Sunday, October 16, 2011

Isu Hudud Umno gagal lagi

Isu Hudud bergema lagi, Umno cuba mempromosi isu ini bertujuan bagi membelah bahagikan hati-hati para pengundi Cina dalam negara ini. Panahan Umno terkena maka tersentaklah Karpal Singah. Beliau seperti biasa tokoh politik veteran DAP sezaman dengan Dr M dan lain-lain pimpinan kanan Umno yang dah bersara bersuara.

Maka suara Karpal tentang hudud laku, media milik Umno ulang cetak dan ulang tayang serta mengitar tayang saban hari. Tetiba Karpal baru tersedar, beliau masuk kembali dalam lubang perangkap yang disediakan oleh Umno. Beliau membisu dan merendahkan nada tentangan terhadap hudud.

Media menyerbu Lim Guan Eng, maka jawapan Guan Eng kepada media tidak menyenangkan Umno. Maka terkedu dan keudap-kudaplah Umno.

Malah dalam masa yang sama negara jiran kita oaotu negara Brunei Darul salam pula bersuara. Suara kali ini bukan suara yang biasa tetapi suara luar biasa. Sultan Brunei berbunyi bahawa beliau mahu hudud dilaksanakan. Umno terdiam.

Namun, usaha mengacau Umno tidak terhenti di situ, selepas gagal menyerang luar, maka serangan kali ini dihalakan pula kepada Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) pimpinan Hu Pian Chow. Maka Pian Chow secara dasar tida menyukai hudud dilaksanakan. \

Talian hayat isu hudud nampak lembali 'segar' Umno masih dapat bertahan dengan isu ini. Pimpinan PAS bertindak dengan memanggil Pian Chow untuk memberikan penjelasan.

Selepas mendapat reaksi luarbiasa daripada PAS Pian Chow mulai kendur. Dan isu hudud kembali menjadi 'reba' kepada Umno.

Utusan menyerang Aziz Bari

Apa yang tidak kena dengan Aziz Bari. Beliau adalah antara ahli akdemik yang nampak 'tidak sehaluan' dengan pemerintah. Beliau seorang yang berpendirian dan sering berada di pentas-pentas forum anjuran pembangkang.

Justeru, itulah Umno dan kerajaan 'terlalu' marah dan geram dengannya. Bagi Aziz dan pembangkang kesediaan luarbiasa Aziz yang sentiasa memberi pandangan 'bercanggah' dengan 'majikannya membuatkan pemerintah 'demam panas.

Umno dan kerajaan tiodak bersedia mahu ambil tindakan seperti mana almarhum Ust Fadzil Noor mantan Presiden PAS yang dipecat daripada UTM sedikit masa dahulu. Pemecatan Ust fadzil memberi kesan besar kepada kerajaan dan hukuman itu cukup menampakkan kejahatan dan niat jahat kerajaan pada waktu itu.

Bagi kita, Umno akan membuat apa sahaja demi mahu mengekalkan kuasa nya. Zaman Umno menguasai kerajaan kini semakin pudar. Semua institusi dalam kerajaan sudah diUMNOkan dan, fahaman Umno masuk ke semua agensi kerajaan. Arahan-arahan parti Umno lebih sebati dalam agensi-agensi kerajaan.

Kebusukan Umno itu sudah membarah dan semkaian membusuk, umpamanya institusi kehakiman sudah menjadi kartun. Semua hakim rosak dan tidak boleh dipercayai langsung. Jika melibatkan hukuman-hukuman politik keputusan akan memihak kepada apa sahaja hujah Umno.

Krisis terbesar adalah Krisis Perlembagaan Perak sedikit masa dahulu. MB pilihan rakyat 'dijatuhkan' dengan penuh tipu daya. Semua rakyat yang celik perlembagaan tahu, apatah lagui dengan Prof Aziz Bari.

Justeru, Umno mahu Aziz Bari jangan terus mempersalahkan apa yang salah. Maka disinilah nampaknya Umno semakin tidak menyukai Aziz.



Motif Aziz Bari?

Awang tidak terkejut dengan kenyataan pensyarah indang-undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam. Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin.

Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Abdul Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya. Tidak boleh secara halus, dibuat secara terbuka tetapi masih berselindung atas nama akademik. Lalu Awang musykil Abdul Aziz yang dianggap pakar perlembagaan oleh sesetengah pihak mempersoalkan tindakan Sultan Selangor sebagai `bukan sesuatu yang lazim dan tidak konsisten’.

Menurut beliau, campur tangan baginda perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Memang lain macam nadanya dan amat tidak wajar. Pada Awang, perbuatan Abdul Aziz itu sendiri di luar kelaziman. Maka kita boleh faham mengapa ramai menyifatkan tindakan beliau sebagai biadap.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, baginda selaku ketua agama Islam negeri mempunyai hak mutlak terhadap hal ehwal Islam. Telitilah kenyataan Sultan Selangor, ia sedikitpun tiada cacat cela serta tidak terkeluar daripada bidang kuasa baginda.

Sebagai orang Islam, Awang menjunjung kasih ke atas Sultan Selangor kerana komited menjaga kepentingan Islam, yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara. Jadi, tidak timbul sama sekali bahawa tindakan baginda tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam. Awang melihat tindakan Abdul Aziz sebagai cubaan untuk menutup mulut Raja-Raja Melayu dalam melaksanakan peranan sebenar. Jika Raja dan Sultan tidak boleh menyentuh soal agama, apakah mereka hanya menjadi raja untuk ceremonial semata-mata?

Lagipun, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor berhubung isu murtad itu adalah benar. Sebagai rakyat bertanggungjawab, Abdul Aziz sewajarnya akur dan mendokong kebenaran. Jika beliau mendakwa dirinya pro-kebenaran mengapa bersikap sebaliknya? Apakah siasatan JAIS yang mendapati berlaku usaha memesongkan akidah umat Islam, bukan kebenaran?

