Tuesday, May 03, 2011
Video Seks DSAI: Pembohongan sampai kemuncak dah
Monday, May 02, 2011
Melayu islam : Isu lama sangat dah
Minda Pengarang: PAS sepatutnya sedar penyertaan dalam pakatan rugikan Melayu-Islam
2011/05/02
SEJAK menyertai pakatan pembangkang, PAS dilihat lebih mengikut telunjuk rakan sekutunya terutama DAP. PAS langsung tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan pendirian mereka, apatah lagi untuk menegakkan sebuah negara Islam yang menjadi dasar perjuangan mereka. Setiap kali PAS cuba melaksanakan sesuatu usaha berdasarkan kepentingan Islam, awal-awal lagi rakan sekutunya akan menyatakan kurang senang mereka dengan program PAS dengan alasan ia mencetuskan kebimbangan penyokong pakatan khususnya kepada bukan Islam. Hakikatnya, PAS terpinggir dalam pakatan pembangkang dan suara serta tindakannya semata-mata mahu menjaga hati DAP. PAS hanya digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu, tetapi apabila sudah berkuasa DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memonopoli kuasa dan menentukan corak pemerintah seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Justeru, kenyataan Datuk Seri Najib Razak ketika di Terengganu, kelmarin supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang adalah wajar kerana ia bukan saja merugikan PAS, tetapi orang Melayu-Islam di negara ini. Perdana Menteri yakin tiada sebab lagi bagi PAS untuk terus berbaik-baik dengan rakan sekutunya itu kerana sudah jelas bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan Islam, malah menolaknya sama sekali sejak awal lagi. PAS seharusnya mampu untuk menentukan arah perjuangannya sendiri tanpa perlu didalangi DAP atau PKR. Banyak pihak melihat PAS sebenarnya memiliki jentera parti yang lebih tersusun berbanding rakan sekutunya itu, tetapi kekuatan yang ada hanya diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan politik sempit mereka yang berasaskan perkauman. Kita percaya orang Melayu dapat melihat situasi ini dan kita tidak menolak ia antara punca utama PAS tewas kepada calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa pilihan raya kecil lalu. Kerjasama rapuh PAS-DAP ini hanya menguntungkan sebelah pihak iaitu DAP yang mendapat banyak manfaat. Sokongan terhadap DAP semakin kuat terutama daripada orang Cina seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak pada pertengahan April lalu. Kita percaya di kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri turut merasai keadaan yang sama bahawa ‘berkawan’ dengan DAP hanya merugikan PAS.Apapun, pertelingkahan tanpa kesudahan antara UMNO dan PAS hanya merugikan orang Melayu-Islam. Apabila orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini berbalah dan berpecah mereka sebenarnya akan menjadi lemah, malah menjadi minoriti. Jika keadaan itu berlaku sudah pasti ia akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu terutama DAP untuk memperluaskan pengaruhnya. Kita percaya DAP secara senyap hanya mentertawakan PAS kerana mereka berjaya dipergunakan. Persoalannya, dapatkan PAS melihat keadaan yang berlaku ini. Seperti kata Perdana Menteri jika PAS serius mahu memperjuangkan Islam maka parti itu tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana itu adalah realiti politik, mereka mempunyai ideologi sangat berbeza. Kita tidak mengharapkan antara UMNO-PAS sebagai parti mewakili orang Melayu-Islam terbesar di negara ini dapat bergabung dalam waktu yang singkat ini. Namun, kita mengharapkan PAS sedar penyertaan mereka dalam pakatan pembangkang tidak menguntungkan orang Melayu-Islam. PAS sewajarnya keluar daripada pakatan pembangkang. Saranan Perdana Menteri ini tidak wajar dilihat sebagai satu muslihat politik, tetapi perlu dipertimbangkan secara rasional. PAS perlu memikirkan perkara ini semasak-masaknya. PAS mungkin lupa musuh sebenar mereka bukan UMNO tetapi DAP dalam menegakkan syiar Islam di negara in
1Melayu 1Bumi 1Malaysia: Keliru dan Mengelirukan
1Melayu jejas gagasan 1Malaysia: Rafidah Aziz
KUALA LUMPUR: Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Petanda PRU 13 makin dekat
KAJIAN Bank Dunia menunjukkan rekod pertumbuhan gaji tahunan di Malaysia sejak 10 tahun lalu hanyalah 2.6 peratus berbanding peningkatan berlipat ganda inflasi dan kos sara hidup semasa dalam tempoh yang sama.
Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan kuasa beli berkurang bagi pendapatan setiap isi rumah.
Namun, gaji yang diterima oleh penjawat awam di Malaysia pada masa kini dilihat masih berada di tahap memuaskan dengan pendapatan per kapita sebanyak RM25,000 hingga RM30,000 setahun berbanding negara maju RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata, walaupun begitu kerajaan harus melakukan sesuatu dari sekarang agar pendapatan perkapita rakyat Malaysia setanding negara maju lain menjelang tahun 2020.
“Bagi Gred 41 ke atas, saya boleh kata gaji mereka memuaskan tapi bagi penjawat awam gred tertentu yang gajinya Rm3,000 ke bawah, mungkin akan jadi beban jika penyelarasan gaji tak dibuat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Dua tahun kebelakangan ini kita lihat banyak harga barang yang naik. Penjawat awam yang bergaji rendah memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM500 untuk tanggung kos kenaikan ini,” katanya kepada Mingguan mStar.
Omar yang ditemuramah sempena Hari Pekerja 2011 berkata penyelarasan gaji penjawat awam perlu, seiring Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang menuntut penjawat awam melakukan perubahan positif dari segi cara kerja dan pemikiran.
Menjelang 2020, penjawat awam yang mantap dari peringkat atasan, pertengahan dan bawahan diperlukan untuk mengemudi sistem pentadbiran kerajaan yang tentunya lebih maju dan mencabar berbanding sekarang.
Menurut Omar, kali terakhir gaji penyelarasan gaji kakitangan awam dibuat pada 1 Julai 2007 dengan kenaikan sebanyak 35 peratus untuk penjawat awam Gred 1 hingga 16, 25 peratus untuk Gred 27 hingga 40, 15 peratus untuk Gred 41 hingga 54 dan 7.5 peratus bagi gred seterusnya.
“Pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) Mac lalu, kita ada bincangkan tentang isu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita minta kerajaan buat semakan gaji setiap lima tahun sekali dan berharap akan ada perubahan gaji dalam masa terdekat,” katanya.
Bagi merealisasikan kehendak kerajaan Omar mengakui penjawat awam perlu dipersiapkan dengan pemikiran bijaksana, kreativiti dan lebih inovatif dari sekarang.
Dalam pada itu, beliau kurang bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menyatakan penjawat awam seolah-olah tidak bersyukur walaupun menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan.
“Kita menghargai apa yang kerajaan beri. Apa yang kita minta adalah patut dan sesuai dengan peredaran semasa.
“Walaupun sudah dua tahun tak dapat bonus, semua penjawat awam masih setia berkhidmat dengan kerajaan dan produktiviti juga meningkat,” beliau memberi contoh
Pilihanraya Kecil Expired : Itupun Kalau SPR nak ikut
4 negeri tiada lagi pilihan raya kecil DUN
KUALA LUMPUR – Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.
Empat negeri itu adalah Sabah selepas tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).
Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Sementara itu, tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei) manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah Perlis dan Perak (24 Jun) serta Johor (19 Jun).
Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang pula pada 21 Julai.
APAKAH SALAH OSAMA LADEN & PERJUANGANNYA !!
Kematian Osama: Polis pertingkat kawalan keselamatan
Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.
