Thursday, May 19, 2011

PKR bakal diharamkan ROS ?

PKR Mungkin Diharamkan?


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.


“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.


Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.


“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.


PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).


Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

Amalan Demokrasi Dalam PAS Subur ?

Menjelang pemilihan Agong PAS Pusat. Semua kawasan seluruh negara sudah bermesyuarat dan masing-masing menama dan menyenaraikan j/kuasa yang layak untuk dicalonkan menganggotai barisan kepimpinan PAS Pusat.


Tuan Guru Hj Hadi Awang sekali lagi dikekalkan bagi menerajui kepimpinan PAS pada kali ini. Cuma 1 nama sahaja yang dicalonkan bagi menentangnya iaitu Kawasan Bukit Bintang dengan meletakkan Husam Musa sebagai saingan kepada jawatran berkenaan.


Bagi jawatan-jawatan bermula dengan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa menyaksikan senarai panjang yang diumumkan.


Apapun daripada apa yang disaksikan memaparkan amalan demokrasi dalam PAS cukup sihat. dan amalan ini jauh berbeda dengan Umnoi parti saingannya.


Takbir bagi PAS..Allahuakbar ! Allahuakbar !


Wednesday, May 18, 2011

Dr M: kerajaan kini lemah ?

Semasa tulisan ini sedang dicoret, Dr M dilaporkan telah dikejarkan ke IJN kerana sakit dada. Kita harap Dr M kembali sihat walafiat. Dan banyak bersabar dan beristiqfar kepada Allah SWT.

Kepanasan suhu Malaysia cukup mengusarkan, banyak dan ramai rakyat mengeluh kepanasan. yang ditemui bercakap soal panasnya suhu waktu ini. Walaupun hujan sekali sekala menyiber kepanasan suhu berkenaan tetap tidak berubah.

Begitupun juga, kepanasan dan bahang suhu politik Malaysia belakangan ini semakin panas. Ada-ada sahaja berita sensasi yang memanaskan semua pihak. Selepas Hindraf yang dilabelkan aktivis radikal pro India, muncul pula PERKASA radikal Melayu yang rasis.

Rentetan itu, isu terkini adalah Malaysia mahu diisytiharkan sebagai negara Kristian. Gara-gara pertemuan paderi Kristian bersama pimpinan DAP di Penang. Dihangatkan laporan muka hadapan utusan Malaysia yang melaga-lagakan serta memberi amaran demi amaran oleh pimpinan negara yang beragama islam.

Melihat situasi ini, Dr M yang ketika itu belum masuk ke IJN menyatakan kerajaan kini semakin lemah, angkara perpecahan bangsa Melayu. Kelemahan kerajaan kini kata nya memberi raung kepada banyak pihak mula menuntut itu dan ini.

Hujah Dr M, zamannya tiada pihak yang berani membuka mulut mohon itu ini, apatah lagi mempersoalkan itu ini serta membangkitkan isu-isu sebegini.

Bagi kita sebenarnya kerajaan yg ada sama dia tidak lemah. Cuma nampak nampak lemah kerana rakyat sudah melarikan kiblat sokongan mereka daripada kerajaan yang ada kepada pihak lain. Itu sahaja. Jika dahulu zaman Dr M, rakyat terbanyak kagum dan kaget dengan idea-idea berani dan kagum dengan karisma serta kepimpinannya, tetapi kini sudah tamat.

Pengiktirafan, kekaguman, keistimewaan Dr M sudah dinyah jauhkan. Mana ada rakyat yg dapat menerima wang negara digelapkan dengan sewenang-wenang. kehakiman diperkudakan, isu menjadi jadi dan memuakkan semua orang.

Rakyat sudah tidak dapat terima lagi, barang keperluan harian mereka naik dengan sewenang-wenang. Jika zaman Dr M , harga minyak naik sekitar 5 sen sahaja, tetapi kini bawah regim baru 4 kali naik sekitar 20 sen sekali naik. Harga ayam melambung melepasi paras bumbung kondo drp harga siling RM6.20 kepada RM8.50 sen sekilogram. Kan gila namanya ?

Justeru itu, Dr M janganlah melunakkan pemikiran rakyat bahawa kerajaan sekarang lemah. Kerajaan yg ada ini bertambah kuat cengkamannya, tetapi rakyat yang lemas itu sahaja.


Monday, May 16, 2011

Blogger Umno Dungu: Puji membabi buta @ ...

Orang yang paling mudah ditipu adalah orang Umno. Masakan tidak, jika tidak kenapakah mereka boleh percaya bahawa kenaikan harga gula, harga minyak masak, harga ayam yang mencecah bumbung bukan lagi harga siling, tetap juga mereka salahkan peniaga.