Walaupun pendakwaan tidak dilakukan kerana keterangan yang diperolehi tidak mencukupi namun hakikat berlaku cubaan memurtadkan orang Islam, adalah nyata. Kalau bukan JAIS, apakah beliau mahu percayakan pihak yang satu lagi?

BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

Friday, October 14, 2011

PRU 13 BILA TANYA UTUSAN

PRU13 semakin dekat tetapi bila?

Oleh AZNAN BAKAR

"PILIHAN Raya Umum Ke-13 hanya tinggal dua tiga hari lagi." Itu ungkapan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Ahad lalu.

Tetapi Ahmad tidak bermaksud Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 benar-benar akan diadakan esok lusa. Apa yang dimaksudkan, ia boleh berlangsung pada bila-bila masa. Yang memerlukan semua pihak terlibat sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Secara perbandingannya pun, PRU13 memang makin dekat. Jika dibanding dengan tahun lalu, tahun ini tentu lebih dekat. Bulan ini pula pasti semakin dekat ke tarikh PRU13 berbanding bulan lepas.

Semakin hari, mandat yang diberikan kepada BN pada pilihan raya umum 2008 semakin mendekati tarikh akhir iaitu Mac 2013. Berdasarkan peruntukan undang-undang, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas mandat itu tamat.

Mengambil congakan mudah, kerajaan BN sekarang ada masa hingga Mei 2013 sebelum mengadakan PRU13. Tetapi dalam sejarah pilihan raya umum negara, kerajaan tidak pernah tunggu sampai tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen.

Selalunya pada penghujung tahun keempat dan awal tahun kelima Parlimen dibubarkan untuk membolehkan rakyat memberi mandat baru kepada kerajaan.

Jadi bila tarikh PRU13? Mulai Mac tahun depan, mandat yang diberikan kepada kerajaan sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu bakal memasuki tahun kelima.

Sebab itu, pelbagai pihak kini mula sibuk meramal dan mencongak. Tetapi tidak siapa mengetahui tarikh sebenar. Ramai orang boleh membuat ramalan dan congakan. Hanya Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sahaja memiliki ilham bila Parlimen akan dibubarkan.

Tetapi ramai pemerhati dan penganalisis sama ada yang bertauliah atau tidak, meramalkan pemimpin BN tidak akan tunggu hingga tempoh maksimum.

Najib tentunya tidak akan genap lima tahun sebelum menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Persoalannya sekarang, apabila dikatakan PRU13 itu semakin dekat ialah bila?

Berapa dekat yang dikatakan semakin dekat itu? Adakah pada tahun ini? Awal tahun depan? Pertengahan tahun depan? Atau akhir tahun depan?

Setakat ini ramai yang meramalkan PRU13 akan diadakan pada hujung tahun ini. Salah satu tarikh yang diberikan ialah pada November tahun ini. Lebih tepat lagi ialah 11 November.

Alasannya, 11 ialah angka kegemaran Najib. Sama seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memilih angka tiga dan 13 ketika mengumumkan PRU12 lalu.

Tarikh itu masuk akal juga. November ialah waktu cuti persekolahan yang membolehkan sekolah-sekolah digunakan sebagai pusat mengundi. Tetapi tarikh 11 November tidak mungkin kerana ia jatuh pada hari Jumaat.

Beberapa pemerhati pula berkata, November atau Disember terlalu suntuk untuk Perdana Menteri membubarkan kerajaan.

Ini termasuk masih terdapat beberapa negeri yang beliau belum lawati yang mana ia merupakan prasyarat sebelum kerajaan dibubarkan.

Untuk melengkapkan lawatan ke seluruh negara itu, ia sekurang-kurangnya memerlukan masa hingga hujung tahun, iaitu hujung Disember.

Tetapi adakah cukup dengan satu pusingan lawatan sahaja sebelum kerajaan dibubarkan? Bagaimana dengan negeri-negeri yang kritikal? Tentunya ia memerlukan sekurang-kurangnya sekali lagi kehadiran Perdana Menteri.

Selain itu, belanjawan yang dianggap sebagai terbaik yang dibentangkan baru-baru ini juga memerlukan sedikit masa untuk diluluskan.

Tidak mungkin pilihan raya diadakan sebelum apa yang dibentangkan itu diluluskan oleh Parlimen dan manfaatnya diterima oleh rakyat.

Parlimen yang sedang bersidang sekarang pula hanya akan selesai pada Disember ini. Jika faktor itu diambil kira, November sudah boleh dikira terkeluar daripada senarai untuk diadakan pilihan raya.

Jangan pula lupa musim haji yang baru saja bermula. Ini juga perlu diberi pertimbangan dalam mengadakan pilihan raya kerana sejumlah pengundi kini berada di Tanah Suci.

Kumpulan jemaah terakhir hanya akan kembali ke tanah air pada Januari tahun depan.

Adakah mungkin pilihan raya umum diadakan ketika sebahagian daripada rakyat negara ini sedang memberi tumpuan menunaikan Rukun Islam kelima?

Bagaimana pula dengan dua akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan?

Jika, dua akta itu mahu direalisasikan sebelum PRU13, sudah tentu akan mengambil sedikit masa.

Tentunya, ramai dari kalangan pengundi mahu melihat akta baru tersebut sebelum mereka memilih kerajaan baru. Jika itu yang dihasratkan, sudah tentu ia tidak mampu direalisasikan pada tahun ini.

Pendek kata, untuk mengadakan PRU13 pada penghujung tahun ini, masanya terlalu suntuk.

Bukan sahaja suntuk daripada segi penyusunan jentera oleh BN, tetapi juga dalam melaksanakan segala perancangan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Berdasarkan congakan mudah itu, ada yang pendapat paling cepat PRU13 diadakan ialah pada Mac 2012.

Cuti penggal persekolahan pada pertengahan Mac dilihat masa yang sesuai untuk rakyat keluar memilih kerajaan baru. Itu pun, ada pemimpin BN merasakan Mac bukan masa yang sesuai kerana ia masih terlalu dekat. Banyak lagi persediaan perlu dibuat sebelum mereka berhadapan dengan pilihan raya.

