Thursday, December 16, 2010

Larangan & Akta: Artis Pun Nyahkan Pandangan Timb. Menteri

Apabila seorang celebrti atau artis meremehkan undang-undang dan peratuaran yang dibuat oleh kerajaan. Isunya Ahmad Idham menyahsampahkan pandangan kerajaan mahu sebarang penglibatan kanak-kanak dalam industri perfileman hendaklah mereka ini mendapat keizinan dan kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan tenaga Kerja (KPJTK). Maknanya walaupun ibubapa pelakon kanak-kanak itu memberi kebenaran, ia belum cukup ia mestilah 'halal' bilamana dapat kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja.

Inilah Malaysia. Penulis bukanlah bersetuju dengan penglibatan kanak-kanak sebagai pelakon sepenuhnya. tetapi penulis ingin bangkitkan dari sudut lain. iaitu kawalan ala ISA kini menjalar dalam dunia perfileman negara kita. Maknanya para produser dan pengarah kini tidak lagi bebas berkarya mereka terikat dengan apa yang diikatkan oleh kerajaan. Maknanya kerajaan bukan sahaja mencengkam dan menunjukkan kuasanya dalam banyak hal, tetapi dalam industri filem pun kerajaan mula menunjukkan taringnya.

Artis dan setengah artis mula dan sudah sedar tentang kawalan sepenuhnya itu. Dan ada arti yang kurang sedar.

Macamlah malam kelmarin dalam rancangan Bual Bicara Forum di TV yang membincangkan tentang Pendidikan Seks Yang Mahu Diperkenalkan Sangat Oleh Kerajaan. Penulis tertarik dengan hujah-hujah oleh Dr Halina Siraj seorang aktivis Ssosial Remaja Yang punyai banyak pengalaman dalam soal urus tadbir hal-hal keterlanjuran seks luar nikah. Pandangan beliau mantap dan bernas berbanding dengan Timb. menteri Pelajaran Dr Puad yang terkial-kial memperkatakan sesuatu yang dia sendiri kuarng jelas dan kurang berkeyakinan terhadap apa yang diperbahasakan.

Dan lebih menghampaskan pandangan dan pendiriaan seorang Prog Kangkung dalam Program itu yang menyetujui dan menyokong membabi buta dan membuta tuli terhadap usaha-usaha kerajaan yang semakin mahu memunahkan masyarakat dan masa depan generasi muda negara kita.









'Pelakon Kanak-Kanak Perlu Kelulusan Cadangan Mengarut' - Ahmad Idham

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan saranan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan agar kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebagai satu cadangan yang tidak rasional dan mengarut.

Menurut pengarah filem yang mesra disapa Idham itu, kanak-kanak tidak wajar dibebankan dengan undang-undang atau peraturan yang tidak masuk akal.

Meskipun kanak-kanak ini terlibat dalam bidang seni, mereka hanyalah kanak-kanak biasa yang tiada bezanya dengan kanak-kanak lain.

"Saya anggap saranan tersebut sebagai idea yang tidak rasional dan mengarut. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tidak pandai menjaga anak mereka sehingga perlu mendapatkan keizinan daripada pihak lain pula.

"Idea tersebut bagaikan satu penghinaan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam bidang seni," katanya yang ditemui pada pratonton filem terbarunya Damping Malam di sini, Rabu.

Idham yang sering mengarahkan filem atau drama membabitkan pelakon kanak-kanak berkata, dia tidak pernah melihat mana-mana pelakon bawah umur di dalam produksinya hadir bersendirian dan tanpa ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

"Sepanjang saya mengarahkan drama atau filem melibatkan pelakon kanak-kanak, tidak pernah pula saya lihat mereka datang sendirian atau tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika berada di lokasi penggambaran.

"Tiada ibu bapa yang akan membiarkan anak-anak mereka terkontang-kanting tanpa pemantauan apabila anak-anak ini terlibat dalam aktiviti seni tidak kiralah nyanyian, teater atau lakonan sekali pun," katanya.

Saranan itu juga dilihatnya sebagai satu penghinaan kepada industri kesenian tanah air kerana seolah-olah penglibatan anak-anak bawah umur dalam bidang ini mendedahkan mereka kepada perkara-perkara negatif dan tidak sihat.

