Saturday, May 14, 2011

Menteri Umno kaki bohong ?

Menteri Umno JIKA TIDAK BERCAKAP berbohong tidak sah. Semua perkara, di mana-mana sahaja hatta dalam masjid tempat yang sucipun jika ada kesempatan bercakap, mereka akan merelakan diri mereka untuk berbohong. Biarpun isu berkenaan logik atau tidak logik, jika ada peluang dan kesempatan mereka tetap akan berbohong.


Barangkali atau barang kemungkinan salah satu syarat wajib (dgn izin) kreteria untuk menjadi menteri kabinet Umno adalah suka berbohong kuat berbohong dan kerap berbohong. Inilah skala indeks menteri Umno atau KPI bagi seseorang menteri Umno atau mana-mana bakal menteri Umno. Paling kuat berbohong akan menjadi pilihan utama.

Sikap menteri bercakap lidah bercabang, adalah menjadi trend menteri Umno seka dulu. Dan rakyat sudah mangli dan terbiasa dengan teknik pujukan penipuan abad ini. Yang peliknya, rakyat masih terus memberi kepercayaan dan meletakkan keyakinan kepada kumpulan menteri Umno ini. Malah lebih teruk dan ketara, adalah rakyat menjadi penyokong tegar setia kepada Umno.

Buktinya, setiap kali berlaku khasnya kenaikan barang keperluan rakyat menteri Umno terus berbohong dengan rakyat. Terdekat adalah isu kenaikan harga gual pasir 20 sen sekilogram daripada RM2.10 kepada RM2.30 sen.

Kenaikan itu cukup besar, malah sudah 4 kali dalam sesi ini harga gula dinaikkan. Alasan kenaikan tentulah ada, dan paling populis adalah kerajaan cuba kurangkan bebanan rakyat.

Hari ini TPM menyatakan bahawa kerajaan SENTIASA memikirkan rakyat bagi meringankan bebanan rakyat. Sepatutnya menteri berkenaan meletakkan jawatan kerana gagal untuk meringankan bebanan rakyat.

Mana ada dalam sifir akal, barang keperluan baik, kehidupan rakyat semakin baik atau bertambah baik. Entahlah kalau sifir ekonomi Umno dan Menteri Umno yang mengaji ekonomi, dalam kamus kehidupan mereka . barang keperluan naik, kehidupan rakyat semakin baik.

Oleh itu, teringat penulis pepatah yang menyatakan seperti gila babi lagaknya tindakan mereka itu. Namun bagi kita yang rasionalis, babi pun tidak berfikir segila itu.





Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin

KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, Sabtu.

Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Muhyiddin berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.

Beliau berkata kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular. -BERNAMA

Thursday, May 12, 2011

Jeritan ibu tua, ditepi jalanan bersama dagangannya

Cemas dan lemas memikirkan kenaikan harga barang. Bermula sejak 3 hari lepas kerajaan umumkan harga gula naik 20 sen sekilogram. Kerajaan meletakkan bermacam-macam alasan sebab-sebab kenaikan, paling ampuh adalah senjatanya perkataan keramat itu, iaitu SUBSIDI.

Kerajaan SUDAH TERLALU lama dan terlalu banyak memberikan kepada rakyat subsidi., Benarkah begitu, puas rakyat memaksa diri mereka agar menelan alasan demi alasan sama setiap kali berlaku kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Mereka khasnya berbangsa Melayu tetap setia, apa sahaja alasan , apa sahaja hujah ,malah apa sahaja yang kerajaan mahu buat tidaklah mereka bantah dan halangkan. Mereka yang setia dengan kerajaan yang ada redha menerima apa adanya. Pendekata kerajaan bebeas melaksanakan apa yang mahu dilaksanakan.

Itulah nilai dan budi rakyat yang sama juga meraya dan menyambut kehadiran 65 tahun parti Umno.

Namun, penulis ingin paparkan kisah bagaimana , seorang ibu tua di Bota Kiri yang dikeleilingi kehidupannya bersawah padi sekangkang kera, dengan menumpang tanah orang secara ehsan daripada penduduk tempatan berdekatan Titi Gantung, beliau berhijrah ke sini sejak lebih 30 tahun lalu dari Kedah, menetap mengerjakan sawah padi secara pawah di situ turut mengeluh panjang, pisang yang dijadikan jualan ditepi laluan utama antara Ipoh Lumut tidak lagi dikunjungi pengunjung. Buah pisang dan hasilan dagangan lain-lain suram dan memuramkan seperti juga paparan wajahnya.