Kata mereka kerajaan naik sikit sahaja, tetapi kenapa peniaga naikkan harga barang dagangan mereka. Itu salah peniaga.

Sebaliknya, semasa kita berjumpa dengan peniaga, antara dailongya, hei tokeh apasal barang ini mahal. Jawab tokeh itu dengan selamba. You mau beli barang sini kedai itu macam harga, mahu murah punya you pegi beli sama kerajaan ma...

Inilah cara putra Melayu fikir, jika ada orang menipu Allah, takkan lah Umno nak ikut tipu. Sebabnya dah ada orang menipu, maka dia pun ikut tipu.

Alahai Durian Runtuh & Kejutan Hari Buat Guru ?

Warga pendidik termangu-mangu melihat tranformasi tawaran Najib 5 cara kenaikan pangkat. Beliau dengan bangga mendabik dada bahawa 'kerajaan telah berjaya memikirkan' untuk memartabtakan profesion keguruan dengan 'menawarkan kenaikan pangkat . Inilah cara permikiran PM berminda kelas pertama.

Kita amat menyanjungi usaha-usaha kerajaan menawarkan 5 kaedah cara kenaikan pangkat. Yang selama hari ini sudah tiada berkeadah langsung. Buatlah dan tawarlah kami sokong Dato Seri.

Bila penulis kira dan congak jumlah kenaikan yang dikatakan kejutan itu adalah tidak sampai 10,000 orang guru berbanding dengan baki 410,000 lagi yang termangu-mangu untuk mencecah usia perkhidamatan selama 25 tahun.

Ada sesetengah guru yang penulis temui lantikan KUP penyandang belum lagi diiktiraf mendapat ke atahap hakiki. Itupun dah bermacam-macam karenah, apatah lagi jika mahu ditawarkan ke tahap lebih tinggi, terlalu banyak tapisan dan kerenah birokrasi. bagi mereka yang bakal mencecah usia emas harap menkadorkan diri mereka.

Inilah daki-daki dunia bagi mereka rosak dan merosakkan. jauhilah. Justeru jika ditelek antara tawaran Najib dan Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga. Janji Pakatan untuk memberi RM500 sebulan kepada para guru wajar direbut. Jadi sokonglah Pakatan Rakyat agar janji itu dapat direalitikan. Jadi PRU13 pilih PR
Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA


Sunday, May 15, 2011

Keputusan mahkamah; Anwar bersalah meliwat 6 tahun penjara ?

Semasa berita ini ditulis Anwar Ibrahim berada di Bera Pahang. Sebentar tadi beliau menghadiri Jamuan Pakatan Rakyat Bera di Bandar Kerayong. Majlis jamuan tersebut diadakan secara tertutup tetapi terbuka kepada semua.

Bera adalah kawasan parlimen Menteri minyak naik Dato Ismail Sabri Yaakob. Sebelah malam ini mengikut jadual Anwar bakal berceramah di Felda Purun Bera Pahang. Kelmarin sahaja ahli-ahli Umno seramai 100 orang menjadi (berok jalanan -pinjam kata-kata KJ Ketua Pemuda Umno) kerana membantah Anwar yang tidak bermoral itu datang 'meracun' orang Bera. Maka berpusu-pusu lah peneroka Felda (ahli umno) membantah menolak kehadiran Anwar Ibrahim.

Sementera pihak berkuasa khasnya PDRM bertungkus lumus mahu menghalang kehadiran Anwar. Dimaklumkan sekatan demi sekatan jalanraya dibuat di sekitar Bera. tujuan bagi menakut-nakutkan rakyat daripada hadir dan berada di Bera.

Manakala yang besarnya hari esok Anwar akan ke mahkamah bagi menerima keputusan dakwaan liwat fasa II. Ramai yang meramal Anwar bakal dihumbankan kembali ke Penjara Sg Buluh kembali. Semua percaya dan berkeyakinan begitu.

Pihak berkuasa kini sedang merangka rancangan dan mengatur keselamatan perbicaraan esok berjalan seperti yang dirancangkan. Mungkin malam ini adalah malam final dan para hakim dan halim serta peguam negara tidak cukup kakitangan dan tidak tidur malam bagi menjayakan rencana rancangan esok.

Jika begitulah keputusannya bidang kehakiman gerhana kembali. Video seks entah ke mana Dato T menjadi taik.