"Cadangan sebegitu seolah-olah memberikan gambaran bahawa penglibatan kanak-kanak dalam bidang seni lebih terdedah kepada anasir-anasir negatif dan tidak sihat.

"Hakikatnya pembabitan mereka dalam bidang seni adalah didorong oleh minat dan bukannya paksaan ibu bapa atau orang lain.

"Kenyataan tersebut bagaikan satu penghinaan kepada warga seni kerana ada pihak yang menganggap bidang ini hanya akan merosakkan pemikiran kanak-kanak bawah umur yang masih muda dan naif ini," katanya.

Tambah Idham, gejala sosial di kalangan remaja hari ini adalah isu yang lebih besar dan serius yang seharusnya dirunsingkan oleh pihak kerajaan berbanding saranan tentang kelulusan terhadap pelakon bawah umur.

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin lalu, Maznah berkata kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

Wednesday, December 15, 2010

Apa ada dengan kata-kata ?

Dalam negara bebas seperti Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara. Semua pihak berhak menyatakan apa yang hendak diperkatakan. Lebih-lebih lagi hak untuk menyuarakan pandangan termaktub dalam perlembagaan negara.

Hari ini, dan semalam media sibuk mengeluarkan pandangan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa Pakatan Rakyat tidak layak memerintah kerana sederatan sebab. Pandangan tepi jalan ini macamlah pandangan budak yang tidak bersekolah untuk dijadikan sandaran.

Seumpama jika mengatakan kepada seseorang, awak tidak layak menjadi seorang ayah. Namun bila tiba masanya tidak disebabkan oleh kata-kata kita dan pandangan kita. Si lelaki atau budak lelaki yang kita nafikan untuk menjadi seorang ayah akan menjadi dan sudah menjadi seorang ayah.

Moral cerita, kata seseorang sebenar tidak dapat langsung memberi bekas terhadap apa yang mahu digapainya. Kecuali perkara itu samada diizin atau dinafikan oleh Allah, Tuhan Semesta Alam.

Para pengamal dan penganalisa jangan terlalu panik sangat dengan kata-kata dan ulasan RPK.

Tuesday, December 14, 2010

Pendaftar Pemilih: Mengapa SPR dan kerajaan memayahkan ?

Penulis berkesempatan melihat kerja-kerja 2P. Istilah 2P bermaksud Pendaftar Pemilih Sementara yang telah diberi kuasa oleh SPR bagi mendaftar pengundi-pengundi baru. Mereka yang dilantik ini mewakili parti-parti politik yang berdaftar.

Bagi penulis 2P yang diperhatikan adalah 2P yang mewakili pembangkang. Bagi 2P Umno, dan keluarga Bn penulis tidak mahu dan berapa mahu perhatikan. Ini kerana Umno Bn dapat memperalat dan mempergunakan 3M disekeliling mereka.

Berbalik dengan 2P. Mereka ini berkerja modus operandi adalah berjalan rumah ke rumah kenalan sahaja. Ada kala dapat dan banyak yang tidak dapat. Mereka ini dibekalkan dengan Borang A SPR yang diberi secara percuma.

Melihat kegigihan dan kesukaran mereka mahu mendaftarkan orang yang tidak mendaftar bukanlah satu kerja yang mudah. Dengan insentif RM1 oleh SPR kepada mereka ia tidak berbaloi langsung. Kerana kerja-kerja mereka adalah kerja ke arah mahu membentuk kerajaan pada masa depan. Itulah maksud yang tersiratnya. Kerana satu undi dapat membentuk dan menjatuh sesuatu kerusi baik DUN atau Parlimen.

Bagi penulis kerja-kerja renyah 2P, mendaftar , menulis, memproses borang dan menghantar kepada SPR adalah satu kerja-kerja yang cukup tidak praktikal. Berapa banyak masa yang mereka peruntukkan dalam menyiap, memproses, menghantar dan akhir menyemak adalah mengulangi birokrasi yang cukup membebankan.

Adalah mudah cadangan sesetengah pihak agar mereka yang layak berumur 21 tahun didaftarkan secara automatik melalui JPN sahaja. Cukup cepat, jimat, elakkan pembaziran masa, kertas dan birokrasi. Ini lebih pratikal.