Mengenal pasti calon, menyelesaikan masalah dalaman parti-parti komponen dan menggerakkan jentera akar umbi merupakan antara isu yang masih membelenggu BN ketika ini.

Setelah hujah ini diambil kira, maka timbul satu lagi tarikh yang kemungkinan PRU13 akan diadakan iaitu pada penghujung Mei atau awal Jun tahun depan.

Masa itu merupakan cuti persekolahan yang panjang yang akan memudahkan sekolah-sekolah dijadikan pusat mengundi.

Apa pun, seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak, PRU13 dianggap yang paling mencabar kepada BN ekoran situasi politik dan ekonomi yang mencabar.

Tamparan hebat pada PRU12 yang menyebabkan BN hilang kelebihan dua pertiga di Parlimen pastinya terasa hingga ke hari ini.

Najib tentunya mahukan mandat yang besar bagi membolehkannya melakukan transformasi seperti yang dirancang. Di bahunya kini terpikul tugas yang cukup berat untuk memastikan BN terus diyakini rakyat dalam memimpin negara.

Begitu juga di pihak Pas, DAP dan PKR. Penguasaan mereka di empat negeri sekarang ini tentunya mahu dipertahankan.

Masa yang panjang hingga sekurang-kurangnya tahun depan sebelum PRU13 diadakan tentunya akan memberi kelegaan.

Yang pasti, tidak ada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat bila PRU13 akan diadakan. Ia sentiasa penuh dengan kejutan.

Seperti kata Najib pada majlis penerangan itu, PRU13 boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang.

Monday, October 10, 2011

Bajet Gula-Gula & Saudagar Mimpi


Pasca Bajet 2012 kerajaan terkial-kial. Tiada lambungan media secara melampau, tiada ulasan terlampau.

Dan pengulas utusan sendiri Bajet najib kali ini adalah Bajet Saudagar Mimpi dan Bajet Gula-Gula Beracun.

Masakan tidak , rakyat hanya diberi gula-gula sekepa sahaja. Kepat atau hisap dua tiga kali gula-gula habis manisnya.

GST menanti, kenaikagecam harga barang melonjak, pemaju perumahan membina rumah dan dapat signal cecah harga RM440k.

Rakyat marhein semakin terpinggir, pekerja swasta mengeluh. Pembelaan tidak menyeluruh kerajaan sudah tiada kuasa dan kini semakin tidak berkuasa. Di pihak swasta kini, kerajaan terus hilang KAWALAN.

Dulu Umno dan Najib mengecam Pak Lah sudah hilang kawalan ke atas barisan kabinetnya, tetapi kini Najib hilang kawalan terus ke atas ekonomi negara.

Malah beliau sendiri pun di kawal dengan sepenuhnya oleh RM.

Inilah pertama kali pembentangan Bajet yang tidak sempurna dan tidak menyakinkan. sah Najib kini menjadi liabiliti Umno. Segera singkirkan najib, nyahkan Umno.

Gantilah dengan Pakatan Rakyat.





Bajet 2012 bukan seperti ‘saudagar mimpi’ membawa ‘gula-gula beracun’

DI MANA sahaja rakyat Malaysia berada, semuanya mendapat faedah hasil pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu. Sedikit sebanyak mereka tetap merasainya.

Sama ada di kota atau di desa, masing-masing mendapat habuan. Tanpa mengira profesion atau pekerjaan harian mereka - buruh, peladang, penternak, nelayan, guru, kakitangan awam dan sebagainya mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pesara yang tidak bekerja juga mendapat nikmat. Malahan golongan gelandangan juga tidak dilupakan.

Memang benar kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Tun Razak: ‘‘Ia (bajet 2012) tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah atau tinggi, dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa’'. Begitulah janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib. Maka tidak hairanlah ada yang ‘terkejut beruk’, ‘mati akal’ atau seperti ‘cacing kepanasan’ dengan bajet ini yang dianggap praktikal, realistik dan holistik.

Ada yang berkata, BN mencedok bajet pakatan 3P - DAP, Pas, PKR. Bajet bayangan 3P dibentangkan tiga hari sebelum kerajaan membentangkannya Jumaat lalu. Jika 3P memperuntukkan RM220 bilion tetapi kerajaan menyediakan RM232.8 bilion. Peruntukan subsidi kerajaan pula berjumlah RM33.2 bilion tetapi 3P RM22 bilion. Itulah bezanya. Apa pun sebagai negara demokrasi, pembangkang boleh bercakap apa yang mereka suka mengenai bajet ini.

Tidak kurang juga yang berkata, Bajet 2012 sebagai bajet pilihan raya umum (PRU). Sama ada bajet PRU atau sebaliknya, apa yang pasti bajet itu sudah tentu melegakan kebanyakan rakyat walaupun masih ada ‘suara sumbang’ yang sinis.

Bajet 2012 boleh menjadi bajet PRU jika pilihan raya diadakan sebelum Oktober 2012. Ini kerana tarikh akhir pembubaran Parlimen ialah pada 24 April 2013. Jika PRU diadakan pada suku pertama 2013, maka tahun depan barulah ada bajet PRU. Tidak kisahlah sama ada ini bajet PRU atau tidak, apa yang penting, rakyat mendapat manfaat dan kerajaan mampu menunaikannya. Memang ia umpama gula-gula tetapi bukannya ‘gula-gula beracun’.

Rakyat tentunya lebih yakin dengan bajet kerajaan BN berbanding janji menjelang PRU Ke-12 yang lalu oleh pembangkang. Janji BN bukanlan janji kosong seperti janji ‘saudagar mimpi’ atau ‘saudagar air liur’. Malahan Najib ketika menjawab dakwaan nakal pengkritik yang tidak yakin kerajaan dapat melaksanakannya berkata: Kalau tak ada duit takkan saya berani bentangkan semalam (Jumaat). Saya akan melakukan satu perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tidak boleh dilaksanakan.