Namun demi setiap nasi beliau tabah menerima dan menerima apa adanya, kerana tidak terdaya melawan dan bising seusia begini. Inilah hidup dan kehidupan jerit hati kecilnya, korban dan dikorbankan, tetapi keperitan hidup telah mendewasakan dirinya. Mengajar apa itu hiudop dan kehidupan, anak-anak yang besar panjang berkeluarga tinggal berjauhan gelandangan di kota raya demi mengejar impian hidup dan meneruskan kehidupan selesa masing-masing.

Ibu tua ini reda dan meredakan dirinya , dengan keadaan nya. Dan akhirnya beliau lontarkan satu persoalan perpisahan kepada penulis, apa sumbangan kerajaan kepadanya. Kerana beliau telah memberi sokongan demi sokongan kepada kerajaan yang ada. Apa salah saya , apakah kami rakyat yang mahu diperalat dan diperkuda serta dipergunakan semasa perlu sahaja.


Gula adalah keperluan hidup, mak cik acap / sokmo guna. Zaman pasca merdeka gula mudah didapati , mak cik bebas buat kuih itu ini, sampai la ni, tak pun penyakit kencing manis, ingat mak cik makan gula start daripada muda anak oi... jelas beliau

Nasib-nasib anak oi, sebab kami orang kampung tak pandai.... di akhir kata-kata keluhan panjang secara sinis kepada penulis.


Wednesday, May 11, 2011

Isu Agama Islam Agama Rasmi Negara: Najib Hebat ?

Umno yang mencipta isu dan dia sendiri menyelesaikan isu berkenaan. Parti atau pihak lain turut sama terikut-ikut sama diheret sama dalam membicarakan isu ini. Isunya adalah soal kedudukan agama Islam.

Kelmarin akhbar perdana berbahasa Melayu yang 'berjaya' mencium satu himpunan sebuah parti pembangkang (DA) mengadakan Dailog Bersama Para Paderi Kristian mahu menjadikan negara ini adalah negara Kristian sebagai agama rasmi. Kata laporan media berkenaan.

Siapa yang bercakap dan sumber mana, tidaklah pula dijelaskan. Tiadapun satu Delkrasi Himpunan Paderi Bersama Parti DAP yang diedarkan kepada media.

Seluuruh ahli agama dan orang agama (khasnya Islam) memberi amaran demi amaran keras. Perkasa macam biasa membuat laporan Polis dan Demo seluruh negara pada setiap hari.

Pendekata, isu ini menjadi satu isu negara yang terhangat kini. Bab ini Umno berjaya mencipta peluang dan menggunakan peluang berkenaan.

Hari ini PM, dilihat sebagai hero, beliau pantas membuat pertemuan dengan golongan agamawan (Islam) . Hari ini beliau mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam.

Terima Hakikat Islam Agama Rasmi Negara - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain.

"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam di sini Rabu.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Najib berkata dalam pertemuan selama sejam dengan pemimpin dan cendekiawan Islam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu "menukar" agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sememangnya berjumpa dengan pemimpin Islam dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang ini amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini dan sekali lagi kita bincang atas isu ini dan juga atas perkara-perkara yang lain," katanya.

Katanya di dalam pertemuan itu pemimpin dan cendekiawan Islam itu juga bersependapat bahawa adalah penting untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak mestilah membendung perasaan emosi untuk tidak membuat apa jua perkara yang mengganggu gugat keamanan dan keharmonian serta kesejahteraan negara ini.

"Mereka juga sependapat mahukan rakyat diberi satu jaminan supaya menyerahkan perkara ini kepada pihak kerajaan untuk menanganinya dengan penuh kebijaksanaan dengan hikmahnya tanpa membiarkan isu ini menjadi satu yang boleh merosakkan apa yang telah kita bina dalam negara kita terutama sekali keharmonian antara agama," katanya.

Ditanya bentuk tindakan terhadap pihak yang akan terus mengeksploitasikan isu tersebut, Najib berkata: "Yang pertamanya, kalau mereka nak buat apapun, ia tidak akan dapat mengubah hakikat (Islam sebagai agama rasmi negara). Realiti (itu) tak boleh diubah."