Kerajaan hari ini bukan tidak sedar, mereka tahu dan faham. Macamlah mereka mahu kekalkan orang kampung tradisi dengan 'kemiskinan' supaya kebergantungan dan keberuntungan Umno Bn akan kekal lama.

Begitu juga dengan pendaftaran pemilih melalui cara 'kuno' SPR. Semua mahu kekalkan legasi kesinambungan dan jangka hayat Umno Bn yang ada. Itulah alasannya. Semua berguru dengan Machivalie iaitu matlamat menghalalkan cara.

Felda : Antara Pengkhianat dan Petualang Musang Berbulu Ayam

Najib ingat dia bijak. Setelah habis semua orang dilibas, jika berkata sahaja FELDA bangkrap orang itu adalah pengkhianat. Tetapi hari ini beberapa wakil barisan pengkhianat minta Najib jelaskan apa yang patut rakyat tahu. Sesudah menyatakan semua harta Felda dicairkan maka nilainya mencecah RM4.3 billion. Banyak tu.

Kini rakyat ternanti-nanti penjelasan Najib, berapa pula jumlah wang tunai yang ada . Maknanya berapa banyak harta duit tunai Felda ada. Jangan kira semua bangunan dan pejabat Felda seluruh Malaysia termasuk pokok dan batang sawit. Kita nak tahu jumlah wangnya, bukan jumlah Kontena PNF , Kedai Mara dan lain-lain tu. Sila jelaskan..



PAS mahu Suruhanjaya Diraja siasat Felda
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Felda.

Salahuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak) berkata, jawatankuasa bebas itu harus ditubuhkan kerana segala dakwaan terhadap Felda itu suatu yang serius dan merupakan isu rakyat terutamanya generasi Felda.

"Saya atas kapasiti ahli parlimen akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Felda," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai hasil keuntungan Felda.

"Najib seharusnya berani menyatakan kepada umum berapa wang tunai Felda.

"Beliau hanya menyatakan, jika semua saham Felda dicairkan, keuntungannya berjumlah RM4.3 bilion, tapi tak berani nyatakan wang tunai," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ucapan Najib di majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya Ahad lalu.

Tambahnya, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat ini agar tindakan segera dapat diambil berhubung isu ini.

Sebelum ini Najib menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.



Liwat II: Kenapa kerajaan percaya sangat kenyataan Lim Kuan Yew

Sikit masa dahulu Umno Bn dengan lantang, menyerang individu atau kumpulan yang berkiblatkan laporan luar sebagai hujah mereka dalam memperlekeh dan memperlemahkan atau menyerang kerajaan, walaupun fakta yang dihujahi itu adakala adalah benar sekalipun.

Kini kerajaan dan pimpinan kerajaan termasuk mantan PM yang bersara. Nampak beria-ria menggunakan dan menyabitkan nama Lim Kuan Yew menteri kanan Singapura dalam kes Liwat II Anwar yang dihujahi sebagai benar.

Kali ini kenapa dan mengapa kerajaan berubah sikap dan kelaku. Sebabnya mudah kerana ia menguntungkan dipihaknya.

Kerajaan akan marah dan nafikan jika laporan yang dibuat itu tidak menguntungkan pihaknya. Inilah politik namanya. Segala peluang dan ruang akan digunakan kesempatan itu bagi meraih simpati dan sokongan serta kepercayaan masyarakat.

Moral ceritanya kita jangan mudah percaya terhadap sesuatu. Jika kita percayai laporan luar maka letihlah kita ?





Kuan Yew tahu kisah Anwar


Dr. Mahathir Mohamad diiringi Pengerusi Uniten, Tan Sri Leo Moggie melambaikan tangan selepas menyampaikan syarahan dan soal jawab dengan pelajar Uniten pada Siri Syarahan Tun Dr. Mahathir di Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Aktiviti liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah diketahui umum tetapi ada kalangan parti politik yang 'buat- buat tidak tahu' akan hal tersebut.