Biarlah 3P terus menjaja Buku Jingga ke sana ke mari. Biarkanlah mereka mengusung bajet 3P di merata tempat. Rakyat lebih tahu membezakan antara bajet yang berduit dengan bajet tidak berduit. Mereka dapat bezakan janji orang yang belum mempunyai kuasa sebaliknya kemaruk kuasa dengan orang yang sudah berkuasa. Bagi rakyat di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, mereka boleh menilai sendiri sejauh mana janji PRU pada tahun 2008 telah ditunaikan oleh 3P ini.

BN yang sudah menerajui negara ini sejak merdeka, pastinya lebih arif dengan apa yang boleh dan tidak boleh dijanjikan. Janji seseorang yang berkuasa dan belum berkuasa memang ada bezanya. Sebelum berkuasa, mereka boleh janji apa sahaja malahan bulan, bintang dan matahari semata-mata untuk menang. Apabila menang, mereka tidak mampu melakukannya, tidak ada keupayaan untuk menggapai bulan, bintang, apatah lagi matahari.

Tetapi lain pula janji orang yang sudah berkuasa. Ada yang boleh dijanjikan dan ada yang tidak. Ia mengikut kemampuan.

Maka tidak hairanlah walaupun Bajet 2012 meliputi semua lapisan masyarakat, masih ada suara-suara yang tidak berpuas hati. Ada saja yang tidak kena. Diberi satu hendak dua, diberi dua hendak tiga dan diberi tiga hendak empat dan seterusnya. Bak kata orang diberi betis hendak paha. Sikap negatif, tidak puas hati sentiasa ada dalam naluri manusia. Tidak dinafikan ada perkara atau bidang yang tidak disentuh dalam bajet ini tetapi tidak bermakna ia akan dilupakan begitu sahaja. Manusia tidak pernah sempurna.

Dalam sebuah keluarga, seorang bapa kadang-kadang tidak dapat bersikap adil kepada anak-anaknya. Ada anak yang nakal, bodoh dan hodoh apabila melakukan kesalahan disebat tetapi anak lain yang cerdik dan dimanjakan terlepas daripada hukuman. Ada bapa yang ketika di luar begitu tegas dan garang tetapi apabila di rumah menjadi seorang pemaaf atau pengecut.

Begitulah juga dalam bajet yang tidak mampu memuaskan hati semua orang. Namun seperti mukadimah Selak ini, semuanya akan menikmati faedah.

Contohnya pelbagai subsidi yang diberi. Walaupun ia telah lama diberikan oleh kerajaan tetapi eloklah bajet itu memperingatkan semula supaya kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan. Subsidi kerajaan menyebabkan saban hari, setiap mulut rakyat negara ini ‘disuap’ oleh kerajaan.

Beberapa isu yang sempat didengar mengenai bajet dalam sehari dua ini ialah belanjawan defisit yang memaksa kerajaan terus meminjam. Isu peruntukan kepada perkara berkaitan hal ehwal Islam juga disentuh termasuk peruntukan kepada sekolah agama rakyat, peruntukan mengatasi masalah gejala sosial yang semakin meruncing serta isu-isu keselamatan rakyat.

Begitu juga skim rumah pertama yang membenarkan pembeli membeli rumah pada harga maksimum RM400,000. Timbul kerisauan sama ada ia akan mengatasi masalah pemilikan rumah atau harga rumah akan melambung?

Begitu juga bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Adakah langkah ini akan menyebabkan harga barang tidak terkawal?

Di kalangan pemandu teksi, ada yang berkata, apalah sangat pemansuhan cukai jalan berbanding beban menanggung insurans. Kenapa tidak dihapuskan sistem syarikat dan diganti dengan permit persendirian? Walaupun sistem bas di luar bandar mendapat RM150 juta tetapi bagaimana pula sistem pengangkutan awam dalam bandar yang belum berkesan?

Ada juga yang risau dengan kehadiran kedai 1Malaysia kerana ia dilihat boleh mengancam kedai runcit. Namun kita percaya, apa yang boleh diperbaiki akan diperbaiki. Mana-mana ‘lubang’ yang boleh ditimbus akan ditimbus sebaik mungkin.

Harus diingat bahawa pemaju perumahan, peniaga runcit, pemandu teksi, penumpang bas dan pelbagai lagi adalah rakyat Malaysia. Maka setiap perkara atau tindakan yang terlibat dalam bajet ini memberi kesan kepada mereka.

Justeru berilah peluang kepada pihak-pihak berkenaan untuk memperjelaskan isu yang timbul berhubung bajet ini. Jangan terlalu cepat mencari kesilapan dan kekurangan. Lebih-lebih lagi pihak yang berkepentingan politik akan cuba menjadikan isi kandungan bajet ini sebagai modal mereka menjelang PRU Ke-13 yang dikatakan semakin hampir.

Friday, October 07, 2011

Bajet 2012: Bajet Ada Berani


Bajet 2012 selamat dibentangkan petang tadi. Ulasan melambung selepas pembentangan Bajet tidaklah semeriah dan setara seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beberapa pihak akan berterima kasih atas beberapa insentif, rakyat terbanyak nampak terbela. kaum guru menarik nafas lega, para peneroka senyum dalam tawa. Pihak swasta senyum dalam duka. Gaji minima dan kos sara hidup belum menampakkan sinarnya, selagi harga bahan bakar dan kenaikan harga barang gagal dikawal selia oleh kerajaan.

Mungkin para perokok mengucapkan terima kasih, tetapi rokok terus mahal. Ini menandakan percubaan berani Najib memulihkan imej lemahnya itu. Dalam lemah ada kuatnya, dalam lemahnya ada gigit dan sengatnya. Maka inilah sengat dan gigitan berbisa Najib.

Sememanglah payah dalam satu masa mahu memenangi hati semua orang. Pujian harus juga diberikan kepada nya, malah kita tahu yang menrancang dan menyusun Bajet ini adalah para pegawainya. Maka para pegawai itulah yang bakal merancang dan membuat benda yang sama jika pakatan memerintah Putrajaya nanti.

