Monday, June 06, 2011

Pilihanraya Masjid: Utusan-Umno meracau lagi ?


Nampaknya Umno sudah mula berperanan sebagai pembangkang. Alhamdulilah Umno mula melatih diri dan membiasakan diri mereka untuk menjadi pembangkang yang baik. Dan Umno mula dilihat untuk mencari kebaikan.

Hari ini Umno sayangkan institusi masjid takut dicemari. Baguslah pendirian Umno sedemikian. Aalsan tindakan kerajaan P Pinang pada tahun hadapan mahu adakan pilihanraya masjid. Dengan lain perkataan ahli jawatankuasa masjid dipilih melalui satu proese pilihanraya masjid.

Makenaisme nya belum diperincikan, Umno sudah kelam kabut dan huru harakan. Kerja huru harakan masyarakat adalah Utusan. Macam lah peristiwa doa khutbah Jumaat , khatib mendoakan LIM GUAN ENG masuk islam.

Utusan fitnahkan bahawa khatib sudah meletakkan Lim sama taraf dengan YDPA. Kacau 1 Malaya.


DAP adakan pilihan raya masjid

BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

“Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

“Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran,” katanya.

Utusan teruskan penipuan kepada rakyat Malaysia

Utusan mula bekerja, minta Hadi sokong pengedaran video seks fitnah Anwar Ibrahim. Bila TGHH membangkitkan isu berkenaan , Utusan rasa tercabar kerana tuannya Umno 'terserang dan diserang'.

Justeru, oleh kerana tiada jawapan yang konkrit dan alasan kukuh. Maka Utusan 'membelasah TGHH' bahawa PAS berdolak dalik tentang isu.

Tidak berdolak dalik jika TGHH mengaku ya dan bersetuju itu video Anwar yang menjalankan kerja-kerja terkutuk. Tetapi 1Malaysia sudah tahu soal maruah, soal moral, soal akhlak. Umno dan orang Umno orang sudah tahu

Usahlah bercakap, kitar semula isu berkenaan pembohongan, fitnah tersebut semakin nyata. kerana ia sudah membudaya dalam parti Umno.

Semua orang Umno tahu. Jika mahu menjadi pemimpin Umno kriteria sebegitu mestilah ada. Jika tidak individu berkenaan akan gagal menyerlah sebagai pimpinan Umno.

Lihat tokoh-tokoh agama spt Hamid Othman, Faisal Othman, Nakhie, Yusof Nor, Abdullah Mat Zin dan ramai lagi ke mana kah jalan mereka ?


Video seks: Hadi berdolak-dalik


Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR 5 Jun - Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

“Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan ‘fitnah’ itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa ‘bersilat’ untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar.

Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

“Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan

erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan

erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih, saudara perwakilan telah melakukan pemilihan yang sangat bijak,” jelasnya.

Sementara itu, dalam usaha yang dilihat cuba untuk meredakan kebimbangan golongan ulama selepas kumpulan pro Anwar menguasai pucuk pimpinan Pas, Abdul Hadi berkata, calon yang tewas akan turut diberi tempat.

Katanya perlembagaan parti membenarkan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, empat Anggota Dewan Ulama dan 14 pesuruhjaya dilantik daripada calon yang kalah bagi turut sama berperanan di peringkat pusat.

Sebagai rekod, semua calon ulama tewas dalam perebutan jawatan Timbalan dan Naib Presiden, manakala daripada 18 anggota AJK Pusat hanya lapan sahaja mampu diisi oleh wakil ulama.

Utusan Haram : Wajarlah fatwa Haron Din, apa masalahnya ?

Selepas mengaku Utusan kena serang kiri kanan di Muktamar PAS. Maka hari ini dasar kumpulan manusia munafik Utusan masih lagi mempertahankan tindakan 'mulia'nya iaitu dengan menyatakan Haron Din mempertahankannya.

Alasan Haron Din pertahankan Utusan pun nampak kartun dan sukar dipercayai. Inilah kerja-kerja Utusan mencari simpati dan memangsakan sesiapa sahaja yang ada peluang dimangsakan, yang penting orang boleh percaya buat seketika. Inilah kerjanya, dia akan puas dengan kerja-kerjanya macam itu.

Cerita basi Umno, bahawa Haron Din fatwakan haram membaca Utusan. Bagi kita Haron berfatwa sedemikian pun di kira cukup bagus. Kerana peranan Utusan adalah 'penyebar fitnah, pemecah belah perpaduan manusia Melayu islam, penghasut dan pengkhianat, dalam masyarakat.

