Monday, February 07, 2011

Kes Balkis: Judisari nampak ok aje..

Amalan doktrin pengasingan kuasa amalan dan anutan negara kita dalam kes Balkis kini nampak macam bertahan sahaja. ia itu tida unsur campurtangan dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak sahaja.

Kita nantikan agenda mereka, untuk episod seterusnya. Nampak macam nak pulihkan imej sahaja, tetapi selepas PRK Dun Tenang harga minyak RON97 terus diumumkan naik 10 sen

Pembubaran BALKIS: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

2011/02/07
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran BALKIS, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim

Politik melayu dan kemelayuan juga sudah berubah, ikut zaman

Menarik dan tertariknya politik Malaysia yang sering dilanda kontroversi.Sikit masa lalu rakyat hanya mengenali dan tahu dalam negara ini satu-satu parti poltik Melayu adalah parti Umno.

Dikala itu, parti politik lain sudah ada terutamanya PAS. Rakyat masih tidak kenal dan tidak mahu tahu tentang PAS, apa isi tujuan penubuhan dan matlamat apakah yang diperjuangkan, tetapi kini situasi berubah

Kini semua sudah jauh berubah, jika tiada PAS Umno seperti tiada madunya, walaupun sudah dapat sepah. Justeru politik Melayu dan Kemelayuaan terus menerus hidup dan dihidupkan.

Kemasukan golongan profesonal dalam PAS era 1980an berjaya mewarni warna-warna politik tanah air. Tuan Guru yang diangkat memimpin PAS semakin terserlah kematangan dalam berpolitik.

Rakyat kini sudah mengubah persepsi bahawa sebenarnya Islam itu sempurna. Maka manusialah yang kena menyempurnakan


Itukah dilema politik Melayu?

APABILA Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri menegur sikap Datuk Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas terhadap Lee Kuan Yew, pemisah Singapura dari Malaysia, ternyata masing-masing mempunyai dua ufuk politik yang amat berbeza. Kenyataan itu ada benarnya yang menunjukkan Melayu mudah berubah tanpa berkira. Kadang-kadang ada sahaja yang dihalal atau diharamkan. Disebabkan kepentingan, ada sahaja 'fatwa' politik yang mengelirukan. Siapakah musuh politik Melayu sebenar?. Apakah orang lain atau diri umat Melayu-Islam itu sendiri yang sukakan perpecahan. Melayu beragama Islam tetapi menolak persaudaraan Islam. Itukah dilema politik Melayu?

Perjuangan nasionalis Islam nampaknya berpandangan lebih jauh. Sejak kemerdekaan negara 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, kita telah menyaksikan turun naiknya gelombang politik dan kehidupan rakyat dalam semua bidang. Kini, kita sedang memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), 2011-2015 melalui Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan pucuk pimpinan nasionalis Islam.

Selama ini dasar-dasar negara dilaksanakan melalui hikmah kuasa politik. Seandainya kerajaan sekarang diberikan semula mandat besar dalam PRU Ke-13 akan datang seperti mana PRU 2004, maka pengajaran PRU 2008 hendaklah dijadikan iktibar, agar tidak sekali-kali menimbulkan kesombongan baru politik, rakyat tidak didahulukan, dasar diubah secara bukan-bukan, terlalu bertolak ansur dan menolak prinsip penerimaan yang akhirnya membawa bahana besar.

Politik Melayu terletak di bahu UMNO dan Pas. UMNO sudah melebarkan sayapnya ke Sabah. Kebijaksanaan kesepakatan kerajaan BN sudah terbukti. Persekongkolan Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) belum berjaya menunjukkan kehebatan, kecuali pecah belah, dikepalai orang yang menentang Melayu dan menolak Islam, serta mengharu-birukan pentadbiran. Hala tuju kepimpinan politik Malaysia pula tergantung kepada Melayu dan bumiputera. Masyarakat Cina dan India telah memahami dan akur akan situasi ini. Jika Melayu hilang kuasa, sebabnya bukan kerana orang lain, tetapi kerana perbuatan sesama Melayu. Bangsa Melayu perlukan transformasi budaya politik tersendiri.

Pembangunan adalah janji politik atau janji kerajaan kepada rakyat. Jadi, orang politik patut tahu bezanya antara parti dengan kerajaan. Mungkin sahaja banyak parti berada di dalam satu-satu komponen seperti BN, tetapi mereka hendaklah menjuruskan perjuangan dalam erti kehidupan bernegara dan berbangsa. Perbalahan sesama Melayu janganlah sampai merosakkan idealisme perjuangan, menjadikan 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', apalagi sampai merobekkan tonggak-tonggak kenegaraan.

Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan. Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.

Kuasa politik Melayu di Malaysia ternyata merupakan pertarungan antara UMNO dengan Pas. PKR bukan sebuah parti Melayu tulen dan baru diasaskan. Melayu patut mengkaji bagaimana pola politik bukan Melayu khususnya orang Cina dan India. Kenapa mereka bersatu apabila berhadapan dengan isu-isu kepentingan kaum mereka. Pola MCA, DAP, Gerakan dengan sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sentiasa sepakat mempertahankan isu bahasa, budaya dan pendidikan sendiri.