One off kepada anak-anak sekolah dan beberpa insentif sekolah, umur persaraan ke 60 tahun. paling terbela adalah anggota ATM selepas kes sejarah Mat Indera oleh Mohd Sabu, Home Guard dan tentera zaman British selepas 60 tahun baru mahu dihargai.

Kita nantikan apa pula pujian MPN dan ahli sejarah tentang tindakan bersejarah Najib memansuhkan yuran persekolahan semua peringkat dan rakyat dapat percuma. Juga pendaftaran percuma pesakit di semua klinik dan hospital kerajaan.

Air dan banjir mahu diselesaikan, nantikan bandar Segamat pulih atau tidak dengan serangan banjir nanti.

Dan paling menyedihkan adalah masalah perumahan akan datang terutama di bandar-bandar besar, walaupun kakitangan kerajaan diberi had pinjaman mencecah RM400,000.

Lihat laporan Utusan sendiri, bahawa rumah di Lembah Klang adalah antara rumah paling mahal di dunia berbanding dengan negara jiran tetangga kita ?

Wednesday, October 05, 2011

PR: Percepatkan Bajet Kerusi Juga

Menjelang pembentangan Bajet 2012 Jumaat ini oleh kerajaan amat dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak. Kelmarin adalah giliran PR membentangkan Bajet mereka.

Bajet yang mengandungi 63 perkara sudah di bentangkan. Beberapa pimpinan kerajaan terutama PM dan TPm serta mantan PM Dr M turut memberi reaksi. Biasa dan lazimlah reaksi mereka tentulah apa yang dibuat PR dianggap sebagai benda yang meremehkan.

Bagi kita, Pakatan sudah bebarapa tahun belakangan ini, berjaya menghidupkan 'harapan' dan menampakkan wawasan mereka kepada rakyat, tentang apakah yang bakal mereka laksanakan nanti.

Cuma kengganan rakyat terbanyak untuk memberi peluang, dengan menyerahkan secara demokrasi Putrajaya kepada PR.

Bagi kita dalam gabungan Pakatan yang dikepalai PAS, PKR dan DAP. Yang paling menarik adalah potensi dan cabaran PAS dalam mencabar 'kerusi Umno' daripada tangan Bn . Jika PAS berjaya mensasarkan 60 kerusi ditandingi daripada tangan Umno, maka Pakatan mempunyai potensi untuk memerintah Malaysia.

Jika PAS gagal meraihkan 60 kerusi seperti yang disasarkan maka impian Pakatan untuk menduduki Putrajaya tenggelam dan lenyap.

Sasaran 60 kerusi bagi PAS adalah lebih realiti dan logik serta munasabah. Bagi PAS sokongan pengundi bukan Islam kali ini adalah cukup menarik.

Justeru dalam percaturan politik rakan-rakan Pakatan jangan memeningkan PAS. Dengan menimbulkan perkara remeh temeh.

Pembahagian kerusi mesti diselesaikan, PAS nampak malu-malu dan lebih tawaduk dalam menentukan agihan kerusi. Sikap itu adalah baik bagi parti berteraskan islam. Dan inilah hasil tarbiyyah PAS.

Namun , cabaran politik PAS dan potensi PAS dalam berpolitik nampak jauh tertinggal daripada rakan-rakannya terutama jika berdepan dengan PKR.

PAS juga perlu bersikap 'tamak' mana-mana kerusi yang berpotensi. Strategi dan perancangan PAS perlu diubah tidak menggunakan retorik lama. Masa sudah berubah.


Sunday, October 02, 2011

Kenapa Umno suka sangat Karpal Tolak Hudud ?

Kenapa kita paksa Karpal Singh yang kafir dan bukan Islam dengan bebanan Hukum Hudud. Kenapa media seronok sangat, lebih-lebih lagi mereka sendiri adalah orang yang beragama islam.

Sepatutnya yang Islam turut berasa 'susah hati' kerana hukum ini belum terlaksana lagi di negara ini. Inilah cabarannya, kerana yang berkuasa itu adalah orang beragama Islam, yang bakal menerima hukum pun juga beragama islam.

Kita nampak ada satu usaha tersembunyi bagi menyatakan 'padan muka' kepada PAS, parti yang berusaha mahu laksanakan hudud di Malaysia.

Media berbalik-balik daripada 1998 lagi, melaporkan hudud adalah hukum PAS, hukuman yang tidak sesuai. Sampai yang pernah menempelak hukum ini ramai pun yang dah mati, menghadap illahi.

Entahlah apa jawapan mereka di hadapan Allah tentang hal ini.

Kita bertambah heran, kerana Karpal yang bukan Islam bercakap seolah-olah mereka menyokong secara senyap di belakang Karpal. Inilah yang kita rasakan benda yang tersirat di sebalik hal ini.

Apa yang mahu diherankan, bukan Islam tentulah tidak mahu terikat dengan apa-apa yang bernama atas agama islam. Apa yang dikagetkan dan mahu diterkejutkan, biasalah..

Selagi mana keadilan Islam itu tidak ditegakkan, maka selagi itulah hal ini akan mereka polimekkan.





DAP tetap tolak hukum hudud

02/10/2011 6:29pm

GEORGE TOWN 2 Okt. - DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.

Katanya, pelaksanaan hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum hudud termasuk apa yang diusulkan oleh Pas di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata, Pas perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. - Bernama

TPM: Indek Jenayah Turun pulak ?

Kelmarin PM kata Sistem Pendidikan adalah terbaik di dunia, malah lebih baik daripada beberapa buah negara maju di dunia.

Hari ini pula, TPM kata indeks jenayah negara semakin menurun. Maknanya di bawah kedua-dua mereka kepimpinan mereka adalah kepimpinan terbaik.

PM dan TPM saling puji memuji antara keduanya, memuji KDN adalah tanda memuji sepupu PM. Najib pula memuji TPM kerana beliaulah yang menerajui Kem. Pelajaran waktu ini.

