Friday, December 31, 2010

Isu Buku INTERLOK - Sastrawan Negara





Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai.

NONEBuku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat Indian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.

Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.

Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.Letak calon bebas di Tenang

"Kerajaan dan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan

"Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini di kabinet.

"Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.

"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi.

Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran.

Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suara komuniti itu.

Islam Tidak Larang Senamrobik Di Masjid - Nik Abdul Aziz

Islam Tidak Larang Senamrobik Di Masjid - Nik Abdul Aziz

KOTA BAHARU: Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai bajuketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopanatau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu. - BERNAMA

Thursday, December 30, 2010

Balah: Esok PM kata Cuti, TPM kata Kerja lah

Najib kata CUTI, TPM kata teruskan kerjalah. Semakin caca marba kedua tokoh ini dalam menerajui negara. Kenapa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki kita harus bercuti, mengapa menang pingat emas Komenwel memanah, perahu layar, menembak apa sahaja kita tidak cuti.

Menjadikan alasan bolasepak sebagai sukan No 1 negara apa lebihnya daripada disiplin sukan-sukan yang lain. Biarlah kita layan sukan-sukan yang lain secara adil dan saksama.

Apa pun inilah Malaysia dan 1Malaysia?



KPM Saran Sesi Orientasi Persekolahan 2011 Esok Diteruskan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menyarankan sesi orientasi persekolahan 2011 dan pendaftaran murid yang dijadual esok diteruskan sekalipun diisytiharkan hari cuti umum.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini berkata ini kerana kebanyakan sekolah telah melakukan persiapan awal bagi aktiviti tersebut yang diadakan sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.

"Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan," kata kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki di Indonesia semalam, kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga berkata kementerian berterima kasih dan menghormati serta menghargai cuti umum yang diberi Perdana Menteri sempena kejayaan tersebut.-BERNAMA

Harga Rumah : Semakin Gila Rakyat @ Kerajaan

Isu kenaikan harga yang paling dahsyat adalah kenaikan harga rumah. Boleh dikatakan harga rumah sederhana di seluruh negara dalam tempoh sepuluh tahun ini adalah sesuatu yang luarbiasa.

Begitu juga dengan harta tanah yang mendadak naik. Kejadian dan fenomena kenaikan harga luarbiasa ini memberikan gambaran kerajaan langsung tiada kawalan ke atas apa yang berlaku dalam negara.

Sementelahan pula, pemborosan ketirisan dan nilai projek kerajaan Malaysia sejak 10 tahun terkemudian ini, mencecah ratusan juta RM.

Amat jarang nilai projek kerajaan yang bernilai juta ringgit sahaja. Alasan dunia semakin berubah yang dilandaskan bagi menghalalkan kegagalan kerajaan mengawal dan membuat kawalan menjadikan ramai penguasaha yang rakus terhadap wang dan kebendaan.

Kerajaan gagal mendidik rakyat, kepenggunaan menang menang yang sering diuar-uarkan antara pemaju dan pembeli gagal direalisasikan. Rakyat miskin dan kurang pendapatan tiada terbela.

Amalan sistem kapitalis semakin menghimpit manusia dan kemanusiaan. Justeru rakyat harus sedar, jangan terjepit dengan pilihan yang tidak tepat. Berubah dari sekarang, masa masih ada








Henti jual rumah kepada orang luar

MINGGUAN: Sejauhmana seriusnya trend pemaju perumahan membina rumah mewah dan sederhana mewah di seluruh negara?

S.M. Mohamed: Jika kita merujuk kepada data atau statistik pasaran perumahan pada masa ini, saya boleh katakan ia sudah pada tahap ‘menakutkan’. Harga rumah melambung pada paras yang mungkin kita tidak pernah fikir lima atau sepuluh tahun lalu. Keadaan ini cukup membimbangkan kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat berpendapatan rendah tetapi juga yang berpendapatan sederhana. Kita jangan lupa bahawa golongan ini mempunyai hak untuk memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan mereka.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana harga rumah meningkat kepada paras yang tinggi mencecah jutaan ringgit terutamanya di bandar-bandar utama sehingga golongan pertengahan sekalipun tidak mampu untuk memiliki rumah atau pangsapuri, apatah lagi golongan bawahan.