Sambil mengakui yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui mengenai pembabitan Anwar dalam aktiviti liwat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:

"Memang saya pun fikir dia tahu... Tapi parti politik yang buat tak tahu," katanya ketika diminta mengulas laporan WikiLeaks mengenai pendedahan agensi perisikan Singapura terhadap kegiatan liwat Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Globalizing Malaysians in 2020 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi, dekat sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan agensi perisikan republik itu mengesahkan aktiviti liwat Anwar berdasarkan bukti risikan teknikal agensi tersebut yang dipercayai melalui pintasan talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh laman web tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak, ia terpulang kepada sistem kehakiman negara.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas melancarkan cawangan terbaru The Loaf di Bangsar Village II di sini, Dr. Mahathir yang ditanya mengenai diplomat republik itu mengutuk Malaysia sebagai antara negara Asia yang korup, tidak cekap dan bodoh, berkata, diplomat republik itu terlalu terikat dengan pandangan Kuan Yew.

"Kita juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai mereka. Kita rasa mereka terlalu rigid sehingga tidak boleh melihat selain daripada apa yang Kuan Yew katakan," katanya.


Putrajaya: Bn akan pertahankan dengan apa cara sekalipun ?

Pendedahan terbuka dan kenyataan terbuka oleh Pimpinan PAS yang Umno Bn akan mengulangi peristiwa di Algeria. Bilamana rakyat memilih parti FIS melalui sistem demokrasi. Kerajaan yang ditumbangkan rakyat bertindak menafikan hak itu dengan bekerjasama erat pertahankan kerja-kerja kotor itu dengan 'kuasa'kuasa' luar dan amat memalukan.

Pimpinan PAS mengulangi Umno Bn akan bertindak persis di Algeria, jika Bn tumbang dalam PRU 13. Ini jelas dengan nada ketegasan PM Najib yang berikrar 1Malaysia, bahawa beliau dan Bn akan mempertahankan Putrajaya dengan 'apa cara sekalipun'.

Inilah satu bentuk signal yang harus difahami semua rakyat dan semua pihak tentang kesungguhan Bn mampu kekal dan mahu kekal berkuasa di bumi Malaysia.

Setakat ini, kenyataan pimpinan PAS ini tidak dinafikan oleh mana-mana pimpinan kerajaan dan tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh mereka. Dengan sikap mendiamkan diri seribu bahasa, maka sah dan sungguhlah sebagaimana yang pimpinan PAS ini dakwa.

Monday, December 13, 2010

Umno Songsang & Songsangan Umno: Islam Adalah Untuk Semua

Jelas pemimpin Umno dangkal dan cetek ilmu. Selepas melabelkan sesiapa sahaja yang menegur FELDA dengan menyatakan FELDA akan bangkrap sebagai pengkhianat. Kini pemimpin Umno menyerang PAS pula kerana PAS tidak mahu lagi menyebut tentang penubuhan negara Islam sebagai agenda mulut dan sebutan pimpinan PAS. Isunya kerana PAS takut dan PAS sudah menyimpang jauh daripada simpang perjuangan asalnya.

Ini jelas bahawa mereka menganggap tertegak negara islam dengan pengamalan nilai-nilai keislaman hanya tanggungjawab PAS sahaja. Sebabnya mereka berfahaman dan yakin dengan pemahaman mereka bahawa negara Islam versi PAS adalah Islam yang lain, bukan Islam yang satu. Ini mudah difahami kerana pemikiran dalam sanubari pemimpin Umno dan konconya penuh dengan karat-karat sekularisme hasil didikan dan asuhan penjajahan Barat yang terkesan sehingga kini. Walaupun penjajah sudah beredar ratusan tahun, namun pemikiran sempit dan tidak merdeka ini berakar umbi dalam fikiran mereka.

Oleh itu serangan demi serangan bagi menggagalkan usaha-usaha PAS mendaulatkan Islam dengan apa cara sekalipun akan mereka gagalkan. Inilah bahaya sifak munafik rakan sebangsa dan seagama.

Kita bimbang dengan serangan mereka itu akan mengelincirkan akidah serta pegangan mereka, kerana dengan sedikit was-was serta tidak yakin dengan penubuhan negara Islam , maka Islam saudara Umno akan terburai.

Kerana sikap kasih dan sayang saudara kita daripada Umno adalah tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka. Islam adalah sebagai penyelamat, PAS jangan diingatkan semata-mata sebagai parti politik, tetapi adalah parti dakwah kepada semua. Justeru islam itu untuk semua.

Sunday, December 12, 2010

Katakan Cukup Kepada Umno Bn: PAS Sedia Ganti Umno

Kini sudah tiba masanya PAS Ganti Umno. Melihat telatah dan gelagat pemimpin Umno daripada no 1 hingga pimpinan ke bawah, maka saat menggantikan Umno sudah tiba.