Wajarlah fatwa itu difatwakan.



Selepas pendedahan Hata Wahari mantan Presiden NUJ yang juga orang kuat Utusan yang dipecat. Bahawa Biro Umno bekerja terus bagi menentukan hala tuju Utusan, maka kita jangan percaya sangat dalam Umno mana ada kejujuran.




Haron Din tampil pertahan Utusan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

“Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

“Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.



Sunday, June 05, 2011

Syabas Tan Sri Ani Arope : Insan Mulia

Tahniah Tan Sri Ani Arope, anda adalah seorang insan yang berhati waja dan berjiwa rakyat. Kini baru rakyat tahu menilai seorang ketua , atau pemimpin koporat yang mulia. Demi prinsip dan ketegasan anda bertindak menentang arus.

Kita mahu ramai lagi mereka yang duduk dipersada ketiak pemimpin negara (Umno) insaf dan bela lah rakyat.


Jabatan Perdana Menteri Mempunyai 'Unit Penyamun Ekonomi' (EPU)


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.
Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Tan Sri Ani Arope
Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

Oh Malaysia: Malaysia dan Subsidi

Gebang kata orang Utara. Umno memang kaki pembohong. Hari ini, buat lawak lagi maknanya Malaysia adalah negara pemsubsidi terbesar di dunia. Itulah Malaysia, semua besar jika Umno memerintah.

Rakyat juga kena fikir, Malaysia juga adalah antara YANG BANYAK CUKAI. Malaysia adalah antara negara terbesar PENINDAS rakyat.





Subsidi Malaysia antara terbesar dunia


TUANKU MIZAN (kiri) dan Tuanku Nur Zahirah (kanan) diiringi Najib (belakang, kanan) tiba pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras. Ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara semalam.

Najib berkata, suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih lama. Untuk itu, dalam mengurus ekonomi negara adalah penting 'kita mengukur baju di badan sendiri'.

Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan masalah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang, katanya.

Umno Gila atau Gila Umno : Kejutan Pemilihan PAS

Cita-cita Umno cuba meramal dan mwencorakkan kepimpinan mengikut firasat sendiri terhadap kepimpinan PAS berkubur selepas pemilihan muktamar PAS ke 57 kelmaarin. Ini kerana [erwakilan memilih kepimpinan PAS yang paling kuat menyerang dan mengata Umno. Beliau adalah Hj Mohammad Sabu.

Kemenangan Hj Mohammad Sabu dilihat sebagai 'dasar pintu tertutup kepada Umno'. Maka cita-cita Umno mahu memperkotak arktek kan PAS hilang kemenjadiannya. Ini kerana Mohd Sabu aadalah seorang pemimpin PAS yang konsisten 'menyerang' dasar-dasar Umno Kerajaan secara bersahaja dan cukup berkesan. Selain itu, Mohd Sabu adalah ikon denyut nadi akar umbi PAS. Beliau amat disenangi oleh golongan marhein dan rakyat jelata samada PAS atau bukan PAS.

Sikapnya yang 'kasar' menjadi ikon agresif sebagai parti pembangkang dalam negara ini. Sebab jika mahu berlawan dengan Umno sikap sebeginilah yang dituntut, walaupun begitu bukan semua perlakuan Abang Mat gelaran manja kepadanya menjadikan beliau tidak boleh dibentuk.

Kini, sebagai pemegang kerusi no 2 dalam parti gerakan Islam, harapan kita beliau dapat mengemudikan dengan sebaik mungkin.

Umno kini terkial-kial dan mula menyerang dengan barisan kepimpian PAS yang baru ini. Gabungan ulama dan pro adalah adunan terbaik bagi memenangi banyak kerusi menjelang PRU13. Dan mereka ini memahami cita rasa rakyat dan kehendak perwakilan yang telah memberi undi pada pemilihan yang baru lalu.

PAS tidak mahu lagi , dianggap sebagai parti senior yang kurang menyerlah. Ibarat seperti pasukan bolasepak Malaysia. PAS seringkali gagal menunjukkan prestasi yang baik setiap kali keputusan pilihanraya. Ini sering diperbahas dan diperdebatkan oleh banyak pihak.