Melayu pula suka bertelingkah hatta terhadap dasar-dasar nasional. Sepatutnya di mana ada kelemahan, di situ dibuat pembaikan bersama. Masalah umum rakyat dan kenegaraan jangan dipinggirkan.

Era 1980-an, era parti induk Melayu hampir terkubur. UMNO pengsan sebentar, kerana perebutan kuasa dalaman, tetapi mujur dapat dipulihkan. UMNO pernah kehilangan tokoh-tokoh besar dalam peristiwa parti pada tahun 1987 dan 1999. Pada dekad itu, bukan sahaja UMNO yang berpecah, bahkan sampai sekarang, hubungan UMNO dengan Pas terlalu 'masam'. Untuk menemukan pimpinan Melayu dari kedua-dua parti itu sehingga bermuzakarah pun terlalu sukar.

Kalau tidak kena jalannya, Melayu memang boleh hilang kuasa politik. Sesuatu yang hilang bukan mudah untuk diganti. Senario politik kian kompleks. Kalau kita hilang ketegasan, maka akan banyak hak-hak Melayu dan kenegaraan akan terkorban. Sokongan ahli parti, semangat kekeluargaan berparti, amanah mesti dipupuk kembali agar tidak mati, bukannya amalan rasuah. Sejarah menunjukkan kejatuhan Melayu terjadi disebabkan adanya orang-orang seperti Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar dan Si Kitol. Melayu jatuh kerana ruang akal budinya dipenuhi dendam, hasad dengki, cemburu, dan perbalahan yang merugikan.

Apakah politik Melayu boleh bertahan lebih lama kerana semakin banyak tanda-tanda menunjukkan Melayu dihinggapi penyakit. Dahulu politik Melayu sangat kuat kerana didukung oleh para guru, orang-orang desa dan mereka yang berjuang tanpa mengharapkan ganjaran mata benda. Kini dikaitkan pula dengan politik wang. Mungkin kerana generasi pimpinan sudah berubah, lebih ramai orang korporat terlibat secara langsung.

Perjuangan komersialisme telah mengatasi idealisme asal. Skandal politik wang diakui oleh para pemimpin kita sendiri. Kalau nilai-nilai buruk sedemikian tidak dilupuskan, krisis politik akan terjadi, keikhlasan akan hilang, timbul penyakit-penyakit lain yang lebih kronik yang akan menjalar kepada kerja-kerja pembangunan, kemajuan ekonomi, kelunturan daya juang dan kesan besar terhadap pembinaan negara bangsa.

Ketahanan dan pertahanan politik Melayu terletak di bahu Melayu. Melayu dan kaum bumiputera kena bersatu terlebih dahulu. Perpaduan Melayu dan bumiputera itu menjadi keutamaan. Kelemahan Melayu akan hanya membuka lorong desakan orang. Melayu dan bumiputera tidak ada pilihan dalam situasi politik semasa. Jangan terpedaya dengan omong kosong. Kemakmuran dan kejayaan yang ada sejak kemerdekaan itu hendaklah dipertahankan.

Kini, kita melihat perjuangan perkauman semakin menjadi-jadi. Bangsa Malaysia tidak akan cemerlang jika tidak menegakkan persamaan. Kepentingan kaum harus dibezakan dengan kepentingan mengisi matlamat negara. Ada tanggungjawab kepimpinan Melayu untuk menjelaskannya.

Sewaktu kaum lain terus mengukuhkan kuasa ekonomi mereka dan tegar mempertahankan kuasa politik, amat tidak 'comel', Melayu dan bumiputera asyik bercakaran, sorak sorai macam 'Pak Kaduk'. Ketahanan orang lain sudah lama ditegakkan melalui ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan bahasa sendiri, dan menguasai kehidupan kota. Gerakan terbaru pembangkang ialah untuk menguasai setiap bandar di Malaysia.

Melayu yang tidak tetap pendirian dan 'tidak lekat dasar' tergamak bersekongkol dengan mereka itu semata-mata kerana dendam dan kerakusan kuasa. Cuba hayati kata-kata Aristotle: 'Jika sesuatu bangsa mahu menguasai atau menakluki sesebuah negara, maka mereka perlu mempunyai kuasa politik dan ekonomi'. Kini, di mana kuasa politik dan ekonomi Melayu dan ke mana kuasa politik dan ekonomi bukan Melayu? Apakah Melayu sedang berhadapan dengan dilema politik Melayu?

Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua Pengarah DBP/Bekas Ketua Pengarah Kebudayaan dan AJK GAPENA serta Penasihat PUSPA Kelantan.

Sunday, February 06, 2011

Tidak mahu Sokong apa sahaja nama India: Boleh Percayakan sama depa ni

Dr M tentu ingat tentang janji. Maka dizamannyalah masyarakat disemarakkan dengan istilah janji. Bagi populasi negara kita , terdapat 3 kaum yang menghuni negara Malaysia. ketiag-tiga kaum ini mempunyai budaya, prinsip dan asas kehidupan yang berbeda-beda.