Pemimpin Umno mudah melatah dan rakyat kian muak dengan telatah mereka. Pembentangan Bajet 2011, jelas tidak mempertimbangkan langsung kepentingan rakyat. Hajat untuk membina Menara Taj Mahal iaitu Menara Warisan 100 tingkat mahu diteruskan.

Rakyat terhimpit dengan kenaikan bahan bakar, gula LPG dan gas baru ini. Dengan memberi alasan kerajaan dipaksa untuk menaikkan bahan yang penting untuk rakyat. Kenaikan 4 harga barang serentak adalah satu bentuk penderaan terhadap rakyat.

Bagi kita masanya sudah sampai dan tamatkan pemerintahan Qarun negara kita. Masalah sosial yang kian bertimpa-timpa, kadar jenayah yang mengerunkan, para pedagang meliwat seluas-luasnya tanpa memikir sejenak tentang rakyat.

SIAPA KATA FELDA BANGKRAP PENGKHIANAT




PM: Najib Razak















Bayangkan sesiapa sahaja yang baru berkata atau mengata FELDA bangkrap , beliau adalah pengkhainat bangsa. Inilah nilaian seorang PM terhadap rakyatnya yang hanya berkata. maknanya PM minta rakyat diam sahaja dan bisukan diri jangan berkata apa-apa. maksudnya peneroka FELDA jangan bercakap dan berkata-kata dan orang yang melihat FELDA atau orang luar FELDA atau masyarakat luar FELDA hanya perhatikan sahaja. Jika bercakap dan berkata FELDA bakal bangkrap ia adalah pengkhianat bangsa.

Jika begitu kita ingin bertanya berapa banyak pengkhianat bangsa. Bagaimana dengan orang yang membacakan berita tersebut, kerana sebentar tadi pembaca berita Tv juga menyebut FELDA bangkrap. Begitu juga dengan orang yang menulis berita, oh penulis tidak menyebut dia hanya menulis sahaja FELDA bangkrap.

Oleh itu dalam masyarakat ramailah pengkhianat. Ada pengkhianat besar kecil dan sederhana. Minta masyarakat luar sana berhati-hati jangan menyebut dan mengatakan FELDA bankrap nanti anda akan dimasukkan diri anda dalam katogeri pengkhianat bangsa.


Kita ingin bertanya macam mana dengan kedudukan Idris Jala Menteri Tak Berportfolio di JPM berkata Malaysia bakal bangkrap kerana menanggung beban hutang yang semakin membimbangkan.

Minta PM jawab, kita semua tidak faham.

Najib mahu membisukan semua orang dan mengISAkan rakyat dalam negara kita. Tolong jangan kata apa-apa kepada institusi dalam kerajaan khasnya kepada FELDA nanti anda adalah pengkhianat bangsa.


Golongan Dakwa Felda Bankrap Pengkhianat Bangsa - Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.

"Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.

"Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini, Ahad.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Najib berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 Sept 2008.

Sebab itu, Perdana Menteri berkata adalah wajib bagi rakyat termasuk warga Felda untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.

Sambil menyifatkan golongan berkenaan tidak berhati perut kerana sanggup menghina dan mencemar imej Felda, Najib berkata pihak terbabit kini takut "menyerang" Felda kerana kebenaran telah terbukti bahawa apa yang mereka dakwa tidak betul.

"Sebab itu orang yang dakwa Felda bankrap hari ini dah ketaq (ketar) lutut. Kita dah menang dua kes (saman) di mahkamah dan empat lagi kes sedang tunggu.

"Kita berada di pihak yang benar. Hari ini mereka tidak berani berkokok lagi. Kita cabar, kalau mereka berkokok, kita saman," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata dengan peluang dan rancangan jangka panjang yang dilaksanakan Felda di 317 tanah rancangannya di seluruh negara, telah membawa banyak perubahan atau transformasi kepada komuniti Felda itu sendiri.

Sebagai contoh, beliau berkata seramai 36 anak peneroka Felda yang diberi peluang untuk mendapat kelulusan dalam jurusan "License Aircraft Maintenance" (penyelenggaraan pesawat berlesen) akan menjadi kumpulan pertama, diiktiraf sebagai jurutera dalam bidang tersebut tahun depan.