Katanya pihak berkuasa juga tentunya boleh mengambil tindakan kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Kita tidak mahu sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara, sebab yang paling penting sekali adalah keamanan dan keharmonian negara kita," katanya.

Menjawab satu soalan sama ada saranan itu dibuat hanya kepada pemimpin tertentu, Najib berkata: "Saranan adalah kepada semua pihak bahawa kita mesti menolak kefahaman yang keterlaluan dan ekstrem. Tidak kira (mana-mana pihak)."

Najib berkata keharmonian dan keamanan di Malaysia telah menjadikan ia sebagai model sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh ramai pihak di luar negara dan ia harus dikekalkan.- BERNAMA


Monday, May 09, 2011

DAPATKAN CD WACANA YB KHALID SAMAD DI WACANA MASA DEPAN MELAYU MENJELANG PRU 13

Apabila Dr Asraff Wajdi Dasuki menyatakan Islam lebih tinggi daripada parti-parti politik dan tidak mahu berpolitik. Beliau bersikap akan 'menegur' siapa sahaja kerana dia adalah ahli perkasa. Umno salah tengur Umno dan PAS salah tegur PAS. Demo adalah jalan yang Dr Asraff pilih. Ini adalah kaedah Perkasa.

Maka parti-parti politik hanya peralatkan Islam dan politikkan Islam. Beliau tidak peralatkan Perkasa kerana beliau ahli Perkasa, Perkasa bukan parti politik , tetapi Perkasa 'membicarakan' hal-hal politik.

Kerja Perkasa adalah jaga Melayu, maka jika Melayu terkena parti, maka beliau akan bertindak macam ahli politiklah.

Orang rujukan Dr Asraff adalah Berahim Ali.

Kedua, beliau pertahankan Islam Umno, tetapi dia bukan ahli politik, tetapi menyokong politik Umno. kerana Umno sama-sama Islam, tetapi menyerang islam PAS. Ini lagi satu kepyahan yang kita kena faham.

Beliau minta buktikan kenapa dalam Buku Jingga tidak tertulis PAS nak laksana Hudud. Selepas di serang bertalu-talu oleh audion di KB. Beliau menjawab macam Ghafar Baba jawab persis Timb Presiden Umno zaman dr M. Hudud hanya beberapa persent daripada Islam. Bukan islam keseluruhannya.

Cakap Dr M, yang perlekehkan Hudud dan islam. Beliau minta buktikan, dan bukan kenyataan rasmi Umno. Kerana orang yang bercakap itu adalah individu dalam Umno yang jahil. wal hal yang jahil dan tok jahil itu adalah Presiden umno waktu itu, beliau mewakili dirinya bercakap sebagai orang tua Umno, bukan kenyataan rasmi Umno. pada hal dr M waktu itu Presiden umno.

Inilah bebarapa paparan, caca marba fikiran ulama muda Umno. Berilmu tetapi tidak boleh ditumpang keilmuaanya.

Paling best Aziz Desa yang mengaku dia adalah pengasas Pondok Lanai Baling. studentnya 90% dakwanya adalah ahli-ahli PAS. Beliau jem terpengakpa dengan 'boo' penyokong Pakatan Rakyat. Hujahnya, jika dia tahu penyokong PAS nak boo dia, dia akan bawa atau punggah orang Umno 5 lori ke majlis wacana ilmiah di Balai islam Lundang itu.

inilah cebisan paparan situasi wacana. ' MASA DEPAN MELAYU MENJELANG PRU13. TERANCAM ATAU TIDAK ?


Rumah Terbakar: Antara Raja Umno dengan Ayah Ngah

Penulis cuba meninjau semua akhbar berbahasa Melayu. Ada tak meletakkan berita gempar ini. Iaitu rumah seorang Raja Umno terbakar. Penulis teruja sangat apabila melihat gambar rumah Raja Umno ini terbakar.

Ada dua situasi, yang penulis dapat telah di sini. Gerun dan takut kerana api tidak mengenap sesiapa samada seorang Raja Umno ataupun Ayah Ngah di Kg mengabang Telipot Batu Rakit.

Kedua, melihat Raja Umno ini 'selama dan tersenyum' . Jika Ayah Ngah di Kg Mengabang Telipot Batu Rakit tentulah beliau gundah gulana, sedih dan sebagainya. tetapi bagi Raja Umno, nampak relax sahaja.