UM meletakkan muka hadapan tajukkanya 'Ulama Tersingkir' manakala BH membawakan tajuk ' Ulama Tewas' . Dan banyak lagi berita-berita kecil yang cuba meraih simpati rakyat terhadap golongan ulama yang tewas. Jika satu ketika dahulu 'mereka' lah yang menyerang dan memperlekehkan golongan ini. Pada hari ini nada mereka sudah berubah kepada simpati.

Inilah sifak kemunafikan Umno terhadap PAS dan Islam.U,n

Saturday, June 04, 2011

PEMILIHAN MUKA BARU BUKTI AHLI MAHU PERUBAHAN

Keputusan pemilihan jawatankuasa Induk PAS sesi 2011-2013 telah tamat. TGHH sebagai presiden dibantu kini oleh Hj Mohammad Sabu dan 3 naib presiden Sallehudin Husam dan Mahfoz Omar. Malah jawatankuasa PAS terdiri daripada 2 doktor, 7 ulama dan selebihnya adalah aktivis parti.

Ini adalah satu keputusan refresh sejak 30 tahun yang lalu PAS berada di persada politik tanah air. Selepas komen Prof Aziz Bari semua perwakilan faham dengan kehendak masyarakat , PAS boleh memimpin dan mengepalai PR dan PAS Sebagai Ganti Umno.

Jika dibaca sifir kepimpinan akar umbi kepimpinan ulama bukan sahaja dikelek oleh ahli parti tetapi didokong dan disantuni di seluruh negara. Maka dalam gerakan harakah PAS ulamalah yang diutamakan.

Justeru sok sek itu ini adalah lumrah, pimpinan yang ada mesti 'membuktikan' dan 'merealisasikan' impian rakyat Malaysia. peluang sudah diberikan sila buktikan. Ini adalah cabaran kepada Abang Mat dan rakan-rakan yang baru dipilih.


Friday, June 03, 2011

Utusan : Tuntunt Ketegasan Hadi, ada makna kot ?

Media arus perdana meminta ketegasan Hadi Awang, walhal beliau adalah salah seorang pemimpin pembangkang. Walaupun setegas mana dalam parti ia tidak ke mana ? Berbanding dengan kepimpinan negara iaitu Najib Razak yang nampak 'lembik' dan kalah dengan RM. hal ini seantero Malaya sudah tahu dan seringkali menjadi lelucon ceramah-ceramah politik oleh pembangkang setiap malam.

Kita ucapkan terima kasih media yang perihatin dan memerhati PAS dengan penuh ikhlas, tanpa niat yang bercabang-cabang.

Ketidaktegasan Najib lebih terdedah kepada kelemahan negara, dan ia menjejaskan banyak pihak termasuklah kumpulan NGO Umno iaitu Perkasa yang semakin perkasa waktu ini.

Jadi cukup-cukuplah media meminta itu dan ini kepada Hadi, jika PAS sekadar menjadi komponen dalam kumpulan pembangkang sahaja. Apalah yang mahu diharapkan ketegasan kepada kumpulan yang tidak berkuasa. Semua semata-mata mengabui mata rakyat, bersangka baik dan bersikap baik dengan 'musuh' Umno selama ini. Mestilah ada sebab musabab atau agenda tersendiri ?


Menanti ketegasan Hadi


Abdul Hadi Awang berkomunikasi melalui telefon. Perwakilan Muktamar tahunan Pas ke-57 menunggu amanat daripada Presiden parti mereka.


HARI ini, tirai Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 akan dibuka dengan rasminya oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Biarpun muktamar kali ini akan dihiasi dengan pertarungan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden namun apa yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi tetap menjadi perhatian.

Ia kerana Abdul Hadi bukannya berucap ketika Pas berada dalam keadaan selesa seperti tahun 2008, apabila parti itu bersama-sama rakan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum pada tahun tersebut.

Tetapi Abdul Hadi akan melangkah ke podium dengan senaskhah ucapan yang akan menentukan hala tuju Pas selepas ini terutamanya bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak menjadi 'kuburan' kepada perjuangan politik parti itu.

Mungkin istilah tersebut nampak keterlaluan tetapi sentimen ini turut dikongsi bersama oleh sebahagian penyokong dan ahli-ahli Pas yang semakin resah melihat kerjasama dalam pakatan pembangkang yang tidak menguntungkan parti tersebut.