Justeru, beliau berkata tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa komuniti Felda kini merupakan contoh masyarakat luar bandar yang berjaya di negara ini.

Beliau juga berkata antara kejayaan paling berkesan oleh Felda di peringkat global ialah dalam membanteras masalah kemiskinan.

"Ini semua adalah bukti bahawa perjuangan kita merupakan perjuangan yang dapat membawa manfaat kepada komuniti Felda. Saya dimaklumkan dua juta rakyat mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayaan Felda," katanya.

Malah, beliau berkata kejayaan dan perubahan itu bukan sahaja dinikmati masyarakat Felda tetapi komuniti di sekeliling tanah rancangan institusi berkenaan.

"Ini bererti bahawa kejayaan Felda bukan untuk komuniti Felda sahaja tetapi untuk seluruh negara. Sebab itu Felda perlu kita pertahankan daripada diserang oleh sesiapa yang berniat buruk dan tiada hati perut," katanya.

Beliau juga percaya dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda, warga institusi itu boleh menjadi komuniti yang akan mencapai masyarakat berpendapatan tinggi lebih awal daripada rakyat lain di negara ini, iaitu sebelum 2020.

Bagi menghargai peranan peneroka Felda, Najib mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan lima program di tanah rancangan tersebut, yang masing-masing membabitkan peruntukan RM1 juta.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu melibatkan Program Memerangi Dadah dan Gejala Sosial; Program Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Sukan; Program Komuniti Berpagar; Pengurusan Majlis Belia Felda Kebangsaan, Wilayah dan Rancangan serta Program Sahsiah Komuniti Belia.

Beliau turut mengumumkan bahawa Felda bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan gelanggang futsal terbuka di tanah-tanah rancangannya.

Najib berkata kos pembinaan gelanggang tersebut yang melibatkan RM100,000 sebuah, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2012. - BERNAMA


Saturday, December 11, 2010

UMNO: Semakin nanyuk menjelang 2013 ?

Akibat terlalu takut yang teramat sangat, kenapa dan mengapa Najib berpesan kepada rakyat minta mereka jangan 'gadai masa depan negera kepada pembangkang sebabnya Bn masih mampu menjaga rakyat negara ini. benarkah ?

Alasan Najib kerana pandai menabur janji, kedua takut mereka menyesal masa depan. Makna nya umno memang tidak pandai berjanji, tetapi Umno Bn pandai berbohong dan menipu rakyat. Janji minyak dan barang serta tarif elektrik tidak naik tetapi dinaikkan, walaupun kakitangan kerajaan seramai 1/2 juta itu diberikan saguhati hadiah RM500 tempoh hari. Bahang kenaikan mulai dirasai rakyat kini.

Rakyat telahpun mengadaikan 5 buah negeri, negeri paling lama digadai kepada pembangkang adalah Kelantan yang kini diperintah oleh PAS hampir 20 tahun. Justeru banyaklah tanah-tanah dan seluruh rakyat Kelantan telah digadaikan ke Rahnu di Kelantan agaknya. Kini giliran 4 negeri yang bakal tergadai iaitu Kedah, P Pinang, dan Selangor. Namun Perak telah dirampas oleh lanun yang namanya Bn.

Bn Umno mempunyai pegangan dan ideologi teguh dengan politik cacamarba yang mencampur adukkan semua. Terbaru kempen AIDS melalui artis yang menghalalkan seks tanpa nikah hanya dengan menggunakan 'kondom' sahaja anak-anak muda boleh menjalin hubungan seks.

Kini Najib meracau-racau dan takut kehilangan kuasa, bermakna dia sudah terbayang akan mengalami nasib sama macam Khir Toyo.


Sepatut dalam dunia demokrasi yang sihat dan lebih gentlement sepatutnya bersifat terbuka dan lapang dada tiba masa rakyat terima dan sokong, maka jadilah kerajaan, jika rakyat tolak dan buang balik kampunglah.



Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang - Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA


Umno : Memang jahat

Sikap Umno dan keburukan Umno sanggup melakukan apa sahaja. Dengan permasalahan tertunggak 1001 kes Umno cuba membeban dan melpaskan bebenan kepada musuh politiknya jika ada runag dan kesempatan. Tujuan adalah untuk membersihkan nama dan menyakinkan rakyat dan kekal memerintah, kerana kekal berkuasa bermakna kekal untuk buat duit melalui projek dan mencipta projek.