Kita nantikan telemovie kerajaan Melayu yang mahu Melayu bersatu itu.

melayu Berpecah : Kerajaan Melayu Selesai masalah Melayu

Rata-rata akhbar memberi ruang kini atau , analisis tentang atau berkenaan perpecahan Melayu. perpecahan Melayu nampak macam parah, daripada perpecahan dalam agama. Ketakutan amat sangat Melayu berpecah melebihi ketakutan perpecahan umat islam.

Walaupun penganalisis tahu bahawa dalam hadis dijelaskan akan berlaku perpecahan 72 puak dalam Islam, mereka masih lagi meraung-raung dan terkinja-kinja Melayu berpecah..Melayu berpecah.

Adakah sukar untuk difahamkan kepada mereka. Kita mintalah mereka menyatukan juga Melayu-Melayu yang lain yang juga berpecah di Cambodia, Maldives, Madagascar, Sri Lanka untuk disatukan. Jika mereka sayangkan Melayu sangat. Kita cabar mereka yang mahu penyatuan Melayu usahakan ?

Trend Melayu berpecah ini kuat ditiup, yang jelas apabila rakyat mula menolak kerajaan Melayu pimpinan Umno yang menerajui Malaysia merdeka selepas tsunami PRU12. Inilah yang meracau-rcau Melayu Umno, sebabnya kekuasaan mereka makin terhakis. kesedapan mereka tidak lagi terjamin, masa depan mereka nampak suram dan keselesaan mereka gerhana.

Jika mereka 'sayangkan Melayu' bantulah Melayu. Rakyat Melayu dalam negara ini lebih 60% daripada jumlah penduduk 27 juta orang. Rata-rata Melayu adalah miskin, kenapa dinaikkan harga minyak, harga gula baru-baru ini.

Oleh itu, Melayu yang berotak tentulah Melayu itu marah. Kecuali Melayu yang sama otak dengan kerajaan sahaja yang menyokong secara babi buta (tanpa mata hati pun). Jika selesaikan harga ayam yang sudah cecah siling dan bumbung sekilo RM8.20 barulah Melayu yang berpecah tadi akan bersatu.

Melayu kampung minta hidup dan kehidupan mereka dibela oleh kerajaan teras Melayu di Purtajaya. Itu sahaja, selepas ini barulah kita boleh bercakap soal Melayu tidak berpecah.


Hanya UMNO dan Pas mampu menghentikan perpecahan dikalangan Melayu

Melihat pada keadaan isu semasa sekarang, kita berasa takut melihat perpecahan berlaku pada orang melayu. Apakah melayu di zaman teknologi serba canggih ini melayu sudah begitu hebat? Atau hanya gah pada nama ‘Melayu’ sahaja?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana Anwar Ibrahim lah punca segala perpecahan diantara orang melayu. Fitnah, dizalimi, simpati hanyalah permainan politik demi kepentingan peribadi dan cita citanya!

Sedar atau tidak Anwar dikatakan dizalimi dan difitinah apabila lemah untuk meraih simpati beliau sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

Rakyat perlu menilai kebenaran mengenai moral sebenar Anwar setelah pakar pengimejan video Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video seks adalah tulen.

Ianya disahkan oleh pihak polis buat kali kedua, bahawa video seks itu tulen dan bukan merupakan teknik superimpose (pertindihan).

Pengesahan oleh pakar Amerika membuktikan bahawa pendedahan video seks tersebut adalah benar selepas keputusan serupa juga dibuat oleh pakar tempatan dan Korea Selatan.

Adalah mustahil Korea Selatan dan Amerika Syarikat turut ‘berkonspirasi’ bagi ‘membunuh’ karier politik ketua pembangkang itu sebagaimana didakwa Anwar, setiap kali salah laku moralnya didedahkan kepada umum.

Tak perlulah kita begitu taksub dan terpedaya dengan kata kata Anwar Ibrahim…
Yakinlah bahawa pihak polis akan mendedahkan perkara ini kerana skandal seks Anwar sudah menjadi isu nasional.

Melayu PKR harus sedar, PKR tidak memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya nasib Anwar.

Jika dilihat kerjasama antara UMNO dan Pas sebenarnya adalah strategi yang bijak dalam penyatuan orang melayu…

Orang melayu yang memegang ajaran Islam sebenar berfikiran panjang dan halus…
Sekiranya Laungan ini bergema ia akan ditafsir suara penyatuan yang cukup sempurna dan yang akan menentang dihadapan ialah melayu Pas.

Hanya melayu Pas dan melayu UMNO yang dapat menghentikan pergaduhan ditahap perpecahan ini. Bangkitlah melayu! Bangkitlah… Berkata benar walaupun ia pahit untuk diterima!