Itulah bedanya, tuan-tuan dapat fikirlah sendiri.. Pinjam kata Nabil LU FIKIRLAH SENDIRI







TENGKU Adnan di hadapan rumahnya yang terbakar di Taman Duta, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Saturday, May 07, 2011

RAKYAT SUDAH LAMA TERBEBAN

Inilah kabinet 1Malaysia yang berminda kelas Dunia. Kabinet Umno Bn yang baru memikirkan soal bebanan rakyat yang terbeban.

Dilaporkan Kabinet baru hendak MEMBINCANGKAN soal bebanan rakyat ini.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menjengah apakah kandungan BUKU JINGGA yang PR lontarkan kepada rakyat yang TERBEBAN DAN MENJADI BEBANAN

Antaranya

CUMA 2.6 % KENAIKAN GAJI
4 % PENURUNAN KUASA BELI
40 % ISI RUMAH KURANG PENDAPATAN DARI RM1500 SEBULAN
3 & 4 ISI RUMAH MEWAKILI MELAYU BUMIPUTERA MISKIN
34 % PEKERJA MALAYSIA DIBAYAR GAJI KURANG RM700 SEBULAN
62% DARIPADA 39 BILLION SUBSIDI KEPADA SEKTOR KOPORAT, PENJANA BEBAS, KONSESI LEBUHRAYA
RM 4 BILLION SUBSIDI RAKYAT MAHU DITARIK KERAJAAN
RM19 BILLION BAGI SUBSIDI KEPADA PENJANA BEBAS
RM4 BILLION SETAHUN KEPADA KONSENSI L/RAYA
RM466 BILLION HUTANG DTANGGUNG OLEH ISI RUMAH MALAYSIA




Jawatankuasa Kabinet Akan Bermesyuarat Atasi Beban Rakyat - Muhyiddin

BAGAN DATOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu mesyuarat khas jawatankuasa kabinet akan diadakan untuk mencari pendekatan terbaik menangani isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran peningkatan harga bahan api dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat itu, yang dipengerusikannya akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi, bagi mencari pendekatan sewajarnya untuk membantu rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.

"Mesyuarat itu akan melihat bagaimana masalah dalam soal ekonomi yang dihadapi oleh rakyat ditangani dan diuruskan. Ini bukanlah soal yang mudah terutama soal kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan tertentu dilihat meningkat dengan kadar inflasi mungkin lebih tiga peratus," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini, Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata walaupun berlaku sedikit kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kadar inflasi, kadar peningkatan itu adalah kecil berbanding dengan apa yang sedang berlaku di negara-negara lain.

Katanya mesyuarat itu juga akan membincangkan kaedah yang mampu dilaksanakan kerajaan, swasta, sektor pengeluar dan rangkaian pembekal supaya rakyat dapat menikmati harga barangan dan perkhidmatan yang berpatutan.

"Ini adalah satu daripada perkara yang kerajaan memang sedar, masalah yang dihadapi oleh rakyat di seluruh negara. Kerajaan tidak berdiam diri dan kita akan mengambil langkah sewajarnya dan ini kita usahakan (dengan adakan mesyuarat khas)," katanya.

Mengenai masalah perumahan, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu skim baru semalam yang akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati rumah pertama berkualiti dengan harga mampu milik walaupun kos rumah meningkat di sesetengah tempat.

Muhyiddin berkata skim itu yang akan dimulakan di Wilayah Persekutuan dan Selangor, bakal diperluaskan di seluruh negara.

"Begitu juga soal lain, kita melihat juga isu berkaitan sistem pengangkutan. Semua isu ini kita ambil perhatian (untuk diatasi) supaya jangan ada isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak kita diuruskan.

"Penting bagi kita melaksanakan (dengan mengatasi masalah) supaya rakyat tahu kerajaan bukan sahaja melihat masalah yang dihadapi tetapi kerajaan juga mengambil langkah berani dan tegas bagi menangai masalah ini," katanya. - BERNAMA


Perkasa = Perkasam Yang Dungu ? Ultra @ Auta Umno

Jika begitulah kesimpulannya, jika paderi bertemu paderi di Malaysia. Maka negara Malaysia bakal menjadi negara Kristian. Jika Hinddu bertemu Hinddu maka Malaysia bakal diisytiharkan menjadi negara Hinddu, Dan jika sami Budhha bertemu sami Budhha maka malaysia bakal menjadi negera beragama Budhha.