Kita lihat di Pulau Pinang misalnya, pada 2009, purata harga rumah mencecah sehingga RM540,000 iaitu lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah. Di Kuala Lumpur pula purata harga rumah adalah RM390,000 iaitu enam kali purata pendapatan isi rumah. Angka-angka ini sangat menggerunkan, ia meningkat begitu mendadak dan saya tidak fikir ia akan berhenti selagi tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengekangnya.

Adakah pihak CAP menerima aduan orang ramai mengenai kebimbangan trend pembinaan rumah mewah ini? Mungkin ada kajian spesifik dibuat mengenainya?

S.M Mohamed: Ya, kita ada menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perkara ini. Tetapi sebenarnya, rungutan mengenai harga rumah boleh boleh didengar di mana-mana. Ia seolah-olah menjadi satu fenomena baru. Kita pasti sudah biasa mendengar keluhan seseorang yang bimbang kerana masih tidak mempunyai rumah sendiri walaupun sudah berkeluarga. Sebab itu saya lebih gemar menggunakan istilah ‘menakutkan’ dalam soal harga rumah yang melambung secara mendadak.

Begitu juga tekanan yang dihadapi golongan berpendapatan rendah dan sederhana apabila memikirkan trend harga rumah yang terus meningkat secara mendadak sehingga mereka tidak bersedia walaupun untuk merancang membeli sebuah rumah.

Saya tertarik dengan kajian Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam sekitar (SERI) yang mendedahkan banyak isu membabitkan trend pembinaan rumah mewah yang nampaknya semakin tidak terkawal. Antara hasil kajian tersebut adalah mengenai purata harga rumah di Pulau Pinang dan Lembah Klang yang sudah mencecah antara RM300,000 hingga RM500,000 pada 2009. Jumlah ini jauh berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah.

Jika data dan statistik ini mahu dijadikan ukuran, bayangkan berapa harga rumah dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang? Ketika itu berapa ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu atau bersedia memiliki rumah pada kadar yang bersesuaian dengan pendapatan mereka.

Indeks harga rumah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun lalu menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Apa sebenarnya mendorong peningkatan itu?

S.M Mohamed: Indeks itu bukan sahaja menunjukkan peningkatan tetapi ia sangat ketara. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Biasanya, harga menjadi tinggi kerana bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Tetapi berdasarkan data daripada Banci Perumahan dan Penduduk Malaysia, terdapat lebih banyak unit rumah berbanding jumlah isi rumah.

Pada tahun 2000 misalnya, jumlah kekosongan unit rumah yang tidak didiami atau diduduki di seluruh Malaysia ialah dalam lingkungan 15.6 peratus. Angkanya lebih tinggi di Melaka iaitu 24.5 peratus; Pulau Pinang, 23.5 peratus manakala Kuala Lumpur 15.9 peratus. Data itu juga menunjukkan, terdapat 67 peratus unit rumah terutamanya di kawasan bandar adalah kosong kerana ia baru disiapkan sama ada untuk dijual atau disewa.

Ini memberi gambaran bahawa ramai membeli hartanah semata-mata untuk pelaburan dan spekulasi pasaran yang akhirnya menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Dalam erti kata lain, penawaran dan permintaan tidak lagi sepadan. Manipulasi ini menyebabkan ramai orang yang kurang berkemampuan akan menjadi mangsa. Sehingga ada yang terpaksa berhempas-pulas mencari wang walaupun hanya ingin membeli sebuah rumah.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) mendakwa harga tanah yang tinggi serta permintaan melambung dari pembeli luar menyebabkan harga rumah meningkat sedangkan insentif disediakan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana. Komen anda?

S.M Mohamed: Secara umum, pendirian REHDA itu ada benarnya. Tetapi kita perlu ambil kira juga punca harga tanah boleh meningkat. Rakyat mahukan rumah yang mampu dimiliki tetapi isunya sekarang adalah pemaju membina rumah yang tidak mampu dibeli oleh mereka. Ini berlaku apabila pemaju lebih cenderung memenuhi permintaan pelabur dan spekulator yang membeli rumah untuk disewakan atau menaikkan harganya untuk mengaut keuntungan. Tidak hairanlah apabila golongan spekulator dan pelabur ini memiliki dua buah rumah atau lebih.