Justeru mereka ingin melihat sejauh manakah Abdul Hadi akan menunjukkan ketegasan bagi memastikan Pas tidak lagi menjadi 'mangsa' mainan politik DAP dan PKR.

''Kita tidak mahu mendengar ucapan retorik atau sekadar mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja, yang kita mahu dengar ialah bagaimana hendak memartabatkan semula Pas sebagai parti dominan dalam pembangkang,'' kata seorang penyokong parti itu dari Kedah.

Penyokong berkenaan yang akan turut memeriahkan muktamar kali ini sebagai pemerhati berkata, Abdul Hadi tidak boleh lagi beretorik apatah lagi berhati-hati demi menjaga hati rakan sekutu Pas.

''Abdul Hadi kena tunjuk ketegasan bahawa Pas mahu menjadi pemain utama bukannya dilayan ibarat melukut di tepi gantang,'' katanya yang juga seorang ustaz.

Sememangnya Abdul Hadi perlu teliti dalam penyampaian ucapan dasarnya kali ini. Beliau tidak boleh menghalakan kritikan dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan BN semata-mata.

Dalam keadaan Pas sedang melakukan persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya dan begitu ghairah mencanangkan menggantikan UMNO, beliau perlu menyampaikan satu ucapan yang mampu menunjukkan kesungguhan Pas untuk kembali menjadi parti pembangkang utama.

Ucapan dasar beliau juga akan menjadi kayu pengukur sejauh manakah ia mampu untuk menghakis tanggapan bahawa Abdul Hadi sekarang bukanlah seperti mana Abdul Hadi yang dahulunya begitu lantang dan penuh dengan karisma kepimpinan sehingga ia dihormati oleh kawan dan lawan.

''Sebab itulah ucapan dasar kali ini cukup penting untuk beliau kerana ia akan turut menjadi penilaian utama kepada pihak-pihak di luar Pas terutamanya orang Melayu sejauh manakah Pas mahu berubah.

''Abdul Hadi perlu memberikan isyarat yang jelas ke arah mana beliau mahu membawa Pas selepas ini kerana ahli Pas sendiri tidak mahu tema ucapannya sekadar gah pada nama sahaja,'' kata seorang pemimpin Pas daripada golongan profesional kepada penulis.

Fakta ini sememangnya sukar dinafikan kerana walaupun suatu ketika Abdul Hadi dalam ucapannya begitu tegas menyatakan bahawa sudah tibanya Islam memimpin, namun ia akhirnya tidak ubah sekadar retorik sahaja.

Dalam realiti sebenar, laungan Islam memimpin itu senyap begitu sahaja apabila PKR dan DAP bersuara seolah-olah tidak bersetuju dengan gesaan tersebut.

Kesudahannya, hasrat dan niat Abdul Hadi serta Pas tidak ke mana, sebaliknya dalam percaturan politik yang berlaku Pas dilihat sekadar menuruti apa sahaja kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Atas sebab itulah, muktamar hari ini perlu dijadikan medan kepada langkah politik Pas yang lebih jitu, tegas dan konsisten dalam perjuangan Islam dan bukannya dipengaruhi dengan cita-cita untuk menguasai Putrajaya sahaja.

Dalam amalan politik yang berteraskan demokrasi seperti Malaysia, tidak salah jika Pas turut menyimpan hasrat untuk memerintah negara tetapi biarlah ia disertai dengan perancangan yang mampu menanam keyakinan kepada rakyat terutamanya orang Melayu untuk memilih mereka.

Tetapi buat masa ini, orang Melayu terutamanya golongan atas pagar tidak melihat Pas mempunyai keupayaan tersebut, apatah lagi sejak berkawan dengan PKR dan DAP.

Dalam banyak isu termasuklah berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, Pas dilihat lebih suka bermain cara selamat demi menjaga hati rakan sekutu mereka.

Justeru adalah penting bagi Abdul Hadi membentangkan satu ucapan dasar yang boleh memberikan harapan kepada penyokong-penyokong Pas bahawa selepas muktamar ini parti itu bukanlah 'alat mainan', 'kuda tunggangan' atau 'pak turut' kepada sesiapa.

Pembentangan hujah mengenai perjuangan menegakkan negara berkebajikan juga harus disampaikan secara berhati-hati oleh Abdul Hadi bagi mengelakkan Pas dianggap telah meninggalkan perjuangan negara Islam buat selama-lamanya.