Lalu termasuklah dalam kehidupan 3 kaum ini, adalah soal janji. kerana dalam menepati janji lebih mirip masyarakat akan memahami antara Janji Melayu, janji Cina dan janji India.

Dalam isu perjuangan orang Melayu khasnya , dibawah berikrar mahu menamatkan sokongan mereka kepada semua pemimpin yang bernama India. Kita sama-sama nantikan, tetapi bagi kita lowyer , para doktor yang berjaya dan sebagainya rata-rata India. jangan mereka yang mahu memulaukan orang India, menjadikan mamak roti Canai kerana mereka adalah orang india tutup kedai sudahlah .... Cubaan.... (3 x) P Ramle ?



Tamatnya sokongan Melayu pada pemimpin India


Lebih 100 NGO yang bergabung dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) berikrar tidak akan lagi sesekali memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana mana pilihan raya selepas ini.

Ini kerana, gabungan itu berpendapat, pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani isu novel kontroversi Interlok.

"Langkah kami yang pertama dalam usaha ini ialah menyebarkan gerakan bahawa orang Melayu tidak akan sekali-kali memberikan apa jua sokongan kepada mana-mana pemimpin India, baik dalam BN mahupun pembangkang, bermula dari mana-mana pilihan raya akan datang," demikian ikrar itu, seperti dipetik daripada memorandum mereka kepada Perdana Menteri Najib Razak semalam.

Semalam, MPM dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) menyerahkan dua memorandum berasingan pada tangan Najib sendiri di ibu negara bagi membantah tindakan kerajaan mahu meminda novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selepas didesak berterusan pemimpin MIC dan NGO India.

Antara yang hadir semalam Presiden PENA Mohamad Saleeh Rahamad dan dua ahli jawatankuasa pemandu MPM Datuk Kamaruddin Kachar dan Datuk Seri Helmi Ismail.

Dalam memorandum itu, gabungan 138 NGO - sebilangan besarnya kelompok karyawan, cendekiawan, aktivis, usahawan, pelajar dan pendidik Melayu - itu juga berpendapat, akibat desakan demi desakan, kerajaan kini berjaya dipengaruhi untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan yang diberikan.

"Dengan penjelasan ini ia akan menampakkan betapa lemahnya kerajaan yang terlalu berkerompomi dengan mereka ini sehingga sanggup mengenepikan apa jua analisis rasional yang dihasilkan bagi menangkis ugutan dan tuntutan mereka itu," memorandum tujuh halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, gabungan itu menegaskan, tindakan mereka bukan bermakna mahu menimbulkan sentimen hasutan untuk membenci kaum india tetapi bagi menyatakan kekesalan terhadap kelemahan kerajaan yang tunduk dengan mudah kepada ugutan dan tekanan.

Malah, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan yang membakar novel Interlok dan gambar poster penulis novel berkenaan - yang dianggap berbaur hasutan - juga dikesalkan, menurut memorandum itu.

Sementara itu, Mohamad Saleeh pula dilporkan berkata, permintaan mereka perlu difahami sebagai "suara Melayu keseluruhannya" dan tidak sama sekali berniat jahat atau menggugat kerajaan.

“Kami hanya menjaga kepentingan dan maruah Melayu sebagai pemilik ketuanan dan negara dan tanah air kami,” katanya dalam memorandum itu, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Buka mata Prof Kangkung dan Kongkang ?

Bukalah mata, rakyat Mesir sudah tidak tahan lagi... Tentulah di tidak percaya, macam cerita Pak Pandir lah, bukan anak kita sahaja mati Mak Adeh, anak orang lain pun mati juga.. Apa macam faham mesej ini...

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Prof Kangkung dan Kongkang Gagal Fahami Mesej

Prof kangkung dan konkang pro Umno Ahmad Atory Hussin hari ini menyelar sebahagian orang yang mahu menyamakan bakal situasi Mesir dan Malaysia akan jadi sama jika tindak tanduk kepimpinan dalam negara ini masih tidak sedar diri mereka.

Dalam membahaskan isu tersebut Ahmad Atory yang cerdik tetapi TEGAR sokongan pro Umno, harus diberikan kefahaman. Seumpama bandingan jika kita menyamakan masyarakat kini macam masyarakat Jahliliah dahulu, pembuangan bayi, dulunya tanam bayi hidup-hidup, situasi kini sama justeru perkara yang persis seumpama itulah yang diperbandingkan.

Memanglah bumi Mesir dan Malaysia tidak sama, di Mesir mana ada pucuk paku dan pucuk ubi yang hidup. De Mesir mana ada hutan tropika yang kaya dengan balak, ada kehidupan 10000 juta spesis flora dan fauna. Di Mesir mana ada sawah padi, di Mesir mana ada Menara KLCC, Twin Tower Tertinggi di dunia. Jadi tentulah ia tidak sama. Antara Malaysia dan Mesir. Ini semua orang sudah tahu dan sudah faham.

Payahlah kita untuk memahamkan orang yang cerdik tetapi bodoh, daripada memahamkan orang yang bodoh, ia lebih mudah difahamkan.