Maka orang yang mencetuskan kekecohan dan membersar-besar serta cuba menakut-nakut kan orang Islam di malaysia ini adalah Utusan dan Umno melalui PERKASA dan Perkasam. Maka orang inilah yang dikira sebagai penyangak agama.

Jika seminggu lepas, kita takutkan kepada pengganas agama iaitu Osama Laden yang mati diBOM oleh AS. Itu pengeboman secara bersenjata.

Maka hari ini, Utusan mengebom rakyat islam Malaysia dengan CUBAAN mengerhanakan ketenteraman awam umat islam di Malaysia.

Sepatutnya, kerajaan kena bertindak secara adil, dengan menabur fitnah, dan cubaan mengaitkan Jeff Oii wakil rakyat Pakatan Rakyat yang hadir dalam perjumpaan paderi dengan paderi. dan kebetulan juga Jeff Oi seorang yang

Maka apalah politik KUNO Malaysia yang tidak matang kerana dek tindakan beberapa menatang yang amat dangkal.

Jika mereka persoalkan soal kebebasan beragama, seperti terakru dalam Perlembagaan negara Malaysia merdeka, apalah penjelasan kiat. begitulah juga apa sikap kita jika mereka marah dan buat laporan Polis bila kita buat pertemua ulama senusantara. Apa sikap kita dalam hal ini ?





PERKASA buat laporan polis berhubung pertemuan paderi
GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.
Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Pemberitaaan Yang Cukup Bahaya Dari Utusan Meloya

Setelah gagal menyerang DAP sebagai rasis. Kini Umno Bn melalui tangan-tangan dan 3M bergerak menggunakan pendekatan lama tetapi cukup amat berkesan. Umno melalui Utusan Melayo tahu, bagi mencetuskan satu dimensi secara senyap, kini ia mencabut kesejahteraan rakyat ditengah-tengah ketidakselesaan harga minyak dan barang serta keperluan hidup yang mendesak iaitu isu agama.

Kelmarin Pm dan sepupunya, gembira dunia sudah terlepas daripada kepengganasan dan kehidupan sejagat aman dengan perginya almarhum Osama Laden.

Kini Umno bergerak dalam, lagak yang sama menjadi tali dan pengganas dalam kehidupan keamanan, kesejahteraan rakyat Malaysia dengan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

benar atau tidak benda itu tidak penting, tetapi bentuk pemberitaan sedemikian ditengah-tengah umat islam yang lena, itu dikejutkan dengan satu bentuk sentapan berita dan pemberitaan yang amat mencuit hati dan sanubari mereka.

Umno sengaja mencetuskan polimek ini, bagi menyentap perasaan umat islam dalam negera ini. Selepas ini , akan bertalu-talu lah reaksi demi rekasi diberikan secara pro dan kontra terhadap isu yang sengaja dicipta ini.

Ada yang berhujah, berdasarkan realiti, dan ada yang mengupas bahawa Malaysia sedang menuju seperti negara tetangga indo akan berentap dan berbalah besar terhadap isu sensitif ini.

Inilah penyakit Umno, akan menghalalkan apa sahaja bagi mengalih isu terhadap kelemahannya. Alihkan kemarahan dan fokus rakyat, tujuannya satu unuk kekalkan penguasaan dan kekuasaan mereka dalam negara ini.

Kesimpulannya Umno adalah satu parti yang ganas dan akan bertindak apa sahaja mengikut strateginya, biarpun keamanan, kesejahteraan awam dikorbankan, tetapi kekuasaannya dapat dikekalkan, hayatnya dapat dipertahankan.

Soal rakyat adalah soal kedua, soal keselematan digadaikan bagi meraihkan keuntungan politik yang sempit dan tidak matang. dan yang penting falsafahnya Politik adalah perniagaan. inilah doktrin Umno.



Malaysia negara Kristian?

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu

Friday, May 06, 2011

Minta Kak Mah tengok-tengok sikit ni ?

Kak Mah minta beringat sikit ada apa-apa ke ..interbiu ke apa ni ? Tak pa depa ni bertujuan baik.
Aksi Najib dan Faizal sewaktu bermain dam aji.
Fara bersalaman dengan Najib sambil diperhatikan Faizal dan Kieran.