Selepas kaya dan kenyang dengan Projek 1Malaysia. Kini bakal menyusul adalah projek Pendidikan Seks 1Malaysia pula.


Saman Riyapadu Tehadap Kerajaan Terengganu

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika.Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan.

“Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

“Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya.Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut.

“Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi.Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

SPRM: Bertindak atau bekerja , Lu Fikirlah Sendiri

Selepas PM membuat penafian kelmarin bahawa tindakan terhadap Taikun Khir Toyo adalah tindakan benar dan teramat ikhlas oleh kerajaan dalam memerangi rasuah berprofail tinggi dalam negara. Dengan isyarat tidak meilih bulu dan warna bulu tersebut. Ia adalah sebagai satu tindakan perlambangan bahawa betapa tegas dan kerasnya serta serisunya kerajaan dalam memerangi rasuah. Itulah dajah dan tahap kejiwaan kerajaan dalam tindakannya terhadap isu ini.

Justeru, para juak dan media pengampu dalam mahu megekalkan legasi Umno Bn sebagai kerajaan berwibawa dan perihatin. Hari ini dengan penuh sedar melaporkan kerajaan bertindak terhadap Khir Toyo bukan sandiwara. Buktinya seperti laporan lengkap di bawah iaitu seramai 719 kakitangan awam telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM. Berganda-ganda daripada apa yang mahu digandakan.


Namun daripada 719 kakitangan lebih 376 yang ditangkap itu jika dicampurkan nilai suapan hanya RM2 juta sahaja. Tetapi seorang Khir Toyo nilai rasuah hanya RM235 juta sahaja (katanya), manakala dakwaan Adun DAP RM24 juta. Mengikut Peguam Negara nilainya RM6.5 juta sepatutnya.

Maka terkudap-kudaplah rakyat dimain dan dipermain-mainkan mereka dengan angka-angka. Macam meneka-neka di taman hiburan atau Funfair zaman 1970an dahulun yang popular di kalangan rakyat marhein dan kampungan.

Begitulah nilai dan pandangan kerajaan terhadap rakyatnya, setiap masa diperbodoh-bodohkan dan dipermain-mainkan. Ini gambaran bagi kes dan peristiwa ini. Bayangkan dalam kes-kes dan peristiwa yang lain. Siapakah yang didahulukan, pencapaian kehendak sama yang diutamakan.

LU FIKIRLAH SENDIRI....

SPRM tahan 719 orang awam

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Shukri Abdull (gambar) berkata, trend tersebut menunjukkan tahap kesedaran orang ramai dan keberkesanan kempen SPRM dalam memerangi rasuah.

Menurutnya, trend tangkapan pada lima tahun sebelum ini adalah secara purata 500 orang namun bilangan itu meningkat secara mendadak tahun ini.

Katanya, mengikut statistik yang dikeluarkan, seramai 546 orang awam ditahan pada 2006; 2007 (581 orang); 2008 (605 orang) dan 2009 (500 orang).

“Tangkapan orang awam ini mencecah purata 500 orang sejak lima tahun lalu, tetapi tahun ini yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tangkapan melebihi 700 orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 490 orang terdiri daripada kakitangan sektor swasta manakala manakala 229 orang lagi kakitangan sektor awam.

“Berbanding dua tahun lalu, kadar peningkatan tangkapan kakitangan awam dilihat lebih kecil iaitu hanya 39 orang (2009-190 orang, 2010-229 orang).

“Kadar tangkapan kakitangan sektor swasta bagaimanapun meningkat ketara iaitu sebanyak 180 orang (2009-310 orang, 2010-490 orang).

“Ini menunjukkan trend perubahan sikap kakitangan awam untuk menolak rasuah dan bertindak cepat membuat laporan sekiranya mendapati ada pihak cuba menyogok suapan sehingga tertangkapnya si pemberi rasuah itu,” katanya.

Menurut Mohd. Shukri, daripada jumlah statistik penahanan itu, seramai 346 orang adalah pemberi rasuah membabitkan nilai suapan melebihi RM2 juta manakala bakinya, 373 merupakan penerima.