Kebiasaannya, pemaju memberi keutamaan dan menyimpan unit terbaik kepada pelabur atau spekulator yang membeli unit berganda sebelum projek siap atau dilancarkan. Bila sudah siap, pembeli biasa kemudiannya terpaksa beratur dan menerima saki-baki unit rumah atau membelinya daripada pelabur-pelabur tadi dengan harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menunjukkan ketidakadilan terhadap pembeli rumah yang kurang berkemampuan. Pendek kata, kitaran pasaran tidak memihak kepada mereka.

Dalam isu ini juga, pemaju sanggup ke luar negara untuk memasarkan atau mempromosikan hartanah mereka kerana mereka boleh membuat untung memandangkan harga rumah di negara kita jauh lebih murah mengikut pasaran antarabangsa. Keadaan menjadi lebih rumit dengan pelaksanaan polisi kerajaan yang menggalakkan orang asing membeli rumah di Malaysia. Saya fikir program ini wajar diteliti semula kerana kita seolah-olah menidakkan hak orang tempatan untuk membeli rumah dengan kadar yang mereka mampu sedangkan orang asing mendapatkan aset pada harga yang murah berbanding di negara mereka sendiri.

Tidak seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand, Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang membenarkan orang asing memiliki hartanah. Walaupun program tersebut lebih berorientasikan pelancongan tetapi ia sebenarnya menyumbang kepada perlumbaan pemaju untuk mendirikan rumah-rumah mewah sehingga memberi kesan terhadap nilai pasaran. Dalam soal ini, kita wajar bersikap adil kepada rakyat tempatan dengan memberi keutamaan kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik.

Bagaimana pula peranan institusi kewangan dalam isu ini?

S.M Mohamed: Sebenarnya, bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai strategi pemasaran yang agresif. Mereka melonggarkan piawaian kredit dan sanggup memberi pembiayaan lebih 95 peratus daripada nilai hartanah. Pihak bank juga membuat penawaran yang berubah-ubah berbanding pinjaman tetap. Ini dibuat untuk mengurangkan ansuran awal dalam persekitaran kadar faedah yang rendah. Begitu juga dengan kaedah memanjangkan tempoh kepada 40 tahun sehingga melampaui hayat bekerja peminjam. Ia mungkin memberi keselesaan untuk peminjam melunaskan pinjaman tetapi tempoh yang lama ini sebenarnya akan memberi bebanan jangka panjang dengan mengambil kira risiko pasaran yang tidak dapat dijangka.

Begitu juga dengan cadangan menawarkan pinjaman dua generasi yang boleh menjangkau sehingga 70 tahun. Kaedah ini sebenarnya membawa lebih banyak kesan negatif apabila peminjam digalakkan membebani generasi masa depan dengan hutang mereka sendiri. Melalui kaedah pinjaman sedia ada, mereka yang kaya mampu membeli lebih daripada satu unit rumah manakala mereka yang hanya mampu membeli seunit rumah terpaksa melakukannya dengan memanjangkan tempoh pinjaman dengan kadar yang tidak munasabah. Ini sebenarnya menjadi antara pendorong kepada peningkatan harga rumah.

Dalam Bajet 2011, kerajaan mengumumkan bahawa pembeli rumah pertama kali layak mendapat pinjaman 100 peratus. Turut diumumkan pengurangan 50 peratus duti setem untuk rumah berharga RM350,000 atau kurang. Walaupun diskaun duti setem boleh membantu, ia sepatutnya dihadkan kepada hanya pembeli pertama untuk menangani kegiatan spekulasi.

Pemberian pinjaman 100 peratus sebenarnya diragui memandangkan ia menggalakkan pinjaman berisiko di pihak bank dan pembeli yang tidak bertanggungjawab mungkin mengelak daripada membuat gadaian sekiranya harga rumah jatuh atau mereka tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. Dalam hal ini, polisi meletakkan beberapa ekuiti kepada pembeli rumah adalah tindakan yang lebih wajar.

Wednesday, December 29, 2010

MTUC: Syed Sharir kalah !





Khalid Atan Dipilih Sebagai Presiden MTUC Yang Baru

PETALING JAYA: Mohd Khalid Atan berjaya menewaskan Shahir Syed Mohamud dengan 42 undi untuk menyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)yang baru.