Sebagai contoh, jika kitakan ulama dan sahabat, tidaklah ulama kita ini yang ada sama taraf dan serupa ulama zaman nabi. Begitulah juga para sahabat. Ini semua orang yang cerdik tahu dan faham.

Justeru, kini situasi di Mesir ramai yang memberi ingatan bahawa persis di Mesir yang macam nak sama di Malaysia, itu sebagai satu ingatan. Persis zaman, umpamanya rakyat tertekan dengan hidup dan kehidupan harga barangan melambung dan melonjak naik begitu tinggi. Situasi inilah yang dirasai oleh penduduk penghuni kolong di Mansura dan Iskandariah. Rasa tertekan ini dirasai oleh penduduk Kg Chemomoi Bentong, para penduduk Kg Jerangsang di Kuala Lipis.

Jika Ahmad Atory ingin rasai situasi ini penulis sanggup bawakan, tinggalkan segala-galanya, mari kita berjalan kaki ke destinasi yang penulis nyatakan, rasai pengalaman dan suasana hidup dan kehidupan demikian. Kita mulakan...


Saturday, February 05, 2011

Isu Mesir: Pembangkang Melalak, Signal Zahid Yang Jelas

Malaysia patut berterima kasih kerana kerajaan mendapat pembangkang yang dikira baik. Kerana pembangkang di Malaysia pandai 'melalak' sahaja.Pembangkang Malaysia melalak kerana Malaysia hanya menghantar seorang Menteri berketurunan India sahaja bagi meninjau dan membuat pelan tindakan menyelamat para pelajar Malaysia di Mesir.

Sepatutnya Malaysia bawa bekas Panglima ATM pakar strategik Perang Dato Zaini ke medan bagi mempraktikakkan apa yang di kata seperti mana yang beliau keluarkan dalam tulisannya. Inilah baru kerja lapangan, jangan pandai melalak dan tunjuk pandai dalam akhbar sahaja.

Penulis suka juga seperti mana kata Zahid, dia mahu pembangkang ganti kerajaan sedia ada kerana mereka sudah tidak mampu dan sudah habis idea dah. Sikit masa dulu PAS ada menganjurkan seminar yang bertajuk PAS SEDIA GANTI UMNO, inilah realiti dan benarnya seminar itu, bila sahaja mengaku mereka sudah tidak mampu lagi, tetapi masih mahu bertahan mahu menjadi kerajaan.

Signal Zahid ini, adalah signal terakhir, dan sudah sampai masanya rakyat fahamn dengan ingatan Zahid ini. Justeru pembangkang Malaysia, kerja keras ke arah itu menyahut dan merealisasikan signal Zahid itu tadi.






Pembangkang Jangan Hanya Pandai 'Melalak'- Ahmad Zahid

LUMUT: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak pembangkang yang terus menjadikan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Mesir sebagai modal politik bagi meraih simpati rakyat.

Beliau berkata pembangkang hanya pandai membuat 'bising' dan mencari kesalahan serta kelemahan kerajaan sepanjang kerja-kerja memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, giat dijalankan.

"Peranan mereka hanya setakat itu sahaja...jika pembangkang ikhlas, saya mencabar mereka supaya turut serta membantu menghulurkan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang kini terperangkap di Mesir," katanya selepas merasmikan Taklimat Industri bagi projek Kapal Ronda Generasi Kedua (SGPV) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata pihak pembangkang sepatutnya memberi sumbangan bagi meringankan bebanan warga Malaysia yang terlibat seperti kemudahan tempat tidur, makanan dan tiket penerbangan.

Baru-baru ini, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa kerajaan serta Wiswa Putra lembab bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Ahmad Zahid berkata sehingga semalam sahaja tiga buah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta masing-masing dua buah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia telah dijadualkan untuk melakukan sebanyak 12 penerbangan ke Jeddah membawa warga Malaysia keluar dari Mesir.

"Itu bukannya satu tugas mudah...ia melibatkan lebih 12,000 rakyat Malaysia. Kita juga terikat dengan pelbagai karenah birokrasi di Mesir," jelasnya.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.-BERNAMA

Friday, February 04, 2011

Kes Ini bukan "Macam Orang Gila", tetapi "Babipun Tidak Segila Itu"

Gila Babi betul, ungkapan biasa dalam masyarakat Melayu jika berlaku sesuatu perkara yang luarbiasa daripada perkara biasa. Dalam kes di bawah , jika kita buat bandingan pepatah Gila Babi. Maka dalam kamus hidup bergaji serta berjawatan maka Babi pun jika ia mampu mengurus GLC tidak akan berbuat segila itu.

Bandingkan gaji CEO Syabas dengan gaji pokok 'kayu' seorang PM.

Inilah penulis ingat sangat, semasa dalam pilihanraya kecil tenang. penulis bertemu dan terserempak dengan Sdr DINSMAN yang masjid Segamat, kebetulan kami sama-sama berhenti di sana.

Maka penulis ingat sangat sajaknya Macam Orang Gila...






I don't know for sure but I was told that Puncak Niaga is also controlled by the same guy.