“Mereka yang ditahan ini merupakan orang awam yang cuba menyogok pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Kes yang paling banyak dilaporkan ialah memberi rasuah kepada pasukan polis iaitu sebanyak 195 kes berbanding agensi-agensi penguat kuasa lain.

“Kesemua pemberi rasuah yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) kerana memberi suapan dan sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau denda RM10,000 yang mana-mana lebih tinggi,” jelasnya.

Tambah beliau, warga asing yang paling ramai ditahan kerana memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa ialah warga Indonesia iaitu 29 orang daripada jumlah tangkapan keseluruhan 115 warga asing.

Mohd. Shukri berkata, walaupun berlaku peningkatan tangkapan, namun lebih penting adalah kesedaran melaporkan jenayah rasuah serta bersama-sama memeranginya.


SPR: Sampai bila mahu jadi kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung

Etika dan kejujuran, tanggungjawab menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab serta tugas adalah sesuatu yang penting.Bercakap soal SPR dan kerjanya jelas termaktub dan digariskan dengan begitu cantik tatacara.

Namun, manusia manipulasi, ambil kesempatan, memihak dan berpihak adalah lumrah. Tetapi biarlah SPR bertindak pro dalam melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab. Beri layanan sama rata kepada pelanggannya mengikut Piagam Pelanggan SPR. Justeru itu, semua parti politik adalah pelanggan bagi SPR. Maka layanlah, biar semua pihak terasa terlayan dan dilayan.

Tetapi oleh kerana SPR terasa ia terhutang budi dengan kerajaan yang ada bukan dengan rakyat. Maka itulah sebabnya terasa dan teruja sangat SPR untuk mengampu-ampu kerajaan yang ada agar beberapa tunggak dalam SPR itu kekal lama dan disenangi oleh penguasa yang memerintah. Maka jadilah SPR seperti lembu dicucuk hidungnya.

Persoalannya mengapa dengan tidak semena-mena SPR membuat kajian tentang kesahihan pengundi berdaftar mengikut alamat dan tempat tinggalnya. Benar atau tidak. Semuanya boleh dibuat jika SPR membuat sistem yang praktikal dan menggunakan teknologi terkini. Sistem yang SPR amalkan sekarang adalah sistem yang usang dan ketinggalan zaman.

Era teknologi sistem pengundian boleh dimajukan. Amalan kuno seperti bentuk kawalan kuno SPR perlu diubah. Penambah baikkan boleh dibuat dengan kaedah lain selain daripada sistem undi satu undi lebih majoriti dikira sebagai pemenang.

Oleh kaedah-kaedah lain boleh diterima jika SPR proaktif dan penguasa bersikap membuka minda dan langit pemikiran glokal dan global mereka itu tercantum. Jika tidak sukar dan payahlah sampai ....




60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi - SPR

KUALA LUMPUR: Satu kajian secara rambang yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapati lebih 60 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini tidak bermastautin mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu telah menyebabkan apabila tiba pilihan raya semua akan balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam SPR tetapi perlembagaan ada menyatakan pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap.

"Pada pihak SPR itu bukan masalah dan perkara itu sebenarnya terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika ditemui selepas selesai rakaman rancangan Bicara Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pengundi tidak bermastautin ini adalah pengundi hantu.

Katanya, mereka ini sebenarnya bukanlah pengundi hantu.

"Ingin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Mereka adalah pengundi berdaftar yang sah dan tidak tinggal di tempat mengundi...itu saja," katanya.

Ujar beliau, jika terdapat pengundi hantu pihak SPR akan dapat mengesan kewujudan mereka kerana sistem maklumat sedia ada sentiasa di kemas kini.

Menyentuh mengenai pilihan raya Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada waktu terdekat, Abdul Aziz memberitahu, persiapan telah dilakukan dengan teliti dan sehingga kini pihaknya telah 90 peratus sedia.

"Kita cuma sedang menunggu bajet untuk menjalankan semua persiapan yang telah dilakukan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, tempoh untuk mengadakan pilihanraya di negeri Sarawak masih panjang iaitu sehingga Julai tahun hadapan.

"Yang penting sebelum Julai kerana itu adalah tempoh akhir," katanya ringkas.

Pada rakaman itu, Abdul Aziz turut menyeru kepada semua pengundi yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi supaya berbuat demikian sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pihak SPR untuk memproses semua permohonan menjelang.