Dipetik daripada Politik Harian


Hari Guru 16 Mei: rakyat didahulukan, guru ditipu lagi

Esok adalah 16 Mei, ini bermakna esok adalah diwartakan sebagai hari memperingati guru, jasa-jasa guru. Kerajaan macam rancangan realiti Tv juga, bakal membuat kejutan kepada warga guru yang mencecah 420,000 seluruh Malaysia.

Apakah bentuk hadiah itu, samada tambah beban atau terlepas beban ? Lazimnya jarang lah kerajaan mahu 'meringankan beban'.

Belum pun sampai masanya kerajaan sudah menguar-uarkan bahawa masa bagi subjek BI akan ditambah. Dan mungkin sesi pembelajaran bagi para pelajar sampai jam 4 petang.

Inilah hadiahnya ?

Kementerian kaji kelas tambahan BI


KUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut, kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata, kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru Bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. - Bernama


KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

"Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.


Sistem Dalam talian IPTA : Ibubapa terbeban, rakyat didahulukan ?

Isu rakyat, kelmarin TPM menyatakan dalam akhbar bahawa kerajaan sentiasa memikirkan untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Penulis sebagai rakyat Malaysia amat berbangga mempunyai seorang TPM yang cukup perihatin dan memahami kehidupan rakyat teramai. Kenyataan daripada TPM ini boleh kita jadikan sandaran dan pegangan.

Namun, keyakinan dan kepercayaan tersebut terlerai apabila penulis hari ini bertemu dengan dua orang ibubapa yang mengeluh panjang terhadap sistem bawah kerajaan yang ada.

Dua ibubapa yang memaklumkan bahawa anaknya telah berjaya terpilih melanjutkan pelajaran ke IPTA awam dan luar negara. Waktu ini adalah waktu puncak musim anak-anak kita menerima tawaran belajar selepas peperiksaaan SPM dan STPM.

Beliau menyatakan keluhannya bagaimana anaknya terpaksa bertungkus lumus ke hulu hilir pergi ke CC (cyber cafe) bagi mengakses internet. Ini kerana makluman, tawaran dan segala jenis borang kini dibuat melalui talian iaitu secara online. Ini cukup membebankan bagi ibubapa luar bandar.


Sistem ini ada baik dan buruknya. Buruknya macam mana seorang rakyat dikampungan yang tidak tersedia wifi percuma (seperti tawaran PRK Kerdau iaitu 111 kampung Pahang dapat wi fi percuma - BILA !!! entah).

Sistem ini, kira oklah jika ibubapa itu cakna dan tahu serta celik berkenaan pelajaran anak-anak. Bayangkan bagaimana ibubapa luar bandar yang tinggal di Hulu Tembeling yang tiada akses internet, akhbar yang lambat sampai . Adakah adil bagi mereka ?

Dan yang sedih katanya, di mana wang rakyat, adakah mahal sangat mahu buat cetakkan macam dulu. Di mana slogan rakyat didahulukan bagi kami yang berada di kampung ni ?

Kata beliau, kepada penulis cuba bayangkan bebanan kerajaan 'dilepaskan' ke atas ibubapa bagi mencetak daripada 200,000 pelajar. Ada 30,000 ribu yang layak masuk IPTA sahaja. Berapakah belanja kertas yang kerajaan jimatkan ? Kerajaan lepaskan kepada ibubapa. Bagi ibubapa yang berpendapatan jumlah Rm10 dan RM20 adalah tidaklah terbeban sangat. Kami nelayan dan petani yang tiada getah dan sawit terutama pesawah padi ia cukup terbeban tau ?







Muktamar DPPNP Selesai

Dewan Pemuda PAS Pahang baru sebentar tadi menamatkan sesi Muktamar Pemilihannya bagi kali ke 25. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ust Nasaruddin Hasan Tantawi pada sebelah petang semalam. Muktamar ini berlangsung di Kompleks PAS Pahang Kerdau, dalam suasana harmoni dan ceria.

Muktamar pada kali ini menyaksikan DPPNP berketuakan Ust Sharil Azman 39 tahun yang menang tanpa bertanding, beliau menggantikan Ust Suhami Md Saad yang sudah pun melebihi usia. Manakala Timbalan Ketua disandng oleh Ust Fadli Ibrahim 3o tahun yang dicabar oleh setiausaha DPPNP Ust Junaidi Ishak. Sementara Naib Ketua menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Nazri Ahmad dan Youslidy Esa. Nazri Ahmad berjaya memenangi kerusi berkenaan .