SYABAS CEO's fat salary becomes the focus on Twitter

The Umno-aligned Rozali

KUALA LUMPUR - As the weekend rally to submit a memorandum to the Agong over Selangor's water issue approaches, the salary of Syarikat Bekalan Air Selangor's chief executive officer is being hotly debated over micro-blogging site Twitter.

The users have been posting comments about the salary of SYABAS's Rozali Ismail, who earns some RM425,000 a month, 19 times more than the salary of the prime minister, at RM22,826.65 a month.

“If UMNO's brand of Ketuanan means paying its GLC CEOs RM425,000 per month, then I also want!" shouts one named 'anthraxxx'.

Rozali (left), who is a former UMNO branch treasurer, is among the target of the Selangor government's campaign to "restore water rights to the people of Selangor", which aims to collect signatures to oppose the company's proposed 37% water tariff hike, and de-privatise the management of water resources.

The campaign will culminate in a rally at the National Mosque on Sunday, where organisers plan to submit a memorandum to the Agong.

'Rich CEO of debt-ridden company'

Another twitterati under the name 'bongkersz' questions the logic of paying a high salary to a CEO of a company which suffers from a debt of RM2.9 billion.

“CEO getting RM425k/month and bonuses, Syabas is in debt of RM2.9 bil? Bailout money to pay salaries?” he asks, referring to figures provided by the state government in their water campaign.

PAS's Kuala Selangor member of parliament Dr Dzulkefly Ahmad had earlier given a breakdown of the debt of RM6.4 billion currently sustained by the four water concessionaires in Selangor, with SYABAS's at RM2.9 billion, Puncak Niaga at RM1.3 billion, Splash at RM1.6 billion and ABASS at RM600 million.

“1.5 million residents of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya were forced to pay high prices for the water supply, unreasonable penalties as well as often poor service quality. Huge grants and loans were handed out for capital expenditures,” Dzulkefly wrote in his blog recently.

Online television show PopTeeVee presenter Fahmi Fadzil could not help making a comparison between Rozali and Najib's salaries.

“Good morning! May you make RM14,200 today, just like Syabas CEO! Or downgrade sikit to RM733.33 today, like our PM,” he twits.

A twitterati calling himself 'fickryyaacob', suggests that Rozali may have helped fund UMNO's election campaigns in the past.

“Is every payment for a litre of water flow(ing) to UMNO? Are you funding UMNO’s election funds?” he asked.

Meanwhile, there has been speculation over the cyberspace that the private water company had instructed its employees to protest against the Selangor state government at the state mosque in Shah Alam today over its decision to restructure the state’s water industry.

“What kind of employer forces its staff to attend a demo? Isn't it unproductive time?” said Tricia Yeoh, a research officer at the Menteri Besar's office.

The world is a dangerous place not because of people who do evil, but because of good people who look on and do nothing about it.
-- Albert Einstein


Dato dan Dato-Dato dalam Umno Insaflah

Apakah maksud dan penafsiran huru hara atau keadaan huru hara baru mahu bertindak. Ini adalah ungkapan orang kuat Umno Sabah terhadap kenyataan TGNA MB Kelantan yang diberitakan para pengundi yang 'enggan' mengundi PAS adalah mereka adalah masyarakat Jahiliyah.

Shafie Afdal dan mana-mana tokoh Umno dan ulama Umno janganlah melenting, kerana jalan penyelesian ada. Penyelesian dan kesimpulan kenyataan balas melalui media sahaja 'gagal' dan tidak cukup.

Sebagai orang yang berpendidikan dan ada kuasa satu pertemuan khas atau perdebatan khas antara pemimpin kanan Umno dan TGNA mesti disegerakan. Maka sanggah pandangan TGNA jika salah dalam majlis muzakarah atau apa2 sahaja majlis pertemuan tersebut. Segera selesaikan.

Jangan lah kita tunggu 'huru hara' pandangan terlalu lama berada dalam minda setiap rakyat Malaysia, yang tuntut dan mahukan keadilan, kesaksamaan, kesejahteraan, keselamatan, dalam kehidupan mereka.

Isyarat apa yang berlaku 'huru - hara' sebenar di bumi arab iaitu Tunisia, mesir, Yamen, Jordan dan lain-lain negara Arab akan menyusul, adalah manifestasi masalah 'huru-hara' pemikiran, pegagangan dan anutan serta kepercayaan mahupun keyakinan gagal dikembalikan kepada kehendak fitrah.

Pemimpin sekular selalu sempitkan pemikiran, mahu pertahankan legasi kuasa mereka, mahu kehidupan dan kesenangan duniawi bolot dek mereka, antara agenda sepanjang zaman.

Pertembungan dan huru-hara adalah tetap ada sepanjang zaman. Nah, huru-hara pemikiran dalam Umno lagi cukup kalut. Jangan lupa Dato tentang apa yang sudah berlaku di DUN Tenang dan akan berulang juga di DUN Merlimau.

Usahlah Dato berpura-pura, kebatilan dan hak akan jelas juga akhirnya.Manusia akan kembalik juga kepada fitrahnya, yang muda akan tua, hidup akan mati. Maka rebutlah Dato 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara.



Jangan tunggu keadaan huru-hara

SEMPORNA 3 Feb. – “Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi keruh dan huru-hara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.”