Apabila PR akan akan mengumumkan pula esok adalah Bajet Pakatan Rakyat. Pembentangan Bajet PR yang mendahului kerajaan.

Kita nantikan, apakah bentuk serangan ke atas kerajaan Najib. Kini Najib makin terdesak beberapa agenda dalam Buku Jingga PR kini sedaya upaya cuba dijayakan oleh kerajaan Najib.

Sementara kajian mendapti undi Melayu terus memuncak kekal , dengan Bn bakal menjanjikan dengan janji-janji 'luar biasa'.

Paling gempar dan membimbangkan semua pihak , apakah gegaran dan kegemparan yang bakal diimbuhi kepada penjawat awam dalam negara yang berjumlah 3/4 juta orang itu.

Penganalisa ekonomi bimbangkan impak besar pengumuman PM mahu menaikkan ke tahap 40 % gaji kakitangan awam. Ini mengikut pandangan pakar ekonomi membakar kadar inflasi negara.

Para peniaga akan mengambil kesempatan akan menaikkan semua barangan dan perkhidmatan. Di mana impak jangka panjang rakyat seluruhnya akan menderita.

Jenayah seluruh negara menurun


MuhyidDin Yassin, Hishammuddin Tun Hussein, Abu Seman Yusop (kiri) dan Ismail Omar menyempurnakan perasmian Hari Terbuka PDRM 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kadar indeks jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala indeks jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus berbanding 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan itu berjaya dicapai hasil perancangan dan perlaksanaan rapi serta tersusun melibatkan kerjasama padu seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai peringkat.

''Saya sedar kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi untuk menampakkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Namun ia berjaya dicapai hasil komitmen semua pihak di PDRM dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada anggota-anggota yang menjalankan operasi harian," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan PDRM menimbangkan potensi penggiliran pegawai dalam tugasan komuniti (community policing) bagi memperluaskan pendedahan kepada semua anggota polis terhadap kaedah mesra rakyat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata beliau, PDRM mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada anggota polis dalam tugas-tugas berbentuk pencegahan berbanding semata-mata penguatkuasaan.

''Ini supaya hubungan dengan orang awam dalam rangkaian masyarakat setempat itu boleh terjalin dengan lebih kukuh dan akrab.

''Hubungan yang kukuh ini adalah asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah secara pencegahan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya," katanya.



Sistem Pendidikan Kita Terbaik Di Dunia

Bila PM berkata bahawa sistem pendidikan adalah antara sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Malah sistem ini lebih baik daripada negara maju di dunia (negara mana tidak beliau nyatakan).

Tanpa kita mengiakan atau menafikan, buktinya sistem kita daripada sejarah adalah sistem yang kita cedok, ciplak dan tiru daripada 'negara yang menaungi kita iaitu British'.

Lihat sejarah perkembangan pendidikan negara. Sistem pendidikan 'asal' kita adalah sistem sekolah atap atau pondok atau madrasah. Bila datang Inggeris diperkenalkan sistem pendidikan pelbagai aliran, utamanya Inggeris, Melayu, Cina dan India.

Bantuan kerajaan (Inggeris) yang menaungi Tanah Melayu akan mengambil lepasan sekolah Inggeris menjadi pegawai tadbir. Dan orang Melayu dididik bervisikan mahu lahirkan mereka menjadi lebih baik daripada nasib bapa mereka sahaja. Iaitu rata-rata daripada petani, dan anak-anak melayu boleh setakat menjadi pemandu tuan inggeris yang taat sahaja.

Semua orang tahu, selepas merdeka barulah pendidikan negara kita merdeka. Itupun selepas beberapa kajian dan laporan dibuat. Dan terakhir adalah Jawatankuasa Kabinet. Namun roh asas pendidikan masih berbau ciplak sistem Inggeris.

Sememanglah dah adatlah mana-mana ketua TETAP akan pertahankan apa yang ada padanya dan pada kita adalah yang terbaik.

Tapi satu masa nanti jangan tak mengaku pula. Mana-mana anak menteri sepatutnya hantarlah ke sekolah kebangsaan biasa. janganlah asyik hantar ke sekolah antarabangsa sahaja. Janji cakap dan kotakan. Bukti kepada rakyat ..



Sistem pendidikan kita terbaik
Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2011/10/02

 NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA
NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA
Peluang untuk semua orang jadi insan berjaya tanpa kira kedudukan: PM

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem pendidikan di negara ini lebih baik daripada sistem diamalkan di negara maju kerana ia memberi peluang kepada semua orang menjadi insan yang berjaya tanpa mengira kedudukan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, di sesetengah negara maju hanya anak orang yang mempunyai kedudukan istimewa atau berkemampuan yang boleh berjaya tetapi sebaliknya jika lahir sebagai anak buruh atau tinggal di kawasan setinggan, kemungkinan untuk berjaya amat tipis sekali.
Saya percaya jika pelajar kita didedah dalam satu sistem yang memberi kemudahan sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Jika mereka hendak berjaya, mereka mestilah menjadi seorang ahli tinju yang hebat atau pemain bola keranjang yang luar biasa, baru mereka dianggap berjaya. Bagaimanapun, di negara ini, kita boleh berbangga bahawa sistem pendidikan kita memberi laluan kepada anak kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam tempoh masa hanya satu generasi saja.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa setiap insan itu sebenarnya boleh dididik untuk menjadi manusia berakhlak dan berjaya. Saya percaya jika pelajar kita didedahkan dalam satu sistem yang memberi kemudahan yang sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya,” katanya berucap pada Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat, profesional dan cendekiawan adalah hasil daripada sistem pelajaran yang membenarkan mobiliti sosial menjadi kenyataan dalam tempoh hanya satu generasi.
“Bagaimanapun, di Malaysia, jika kita melihat latar belakang kita, hampir semua kita yang berjaya atau dianggap berjaya, didapati mereka berjaya kerana kita dapat menggubal sistem pendidikan yang membolehkan sesiapa tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, jika ada keinginan dan kemahuan,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memberi contoh kejayaan dua wanita gigih yang ditemui pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), minggu lalu.