Manakala bagi jawatankuasa pemuda negeri menyaksikan 10 nama dipilih daripada 22 calon yang menawarkan diri, pada muktamar berkenaan. Rata-rata barisan exco dikekalkan oleh para perwakilan termasuk Fadly Ramly

Usul muktamar kali ini, menyaksikan 5 usul diperbahaskan. Usul bantahan Budaya Fitnah Subur dan Lynas - Sisa pembuangan radioaktif mewarni muktamar kali ini.

Umno Jadi jadilah !!!!

Selepas Umno dan konco-konco Umno memalu.mengaibkan, menghina maruah dan bermacam-macam tindakan fizikal ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim. Dalam politik Malaysia beliau mengambil sikap bertahan sejak sekian lama. Umno mengasak Anwar sejak 2004 daripada pelbagai sudut.

Namun kali ini, Anwar bertindak menyerang dan mengelarkan Umno sebagai pandy kuty dalam bahasa India yang bermaksud anak babi. Maka riuh lah seMalaysia bahawa Anwar tiada akhlak, tiada adab, sbagai seorang pemimpin di negara ini.

Yang seronoknya depa baru tahu dan baru isytiharkan bahawa Anwar tu adalah pemimpin rupanya.

Penulis teringat bagaimana Tuan Guru Nik Aziz menjawab dalam DUN Kelantan terhadap reaksi kata mengata yang dibangkitkan oleh Anwar Musa waktu itu. Kata Tuan Guru, yang demo kata ke kawe siang malam pagi petang PAS gitu gini dan macam-macam tak pa. Jadi kawe baru kata sekali ke demo, tu demo terasa buat apo ?

Itulah tabiat sifat semulajadi Umno, hala ke orang tak po. Tapi bila di hala ke dia barulah dia sedar dan nak marah.

Maka , jadi jadilah Umno..

Saturday, May 14, 2011

Isu Tanah : tanah perlu diimarahkan Islam ajar

Jika semua memahami islam, tidak timbul isu berkenaan. Kerajaan ambil alih tanah rakyat samada ststus tanah bukan untuk kediaman.

Dalam islam, haram jika seseorang yang memiliki tanah tidak diusahakan. Apatah lagi membiarkan tanahnya menjadi kawasan rang dan tinggal tumbuhan belukar yang sepatutnya dimanfaatkan oleh mereka yang tidak bertanah dan perlu diusahakan./

Pilihan, samada disewaka, dipajak, atau jika enggan setelah kerajaan islam berikan tempoh. Tuan tanah enggan . Maka kerajaan wajib mengambil kembali. tanah perlu di imarahkan. Bumi Allah kena dihidupkan

Tidak wajar ambil tanah adat untuk Ladang Rakyat - Shafie Apdal

RANTAU PANJANG 14 Mei — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyifatkan langkah kerajaan Kelantan mengambil tanah adat milik Orang Asli di beberapa pos di Gua Musang bagi tujuan pembangunan Ladang Rakyat, sebagai sesuatu yang tidak wajar berlaku.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu menyebabkan hak Orang Asli terpinggir dan ada di antara mereka yang kini menjadi setinggan setelah tapak rumah yang didiami diambil bagi tujuan itu.

"Sepatutnya tanah adat ini diberi hak milik kepada penduduk Orang Asli dan bukannya diambil bagi tujuan lain yang tidak berlaku di negeri luar dari Kelantan.

"Kementerian begitu menjaga hak mereka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang sebelum ini telah membayar premium tanah sebanyak RM26 juta kepada kerajaan Kelantan tetapi inilah yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di sini, hari ini.

Mohd. Shafie berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Kelantan yang mengambil tanah di lebih lima buah pos perkampungan Orang Asli di Gua Musang bagi tujuan pembangunan Ladang Rakyat yang meresahkan masyarakat kaum berkenaan. — Bernama

Sifir mudah kerajaan : Peniaga cekik darah ?

Jika peniaga dilebalkan sebagai pencekik darah, kerajaan cekik apa ? Kerajaan cekik rakyat lah. Kerajaan kena sedar dan ingat sebelum peniaga mencekik pelanggan mereka siapakah yang memulakan cekikan itu.

Bukankah kerajaan yang menaikkan harga barang ? Peniaga mereka berniaga, adakah kerajaan berniaga dengan rakyat mereka ? Cerita Rakyat yang popular sejak dahulu dan sering menjadi pengajaran populis guru di sekolah adalah Bangau Oh Bangau. Generasi muda kini, mungkin tidak tahu kronologi cerita dan unsur-unsur didaktik dalam cerita-cerita rakyat ini.

Dan selepas mencekik rakyat, kerajaan menghebohkan bahawa peniagalah yang bertindak tidak timbang rasa kerana mereka mencekik darah pengguna.

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.