Apatah lagi berikutan prestasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pembangkang termasuk di Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas, rakyat melihat begitu banyak kepincangan berlaku.

Ia termasuklah kegagalan menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihan raya dan jika konsep negara berkebajikan pun mempunyai janji-janji 'bulan dan bintang' sudah tentulah ia tidak akan diterima oleh rakyat.

Oleh itu biarlah apa yang hendak dijanjikan Abdul Hadi dan Pas adalah realistik dan bukan hanya sekadar janji kosong bagi meraih undi semata-mata.

Mungkin pembangkang boleh mendabik dada atau memutar belitkan fakta bahawa sokongan rakyat kini semakin meningkat kepada mereka tetapi pada masa ini semua orang tahu populariti pembangkang semakin merudum berikutan pelbagai masalah melanda mereka sama ada dari segi politik mahu pun moral.

Turut menjadi perhatian sejauh manakah Abdul Hadi berani untuk menyatakan secara terbuka bahawa dalam pilihan raya umum akan datang Pas seharusnya menjadi peneraju utama bagi pakatan pembangkang.

Ini kerana penyokong dan ahli Pas tidak mahu lagi parti itu berada dalam keadaan sekarang dilayan sebagai parti ketiga oleh kedua-dua parti tersebut.

''Perlu ada ketegasan daripada Abdul Hadi, di mana sepatutnya Pas berada dalam pilihan raya akan datang.

''Kita tidak mahu orang Pas hanya digunakan untuk mengarak bendera orang lain sahaja atau dipergunakan ketika kempen tetapi kemudian seolah-olah tidak dihargai dan dihormati,'' kata seorang teman sekampung penulis yang juga penyokong tegar parti itu.

Justeru pemimpin, ahli dan penyokong Pas meletakkan harapan tinggi kepada Abdul Hadi untuk memastikan ucapan dasar beliau bukan sahaja menunjukkan hala tuju yang jelas tetapi juga meningkatkan kembali martabat parti itu.

Ia memandangkan Pas hanya nampak hebat berlawan dengan UMNO tetapi dilihat 'tunduk' apabila berhadapan dengan sekutunya, PKR dan DAP sehingga dilayan bagaikan parti 'kelas tiga' dalam pembangkang.

SEDUTAN UCAPAN MUKTAMAR KE 57: NEGARA BERKEBAJIKAN

OBJEKTIF NEGARA BERKEBAJIKAN

27. Dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan.


28. Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka. Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah.


29. PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara.


30. Maka PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.


31. PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan. Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat.


32. Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan. Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah.


33. Negara berkebajikan yang ingin kita capai ialah bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.


34. Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

35. Negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman. Apa yang lebih parah lagi, BN telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untukmerompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat.

36. Kaedah perundangan Islam menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. Sesorang hakim mencari jalan bagaimana membebaskan orang yang dituduh, bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman. Islam menggalakkan orang yang bersalah bertaubat dan memebuat penyelesaian di luar mahkamah kerana balasan bukan sahaja di dunia, bahkan ada lagi balasan dalam kubur dan selepasnya, kalau terlepas di dunia tanpa taubat. Islam membuktikan wujudnya keamanan dengan kehebatan undang-undang yang adil, bukan menakutkan rakyat dengan undang-undang yang zalim.


37. Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala. UMNO/BN telah melemah dan mematikan sifat tersebut, amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, sematamata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat.


38. Bagi melaksanakan tujuan tema ini, maka PAS ingin melaksanakan langkah yang menjadi intipati utama iaitu membetulkan fahaman salah, membetulkan salah urus-tadbir ekonomi, dan seterusnya memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan. Semuanya ini tidak akan mampu kita capai tanpa mempunyai organisasi dan petugas parti yang mantap, perancangan yang bersifat semasa dan ke hadapan, pemantauan dan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Amboi mesranya, "Rakyat Didahulukan ...


Semua orang marah lihat gambar atau foto ini. Ini bukanlah soal kemesraan mereka tetapi adalah soal mencakupi kehidupan rakyat dan kesejahteraan rakyat. Bebanan hidup kerana tindakan mereka menjadikan rantian berangkai beban hidup.

Walaupun bukan hidup manusia dengan api, tetapi bukanlah segala-galanya, segala-galanya bukan api.