Begitulah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila diminta mengulas mengenai desakan supaya Majlis Fatwa mengkaji kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kelantan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan terlalu taksub terhadap pemimpin tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengikut beberapa mazhab di luar negara.

Menurut beliau, pengikut fahaman-fahaman itu mempunyai akidah yang sama iaitu beriman kepada Allah tetapi pada masa sama bergaduh sesama sendiri kerana ajaran dan tafsiran agama berbeza yang ditonjolkan oleh pemimpin masing-masing.

“Kenyataan demi kenyataan yang boleh memesongkan rakyat tidak boleh lagi dibiarkan kerana dikhuatiri akhirnya ia akan dianggap sebagai betul oleh sesetengah kumpulan.

“Kita perlu teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu nanti akan berlaku sesuatu perkara tidak sihat di negara ini. Pihak berkuasa agama yang mempunyai autoriti perlu bertindak dan jangan lagi biarkan sesiapa sahaja membuat fatwa mengelirukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Seraya di sini hari ini.

Tegas Mohd. Shafie, perkara membabitkan ketaksuban terhadap agama dan bangsa amat berbahaya kerana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya termasuk sanggup menggadai nyawa mereka.

“Cukuplah segala-galanya dipolitikkan hinggakan dalam perkara agama pun politik tetap didahulukan demi memenuhi agenda peribadi,” katanya.

Semalam, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Terbaru, katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, baru-baru ini.

Thursday, February 03, 2011

Mesir; Rakyatnya sama ada yang percaya dan tidak yakin dan ada yang ada kedua-duanya

Lumrah dunia dan mana-mana dunia, samada Arab, Eropah atau Melayu, ada dua puak, iaitu puak yang mahukan ketaatan dan kepatuhan satu kepada agama Allah dan kedua penentangnya.

Maknanya selagi dunia ini bernama dunia dan manusia bernama manusia, maka selagi itulah puak yang mungkar tetap mahu pertahankan prinsip dan legasi kemungkaran, kerana mereka lalai dan lali dan mahu terus menerus hidup bersama kemungkaran itu.

Gambar foto di atas jelas memaparkan kumpulan 'rakyat' dungu yang tetap mahu pertahankan Hosni Mubarak. Walaupun rata-rata rakyatnya sudah 'rasa tertekan' selama 30 tahun.

Yang peliknya ada kumpulan yang 'dungu' ini terus menyokong manusia 'kejam' kerana mereka tidak yakin dan percaya dengan alasan kemungkaran, kebejatan dan kesengsaraan rakan-rakan mereka kaum mereka sendiri. Inilah sifat sejagat manusia dan kemanusiaan sesetengah manusia, baik di mana-mana sahaja.

Sikap manusia Malaysia juga sama, ukuran nya adalah di Tenang. Walaupun banyak kemungkaran, kedurjanaan, kertirisan, kepayahan hidup dan kehidupan mereka dan rakan-rakan manusia seagama mereka, tetapi mereka tetap yakin dan percaya dengan pemimpin dan kepimpinan negara dan negeri mereka.

Walaupun mereka ada pilihan, iaitu mahu orang yang berbuat baik dengan orang berbuat jahat. Ungkapan ini penulis kutip daripada seorang tua Wakaf Bharu yang penulis temui di pagi hari mengundi Di Tenang. Beliau terkandas di stesen keretapi Segamat, kerana keretapi KTMB tidak berhenti di laluan Labis.

Inilah semangat ketinggian dan penyertaan rasa sokongan warga emas dari Wakaf Bharu ini yang mahu sertai dan menyatakan sikapnya terhadap dirinya tentang hidup dan kehidupannya.

Puas menulis menguji, mensudi beliau tetap dengan tarbiyyah, prisnsip dan pemahaman yang beliau percaya dan yakini.

Inilah namanya kepercayaan dan keyakinan sebenar beliau kepada Islam. Agama pegangannya.

Situasi ini berbeda dengan sesetengah pengundi di DUN Tenang yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka percaya dengan islam dan agama Islam, tetapi mereka tidak yakin.

Dua perkataan ini cukup bermakna bagi penulis kerana percaya dan yakin adalah dua perkataan berbeda. Ada manusia ia percaya tetapi tidak yakin, ada yang percaya dan terus yakin. Inilah yang dimahukan dengan diri manusia itu biarlah dia ada ILMU.

Jangan macam-macam, kata sinetron Indon ?

Video rakam cahaya misteri di atas Kubah Emas

Sebagai seorang Islam , kita tidak pelik lalu dengan cahaya misteri yang diheboh-hebohkan dalam banyak laman web. Kerana kita percaya dengan Allah, walhal kehebatan tidak terletak pada cahaya sahaja, umpamanya kejadian siang malam, langit tidak bertiang, jutaan spesis hidupan haiwan, tumbuhan yang tidak habis terkaji oleh para pengkaji seperti pakar geologi, serta lain-lain pakar sehingga lah ke hari kiamat.