.


Umno karut, Felda terjepit ?

Umno Bn makin terdesak dan kerajaan buntu serta ketandusan tokoh pimpinan dalam mengisi serta menerajui agensi kerajaan. Dalam mengisi kekosongan agensi kerajaan yang penuh berjasa kepada rakyat iaitu FELDA.


Najib dengan rakus dan angkuh melantik Tan Sri Isa Samad mantan MB Negeri Sembilan yang pernah dituduh dan disingkirkan kerana rasuah semasa perebutan pemilihan Umno. Kini dibawa kembali, JK Disiplin Umno sendiri mengesahkan bahawa Isa bersalah dan ia terhukum.


Apa jasa Isa dan hutang budi Najib untuk mengisi isa ke jawatan tersebut. Kita saksikan apa yang bakal dimusnah dan dipunahkan oleh Isa.






Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 23, 2010

PMR: SMA Al Khariah Temerloh Cemerlang


T
TEMERLOH: Seramai 21 orang pelajar SM (A) Al Khariah, Temerloh Pahang berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki PMR yang lalu. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu adalah seramai 214 orang.

Majlis ringkas yang dibuat di perkarangan Dewan Terbuka sekolah berkenaan baru sahaja selesai sebentar tadi. Penyampaian slip-slip keputusan peperiksaan telah dilakukan oleh al Fadil Ust Kamaruddin Mahmod yang mewakili pihak pentadbiran sekolah berkenaan.

Seorang ibubapa yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih kepada usaha pihak sekolah. Dan doa beliau ke hadrat Allah SWT dikabulkan.

Dalam pertemuan ringkas, penulis dengan pihak pengurusan sekolah berkenaan puluhan pelajar lagi yang dapat 8A.

Sekolah menengah agama ini adalah antara sekolah agama tertua di negeri ini. YDP PIBG sekolah berkenaan menyatakan pendidikan agama adalah bukti bahawa kecemerlangan hanya ada dengan agama.

Catatan A Kadir Jasin

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;


2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;


3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-


(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);


(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan


(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.


4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.


5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.


6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.


7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.


8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”


[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]


9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.


10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.


Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.


Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).


11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.


12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.

Wednesday, December 22, 2010

Projek 100 hari PR: Najib Akan Jawab, Muhyidin Guna LututN

Berita bawah inilah yang menyebabkan Najib dan pimpinan Umno Bn tidak lelap tidur. Projek Tawan Putrajaya 2013 bakal menjadi kenyataan. Hasil Konvensyen 2 Pakatan. Janji Pakatan 100 hari pemerintahan jika rakyat memberi peluang dan janji akan dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan PR.

Antara 10 perkara berikut adalah :-

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
Dan lihat ulasan dan reaksi Najib

BN akan jawab – Najib

PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Serentak itu, Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan reaksi yang lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji manis pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu.

‘‘Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dan India bagi Pengurusan dan Pembangunan Lebuh Raya di negara itu, di sini, hari ini.

Najib mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Sunday, December 19, 2010

Umno semakin cemas dan lemas

Umno dan Bn memang takut kalah. Kekalahan mereka bererti semua kesenangan dan nikmati hidup yang diperoleho akan berakhir. Dan juga kemungkinan semua harta kekayaan yang dikaut serta diperolehi secara tidak sah akan dirampas. Mereka akan mendapat malu keturunan mereka akan Melayu, sanak saudara yang dekat akan mulai menjauhi dan panas yang disangka sampai ke petang akan ada hujan ditengah hari nya.

Justeru itu, Umno walaupun dengan apa cara sekalipun akan dipertahankan. Kini ketakutan luarbiasa itu mula membakar emosi dan perasaan mereka. Tarikh pilihanraya atau percaturan pilihanraya perlu diambil kira dengan sebaik-baik. Semua jentera kerajaan mula dikemaskan, mana-mana ada 3M yang longgar selama hari ini diperkemaskan.

Kini kempen memenangkan hati rakyat dimulakan. Bermula dengan Juara Rakyat kini Umno masuk ke kampung-kampung yang menjadi aset sokongan ampuh dan sokongan tegar kepada mereka disantuni. Semua pimpinan Umno sederap bergerak. Nampak kehebatan dan gah Umno di mata rakyat. Media massa terutama Tv saban hari memaparkan berita kehebatan, kebersamaan pimpinan Umno. Semua yang dibuat oleh pimpinan Umno atasan baik hebat dan tiada salah belaka. Inilah dendangan utama kini.