Selamat Memilih & Bermuktamar ke 57

Penganalisis bertauliah dan tidak bertauliah berduyun-duyun memberi pandangan ikut kaca mata dan bacaan sifir politik masing-masing. Bagi para perwakilan yang sudah ada keputusan untuk memilih ada yang mahu mengikut semua pandangan terhadap PAS. Namun ia bukanlah sebagai satu ikatan atau jaminan yang bersifat hakiki. Apa yang penting perwakilan PAS telahpun membuat lonjakan dan beberapa lonjakan keputusan dalam mencorak kepimpinan khas dalam Muktamar Pemuda dan Muslimat semalamnya.

Hasilnya DMPP berkabinetkan dengan barisan kabinet baru yang dikira dapat memberi tenaga baru menjelang PRU13 yang semakin dekat. Dengan bervisikan 1 Parlimen 1Dun setiap kawasan di Malaysia yang mempunyai 226 kawasan parlimen.

Manakala DPPP masih berketuakan al Sheikh Nasaruddin Tantawi , namun dibantu oleh 13 ustas daripada 17 muka barulama dalam barisan exconya. Semoga dapat membuat lonjakkan dan gelombang baru menjelang PRU13.

Justeru, jentera bawahan PAS kena bergerak secara maksimum gerakkerja bagi menyakinkan rakyat. Sementelahn rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikkan tarif elektrik dan kenaikan harga barangan yang cukup merimaskan serta menjepitkan kehidupan mereka.

Beberapa jam lagi perwakilan seluruh negara akan membuat pemilihan baru, dikatakan muktamar kali ini menghadirkan kehadiran luar biasa pemerhati politik dan aktivis parti ke Taman Melewar yang penuh nostalgia ini.

Selamat Memilih


Wednesday, June 01, 2011

Pemilihan Muktamar : Media jangan ganggu sangat ?

Walaupun ramai yang tidak berapa 'suka' dengan Ust Nasaruddin Mat Isa untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PAS. Kita harap pihak media janganlah terlalu 'menggangu' proses pemilihan PAS pada kali ini.

Serangan terhadap Nasaruddin di atas kesalahannya yang mendokong kerajaan pro perpaduan antara hujah kuat mengapa dia bakal ditolak. Bagi sesetengah pihak ia adalah kesalahan yang amat besar. Sementelahan pula Ust Nasa gagal mencerminkan atau mengimejkan dirinya sebagai seorang pengganti kepada gerakan Islam tersohor di AT ini.

Cabaran bagi jawatan Timb Presiden oleh Hj Mohammad Sabu tidak ke mana pada peringkat awalnya kerana para perwakilan akan memilih sebagai mana pandangan penulis veteran Hj Subky Latif, kerana peranan Timbalan Presiden memangku tugas-tugas Presiden bilamana presiden uzur atau berhalangan. Ia membawa imej dan sebagainya serta mengundang persepsi. Kita bukannya menafikan peranan abang Mat yang banyak sungguh jasanya kepada parti dan antara aktivis yang setia bersama parti.

Tetapi keizinannya untuk berada ditangga no 2 gerakan adalah masih lagi jauh dan terlalu awal.Karetor dan tingkahlaku sentiasa diperhatikan dan dicerminkan kepada gerakan ini.

Justeru, media diminta jangan terlalu mengganggu. Jika tidak elemn-elemen tidak sihat , penyakit, virus Umno dibimbangi meresapi sesi pemilihan dalaman PAS ini.



Gambaran Songsang Hukum Rejam Di Ukrine

Masyarakat dikejutkan dengan berita tindakan seorang peserta Ratu Cantik yang muda beragama Islam telah mati direjam di Ukrine. Tindakan merejam itu dilakukan oleh 'hanya tiga remaja' Islam yang komited dengan pegangan islam mereka.

Media terus menghebohkan perkara ini. Banyak blog memberi ulasan dan pandangan tetapi belum secara keterlaluan.

Pemberitaan sebegini merupakan satu fitnah terbesar terhadap agama islam. Dan penyebaran berita sebegini mengundang persepsi buruk masyarakat bukan islam yang melihat Islam adalah kejam.

Walhal, pembunuhan lebih sadis dalam dunia moden jauh lebih dahsyat dan kejam. Inilah gambaran keburukan yang cuba dimejkan kepada Islam. Semua umat Islam kena berhati-hati dengan berita seumpama ini.

KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan  baru-baru ini.

KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan baru-baru ini.

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

akan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang. Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.