Ingatlah isu sebenar kita, dikala semua dunia fokus dan tumpukan kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir dan mungkin berjangkit ke lain-lain negara Arab yang sekular, mahu makmurkan tegakkan keadilan dan daulatkan keislaman agama Islam. Kita jangan asyik membicarakan hal cahaya pelik di bumi Al Aqsa. Kita tidak mahu tergolong orang yang terpedaya dan diperdayakan. Kerana kerja memelikkan cahaya dan pelik kepada cahaya hanya melambat atau sengaja melengah-lengahkan fokus kerja kita , kepada hal dan hala yang besar tanggungjawab manusiawi atas muka bumi ini sebagai hambaNya.

Ingatlah, kubah yang dipaparkan itu dipertikaikan banyak pihak. termasuk para ulama dan pakar. Zaman nabi Muhammad SAW, kubah sebenar tempat lain. Israel dan Yahudi sengaja sorok dan minta diri kita 'yakin dan percaya' . Sebab itulah mereka bawakan perkara-perkara seumpama ini. Kerana mereka tahu kelemahan Ummah kita Islam, senjatanya antara dengan 'cara ini' . Kita akan perdebatkan dan memberi fokus secara keterlaluan.

Ingatlah Yahudi mahukan kubah yang diuar-uarkan itulah yang kita yakini sebagai kubah Al Aqsa. Walhal ulama sepakat serta sependapat kubah sebenar tempat lain yang Yahudi sedang robohkan secara bersistematik serta senyak juga sulit.

Pimpinan dan kerajaan 'sekular' kejam, rakus, bangga dengan kekuasaan harus belajar daripada signal rakyat Tunisia dan Mesir. Lagikan penyakit boleh berjangkit masakan 'hal' macam ini tidak berjangkit, ingat....





PADA Jumaat lalu, satu cahaya misteri (dalam bulatan) turun dari langit ke Kubah Emas, Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS: Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.

Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.

Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.

Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.

Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.

Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.

Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.

Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.

Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
-Agensi-

Wednesday, February 02, 2011

Banjir : 4 negeri buruk, bagaimana persediaannya ?

Banjir: Empat negeri semakin buruk

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Keadaan banjir di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan semakin meningkat.

Setakat petang ini, mereka yang dipindahkan di 356 pusat pemindahan sementara di empat negeri terbabit kini mencecah 60,389 orang berbanding 46,206 semalam.

Di JOHOR, daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 19,6111 orang ditempatkan di 88 pusat pemindahan.

Ia diikuti Kluang dengan 11,299 mangsa yang dipindahkan ke 48 pusat pemindahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara keseluruhan sebanyak 13,820 keluarga terlibat dalam bencana itu.

Berikutan itu, kementeriannya telah menggerakkan sepenuhnya jentera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa.

"Jaminan kami bekalan makanan serta keperluan lain kepada mangsa banjir ini adalah mencukupi dan kami memantau secara berterusan.

"Kementerian juga telah melakukan banyak persiapan dan kami bersedia sekiranya bencana banjir ini berlarutan," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.

Di NEGERI SEMBILAN , jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan di seluruh negeri ini kini menurun kepada 2,393 orang walaupun cuaca dilaporkan terus mendung dan hujan di sekitar daerah Gemas, Kuala Pilah dan Jempol.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,568 adalah penduduk di kawasan Gemas yang melibatkan 315 keluarga.

"Semalam, mereka yang dipindahkan akibat banjir di seluruh negeri ini ialah 4,198 orang.

"Pekan Gemas dan Taman Sungai Gemas paling terjejas dan air ketika ini masih belum surut sepenuhnya selepas ia mencecah sehingga paras bumbung rumah semalam," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas.

Pada masa sama, daerah Tampin, Felda Sungai Kelamah dan Air Kuning Selatan turut terjejas, begitu juga Felda Jelai 4.

Di MELAKA, keadaan banjir tidak banyak berubah terutama bagi kawasan Melaka Tengah dan Alor Gajah ketika penduduk di daerah Jasin mula berpindah ke rumah masing-masing apabila air mulai surut.

Keseluruhan mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang dibuka di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin ialah 4,166 orang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan Melaka Tengah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir daripada 316 orang semalam kepada 2,161 sehingga lewat petang ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan lima lagi pusat pemindahan sementara dibuka hari ini bagi menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat di kawasan Melaka Tengah.

Beliau berkata, lima pusat pemindahan yang dibuka hari ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, SMK Munshi, Bilik Bacaan Bertam Malim, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Malim dan Dewan Japerun.

''Keadaan banjir di kawasan Melaka Tengah nampaknya makin buruk dan jumlah mangsa dipindahkan pula semakin bertambah hingga kita terpaksa membuka lima lagi pusat pemindahan sementara.

''Di Alor Gajah pula masih terdapat kira-kira 380 keluarga membabitkan 1,568 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

''Bagaimanapun, di Jasin banjir mulai surut sejak malam tadi dengan 10 pusat pemindahan telah ditutup dengan hanya lima lagi yang masih beroperasi dengan 93 keluarga membabitkan 437 orang setakat ini," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SMK Munshi, Batu Berendam.

Di PAHANG, keadaan banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,777 orang membabitkan 226 keluarga.