Hantu kekalahan dan sukar terima kekalahan adalah antara kamus utama. Pimpinan atasan Umno Bn kini bersama pakar strategik bertungkus lumus merangka menyususn strategi jangka pendeka dan jangkapanjang. Pelan kekalahan Putrajaya sudah direncanakan untuk dipertahankan.

Situasi ini, diikrarkan oleh PM tempoh hari dengan nada serisu, bahawa Putrajaya AKAN DIPERTAHANKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN. Ini adalah satu kenyataan yang cukup bahaya dalam dunia demokrasi.



PRU 13 pada suku kedua 2011 atau tahun selepas itu?

19/12/2010 4:08pm

JOHOR BAHRU 19 Dis. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diramal diadakan pada suku kedua tahun depan atau tahun selepas itu, menurut ramalan veteran UMNO, Datuk Shahrir Samad.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, PRU tidak akan diadakan pada Mac tahun depan seperti yang dijangkakan oleh parti pembangkang.

Beliau berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu melihat lebih banyak hasil diperoleh daripada semua dasar yang diperkenalkan sejak menjawat jawatan pada 3 April tahun lepas.

"Jadi, pilihan raya tidak akan diadakan secepat mungkin, mungkin akan diadakan pada akhir 2011 atau selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran kesihatan di Kampung Sulaiman Menteri di sini hari ini.

Shahrir berkata, pakatan pembangkang hendaklah menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan terlalu tertumpu pada pilihan raya umum. – Bernama

Projek Mega: Najib teruskan legasi Dr M

Satu lagi projek mega diteruskan, MRT dengan kos RM36.6 billion diteruskan Najib bagi menyambung legasi Dr M, mentor Najib dalam menghabiskan harta rakyat Malaysia. MRT adalah sistem pengangkutan awam yang dikatakan dapat memberi peluang 130,000 peluang pekerjaan, memanfaatkan kepada 1.2 juta manusia.

Inilah perancangan terhebat di abad ini, dengan jarak sejauh 60 km melalui 8 buah bandar utama yang padat dengan manusia di Lembah Kelang bercantum atau digabungkan dengan sistem Komuter dan LRT yang sedia ada.

Inilah pengorbanan rakyat Lembah Kelang, terpaksa bersesak-sesak lagi untuk capai kebahagian dalam masa 6 tahun lagi projek ini baru sempurna dan dapat dilihat serta dirasai bersama.

Kita nantikan dan saksikan satu lagi Projek Mega bawah Bn.



Fasa 1 MRT Lembah Klang bermula


NAJIB Tun Razak pada sidang media mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) sebelum berlepas ke Terengganu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam. - BERNAMA


SUBANG 18 Dis. - Kerajaan akan melaksanakan pembinaan fasa pertama projek Aliran Transit Massa (MRT) di Lembah Klang bagi meningkatkan 50 peratus kadar penggunaan pengangkutan awam menjelang 2020 bermula Julai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan fasa pertama projek berkenaan telah diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya semalam.

''Projek itu akan bermula melibatkan laluan Sungai Buloh dan Kajang dengan jarak sejauh 60 kilometer termasuk pembinaan 35 buah stesen perhentian yang turut melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur,'' katanya pada sidang akhbar, di di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, dengan pembinaan fasa pertama projek melibatkan laluan berkenaan, ia akan memberikan perkhidmatan tren yang efisien kepada 1.2 juta rakyat terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama Taman Tun Dr. Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn dan Balakong.

Najib berkata, lebih 400,000 pengguna dijangka menggunakan perkhidmatan MRT setiap hari apabila ia siap sepenuhnya dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

"Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang," katanya

Pada masa yang sama, Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu laluan muktamad MRT termasuk lokasi stesen-stesen yang akan dibangunkan masih belum ditetapkan buat masa ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menjalankan kajian pengurusan nilai (value management studies) terlebih dahulu bagi menentukan laluan muktamad untuk perkhidmatan berkenaan dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optimum serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.