“Pihak polis telahpun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan
dan sensitif,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Berita 2
Harap kematian Osama bawa keamanan sejagat - Hishammuddin
Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat di dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.
"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan me
njurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan UMNO Bahagian Semberong yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Semberong, berkata adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.
Pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad. - Bernama
Benarkah Osama sudah meninggal ?
Sunday, May 01, 2011
TPM beri amaran kepada PM: Jangan Gadai Prinsip Perjuangan Umno

MUAR: Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden Umno itu berkata berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, Umno tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.
"Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya.
Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini, Ahad.
Timbalan Perdana Menteri berkata lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.
Bagi PKR pula, katanya parti pembangkang itu langsung tidak ada prinsip perjuangan kerana dari mula ditubuhkan, perjuangannya hanyalah untuk Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya apabila Anwar dilanda masalah, parti itu turut dilanda masalah yang parah dengan PKR kini dkenali sebagai "Parti Kian Runtuh" dan "Parti Keluar Ramai-Ramai".
Beliau berkata sekiranya anggota Umno terus istiqamah dengan prinsip, falsafah dan roh perjuangan parti, Umno akan terus bertambah kuat dan dihormati.
"Jangan kita gadai perjuangan kita, kerana prinsip inilah yang menentukan kewujudan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti politik Melayu yang gagah dan perkasa," katanya.
Menurut Muhyiddin, Umno tidak pernah mengambil pendekatan yang ekstrem di dalam perjuangan kepentingan Melayu dan Islam dan sentiasa bersikap adil terhadap semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. - BERNAMA
Guru marah bukan pasal 4SABTU sahaja
Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP
| |
| |
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.
PRU 13: Tertunggu2 TARIKH YANG DI PROPAGANDA Umno
KUALA LUMPUR: Sebanyak 136,000 atau 92% pembayar cukai yang memfailkan penyata cukai pendapatan mereka melalui e-filing daripada 1 hingga 31 Mac lalu akan menerima pembayaran balik cukai mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, angka itu adalah daripada 147,601 pembayar cukai yang didapati layak untuk bayaran balik.
Mohd Shukor berkata, sehingga pukul 6.30 petang semalam, kira-kira 1.7 juta e-filing telah dibuat.
“Ini adalah satu peningkatan sebanyak 14% atas 1.4 juta borang diterima sehingga 30 April,” katanya pada sidang akhbar, Sabtu.
Katanya lagi, pihaknya telah berjaya menjimatkan RM11.9mil disebabkan peningkatan orang awam membayar cukai melalui sistem e-filing.
“Kos setiap set borang berharga sekitar RM7 setiap penyata cukai. Dengan penggunaan sistem e-filing kita berjaya menjimatkan RM11.9mil,” katanya.
Mohd Shukor kata, melalui sistem e-filing, yang kini pada tahun kelapan, adalah satu bentuk penjimatan masa untuk LHDN dan pembayar cukai.
“Bukan sahaja boleh kami proses membentuk lebih cepat, tetapi pembayar cukai boleh melihat lejar cukai mereka dalam talian juga. Mereka tidak perlu menunggu untuk kami menghantar kenyataan mereka,” katanya.
225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO
ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.
Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.
Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.
"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.
Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas. - Bernama
BERITA 3
MTUC minta kerajaan laksana enam tuntutan
PETALING JAYA 1 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengulangi desakan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkan mereka selama ini.
Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu dan penetapan usia tamat tempoh perkhidmatan kepada 60 tahun.
MTUC juga menuntut supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.
"Sempena sambutan Hari Pekerja ini, kita minta kerajaan dapat mengambil tindakan segera (terhadap tuntutan ini). Janganlah dilengah-lengahkan terutama mengenai pelaksanaan gaji minimum.
"Ini kerana berdasarkan statistik kerajaan, masih terdapat sebanyak 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Turut hadir ialah bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam.
Balasubramaniam berkata MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.
"Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing,” katanya.
Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.
"Setakat ini jumlah ahli adalah seramai hampir 620,000 orang dari 272 kesatuan, namun yang aktif adalah seramai 530,000 orang,” katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan adalah rakan kepada syarikat dan bukannya sebagai beban.
Kira-kira 400 orang yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja menghadiri perhimpunan berkenaan. - Bernama
BERITA 4
BN tetap perjuangkan kepentingan berbilang kaum
KUALA LUMPUR 1 Mei - Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini dan tidak akan meminggirkan parti-parti komponen lain walaupun ditakdirkan Pas menyertai parti itu.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN tidak mengharapkan Pas menyertainya namun saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti itu meninggalkan pakatan pembangkang adalah atas dasar perjuangan sesama kaum Melayu yang beragama Islam.
"Kita tegas dalam UMNO, perjuangan kita dan 1Malaysia konsisten. Tak ada masalah. Kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan pada masa yang sama kita jaga semua,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Cheras di sini, hari ini. - Bernama
Kerajaan dan Dato Taik propaganda berKelas Dunia
Umno bolehkah selamat atau diselamatkan
KUALA TERENGGANU: Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.
Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.
Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.
"Mereka kena buat pilihan antara dua. Kalau nak pembangkang maknanya mereka kenakorban parti dalam kerajaan dan kalau nak suara mereka yang lebih untuk bawakepentingan mereka, jadi mereka kena sokong parti komponen Barisan Nasional(BN)," katanya. Perdana Menteri berkata MCA akan memutuskan perkara itu hanya setelah pilihanraya umum akan datang selesai.
"Bagaimanapun mesejnya jelas. Jika anda mahu pembangkang yang kuat, anda perlumengorbankan perwakilan Cina dalam kerajaan tetapi jika anda mahu perwakilanCina yang kuat dalam kerajaan, maka anda perlu mengundi parti komponen BN,"katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata beliau yakin MCA akan sentiasa bersama BN kerana tahu BN adalah sebuah kerajaan yang adil, dan hanya BN yang dapat memastikan kestabilan serta keharmonian di negara ini.
"Rekod pencapaian kami telahpun terbukti, dasar kami diterima oleh semua kaum. Maka MCA, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap bersama BN," katanya.
Sementara itu di MUAR, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masyarakat Cina akan mengalami kerugian jika tiada wakil MCA di dalam kerajaan berikutan kegagalan parti meraih sokongan masyarakat terbabit pada pilihan raya umum akan datang.
Kata Muhyiddin, beliau tidak mahu melihat perkara itu berlaku tetapi kemungkinan ia terjadi jika masyarakat Cina menolak calon-calon BN daripada MCA pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap ia tidak akan berlaku. Barisan Nasional mendukung perjuangan semua kaum, dengan perwakilan yang adil daripada semua kaum," katanya pada sidang media selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh.
Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, berkata keputusan MCA itu mungkin merupakan suatu mesej kepada pengundi supaya menyokong calon BN yang diwakili oleh MCA bagi membolehkan mereka mewakili suara masyarakat Cina dalam kerajaan.
Beliau berkata keputusan MCA itu juga bukan merupakan arahan daripada mana-mana pihak, tetapi adalah pilihan pucuk pimpinan MCA sendiri.
Muhyiddin turut menolak tanggapan bahawa keputusan MCA itu merupakan suatu langkah yang terdesak.
Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan bahawa MCA mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu jika ia berusaha keras dengan mengambil daya usaha baru untuk mengembalikan sokongan masyarakat terbabit.
"Jikalau perjuangan MCA adalah selari dengan citarasa masyarakat Cina, sayaberkeyakinan masyarakat Cina akan kembali menyokong calon-calon yang diketengahmenerusi MCA," katanya.- BERNAMA
Saturday, April 30, 2011
Baiknya dan manisnya mulut Umno dengan PAS
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. BERNAMA