Sehingga lewat petang ini, semua mangsa banjir yang dipindahkan terdiri daripada penduduk dari 12 kampung di daerah Rompin, Bentong, Raub dan Temerloh.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, jumlah tersebut melibatkan 1,687 orang daripada 204 keluarga di Rompin dan 90 mangsa membabitkan 22 keluarga di Bentong.

Katanya, beberapa jalan di Bera dan Rompin ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air setinggi 1.5 meter hingga dua meter.

"Jalan tersebut ialah Jalan Ladang Hwali, Jalan Ladang Trading dan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam di Bera.

"Turut ditutup ialah jambatan Sungai Gayung dan jambatan Kampung Lubuk Batu di Rompin serta jalan alternatif Kampung Pasal ke Felda Palong 8 dekat Muadzam Shah," katanya.

Sementara itu, tambah beliau, beberapa penempatan turut terputus hubungan apabila paras air meningkat secara mendadak sehingga menjejaskan laluan utama.

Aduhai, penasihat jalanraya di Malaysia

Entahlah, penulis baru sahaja kembali dari Selatan tanahair. Penulis pernah memberitahu dalam tulisan penulis bahawa keadaan muka jalan antara Labis dan Segamat adalah jalan 'terburuk' yang pernah penulis dan rakan penulis lalui sepanjang siri PRK di Malaysia.

Namun dalam jalan tidak teruk itu, kereta penulis naiki sepanjang Labis ketSegamat, 5 kali terjun lubang besar yang hampir membengkokkan rim tayar kereta penulis naiki. Kira oklah jika kerajaan mahu berjimat duit dari membaiki jalanraya di selatan tanah air.

Mungkin jalan sentiasa baik, sebab selatan tanah air negeri kubu Umno. Inilah namanya rakyat didahulukan. Jakanraya buruk rakyat dahulu, rumah .....


Tetapi kalau hari ini pegawai besar dan penasihat kerajaan kata jalan raya kita di selatan tidak teruk macam 2006, entahlah. Jangan sampai Malaysia rakyatnya jadi macam rakyat Mesir dan Tunisia sudahlah....






Kerosakan Jalan Persekutuan Di Selatan Tidak Seteruk 2006

MELAKA: Kerosakan jalan persekutuan di tiga buah negeri di selatan akibat bencana banjir dijangka tidak seteruk ketika kejadian 2006.

Bagaimanapun kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Selia Group Amli Taib, penilaian terakhir akan dibuat selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Setakat ini, kami mengenal pasti lima kawasan paling teruk mengalami kerosakan iaitu di Bahau dan Gemas di Negeri Sembilan, serta Segamat, Kluang dan Kota Tinggi di Johor, katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Syarikat itu yang bertanggungjawab menyelenggara jalan persekutuan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor membelanjakan antara RM30 dan RM40 juta ketika bencana banjir melanda selatan tanah air pada 2006, katanya.

Beliau berkata buat masa ini syarikat itu melakukan kerja-kerja baik pulih sementara di jalan yang rosak teruk bagi memudahkan pengguna.

Amli juga meminta mereka yang ingin membuat aduan kerosakan jalan persekutuan agar menghubungi talian 06-2318140 atau layari laman web www.selia.com.my:81/adu2/ untuk aduan secara talian.

Selia Group melalui anak syarikatnya Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 10 Disember 1999 bertanggungjawab menyelenggara 4,000 km jalan persekutuan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sementara itu mengulas perkara berkaitan, Amli berkata syarikat tersebut memperuntukkan RM100,000 untuk membantu mangsa banjir di ketiga-tiga negeri terbabit.

Selain itu syarikat turut menggerakkan lebih 100 tenaga kerjanya untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah, katanya yang ditemui selepas penyampaian bantuan banjir oleh syarikat terbabit di sini. - BERNAMA

Bumi Mesir Bergolak: Iktibar pada semua


Mesir: Ledakan ibarat gunung berapi, gerakan anti pemerintah berjangkit ke Mesir dari Tunisia.

Kemarahan kedua rakyat negara ini tentulah ada punca dan berpunca, dan ia tidak terjadi secara tiba-tiba begitu sahaja.

Rakyat Mesir memendam rasa selama hampir 30 tahun bawah Hosni Mubarak.

Rata-rata semua rakyat kecewa dengan keboborokan, rasuah, ketirisan, penindasan, kekayaan negara di kaut penuh bernafsu, semua berlaku dikala rakyat terjepit dan terjerit dengan kehidupan mereka.

Bumi Arab selalu istimewa dan mempunyai keistimewaan. Rata-rata rakyat mereka tidak mudah 'digula-gulakan' dengan janji ugutan dan sebagainya.

Bayangkan 'penyakit' itu mulai disedari oleh Raja Jordan. Dan kini kabinet PM Jordan telah dipecat dan segera Raja Jordan tuntut pimpinan bakal dilantik 'perbetulkan' dalam pentadbiran negaranya.

Inilah kepekaan Raja Jordan yang cemas dan lemas.

Bagi kita walahualam, ini kerana kita masih lagi dapat makan dan masih lagi selesa agaknya.