Katanya, kedua-dua wanita terbabit bermula dengan pinjaman RM500 daripada AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi kini mampu memiliki rumah besar, kenderaan mewah serta membiayai pengajian anak mereka ke universiti.

Mengenai SMK Seri Pekan, Najib berkata bermula dari sebuah sekolah biasa, SMK Seri Pekan memperlihatkan pencapaian lebih tinggi dari sekolah biasa walaupun tidak tergolong dalam kategori sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu juga katanya dinamakan sebagai sekolah menengah model khas dengan memperkenalkan satu konsep yang menggabungkan pelajar tahap dua sekolah rendah dan ditempatkan di sekolah berkenaan.

Katanya, hasil daripada eksperimen itu, pelajar berkenaan akan lebih cepat matang kerana mereka bergaul dengan rakan yang lebih berumur serta berjaya melahirkan pelajar lebih cemerlang.

Saturday, October 01, 2011

Mana Keadilan Mahu Di cari: Mahkamah, Hakim & Dunia Caca Marba

Berbicara soal hukum dan mahkamah. Institusi ini dipaparkan adalah tempat suci bagi semua manusia di dunia mencari keadilan atau diberikan pengadilan dunia.

Persoalan ini adakah institusi di mana manusia mencari keadilan atau memperolehi keadilan dunia, terjamin atau dijamin.

ia terjawab dengan pengenalan sistem, Allah perturunkan melalui al Quran bahawa Islam menjamin hak-hak Islam dan bukan Islam dalam mencari keadilan. Sebagai contoh kes Ali mendakwa seorang Yahudi mencuri baju kebal. Pendakwaan dibuat, bukti tidak mencukupi. Hakim menolak kes itu. Maknanya kes berkenaan kes berprofail tinggi. Hakim islam tidak meyebelahi Khalifah islam. Sekarang ini Presiden atau Perdana Menteri.

Institusi ini dimuliakan oleh Islam dan bukan Islam dapat mencari dan menumpang keadilan Islam. kes berkenaan cukup memikat manusia.

Namun dalam negara Islam Hadhari iaitu Malaysia, kini lihat apa yang institusi kehakiman dan hakim buat.

Kes seperti kes dibawah. Di mana adil dan keadilan dicari, apa yang didapati oleh mereka yang mahukan keadilan.

Keputusan mahkamah jelas membuktikan ianya salah dan orang yang menuntut kesalahan itu berjaya membuktikan apa yang didakwa itu. Tetapi taraf hukuman yang dijaatuhi bagaimana ?

Kini, kita duduk dan tinggal alam dunia Caca Marba.....


Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut telah memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad namun defendan tidak perlu meminta maaf.

Ini kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan defendan-defendan untuk berbuat demikian.

Khalid selaku plaintif juga hanya berhak menerima jumlah ganti rugi yang minimum kerana kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terbabit ialah 'memuat turun artikel daripada blog tanpa memeriksanya dari segi sensitiviti'.

Jumlah ganti rugi minimum itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak yang terlibat pada 11 Oktober ini.

Selain itu, menurut Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham, tindakan plaintif tidak menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai defendan serta mengambil masa yang terlalu lama untuk memfailkan saman agak 'membingungkan'.

Hakim tersebut berkata demikian pada keputusan kes saman fitnah Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam terhadap Aziz dan Utusan Melayu (M) Bhd. yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada prosiding hari ini, Khalid diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Mohana Kumar.

Khalid dalam saman yang difailkan pada 26 November tahun lalu menyatakan, pihak defendan telah menerbitkan satu artikel berunsur fitnah bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang secara langsung atau tidak langsung didakwa merujuk atau difahami merujuk kepadanya.

Artikel tersebut yang disiarkan pada 11 September 2009 membawa maksud bahawa plaintif sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lalu menegaskan, laporan berita tersebut telah diterbitkan semula oleh defendan kedua berlandaskan penulisan atau komentar Zulkifli Noordin dalam laman blognya http://zul4kulim. blogspot.com bertajuk Al-Baqarah: Alahai Sang Lembu pada 9 September 2009.

PRU 13: Bajet adalah senjata bidaan Undi Melayu

Bajet: Jangan sampai bawa bencana untuk ‘feel good factor’

SEPTEMBER 30, 2011
by Dr. Dzul
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS memberikan amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar jangan terlalu ghairah memberikan ‘feel good factor’ dalam bajetnya kerana dibimbangi ia menjadi bencana kepada negara.Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, nampak jelas kebelakangan ini Najib menuju ke arah itu.

“Ura-ura Najib mahu menaikkan gaji dan imbuhan untuk kakitangan awam dalam bajetnya nanti adalah untuk memberi ‘feel good factor’ menjelang pilihan raya ini.

“Namun, kena ingat data yang ada sekarang menunjukkan ia satu yang negatif kepada ekonomi kita,” katanya.

Sebuah laman web melaporkan, Najib akan membentangkan sistem baru gaji kakitangan awam yang dijangka bakal memberikan kenaikan gaji sehingga 40 peratus kepada kakitangan awam tahun depan.

Namun, bekas Pengurus Besar Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Datuk Seri Salleh Majid tidak bersetuju dengan pendekatan itu.

“Ia hanya akan menyebabkan inflasi meningkat di negara ini kerana pihak lain akan menaikkan harga barangan mereka dengan kenaikan gaji kakitangan awam ini.

“Yang baik adalah memberikan wang itu kepada kumpulan sasaran yang memerlukannya untuk mereka merancakkan ekonomi,” kata Salleh dalam satu wawancara dengan satu saluran tv.

Menurut Dr Dzulkefly yang bersetuju dengan pandangan pakar ekonomi itu, data-data yang ada tentang ekonomi terutama hutang individu di negara ini sekarang membimbangkan.