"Oleh kerana ini, kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan," tegasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menaruh keyakinan tinggi terhadap pelaksanaan projek MRT terutama dari segi impaknya terhadap ekonomi negara, keselesaan rakyat dan juga imej kepada negara.

Jelas Najib, projek itu merupakan projek yang terbesar pernah diputuskan oleh kerajaan dan merupakan satu projek permulaan ekonomi (EPP) untuk mencapai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi pembangunan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang.

Beliau berkata, projek MRT itu disasarkan dapat meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada kira-kira 50 peratus pada tahun 2020.

Katanya lagi, dijangkakan perkhidmatan rel akan dapat menampung kira-kira 50 peratus daripada semua penggunaan perkhidmatan awam termasuklah kesan positif kepada ekonomi negara.

"Projek ini dari segi kesan ekonominya secara langsung dan tidak langsung akan memberikan banyak manfaat kepada negara antaranya dapat menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.

"Projek ini juga dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) di antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari 2011 ke 2020 hasil daripada pembinaan dan operasinya. Selain itu ia turut menjana RM8 bilion dan RM12 bilion melalui pembentukan entiti baru (spinoff) dari kerja-kerja pembinaan," jelasnya.

Tambah Perdana Menteri, pelaksanaan projek itu yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM36 bilion itu turut menjana peningkatan GNI setiap tahun sebanyak RM21 bilion pada tahun 2020 melalui penambahan nilai hartanah dan penambahan dari segi produktiviti.

Friday, December 17, 2010

Parlimen Malaysia: Semakin Gerhana

Selepas parlimen bersidang selama 35 hari dan tamat pada hari kelmarin. Pengakhiran sesi kali ini adalah tindakan spekaer Dewan rakyat menggantung Ketua Pembangkang dan 3 MP Pakatan Rakyat lain.

Tindakan speaker ini membawa implikasi pelbagai dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

Kerajaan Beruk dan Hakim Beruk selepas ini akan terseret dan diheret. Dan sekali lagi masyarakat dunia luar akan tertawakan kekartunan kartun sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia.

Cabaran dan keazaman Karpal Singh untuk mencabar tindakan speaker ke atas DSAI, beliau, Azmin dan Sivarasa adalah menyaksikan satu lagi episod hitam ke atas sistem perundangan negara yang sudah diketahui keputusannya.


Sebagai mengambil azam Najib , beliau dan Bn akan memepertahankan kekuasaan mereka dengan apa cara sekalipun akan dikotakan.

Buktinya hari ini, beratus pengikut syiah dikatakan telah ditahan oleh kerajaan.






Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.


Sijil kelayakan menjadi wakil rakyat adalah TAQWA

Pada 10 Muharam adalah tarikh umat Islam berpuasa sunat. pada tarikh ini juga masyarakat islam khas dikampung sibuk juga menganjur, berkumpul dan membuat bubur as syura.

Maka pada tarikh ini jugalah berlaku kematian Adun Tenang di Johor. Letaknya dalam parlimen Labis. Sama-samalah kita menyedekahkan al fatihah kepada arwah Dato Sulaiman Taha.

Ini bermakna bila berlaku kematian satu lagi pilihanraya kecil terpaksa di adakan. PRK ini adalah pilihanraya kecil ke 14 kalinya di Malaysia.

Bermakna nasib Najib selaku PM selepas ambil alih daripada Pak Lah. Beliau terpaksa berdepan dan melalui siri-siri pilihanraya kecil yang terbanyak bagi sesi kali ini. Ini adalah semua takdir, ada iktibar dan juga terdapat pengajaran yang tersirat kepada semua pihak.

Mungkin kerana gara-gara kerajaan terlintas dan beria-ria mahu meletakkan syarat, agar sesiapa yang mahu menjadi calon hendaklah membuktikan mereka menujukkan kelayakan sijil sihat bagi mengelak kes pilihanraya yang terlalu kerap. Ini adalah tadbir manusia, tetapi bila datang takdir Allah, maka gugurlah tadbir manusia. pengajaran manusia jangan bongkak dengan tuan punya alam ini.

Itu sebab dalam Islam kreteria pemimpin atau wakil atau gabnor wilayah Islam dipilih daripada kalangan mereka yang bertaqwa. Inilah sijil kelayakan dan syarat utama sebagai pemimpin.