Sementara itu, Faizal akui pengalaman bermain dam aji dengan Najib menjadi kenangan paling manis yang akan diingatinya lebih-lebih lagi berjaya memenangi permainan tersebut.

“Saya memang suka main dam aji tetapi saya rasa jika diberikan masa yang lama mungkin beliau boleh memenangi permainan itu.

“Apabila melihat kesudian beliau untuk bermain sukan rakyat ini, saya menganggap beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat,” kata Faizal yang masih bercuti sejak dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Kieran yang seakan tidak percaya telah berjaya menemu bual Najib meluahkan perasaan terharunya.

“Siapa sangka, dulu saya, Fara dan Faizal hanya merupakan budak jalanan yang menampal banting tetapi sekarang kami dapat duduk bersama-sama menemu bual pemimpin negara.

“Saya juga rasa bertuah kerana ikutkan saya tidak mungkin mendapat peluang ini kerana mengendalikan slot pada waktu petang tetapi semuanya berubah apabila saya perlu menggantikan AG yang sedang bercuti,” ujar Kieran.

Program tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV dan TV9.




RM220k Zaman Sudah Berubah ?

Bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 sebulan. Golongan muda yang berada di Lembah Klang terutamanya amat teruja untuk memiliki rumah sendiri dan mampu milik. Kami generasi muda kini amat menyokong usaha kerajaan.

Inilah namanya cabaran dan kehidupan. Jika 10 tahun belakangan dulu, nilai wang sedemikian. Rumah yang dimiliki bukan bertaraf lima bintang, tetapi amat berbintang-bintang. Itu adalah cerita dulu dulu, iaitu zaman Merong Mahawangsa.

Nilai harga rumah RM220k kini adalah sudah lazim dan biasa. Zaman sudah berubah ?





Kerajaan Akan Lancar Rumah Bawah RM220,000 Julai

PETALING JAYA: Kerajaan akan melancarkan program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti melalui Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda di Lembah Klang mempunyai rumah sendiri selewat-lewatnya Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku ialah RM220,000 ke bawah bagi golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Najib membuat pengumuman tersebut ketika bersiaran bersama penyampai radio stesen radio, Hot FM di sini pada pagi Jumaat.

Menurutnya, beliau mengambil maklum bahawa bukan mudah untuk mendapatkan rumah yang berharga RM220,000 di Lembah Klang beradasarkan komen yang diperoleh daripada laman web sosial Facebook nya dan media.

Najib berkata inisiatif terbaru itu akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan dan syarikat swasta.

“Kalau boleh, tiada kentungan akan diambil daripada projek ini. Pemaju akan melaksanakan tanggung jawab sosial korporat,” ujarnya.

Jelasnya, akan dilaksanakan selepas kerajaan dapat mencari tapak perumahan yang sesuai.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2011.

Ia dilaksanakan bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Thursday, May 05, 2011

Umat islam Bersatu: Baguslah kami sokong

Selepas PM dan sepupunya keamanan sejagat akan kembali aman, selepas Osama Laden dibunuh AS. Rata dan banyak negara-negara dipecah perintah, dunia Aarab dilembukan oleh AS. Justeru melihat suasana dan insafkan permainan politik penguasa Arab dan bukan Arab yang menajdi lembu AS. Kini rakyatnya bangkit, termasuklah jutawan osama laden yang membuang dunia kemewahan, keseronokan untuk mencari dunia keredahaan.

maka 1Dunia melabelkan beliau sebagai penganas termasuklah negara 1Malaysia ini. Kini menteri Belatuk kabinet najib minta 1Umat islam kembali bersatu.

Dia menteri ini lupa penyatuannya atas dasar dan prinsip apa. fahamkah dia penyatuan umat 1 dunia ini. Jika bersatu bawah 1 kejahilan, bawah 1kemungkaran, 1 kemaksiatan. Maka lupakan sahaja.

Jika mahu bersatu sila bantu negara Palestine, jika mahu bersatu gunakan kekayaaan dunia islam, bantu kemiskinan negara Angola dan Afrika yang lain, atas kemanusiaan dan keislaman.

Ini barulah kita dapat bersatu dan menyatukan semua umat.


Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.

Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.

''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.

''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.

Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.

''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.

Kenapa Rasuah Takut Dipolitikkan ?

