak takutkan orang menerusi hukum hudud, namun tidak salah sekiranya kita memberi kefahaman berhubung hukuman ini kepada umum,” katanya


Isu hudud: MCA saran Ayub sertai Pas
NORSHIKIN MOHD SALLEH
3 Julai 2012
Isu hudud: MCA saran Ayub sertai Pas
Datuk Tee Siew Keong
JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.

Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.

“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.

“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini.

Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini.

Sunday, July 01, 2012

Kerajaan Pusat Umno Nampak Macam Tidak pandai Mengurus wang lagi

Nampak kerajaan Umno terpaksa mengungkit-ungkit kerana memberikan 'geran' kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebagaimana tanggungjawab dan amalan dalam konsep sistem negara federalisme.

Sikap mengungkit ini macamlah seorang ayah dengan anaknya. Tetapi kerajaan lupa, bila dengan Kelantan nampak bising sangat, tetapi jika ukuran itu dibuat dengan Selangor barulah nak diam agaknya.

Selangor dilaporkan menyumbangkan RM90 billion kutipan kepada kerajaan Pusat pada setiap tahun. Kita juga tahu kerajaan Pahang yang kaya dengan hasil mahsul pun hanya dapat pendapatan sekitar RM600 juta sahaja setahun itu ikut Bajet yang dibentangkan di Dun Pahang dan tambahan kutipan lain mungkin menjadi Rm1 billion setahun.

Kedudukan ini samalah macam negeri Kelantan. Maka kita kira wajarlah bagi Kelantan kerana dia adalah negeri termiskin dalam Malaysia. Oleh itu apa yang kerajaan Pusat mahu bisingkan.

Lainlah pula jika kutipan di Kelantan itu tidak dipulangkan kepada kerajaan Pusat.






Kerajaan Pusat Bantu Kerajaan PAS Kelantan RM5.3 Bilion Dalam Dua Tahun
KULIM: Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada kerajaan persekutuan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UmnoKulim/Bandar Baharu di sini, Ahad, Ahmad Zahid berkata, bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan agensi-agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat miskin di Kelantan.
Fakta bantuan kewangan ini diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan dibentangkan di Parlimen Mei lepas, kata Ahmad Zahid.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berfikir secara rasional dan menilai dengan adil kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji berbeza dengan pakatanpembangkang ibarat 'saudagar janji.'
Dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembangkang bijak memanipulasi perasaan rakyat melalui janji-janji yang ditabur namun tidak pernah ditunaikan.
"....betul pelbagai bantuan yan diberi kepada rakyat yang layak adalah duit rakyat hasil pelbagai cukai yang dipungut.
"Kerajaan juga boleh bangkrap denganbantuan-bantuan tersebut.
"Jika kerajaan tidak cekap menguruskan kewangan negara tentu rakyat tidak akan menikmatinya. Kita kena bersyukur. Alasan tidak mau berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah kerana duit itu adalah 'hak' kita semata-mata bertentangan dengan fitrah manusia," jelasnya.
Beliau berkata, pembangkang sekarang dikategorikan sebagai 'saudagar janji'kerana banyak membuat janji yang tidak pernah mereka tunaikan.
Menurutnya, antara janji tersebut ialah kerajaan Selangor yang sehingga hari ini tidak menunaikan janji memberi RM100 kepada rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas malah menjual banyak aset miliknya.
Kerajaan negeri Kedah pula memperkenal Skim Kafalah iaitu bantuan RM500 kepada keluarga simati dan mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat dan membina Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berharga RM330 juta namun semua itu lebih awal dilaksanakan kerajaan BN, katanya. - BERNAMA