“Hutang isi rumah telah mencecah 76.6 peratus KDNK. Ini sebenarnya melebihi atau sama dengan hutang isi rumah di Amerika Syarikat ketika mereka berdepan krisis kewangan pada tahun 2008 yang dinamakan Krisis Sub Prima yang tidak reda hingga hari ini.

“Mengikut laporan media, nilai ini bagi CEO Maybank, Datuk Seri Wahid Omar, sangat membimbangkan.

“Jika Najib terus dengan strategi feel good factor menjelang pilihan raya ini, ia sangat membimbangkan,” katanya kepada Harakahdaily.

Pada Oktober 2010, pinjaman pribadi isirumah Malaysia adalah 8.9 peratus, hutang rumah dan hartanah 50 peratus, hutang kad kredit 6.3 peratus dan pinjaman kereta 27 peratus.

“mengikut fakta Bank Negara bulan mac lalu, hutang pribadi sudah mencecah ke 15 peratus keseluruhan isi rumah kini. Ini sangat mencemaskan,” katanya.

Orang ramai membuat pinjaman pribadi kerana dua faktor kata Dr Dzulkefly, iaitu kempen menurunkan interes di kalangan bank-bank dan keperluan kewangan yang ketara di kalangan rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib terus dengan polisi untuk menaikkan gaji kepada kakitangan awam untuk menghasilkan ‘feel good factor’ menjelang pilihan raya ini, ia satu polisi yang silap.

“Ini satu fiscal mismanagement yang akan membawa impak buruk dalam jangka pertengahan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

PRU 13: Perkongsian Minda Melayu

Antara kelebihan Umno adalah mereka dapat menguasai minda orang Melayu. Justeru setiap kali menjelang pilihanraya undi Melayu adalah undi yang menentukan kesinambungan hayat Umno. Oleh usaha mengekalkan undi Melayu adalah dibajai. Caranya adalah menguasai minda Melayu. Dengan cara ini sokongan kepada Umno Bn akan kekal buat selamanya.

Minda Melayu tergolong dan dapat dikatogerikan kepada beberapa label peringkat. Minda Melayu dapat dilihat terutama pada zaman atau dekad. Ia juga boleh dilihat pada kelas pendidikan atau latar belakang , dan juga isu.

Ini adalah potensi minda Melayu yang dapat digarapi Umno. Manakala cabaran minda Melayu adalah sebaliknya dapat diilhat daripada zaman, kelas pendidikan, serta isu.

Dan bagi minda Melayu perkara yang paling fuedamental bagi adalah islam atau agama itu sendiri. Cabaran nya fahaman dan kepercayaan ini juga masih bersifat duaan. Fahaman keagamaan bersifat ortodok dan terbuka (bukan liberal).

Bagi kali ini, kita ingin memperjelaskan bahawa pengekalan minda ditanam oleh jentera kerajaan yang ada. melalui kursus-kursus terus kelolaan BTN, kursus-kursus jabatan kerajaan seluruh negara menindoktranisasikan negara ini Melayu dan Umno. Dan kerajaan itu adalah Umno Melayu.

Perkongsian kuasa adalah hanya isbat dan teramat longgar. Oleh itu Melayu bersatu masih laku. Hatta ahli akdemik atau ilmuan yang bertaraf profesor dari sudut kelimuan pun dapat dikuasai dan dimakan dengan minda Melayu tajaan Umno ini.


PRU 13: Pesanan Ingatan Sesama PR

I

Menjelang pilihanraya dan kerancakan pilihanraya yang semakin hampir, merancakkan semua blog dan banyak info berita dekat jauh luar dalam sensitif dan melucukan dapat dikutip. Itulah asam garam berpolitik dalam politik.

Blog PDO dan Sipirit Lubuk Kawah antara blog anak jati Pahang mewakili suara atau suara hati PKR setidak-tidaknya.

Semuanya berkisar daripada rasa hati, kita sebagai pejuang PAS dan yang ditarbiyyah (ni Penarik Beca marah ni) dididik dengan sedemikian rupa, agar kecintaan kepada dunia itu adalah diletakkan dibelakangan, berbanding dengan hala tuju dan misi parti iaitu mendaulatkan Islam.

Proses meletakkan pemimpin dan kepimpinan adalah satu proses yang lain. Parti yang membuat pilihan. Maka kami sebagai yang di bawah hanya meletakkan tanggungjawab agar parti memilih mereka yang benar-benar ditarbiyyah memimpin kami.

Kecacatan dan kelemahan pimpinan serta kekurangan pemimpin jangan memberatkan fikiran kami. Bagi sesama menanngung masalah dan permasalahan ini.

Bagi blog orang PKR di atas yang sempat penulis baca mengajak ahli-ahli di bawah sama-sama memikirkan permasalahan dalaman itu. Kami bukannya taraf bagi meletakkan gred dan nilai kepada pemimpinan. Apatah lagi pimpinan PAS yang diwalakan oleh para perwakilan.

Masalah mereka sombong, kurang tarbiyyah , hubun dunia bukanlah kerja kami orang bawahan masuk sama-sama fikir dan selesaikan. Justeru pimpinan atasan lah yang wajib dan segera selesaikan, dengan apa cara dan kaedah sekalipun.

II

Serangan rakan blog PKR yang mahu membolot semua kerusi-kerusi istimewa yang merencatkan kerajasama perasaan ahli bawahan, bersikap keras dan degil, enggan mengalah, memikirkan aku dan pengaruh kumpulan kami kuat adalah penyakit-penyakit jiwa yang tertanam dalam batang tubuh rakan-rakan PKR.

Kita kena akui kelemahan dan terima seadanya. PKR pertama bukan parti dakwah, bukan parti tarbiyyah dan jauh sekali mendidik ahli-ahli dengan ilmu tasauf. Itu sebab meraka loklak (bukan semua).

Justeru rakan-rakan kita dalam Pakatan jangan cepat melenting. Dan rakan daripada PKR pula jangan mengada-ngada sangat. Mereka kena cermin diri lah juga..