Apabila rasuah tidak boleh dipolitikkan. Secara mudah difahami, sejak merdeka dan hingga kini, jika rasuah tidak dipolitikkan . Indeks rasuah negara tetap meningkat sepanjang tahun. Lihat Carta kedudukan negara kitabandingkan ddengan negara Maldives yang baru merdeka.

Bermula rasuah dalam pilihanraya sampailah ke projek-projek mega negara. Jika orang politik tidak bercakap penjawat awam terikat dengan akta rahsia rasmi kerajaan (OSA) dan taat setia serta sumpah. Dari BPR kepada SPRM kini siapa yang takut untuk merasuah dan memberi rasuah serta menerima rasuah.

dah banyak hujah ilmiah, bengkel, seminar. kempen, edaran pamplet rasuah tetap berjalan ibarat api dalam sekam. Yang punah dan memunahkan institusi negara , walaupun pemimpin politik negara mahu membuang tongkat (DEB) daripada orang Melayu.



Kejutan malam Khamis: Minyak Naik dan Naik Minyak

Kerajaan Malaysia bijak dengan rakyat. Semalam kerajaan Umno Bn membuat satu lagi 'kejutan' kepada rakyat. Selepas harga ayam yang nail melebihi siling bumbung hampir ke langit. Kini minyak bahan bakar RON 97 naik lagi 20 sen. tepat jam 12.00 malam (ikut kalender masihi). Jika ikut kalender Islam jam dikira selepas masuk waktu maghrib jam 7.20 mlm. Baru masuk tarikh atau hari yang baru. Harga minyak diumumkan naik.

Jika dalam dunia hiburan khasnya rancangan realiti TV, AF1-AF6 serta AF7 sering berlaku kejutan demi kejutan. tangisan demi tangisan, peluk memeluk dan berpeluk-pelukan, aksi berderai air mata demi derai air mata dapat disaksikan. Malam semalam tiada lagi tangisan, tiada lagi deraian air mata, tiada lagi aksi peluk memeluk harga minyak naik dan kenaikan minyak jenis Ron 97 kini mencecah paras RM2.90 sen, lagi 10 sen hampir RM3.00 bagi seliter.

Apa pun alasan , apa pun desakan apa pun bantahan, apa pun pandangan, kerajaan TERPAKSA, ATAU TERPEKASA, sekarang sudah tidak penting, naik tetap naik. Para penyokong dan pendokongnya termasuk 3M nya tetap menghalalkan serta akan mengiakan bahawa tindakan kerajaan ini tetap betul, tepat dan sesuai sepanjang zaman dalam menaikkan harga minyak. Betul dan tepat melainkan betul belaka-laka.

Minyak tidak digunakan sangat oleh Pak Mat Zin di Hulu Tembeling, yang menggunakan minyak itu hanya anaknya Cikgu Samad yang tinggal di Temerloh Pahang berulang alik dari rumah ke sekolah di bandar Lanchang yang jaraknya 40km sehala. Setiap 5 hari dan tambahan jika dipanggil oleh pentadbir sekolah pada bila-bila Sabtu, ikut keperluan. Beliau jika ditanya membelanjakan RM300 sebulan bagi minyak kenderaan. Cola hanya dibayar RM200 sahaja bagi daerah Temerloh.

Maka ramailah sekarang makin miskin secara realitif, realitinya rata-rata belum cukup bulan sudah pokai. Dua kenderaan, potongan kenderaan, potongan rumah, makanan rumah, bil-bil (bil air potong RM1 di pahang), belanja sekolah anak-anak , sebelum sampai 20hb setiap bulan sudah boleh minta sedekah. Percayalah .....

Rakannya nama dirahsiakan, berulang gunakan kenderaan kerana isterinya bertugas di temerloh dan anak-anaknya bersekolah di Temerloh dan mempunyai sebuah rumah milik senidri di temerloh, menyeparkan RM300 sahaja ke Daerah Bera yang jarak 30km sehala. Rakannya hanya dibayar cola RM100 sahaja kerana Bera masih di bawah PBT majlis Daerah Bera. Lanchang kerana RM200 cola bawah PBT berkatogeri Majlis Perbandaran.

Mereka ini, tidak lagi menderaikan air mata, tiada lagi marah, tiada lagi keluh kesah. kerana sudah biasa dan kerap menerima kejutan demi kejutan daripada kerajaan kini, dulu, dan .....

Kami sokong PR tawarkan gaji 13 bulan, minta masuk dalam manifesto...